PEMBELAJARAN KOPERATIF MENJADIKAN
PEMBELAJARAN SEJARAH
MENYORONOKKAN DI KALANGAN MURID-MURID
Pengenalan
Pendidikan
adalah proses dan aktiviti bertujuan untuk menghasilkan perubahan yang
dikehendaki di dalam diri seseorang. Sistem pendidikan negara memberikan
penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
(Wan Zahid, 2000). Tugas guru semakin mencabar dan sebagai seorang pendidik
adalah menjadi tanggungjawab untuk membantu setiap pelajar untuk meningkatkan
prestasi mereka dalam pelajaran. Perancangan pengajaran yang baik dan menarik
serta pelbagai pendekatan yang digunakan adalah faktor untuk menjadikan suasana
pembelajaran lebih kondusif dan bermotivasi kepada pelajar. Pelajar juga
digalakkan untuk membina jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah dengan
menggunakan idea dan hipotesis yang telah dibina (Mohd.Fazli, 2001). Salah satu
pendekatan yang sesuai adalah pembelajaran secara berkumpulan atau pembelajaran
koperatif. Pendekatan ini mempunyai kelebihan kerana mereka lebih berpeluang
untuk memberikan idea, berbincang dan berinteraksi satu sama lain dan belajar
melalui pengalaman mereka sendiri. Pendekatan ini merupakan satu inovasi dalam
strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Di peringkat sekolah
rendah murid-murid tahun empat yang baru memasuki tahap dua terutamanya bagi
mata pelajaran sejarah yang baru diperkenalkan oleh kementerian pendidikan ini perlu diajar dan diterapkan nilai
pembelajaran kendiri dan berdikari agar mereka bertanggungjawab ke atas
pembelajaran mereka. Kaedah kumpulan sama kebolehan membolehkan guru membimbing
pelajar mengikut kebolehan di samping menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan
dan pemulihan mengikut keperluan masing-masing. Kaedah kumpulan pelbagai
kebolehan telah memberi peluang mengamalkan pengajaran rakan sebaya, memupuk
semangat kerjasama dan bertimbang rasa, perkembangan sahsiah dan kemahiran
sosial.
2 Pembelajaran
koperatif
Pembelajaran
koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai
kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang
sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan
sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Melalui
pembelajaran koperatif yang diterapkan kepada murid-murid dalam mata pelajaran
sejarah membolehkan pembelajaran menjadi lebih seronok untuk diikuti. Lima
unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:
- saling bergantung antara satu sama lain
secara positif,
- saling berinteraksi secara bersemuka,
- akauntabiliti individu atas pembelajaran
diri sendiri,
- kemahiran koperatif, dan
- pemprosesan kumpulan
Ganjaran
diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu
dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan
peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan
digalakkan.
Beberapa
cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan,
misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement
Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor
(Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).
Pengajaran
sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara
ini, pembahagian tugas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai
kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid
diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik
kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga
semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti
dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan
menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran
berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan
pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.
Pembelajaran
koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam
kumpulan.Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam
suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.
3 Prinsip-prinsip
Pembelajaran Koperatif
Berikut dijelaskan
prinsip-prinsip asas pembelajaran koperatif. Model yang diutarakan oleh Johnson
& Johnson (PIGS) serta Kagan (PIES) mempunyai persamaan yang nyata.
Johnson & Johnson
|
Kagan
|
Positif
Interdependence
|
Positif
Interdependence
|
Individual
Accountability
|
Individual
Accountability
|
Group
Interaction
|
Equal
Participation
|
Social
Skills
|
Simultaneous
Interaction
|
3.3.1. Positive Interdependence (Saling
Kebergantungan Secara Positif)
Mengikut
model Stephen Covey tentang perubahan peribadi, (Seven Habits of Highly
Effective People) pelajar seharusnya beranjak dari sifat bergantung kepada
sifat berdikari dan seterusnya ke tahap saling kebergantungan. Saling
kebergantungan wujud apabila pelajar menganggap bahawa ia memerlukan usaha
orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Walaupun seseorang pelajar
berdikari tetapi tahap kecemerlangan yang lebih tinggi cuma boleh dicapai
melalui usaha, input dan sinergi orang lain. Sebagai contoh di dalam aktiviti
menyediakan buku scrap dalam mata pelajaran sejarah tahun empat seperti tajuk
lima dalam buku teks sejarah tahun empat iaitu Tokoh Terbilang. Murid-murid
bekerjasama mencari bahang untuk menghasilkan bahan buku scrap tersebut.
3.3.2 Individual
Accountability (Akauntabiliti Individu)
Walaupun
setiap pelajar dikehendaki bekerjasama dalam sesuatu tugasan, ia adalah
bertanggungjawab atas pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat secara
individu.
3.3.3
Group Interaction (Interaksi Kumpulan)
Pelajar-pelajar
memajukan pembelajaran pelajar lain dengan membantu, mengongsi dan menggalakkan
usaha pembelajaran. Interaksi kumpulan termasuk tindakan pelajar untuk
menerangkan, membincang dan mengajar apa yang diketahui kepada orang lain.
Murid dapat berbincang satu sama lain , sebagai contoh di dalam tajuk 1 unit 3
iaitu Sekolah Kebanggaan Saya. Mereka saling bekerjasama dan memberi penerangan
mengenai sekolah mereka.
3.3.4 Social Skills
(Kemahiran Sosial)
Agar
pembelajaran koperatif berkesan, guru mesti mengajar kemahiran sosial kepada
pelajar. Kemahiran-kemahiran tersebut merangkumi kepimpinan, membuat keputusan,
membina kepercayaan, komunikasi dan pengurusan konflik.
3.4 Jenis pembelajaran koperatif
Terdapat
beberapa jenis strategi yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif untuk
menjadikan pembelajaran sejarah dalam kalangan murid yang menyeronokkan. Di
antaranya ialah :
3.4.1
Penyiasatan Berkelompok (Group
Investigation)
Setiap
ahli kumpulan akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah untuk
mendapatkan maklumat. Ini memerlukan pelajar mengenal pasti suatu topik yang
disiasat, merancang serta menjalankan penyiasatan. Semua maklumat yang telah
diperolehi akan dianalisis dengan cara terperinci untuk dipersembahkan dalam
bentuk yang kreatif dan menarik. Strategi pembelajaran ini mengintegrasikan
interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah melalui proses inkuiri akademik. Contoh
tajuk yang sesuai boleh digunakan dalam strategi ini ialah Zaman Air Batu dan
Zaman Prasejarah iaitu tajuk 2 dan tajuk 3 dalam sejarah tahun Empat.
3.4.2
Student Team Achievement Division'
(STAD)
Pelajar-pelajar
berada dalam kumpulan kecil dan menggunakan lembaran kerja untuk menguasai
suatu cabang pengetahuan. Mereka saling membantu di antara satu sama lain
melalui tutorial, kuiz atau perbincangan kumpulan.
3.4.3
Jigsaw
Setiap
kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk kumpulan pakar. Ahli-ahli dalam
kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian bahan akademik (yang telah
disediakan oleh guru). Selepas itu, semua ahli kumpulan pakar tadi akan kembali
ke kumpulan asal masing-masing untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan
sekumpulan. Motif utama dalam Jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu kumpulan
akan menjadi pakar dalam topik tertentu dan bertanggungjawab memberi tunjuk
ajar kepada rakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari.
3.4.4
Team-Accelerated Instruction' (TAI)
Ia
merupakan pendekatan secara menyeluruh di mana pelajar mempunyai kebebasan
bertindak dan guru boleh membentuk kelas heterogeni. Pelajar yang mempunyai
latar belakang yang berbeza ditentukan kepada kumpulan yang heterogeneous. Ini
bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar yang rendah pencapaian supaya
dapat meningkatkan tahap pencapaiannya seiring dengan pelajar lain yang
mempunyai pencapaian tinggi. Bahan-bahan TAI direka khas untuk program ini yang
menggantikan buku teks sepenuhnya.
3.4.5
Team Games Tournament' (TGT)
Model
TGT memfokuskan kepada guru perlu memberitahu pelajaran yang berkaitan sama ada
dalam bentuk syarahan, demonstrasi atau pertunjukan visual. Pelajar berbincang
mengenai bahan yang disampaikan oleh guru. Kemudian pelajar akan bekerja
mengikut lembaran kerja yang disampaikan oleh guru untuk menguasai konsep. Pelajar
akan bermain suatu permainan berbentuk pertandingan di dalam bilik darjah. Bagi
setiap pertandingan, meja pertandingan akan diwakili oleh 2 hingga 4 orang ahli
dari setiap pasukan yang sama kebolehan akademik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan