Perkaitan Konsep 5P dengan Peranan Guru
Konsep
5P terdiri daripada lima perkara iaitu penggabungjalinan, penyerapan,
pengayaan, pemulihan dan penerapan. Lima perkara ini amat berkait rapat dengan
peranan guru di dalam kelas. Jadi guru perlulah menguasai lima perkara ini
depenuhnya agar dapat membantu guru dalam menjalankan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.
Penggabungjalinan
Penggabungjalinan
adalah perkara pertama di dalam konsep 5P. ianya adalah satu proses yang
menggabungkan pelbagai kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi
mewujudkan pembelajaran secara menyeluruh. Hal ini amat penting kerana ianya
dapat membantu murid menguasai pelbagai kemahiran secara serentak. Selain itu
hal ini juga dapat menarik minat murid terhadapa sesuatu pelajaran yang di ajar
lebih – lebih lagi jika matapelajaran tersebut digabungjalin dengan
matapelajaran musik.
Terdapat
3 bentuk penggabungjalinan iaitu pelbagai kemahiran dalam satu subjek,
kemahiran daripada subjek lain dan kemahiran merentas kurikulum. Bentuk yang
pertama iaitu pelbagai kemahiran dalam satu subjek adalah apabila guru
menggabungkan pelbagai kemahiran dalam satu subjek. Contohnya kemahiran
berfikir, kemahiran lisan serta kemahiran melukis ketika menjalankan aktiviti
PSV.
Penggabungjalinan
daripada subjek lain pula, adalah apabila guru menggabungkan elemen subjek lain
di dalam pengajaran sesuatu subjek. Sebagai contoh, ketika mengajar seni, guru
menggabungkan dengan matapelajaran musik. Hal ini dapat menambahkan penguasaan
kemahiran murid bukan sahaja dalam subjek yang diajar malah di dalam subjek
yang digabungkan. Gabungan subjek PSV, musik dan PJ juga dapat menarik minat
murid di dalam sesuatu subjek.
Bentuk
ketiga pula adalah kemahiran merentas kurikulum. Kemahiran ini adalah gabungan
matapelajaran dengan kemahiran – kemahiran lain seperti kemahiran generic,
kemahiran belajar, serta kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Hal ini
dapat membantu murid dalam pelbagai sudut. Jika guru menggabungkan sesuatu
subjek dengan kemahiran belajar, maka murid tersebut akan dapat meningkatkan
cara dia belajar seterusnya dapat membantunya meningkatkn prestasi di dalam
subjek – subjek lain.
Guru
berperanan dalam memasukkan unsur penggabungjalinan ini di dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran kerana ianya dapat membantu murid dalam pelbagai
sudut.
Penyerapan
Penyerapan
boleh didefinisikan sebagai proses penyebatian dan penyepaduan pengetahuan
daripada suatu matapelajaran lain ke dalam isi matapelajaran yang diajar.
Sebagai contohnya, sebagai contoh, menyerapkan matapelajaran matematik dalam
matapelajaran sains. Hal ini boleh dilihat didalam proses kira – kira dalam
matapelajaran sains. Apabila guru menggunakan konsep penyerapan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran, perkara ini membolehkan murid melihat perkaitan
antara suatu matapelajaran dengan matapelajaran yang lain. Hal ini secara tidak
langsung dapat meningkatkan keupayaan murid dalam menguasai kedua – dua
matapelajaran secara serentak.
Dengan
menggunakan konsep ini, ia dapat membantu guru dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran dari segi kefahaman murid. Melalui konsep ini, murid akan lebih
mudah memahami apa yang telah dipelajari. Hal ini sangat baik untuk guru dan
murid. Selain itu, aktiviti pelajaran juga akan menjadi lebih menarik apabila
guru menggunakan konsep ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pengayaan
Aktiviti
pengayaan adalah aktiviti yang melibatkan murid – murid yang pencapaiannya
melebihi sederhana atau murid – murid pintar cerdas. Aktiviti ini kebiasaannya
dilakukan apabila murid – murid tersebut Berjaya menyempurnakan tugasan mereka
dengan lebih cepat berbanding rakan – rakan yang lain. Hal ini akan mengelakkan
murid tersebut daripada merasa bosan seterusnya mengganggu rakan – rakan mereka
yang masih belum menyempurnakan aktiviti yang diberi. Selain itu, aktiviti
pengayaan juga boleh diberikan sebagai latihan apabila murid – murid tersebut
berada di rumah. Di dalam PSV aktiviti ini boleh dimasukkan oleh guru dengan
mengarahkan murid menambah atau membuat kemasan pada hasil kerja mereka.
Pengayaan
juga boleh dilaksanakan melalui aktiviti – aktiviti tambahan kepada aktiviti-
aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah.
Hal ini membolehkan murid meningkatkan kefahaman mereka disamping meningkatkan
ingatan mereka tentang apa yang dipelajari. Guru perlulah bersedia dengan
aktiviti pengayaan untuk setiap kelas agar kumpulan murid yang pintar cerdas
ini dapat menjalankan aktiviti pengayaan ini dengan sempurna.
Aktiviti
ini juga dapat membuka peluang kepada murid untuk mengambangkan minat, bakat
kepimpinan, daya kreativiti, dan sifat ingin tahu. Hal ini adalah kerana
aktiviti pengayaan adalah aktiviti yang tahap kesukarannya adalah lebih tinggi
daripada aras kesukaran latihan asas. Secara tidak langsung, perkara ini juga
dapat membantu murid untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta
mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajarinya.
Pemulihan
Terdapat
beberapa perkara yang menyebabkan masalah pembelajaran ketika sesi pengajaran
dan pembelajaran. Antara faktor – faktor tersebut adalah kecacatan, perasaan
tidak yakin, rendah diri serta sikap negatif yang ada dalam diri seperti malas
untuk belajar, malu untuk bertanya dan tidak mengikut arahan guru. Maka peranan
guru adalah untuk meningkatkan prestasi murid yang bermasalah melalui
pemulihan. JIka pengayaan adalah untuk murid yang pencapaianya melebihi aras
sederhana, pemulihan adalah aktiviti untuk membantu murid – murid yang
menghadapi masalah dalam pembelajaran. Guru memainkan peranan yang penting
dalam menangani serta membantu murid – murid yang menghadapi masalah.
Sebelum
memulakan aktiviti pemulihan, guru haruslah mengenal pasti pengalaman, minat
serta kebolehan murid. Hal ini penting untuk memudahkan guru mengenalpasti
punca – punca yang menyebabkan murid bermasalah dalam pembelajaran. Guru perlu
bijak dalam memilih aktiviti yang bersesuaian dengan minat, pengalaman serta
kebolehan murid. Perkara ini untuk menarik minat murid untuk belajar seterusnya
meningkatkan prestasi murid tersebut. Guru tidak seharusnya meletakkan aras
yang terlalu sukar sehingga murid tidak dapat membuat aktiviti yang diberi.
Perkara tersebut boleh menyebabkan murid merasa bosan dan seterusnya
membantutkan minat murid tersebut untuk belajar.
Aktiviti
pemulihan boleh dijalankan dengan beberapa cara. Antaranya ialah kolaboratif,
bimbingan rakan sebaya, individu, kumpulan kecil, dan kumpulan besar. Kesemua
aktiviti ini adalah lebih kurang sama kecuali aktiviti individu. Bagi aktiviti
kolaboratif, bimbingan rakan sebaya, kumpulan kecil dan kumpulan besar, guru
memainkan peranan sebagai pembimbing. Tetapi murid yang perlu berusaha untuk
meningkatkan prestasi mereka. Bagi aktiviti individu pula, murid akan berurusan
terus bersama guru. Kesemua aktiviti ini mempunyai kelebihan dan kekurangan
masing – masing. Bagi aktiviti kolabratif, murid akan berinteraksi dengan rakan
serta guru untuk belajar. Bimbingan rakan sebaya pula, setiap murid pemulihan
mempunyai seorang rakan untuk membimbing mereka. Bagi kumpulan kecil,
kebiasaanya mereka yang mempunyai masalah yang sama akan diletakkan dalam
kumpulan yang sama agar mudah bagi guru untuk memantau. Kumpulan besar pula
murid yang bermasalah akan dicampurkan dan dibimbing oleh guru dengan latihan
yang berasingan.
Antara langkah yang perlu diambil oleh guru adalah membuat perancangan dan memilih teknik pengajaran yang sesuai dengan minat, pengalaman serta kebolehan murid. Hal ini penting dalam memastikan aktiviti pemulihan yang dijalankan berkesan dan dapat membantu murid yang bermasalah. Guru juga perlu prihatin dan peka serta memastikan masalah yang sama tidak berulang lagi. Hal ini kerana jika masalah yang sama berulang maka, aktiviti yang direncanakan oleh guru untuk murid pemulihan adalah gagal. Guru juga perlu sentiasa mengikuti perkembangan murid. Perkara ini untuk melihat sama ada aktiviti yang dirancang berkesan atau tidak. Jika tiada perubahan berlaku, maka guru perlu mengubah strategi serta pendekatan yang digunakan. Guru juga perlulah membuat aktiviti pengukuhan yang sesuai. Hal ini penting untuk meningkatkan kefahaman murid dalam perkara yang diajar serta untuk memantapkan lagi penguasaan murid terhadap perkara yang diajar Perkara yang terakhir ialah penilaian. Penilaian penting untuk melihat perkembangan murid yang telah menjalani aktiviti pemulihan. Melalui penilaian guru akan dapat membuat tindakan susulan untuk murid berkenaan.
Penerapan
Penerapan
yang dimaksudkan adalah penerapan nilai – nilai murni. Penerapan nilai – nilai
ini boleh dilakukan dua cara iaitu eksplisit dan implisit. Secara implisit
bermaksud guru menerapkan nilai murni di dalam diri murid secara langsung.
Secara eksplisit pula boleh dilakukan guru dengan cara mengadakan sesuatu
peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya dalam bentuk bertulis. Guru
berperanan dalam menerapkan nilai murni ini ke dalam diri pelajar. Hal ini
adalah penting untuk membentuk murid secara menyeluruh bertepatan dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan