Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif
Apabila guru-guru pelatih merancang kerja kumpulan, sering
kali tiga jenis lembaran kerja diberi kepada 3 kumpulan murid (cerdas,
sederhana dan kurng sederhana!). Murid-murid dalam setiap kumpulan diminta
membuat latihan masing-masing tanpa menggangu orang lain. Selepas itu, lembaran
kerja dipungut dan guru pelatih berkenaan membuat sedikit rumusan.Apakah itu
kerja kumpulan?Ini menunjukkan pelatih tersebut tidak memahami prinsip-prinsip
pembelajaran koperatif dan dinamika kumpulan.
Berikut dijelaskan prinsip-prinsip asas
pembelajaran koperatif.Model yang diutarakan oleh Johnson & Johnson (PIGS)
serta Kagan (PIES) mempunyai persamaan yang nyata.
Johnson & Johnson |
Kagan |
Positif Interdependence |
Positif Interdependence |
Individual Accountability |
Individual Accountability |
Group Interaction |
Equal Participation |
Social Skills |
Simultaneous Interaction |
Positive
Interdependence (Saling Kebergantungan Secara Positif)
Mengikut model Stephen Covey tentang perubahan
peribadi, (Seven Habits of Highly Effective People) pelajar seharusnya beranjak
dari sifat bergantung kepada sifat berdikari dan seterusnya ke tahap saling
kebergantungan. Saling kebergantungan wujud apabila pelajar menganggap bahawa
ia memerlukan usaha orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Walaupun
seseorang pelajar berdikari tetapi tahap kecemerlangan yang lebih tinggi cuna
boleh dicapai melalui usaha, input dan sinergi orang lain.
Individual
Accountability (Akauntabiliti Individu)
Walaupun setiap pelajar dikehendaki bekerjasama
dalam sesuatu tugasan, ia adalah bertanggungjawab atas pencapaiannya sendiri.
Penilaian boleh dibuat secara individu.
Group
Interaction (Interaksi Kumpulan)
Pelajar-pelajar memajukaan pembelajaran pelajar
lain dengan membantu, mengongsi dan menggalakkan usaha pembelajaran. Interaksi
kumpulan termasuk tindakan pelajar untuk menerangkan, membincang dan mengajar
apa yang diketahui kepada orang lain.
Social
Skills (Kemahiran Sosial)
Agar pembelajarn koperatif berkesan, guru mesti
mengajar kemahiran sosial kepada pelajar.Kemahiran-kemahiran tersebut
merangkumi kepimpinan, membuat keputusan, membina kepercayaan, komunikasi dan
pengurusan konflik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan