STRATEGI PENGAJARAN PEMULIHAN DALAM KELAS BIASA
KAEDAH KUMPULAN
- Kaedah ini bererti murid belajar
dan membuat kerja dalam kumpulan. Kebiasaannya, kumpulan ini diwujudkan berdasarkan
kebolehan atau pun perbezaan minat.
- Dalam kelas sememangnya mudah mengajar
secara kumpulan berbanding individu kerana murid mempunyai daerah kelemahan
yang sama. Oleh yang demikian, bahan yang hendak dihasilkan juga mudah.
- Melalui kaedah ini akan dapat membantu
kelancaran komunikasi sesama murid, saling bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu
tugasan yang diberi dan berkongsi idea.
KAEDAH INDIVIDU
- Kaedah ini menekankan tumpuan
guru hanya kepada seorang murid sahaja. Kebiasaannya, murid dalam kategori
ini lebih mudah diurus kerana guru tidak mengalami gangguan ‘banyak mulut’
daripada murid semasa mengajar.
- Guru akan lebih mudah fokus kepada objektif pembelajaran
murid dan murid berasakan mendapat lebih perhatian daripada guru.
KAEDAH RAKAN
SEBAYA
- Apabila mengajar dalam kelas
yang mempunyai tiga kelompok murid pemulihan dalam kuantiti yang banyak,
kaedah ini akan digunakan oleh kebanyakan guru.
- Kebiasaannya, murid-murid yang
dilihat matang dan lebih cerdik daripada rakan yang lain akan dibimbing dan dilatih untuk membantu
melicinkan pengajaran dan pembelajaran guru pada hari berkenaan.
STRATEGI PENGAJARAN PEMULIHAN DALAM KELAS KHAS
- Kenal
pasti murid yang perlu pemulihan khas.
- Kenal
pasti masalah murid.
- Kenal
pasti punca masalah murid.
- Menjalin
hubungan mesra dengan murid.
- Menunjukkan
penghargaan kepada murid.
- Mewujudkan
situasi yang diperlukan oleh murid untuk belajar.
- Memilih
pendekatan ,kaedah, teknik yang sesuai.
- Pendekatan
bermain sambil belajar.
- Teknik
bercerita.
- Teknik
latih tubi.
- Teknik
bersoal jawab.
- Teknik
nyanyian.
- Memilih
dan menggunakan bahan bantu pengajaran yang sesuai.
- Program
Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran
asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan.
- Menjalankan
aktiviti pengukuhan.
- Membuat
penilaian formatif dan sumatif untuk tindakan susulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan