Sabtu, 19 Oktober 2019

surat jemputan perasmi



Ruj Kami           :           Bil ( 01 ) dlm.sukan / SKKU / 2012 / 2013
Tarikh               :           25 Jun 2013


Kepada,

YDP Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG),
SK Kajang Utama.

Tuan,

JEMPUTAN MERASMIKAN KEJOHANAN SUKAN KALI KE - 15 SK  KAJANG UTAMA

Perkara di atas dirujuk.

2          Dengan segala hormatnya dimaklumkan Kejohanan Sukan SK Kajang Utama kali ke 15 akan diadakan pada 6 Julai  2015.

3.         Pihak sekolah berbesar hati menjemput Tuan  untuk merasmikan kejohanan tersebut  seperti ketetapan berikut :

            Tarikh              : 06 Julai 2013 ( Sabtu )
             Masa              : 8.30 pagi
            Tempat                        : Padang SK Kajang Utama


4.         Segala kerjasama daripada pihak Tuan kami dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian , terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah ,


……………………………………
(                                                        )
                  Guru besar
Sekolah Kebangsaan Kajang Utama











semantik dan peristilahan Bahasa Melayu



          SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

1.1 Definisi Semantik
                        Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan  mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia..
                        Definisi daripada segi istilah pula, semantik berasal daripada perkataan Yunani “semantikos” yang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantic ialah cabang linguistic yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selain itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistic yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer, 1994).
                        Menurut kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.
                        Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna , hubungan antara makna dengan makna lain serta pengareuh maknan terhadap masyarakat.

1.2 Konsep Semantik
Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani “semantickos” yang bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa maksud ‘makna’ yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.
Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut “semantik sejarah” (M.Breal, 1893)
Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.
Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang mempunyai makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal), antonim (perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim (perkataan yang maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang mempunyai makna yang banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna).
1.3 Pertaliannya dengan disiplin ilmu lain
Setiap bidang disiplin ilmu mempunyai bahasa yang tersendiri. Bahasa dalam setiap bidang disiplin ilmu mempunyai nilai semantik yang tersendiri. Oleh yang demikian sesuatu bidang ilmu perlu diteliti maknanya supaya ia dapat dimanfaatkan.
1.3.1 Hubungan Semantik dengan Falsafah
Falsafah ialah pengetahuan yang menelaah sesuatu yang istimewa. Falsafah adalah istimewa kerana falsafah tidak dapat dihuraikan dengan ilmu pengetahuan biasa sebaliknya falsafah memerlukan ilmu pengetahuan tentang hukum dan kaedah berfikir yang logika. Oleh yang demikian logika dalam disiplin ilmu falsafah memerlukan cara berfikir yang tepat untuk mencapai ketepatan makna dalam ilmu falsafah tersebut. Falsafah yang tidak mempunyai makna menjadi tidak bererti. Contohnya falsafah ‘Biar saya mentertawakan diri saya sebelum orang lain mentertawakan diri saya’ membawa semantik “kesedaran kendiri atau muhasabah diri” perlu difahami pendengar mahupun penutur falsafah tersebut supaya ia bermakna apabila diujarkan.
1.3.2 Hubungan Semantik dengan Psikologi
Psikologi ialah ilmu jiwa yang mengkaji hakikat dan gerak-geri jiwa. Hal ini bermakna tingkah laku manusia mempunyai makna. Makna yang dimaksudkan adalah tentang kebermaknaan kata atau ujaran dalam bahasa. Contohnya perkataan ‘Makan!’ berbeza berbanding ‘Makanlah..’ Deretan bunyi dan susunan huruf dalam perkataan tersebut menghasilkan pemahaman makna yang berbeza oleh seseorang dalam situasi yang berbeza. Situasi yang berbeza tersebut melambangkan paksaan dan permintaan penuturnya. Hal ini bertepatan dengan pendapat ahli psikologi yang menyatakan bahawa makna wujud berdasarkan rangsangan atau tindak balas.
1.3.3 Hubungan Semantik dengan Antropologi dan Sosiologi.
Antropologi ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat tertentu yang homogen yang mempunyai pelbagai ciri khasnya. Sosiologi pula ialah bidang ilmu yang mengkaji kelompok masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan ekonomi dan sosial yang heterogen. Sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang semakin berkembang menyebabkan makna bahasa dalam sesuatu masyarakat semakin berkembang. Contohnya perkataan ‘taman’ daripada aspek antropologinya telah berkembang membentuk perkataan ‘taman hati’, ‘taman buaya’, dan ‘taman rimba’ yang bukan lagi bermaksud kebun yang ditanam dengan bunga-bungaan. Justeru makna yang difahami adalah berdasarkan bentuk bahasa semasa pertuturan itu dituturkan. (Aminuddin 1985).


1.3.4 Hubungan Semantik dengan Sastera
Bahasa dalam karya sastera berbeza dengan bahasa yang terdapat dalam karya ilmiah. Bahasa dalam karya sastera sama adatulisan ataupun pertuturan tidak semuanya diketahui umum. Justeru terdapat pelbagai lapisan makna dalam sastera yang meliputi makna tersurat (makna biasa/denotatif), makna tersirat (makna yang dapat di agak pembaca/konotatif), makna kreatif (makna yang dapat difikirkan pengkritik) dan makna peribadi. (makna yang dapat diketahui oleh pengarang sahaja). Contohnya seperti ungkapan “Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. (Abdullah Hussain, 1982, hal. 95)” merupakan makna konotatif yang dapat difikirkan yang membawa maksud orang yang baik itu biar di mana pun tempatnya tetap akan baik juga.

1.3.5 Hubungan Semantik dengan Sejarah
Sifat bahasa adalah sentiasa berkembang. Perkembangan bahasa merupakan sejarah bahasa. Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sehingga kini, mungkin berubah, menyempit, meluas atau menghilang. Contohnya perkataan ‘khalwat’ yang bermaksud “berseorangan untuk mendekatkan diri kepada-Nya” telah disempitkan maksudnya kepada “berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan”. Perkataan ‘pondok’ yang bermaksud “tempat tinggal yang usang” pula telah dikembangkan maknanya menjadi “tempat belajar”. Justeru sejarah bahasa ini perlu direkodkan dalam kamus besar bagi mencatatkan perubahan bahasa yang berlaku dalam setiap hari bagi tujuan penggunaan bahasa dan pengkaji bahasa kelak.

contoh perancangan aktiviti kokurikulum


PERANCANGAN AKTIVITI KOKURIKULUM ___________

1.         PENGENALAN

Ko kurikulum adalah pelengkap bertujuan untuk pengukuhan dan pengayaan pembelajaran serta dapat menyemai sifat-sifat kepimpinan, bekerjasama, sedia berkhidmat, serta menyediakan pengalaman bagi perkembangan mental, fizikal, minat dan bakat, sosial serta perkembangan rohani murid.Juga dapat membantu menjadikan sekolah sebagai tempat yang menarik dan mengembirakan murid.
Oleh itu perlulah ada perancangan yang teliti dan dijalankan dengan sebaik-baiknya bagi mencapai matlamatnya melalui pendekatan berikut:-

v  Penyertaan aktif semua murid.
v  Kearah kecemerlangan.
v  Aktiviti sepanjang tahun.
v  Murid berbuat, guru membimbing.
v  Perkhemahan untuk semua.

1.1. Penyertaan aktif semua murid.
v  Setiap murid hendaklah melibatkan diri secara aktif  satu aktiviti sukan /permainan, satu              
              aktiviti unit berunifom dan satu aktiviti kelab/persatuan.
1.2. Kearah kecemerlangan.
v  Setiap murid yang mempunyai bakat dan potensi dikumpulkan dan diberi latihan lebih                 
              khusus untuk membentuk pasukan elit sekolah.
1.3. Aktiviti sepanjang tahun.
v  Aktiviti perlulah dirancang dan dilaksanakan sepanjang tahun serta mempunyai
      kesinambungan antara satu sama lain.
1.4. Murid berbuat, guru membimbing.
v  Guru hanya bertindak sebagai penunjukcara untuk membolehkan murid menguasai kemahiran dan teknik yang betul. Guru diperlengkapkan dengan pengetahuan dan ilmu yang berkaitan melalui latihan, kursus, perkongsian ilmu dan pembacaan.
1.5. Perkhemahan untuk semua.
v  Setiap murid diwajibkan mengikuti aktiviti perkhemahan sekurang-kurangnya sekali sepanjang persekolahan sekolah rendah bagi membolehkannya menyertai aktiviti berkumpulan yang membina daya tahan, daya juang dan daya saing serta pengalaman berkhemah dan merasai serta mempelajari ilmu perkhemahan.

2.           MATLAMAT
Perlaksanaan ko kurikulum di sekolah bertujuan untuk mengembangkan potensi dan minat individu kearah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara

3.           OBJEKTIF
3.1. Untuk menseimbangkan di antara emosi, jasmani, intelek dan rohani murid.
3.2. Membantu mengembangkan potensi dan minat murid ke tahap optima.
3.3. membimbing murid mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
3.4. Menggalakkan murid berinteraksi untuk mengujudkan keharmonian.
3.5. Menjadikan aktiviti ko kurikulum sebagai pelengkap kurikulum.
3.6. Mewujudkan hubungan dua hala antara  masyarakat dengan sekolah.
3.7. Melahirkan murid yang berbuat sendiri dan memajukan diri sepanjang hayat.

4.     Bagi memastikan objektif dan matlamat tersebut di atas berjalan lancar, pihak pengurusan kokurikulum sekolah menggariskan beberapa perancangan program yang difikirkan sesuai dan penting. Dalam merealisasikan program tersebut, sudah barang tentulah ianya memerlukan sokongan, penglibatan serta komitmen yang tinggi dari pelbagai pihak (sekolah, pentadbir, guru, murid, ibubapa dan masyarakat).

            PERKARA

4.1          PERLAKSANAAN KOKURIKULUM MINGGUAN

4.1.1     Hari Pedaftaran Kokurikulum
            Penglibatan       : Semua murid tahap 2 (tahun 4,5 dan6)
            Tarikh               : 16.01.2019 (Rabu)
            Masa                : 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari.
           
            - Borang pemilihan unit kokurikulum akan diedarkan kepada semua murid tahap 2 pada hari
               berkenaan.
            - Murid tahap 2 (4,5,dan 6) akan membuat pendaftaran bagi unit beruniform, kelab persatuan dan
               sukan permainan.
            - Pendaftaran akan dibuat secara “kaunter”.
            - Murid akan mendaftarkan diri di unit-unit yang mereka pilih.
            - Namun begitu setiap unit ada had bilangan yang ditetapkan. Oleh itu sistem “siapa cepat dia
               dapat” diguna pakai.
            - Guru dikaunter pendaftaran dikehendaki menulis nama murid dalam borang pendaftaran unit
               dan seterusnya menanda tangani borang pemilihan unit kokurikulum yang dibawa oleh murid.
            - Hari pendaftaran ini akan berjalan SEHARI sahaja. Berikut merupakan jadual waktu pemilihan:
              
Tahun
Masa
4
8.30 pagi - 9.30 pagi
5
11.00 pagi – 12.00 tengah hari
6
12.00 tengah hari – 1.00 tengah hari

           

            4.1.2     Aktiviti Badan Beruniform/ Kelab Persatuan/ Sukan Permainan (Tahap 2)

                          - Dijalankan pada hari Rabu (selang seminggu)
                        - Bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 6.00 petang.
                        - Agihan masa adalah seperti ketetapan berikut:
                                    * Badan Beruniform                   – 2.00 hingga 4.00  ( 2 jam  )
                                    * Kelab Persatuan                     – 4.00 hingga 5.00  ( 1 jam  )
                                    * Sukan Permainan                     – 5.00 hingga 6.00  ( 1 jam  )
                        - Penglibatan :
                                    a. Ketua Penasihat/Pemimpin
                                    b. Setiausaha
                                    c. Semua guru penasihat
                                    d. Semua murid tahap II
                        - Sumber dana:  peruntukan kerajaan (jika melibatkan perbelanjaan)

            4.1.3     Aktiviti Badan Beruniform (Tahap 1) – Murid tahun 3 sahaja.

                        - Dijalankan pada hari Rabu (selang seminggu )
                        - Bermula jam 12.15 tengahari dan berakhir jam 1.15 tengah hari ( 1 jam )
                        - Ketetapan unit adalah seperti berikut :
                                    * Pengakap Kanak-Kanak          – Murid lelaki
                                    * Pandu Puteri Tunas                – Murid perempuan       
                        - Penglibatan :
                                    a. Ketua Penasihat/Pemimpin
                                    b. Setiausaha
                                    c. Semua guru penasihat
                                    d. Semua murid tahun 3.
                        - Sumber dana:  peruntukan kerajaan (jika melibatkan perbelanjaan)


4.2          KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM

a. Ketua Penyelaras       : Pen Setiausaha Kokurikulum (Pn Nurul Hidayah bt Ayob)
                  b. Penyelaras                : Penyelaras Kelab dan Persatuan
                  c. Jawatankuasa            : Semua Ketua Penasihat Badan Berunifom
                                                              Semua Ketua Penasihat Kelab Persatuan
                                                              Semua Ketua Penasihat Sukan Permainan
                        d. Tarikh                        : 09.02.2019  (Sabtu)
                        e. Tempat                     : Sekolah/Kem Latihan
                         f.  Penyertaan               : Murid berjawatan dalam kokurikulum   
           
Kos Pengurusan:
                        i.          Makan dan kemudahan kursus selama 1 hari       RM 30.00 seorang
                        ii.          Pengangkutan (jika perlu)                                  RM 30.00 seorang
                                                                                     Jumlah              RM 60.00 seorang
                        iii.         Sumber dana :
                                    *Sumbangan peserta RM 30.00 seorang
                                    *Selebihnya menggunakan peruntukan kerajaan (BTP Koko)     
                                       *peruntukan kerajaan bergantung kepada jumlah kewangan yang berbaki


4.3          PERKHEMAHAN PERDANA KOKURIKULUM

a. Ketua Penyelaras       : Setiausaha Kokurikulum (En. Mohd Ariff bin Ismail)
b. Penyelaras                : Penyelaras Badan Beruniform
                        c. Kem Komanden         : Ketua Penasihat BSMM
                        d. Jawatankuasa            : Semua Ketua Penasihat Badan Berunifom
                                                              Guru-guru yang berpengalaman
                                                              Guru-guru sukarelawan
                        e. Tarikh                        : 26 hingga 28 Julai 2019 (Jumaat – Ahad)
                        f. Tempat                      : cadangan: Sekolah /Janda Baik /, Hulu Langat /, Kalumpang
                        g. Penyertaan                : Anggaran 100 hingga 200 orang murid
                           (bergantung kepada lokasi perkhemahan)
                        Kos Pengurusan:
                        i.          Makan dan penginapan selama 3 hari 2 malam –  RM  80.00 - RM 100.00 seorang
                        ii.          Pengangkutan                                                     RM  40.00 seorang
                                    Jumlah                                                                RM 120.00 - RM 140.00 seorang
                        Sumber dana : Sumbangan peserta RM 80.00 – 100.00 seorang (bergantung kepada kos)
                                                Selebihnya menggunakan peruntukan kerajaan (BKK dan BTP Koko)
                        *peruntukan kerajaan bergantung kepada jumlah kewangan yang berbaki    

















4.4    SUKAN TAHUNAN/ SUKANTARA
            a. Ketua Penyelaras       : Setiausaha Sukan (En. Muhamad Sofi b Harun)
                        b. Jawatankuasa            : Semua Ketua Rumah Sukan
                        c. Tarikh                       : 28.04.2019 (Ahad)
d. Tempat                     : Padang SKKU

4.5   SUKANEKA TAHAP 1
            a. Ketua Penyelaras       : Setiausaha Sukan (En.Muhamad Sofi b Harun)
            b. Pen. Penyelaras        : Pen. SU Sukan Pagi (En. Abdul Hafiz b Mamat)
               Pen. SU Sukan Petang (En Muhammad Syauqi b Zamry )
                        c. Jawatankuasa            : Semua Guru Kelas Tahap 1
                        d. Tarikh                       : 26.04.2019 (Jumaat)
e. Tempat                     : Padang SKKU

4.6   KEJOHANAN ROAD RUN
            a. Ketua Penyelaras       : Setiausaha Sukan (En.Muhamad Sofi b Harun)
                                    b. Pen. Penyelaras        : Pen. SU Sukan Pagi (En. Abdul Hafiz b Mamat)
                        c. Jawatankuasa            : Semua Ketua Rumah Sukan
                        d. Tarikh                        : 22.02.2019 (Jumaat)
                        e. Lokasi                       : Sekitar Taman Kajang Utama

4.7     PROGRAM CUNGKIL BAKAT SUKAN DAN PERMAINAN
            a. Ketua Penyelaras       : Ketua Jurulatih Pasukan Elit (En. Muhamad Sofi b Harun)
                        b. Pen. Penyelaras        : Penyelaras Sukan dan Permainan
                        c. Jawatankuasa            : Semua Ketua Sukan dan Permainan
                                                              Semua Jurulatih Sukan dan Permainan Elit
                        d. Tarikh                       : 12 - 14.11.2019 ( Selasa hingga Khamis )
                        e. Tempat                     : Padang dan Gelanggang SKKU
f. Jenis permainan dan sistem : Diselaraskan oleh Ketua Penyelaras

* Kos penganjuran
Bagi item 4.4 -4.7 dianggarkan antara RM 13,000.00 ke RM 15,000.00 termasuk hadiah, makan/minum murid, sewaan (khemah/PA system/ peralatan/pengankutan), pengurusan persiapan, pengurusan kejohanan, peralatan, dan perbelanjaan runcit.
Sumber dana
1. Melalui PIBG: RM 5.00 setiap murid x  bil orang murid = RM _________________
2. Selebihnya dari Peruntukan Kerajaan


4.8     INSENTIF
Memberi saguhati berupa sumbangan kewangan(pocket money) kepada murid yang terpilih ke pertandingan peringkat Negeri,Kebangsaan dan Antarabangsa..
i.              RM 50.00 bagi murid yang mewakili Daerah ke Peringkat Negeri
ii.             RM 100.00 bagi murid yang mewakili Negeri ke Peringkat Kebangsaan
iii.            RM 200.00 bagi murid yang mewakili Negara ke Peringkat Antarabangsa
iv.            Untuk Berpasukan seperti Nasyid/Kawat Kaki/Coral Speaking : Sumbangan adalah secara pukal (bincangkan)
                        Sumber dana : PIBG










4.9     LAWATAN
a. Ketua Penyelaras       : Penyelaras Kelab Persatuan
                        b. Jawatankuasa            : Unit yang menjalankan program lawatan          
                        c. Jenis Lawatan            : Lawatan Sambil Belajar
                        d. Destinasi Lawatan     : ( bergantung kepada kesesuaian dan tujuan)
                        e. Tarikh                       : Tarikh yang difikirkan sesuai
                        Kos Pengurusan            : Bergantung pada destinasi dan bilangan hari.
                        Sumber Dana                : Tanggungan peserta sepenuhnya.
                        *Setiap lawatan perlu dimaklum dan mendapat pengesahan daripada GPK Kokurikulum           


4.10   LADAP KO KURIKULUM

a.     Ketua Penyelaras    : SU LADAP
b.     Pen. Penyelaras      : SU Kokurikulum
c.     Jawatankuasa         : Pen. SU Kokurikulum
  SU Sukan
  Pen. SU Sukan
  Semua Penyelaras
d.     Tempat                   : Mana-mana lokasi yang dirasakan sesuai
e.     Tarikh                     : (Rujuk pada tarikh yang disediakan oleh SU Latihan Personel)
Kos Pengurusan            : Makan/Penginapan/Jurulatih- sehari # RM 30.00
Sumber Dana                : Tanggungan peserta

4.11   HARI ANUGERAH KOKURIKULUM


Pengiktirafan kepada murid (individu/pasukan) dan guru yang menaikkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum, ko akademik dan sukan di peringkat zon, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
a.     Ketua Penyelaras    : SU Kokurikulum
b.     Pen. Penyelaras      : SU Sukan
c.     Jawatankuasa         : Semua Penyelaras Kelab/Unifom/Permainan
: Semua Jurulatih sukan dan permainan elit
: Semua Jurulatih Ko akademik
                                    d. Tarikh                        : 11.11.2019 ( Isnin )

4.12  KARNIVAL KOKURIKULUM
         (UJIAN KEPANDAIAN DAN KAWAD KAKI/GERAIJUALAN/PERSEMBAHAN/PROMOSI)

a. Ketua Penyelaras       : Setiausaha Kokurikulum
b. Penyelaras                : Penolong Setiausaha Kokurikulum
c. Penolong Penyelaras : Penyelaras Unit Berunifom
  Penyelaras Persatuan
  Penyelaras Kelab Sukan dan Permainan
                        d. Jawatankuasa            : Ketua Penasihat Unit Berunifom
                                                            : Semua Guru Penasihat Unit Berunifom
                        e. Tarikh                        : 30 .10. 2019 ( Rabu )
                     e. Tempat                     : SK Kajang Utama
                     f.  Penyertaan                : Semua murid SEKATA
                     g. Sumber dana             : Peruntukan Kerajaan dan Inisiatif Persatuan     








5.     Penutup
      Semua cadangan program di atas, memerlukan sokongan dan komitmen semua pihak dari segi masa, tenaga, idea, pandangan dan sokongan moral. Diharapkan agar dengan terlaksananya perancangan yang dirancang, akan merancakkan lagi penglibatan murid dan guru dalam aktiviti kokurikulum. Diharapkan juga agar  ianya dapat mengubah presepsi hambar murid, guru dan ibubapa terhadap  aktiviti kokurikulum. Memberikan kesedaran bahawa kokurikulum dan kurikulum adalah seiring dan saling melengkapi. Sekian terima kasih.





PERANCANGAN TIDAK MENJANJIKAN KEJAYAAN
TETAPI
TANPA PERANCANGAN TIDAK AKAN ADA KEJAYAAN

KEJAYAAN PERLU DIRANCANG
KITA MERANCANG KEGAGALAN JIKA KITA GAGAL MERANCANG







Disediakan oleh,



……………………..





Disahkan oleh,



……………………..













1.1               Tugas dan Tanggungjawab
1.1.1           Setiausaha Kokurikulum
a)       Memanggil mesyuarat dan meminta Penolong Kanan Kokurikulum mempengerusikan mesyuarat dengan semua guru penasihat persatuan, kelab, sukan, permainan dan unit beruniform pada awal tahun untuk merangka dan menggubal jadual perjumpaan.
b)       Mengada dan menyusun program aktiviti tahunan gerak kerja kokurikulum bagi menentukan bahawa rancangan itu berjalan lancar.
c)       Meneliti semua program aktiviti yang dirancangkan itu dapat dilaksanakan secara praktikal dan baik.
d)       Mengumpulkan laporan aktiviti tahunan bagi tiap-tiap gerak kerja kokurikulum dan menyerahkannya kepada Penolong Kanan Kokurikulum.
e)       Menyedia dan mengedarkan Buku Rekod Kegiatan Kokurikulum kepada guru-guru penasihat untuk diisi dan disahkan.
f)        Memungut buku-buku yang telah lengkap diisi pada akhir tiap-tiap penggal untuk disemak dan diserahkan kepada guru-guru kelas sebagai rujukan.
g)       Menyediakan laporan kemajuan untuk dimasukkan ke dalam sijil berhenti sekolah pada akhir tahun.
h)       Menyelaraskan penggunaan dewan dan padang sekolah untuk kegunaan semua yang ada di sekolah.
i)         Bertindak sebagai penyelaras lawatan atau rombongan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dari masa ke semasa.
1.1.2           Setiausaha Sukan
Setiausaha sukan adalah salah satu tugas yang amat penting dalam menjayakan kegiatan sukan di mana-mana sekolah jua. Pada amnya, setiausaha sukan bertanggungjawab dalam melaksanakan segala program sukan sekolah, membimbing latihan, menyelaras olahraga, permainan, sukan antara kelas, rumah, sekolah dan sebagainya. Ia bertindak sebagai penasihat dan bertanggungjawab dalam pengelolaan, pengurusan, perancangan, kewangan, penglibatan pelajar, membuat penilaian di samping menjadi sebagai penggerak untuk memperkembangkan minat mereka dalam bidang sukan dan permainan. Tugas-tugas setiausaha sukan yang lain adalah seperti berikut :
a)       Menyelaras semua permainan antara sekolah dengan Majils Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.
b)       Menyelaras semua sukan dan sukan antara pasukan yang ada di peringkat sekolah.
c)       Menyelaras semua kegiatan sukan dan permainan antara rumah-rumah yang ada di sekolah.
d)       Berhubung dengan pengerusi majlis sukan untuk mengadakan mesyuarat dengan guru-guru sukan dan permainan, rumah dan jawatankuasa pelajar.
e)       Menyediakan anggaran perbelanjaan sukan dan permainan tahunan dan membuat pesanan terhadap peralatan yang diperlukan oleh sekolah.
f)        Menyediakan jadual latihan untuk semua jenis sukan dan permainan dengan guru bertugas dan menetapkan hari, masa dan tempat latihan.
g)       Menyelaraskan semua acara sukan dan permainan sebelum dan sehingga hari sukan dan permainan.
h)       Mengurus dan menyediakan gelanggang, padang dan tempat-tempat pertandingan dan memastikan semuanya berada dalam keadaan baik dan mengikut peraturan sebelum hari perlawanan.
i)         Menyemak dan menyelaraskan urusan permohonan wang pendahuluan untuk membeli pakaian pemain-pemain pasukan sekolah dan peralatan persendirian para peserta sukan dan permainan.
j)         Mendapatkan pengadil bagi pertandingan peringkat majlis sukan sekolah-sekolah dengan kerjasama guru majlis sukan.
k)       Membahagikan para pelajar mengikut pasukan rumah masing-masing di sekolahnya.
l)         Menyimpan senarai daftar pelajar dengan lengkap dan kemas kini melalui guru-guru rumah.
m)     Membantu dan membahagikan tugas sukan dan permainan di kalangan guru-guru di sekolahnya.
n)       Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan dan memesan segala peralatan sukan dan permainan sekolah.
o)       Menyimpan stok alatan sukan dan permainan yang diperlukan oleh sekolah dan memastikan stok itu berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan.
p)       Mengawas dengan rapi penggunaan dan keselematan alatan sukan dan permainan sekolah seluruhnya.
q)       Menguruskan pengangkutan para pemain sekolah yang akan mengambil bahagian dalam sukan dan permainan di luar sekolah.
r)        Menguruskan surat-surat kebenaran ibu bapa atau penjaga bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil bahagian mewakili sekolah.
s)        Menjaga dan menentukan kesihatan pelajar yang mewakili sukan dan permainan sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
t)        Menyediakan laporan lengkap sukan dan permainan bagi pelajar untuk tujuan menyediakan surat akuan dan sijil berhenti sekolah.
u)       Menyusun program yang teratur untuk perancangan sukan dan permainan sekolah sepanjang tahun.
v)       Menentukan pelaksanaan perancangan sukan dan permainan yang telah disusun itu dilakukan sepenuhnya.
w)     Mengambil langkah-langkah tegas untuk meninggikan mutu dan prestasi sukan dan permainan sekolah.

1.1.3           Guru Permainan
a)       Memajukan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam sukan dan permainan di bawah jagaannya dengan mengadakan latihan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh guru majlis sukan dan setiausaha sukan.
b)       Mengatur seberapa banyak perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan di sekolah-sekolah lain.
c)       Membentuk pasukan sekolah mengikut kumpulan umur untuk pertandingan majlis sukan sekolah-sekolah.
d)       Mendapatkan pengadil dalam sesuatu perlawanan persahabatan yang dianjurkan antara sekolah-sekolah.
e)       Mengadakan perlawanan antara rumah dan kelas dan menyampaikan keputusan perlawanan itu kepada setiausaha sukan ataupun guru majlis sukan.
f)        Membentuk sebuah jawatankuasa pelajar dan guru sukan dan permainan di peringkat sekolah.
g)       Menempah dan mengaturkan pengangkutan untuk pasukannya bagi perlawanan majlis sukan sekolah-sekolah termasuk juga perlawanan persahabatan.
h)       Mengiringi dan menjaga disiplin pelajar dalam sesuatu permainan itu untuk menentukan kelancaran perjalanan sukan dan permainan.
i)         Bertanggungjawab terhadap kedatangan pemain-pemain mengikut masa dalam latihan dan perlawanan.
j)         Membahagikan alatan dan pakaian sukan dan permainan kepad apemain dan mengumpulkannya semula setelah selesai permainan.
k)       Menjaga keselematan barangan dan alatan sukan dan permainana dan sentiasa berada dalam keadaan sempurna.
l)         Mengawasi disilpin dan kebajikan pelajar di tempat latihan dan perlawanan dan memberi perangsang untuk membangkitkan semangat mereka.
m)     Menghubungi dan menghantar ke hospital atau ke rumah pemain sekiranya berlaku kecederaan dan kemalangan yang serius.
n)       Melaporkan kepada setiausaha sukan dan guru besar mengenai kepurusan pertandingan dan perlawanan sekiranya berlaku sesuatu yang di luar dugaan.
o)       Mencatat dan mengesahkan penglibatan tiap-tiap pelajar dalam permainan berkenaan untuk dijadikan asas dalam menyediakan Laporan Tahunan Penilaian Gerak Kerja Kokurikulum pelajar.
p)       Menyerahkan laporan pelajar itu kepada guru penyelaras sukan dan permainan pada penghujung tahun.

1.1.4           Guru Rumah
a)       Menyediakan senarai ahli-ahli rumah masing-masing yang lengkap mengikut tahun.
b)       Mengagihkan para pelajar dalam rumah kepada beberapa acara sukan dan permainan untuk mereka mengambil bahagian.
c)       Menyusun program latihan bagi semua pelajar dalam rumahnya dan mengadakan latihan untuk mereka.
d)       Bekerjasama dengan guru-guru lain untuk menyediakan trek-trek di padang menjelang hari sukan dan permainan.
e)       Menyediakan alat-alat sukan dan permainan untuk para pelajar mengambil bahagian dalam sukan dan permainan.
f)        Menyediakan rumah atau khemah untuk para pelajar berkumpul semasa mereka mengambil bahagian.
g)       Menyediakan makanan dan minuman ringan untuk para pelajar yang mengambil bahagian dalam sukan dan permainan.
h)       Mengaturkan barisan pelajar untuk berkumpul semasa majlis pembukaan dan penutup hari sukan dan permainan.
i)         Meruntuhkan rumah atau khemah setelah selesai majlis penutupan rasmi hari sukan dan permainan.
j)         Memulangkan semula alat-alat sukan dan permainan yang telah digunakan itu ke tempat asalnya.

1.1.5           Guru Penasihat Kelab dan Persatuan
a)       Menggalakkan semua pelajar di sekolahnya untuk menjadi ahli dalam sesebuah persatuan, kelab, sukan dan permainan dan pasukan unit beruniform.
b)       Menggubal peraturan, undang-undang dan perlembagaan bagi semua persatuan, kelab, sukan dan permainan dan pasukan unit beruniform.
c)       Menubuhkan jawatankuasa pelajar bagi persatuan, kelab, sukan dan permainan yang tida menjadi penasihatnya.
d)       Menentukan ahli-ahli jawatankuasa yang telah dipilih itu melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka mengikut perlembagaan.
e)       Merancang program aktiviti persatuan yang bakal dijalankan bagi sesuatu tahun itu mengikut penggal dengan kerjasama jawatankuasa pelajar.
f)        Menyerahkan program kegiatan tahunan itu kepada guru penyelaras gerak kerja kokurikulum pada tarikh yang telah ditetapkan.
g)       Menentukan tiap-tiap aktiviti yang telah dirancangkan itu dijalankan mengikut jadual dan berjalan dengan teratur dan lancar.
h)       Menghadiri tiap-tiap mesyuarat atau perjumpaan dan kegiatan persatuan, kelab, sukan dan permainan yang berada di bawah jagaannya.
i)         Menjaga kewangan persatuan, wang runcit dan harta benda persatuan dan menentukan semuanya digunakan untuk kebaikan ahli-ahli persatuan itu sendiri.
j)         Menyediakan anggaran perbelanjaan dan pendapatan persatuan di bawah kelolaannya.
k)       Mengiringi tiap-tiap rombongan yang diaturkan oleh persatuannya dan jikalau tidak dapat bersama dia hendaklah mencari wakil atau penggantinya.
l)         Membuat laporan bagi tiap-tiap kegiatan persatuannya dengna menyatakan tentang tarikh, masa, tempat, jenis kegiatan, kehadiran ahli dan guru dan program aktiviti yang diadakan itu dari mula hingga ke akhir.
m)     Menyerahkan program aktiviti tahunan persatuan kepada penyelaras gerak kerja kokurikulum pada awal tiap-tiap penggal.
n)       Menyedia dan menyerahkan laporan kejayaan aktiviti pada penghujung tiap-tiap semester.
o)       Menghiaskan papan kenyataan persatuan secara teratur dan mengelakkannya daripada disalahgunakan oleh mana-mana pihak.
p)       Menentukan kegiatan tiap-tiap persatuan itu dijalankan seminggu sekali pada hari dan masa yang telah ditetapkan dalam program aktiviti tahunan.
q)       Memastikan tiap-tiap pelajar memiliki Buku Rekod Kegiatan Kokurikulum denga mencatatkan butiran yang kemas kini.
r)        Menyerahkan Buku Rekod Kegiatan Kokurikulum pelajar kepada setiausaha kokurikulum pada akhir tiap-tiap penggal untuk semakan

1.1.6           Guru Penasihat Pasukan Unit Beruniform
a)       Pada amnya, guru penasihat pasukan unit beruniform bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pentadbiran pasukan itu di bawah kelolaannya.
b)       Menentukan bahawa peraturan, undang-undang, latihan, perkembangan dan kemajuan pasukannya berjalan dengan lancar.
c)       Bertanggungjawab dalam menguruskan pemilihan anggota pasukannya dari tahun 3 hingga 6.
d)       Menentukan dasar pembahagian keahlian antara psukan-pasukan pakaian seragam yang lain dengan kerjasama guru-guru penasihat pasukan unit beruniform yang lain.
e)       Mengadakan dan menganjurkan latihan bagi pasukannya sekurang-kurangnya sekali seminggu yang ditetapkan oleh pihak sekolah sebagai Hari Latihan Pasukan Unit Beruniform.
f)        Menyusun program latihan tahunan yang melibatkan kegiatan pasukan dan ujian untuk mendapatkan sijil-sijil yang dianugerahkan kepada ahli-ahli persatuan di bawah jagaannya.
g)       Menjadi jurulatih pasukannya dan jikalau perlu boleh didapatkan jurulatih dari luar tetapi perlu mendapatkan kebenaran daripada guru besar terlebih dahulu.
h)       Bertanggungjawab dalam mementukan keperluan dan peralatan yang dikehendaki oleh pasukannya dengan lengkap.
i)         Menyedia dan mengadakan rekod stok untuk rujukan dan pemeriksaan dan menyelenggarakan simpanannya.
j)         Bertanggungjawab dalam menyimpan fail-fail, butiran dan maklumat mengenai pasukannya.
k)       Menyerahkan rancangan kegiatan itu kepada setiausaha kokurikulum oada permulaan penggal persekolahan.
l)         Menyerahkan laporan kemajuan mengenai aktiviti pasukannya kepada setiausaha kokurikulum.
m)     Memastikan tiap-tiap ahli memiliki Buku Rekod Kegiatan Kokurikulum dan menyerahkannya kepada setiausaha kokurikulum pada penghujung penggal untuk semakan.





BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK)

  BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK) Sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat, yang nengaitkan dua bidang yan...

klik