BMM 3109

Contoh soalan.

BAHAGIAN C
(40 markah)

Jawab dua soalan sahaja.

1.         Kata atau perkataan terbentuk daripada satu morfem atau susunan beberapa morfem. Susunan morfem tersebut akan membentuk kata yang dikenali sebagai:

i.              Kata Tunggal
ii.            Kata Terbitan
iii.           Kata Majmuk
iv.           Kata Ganda

a)         Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan kata tunggal, dan bincangkan jenis-jenis kata tunggal satu suku kata berdasarkan pola suku katanya. Penerangan anda perlu disertakan dengan contoh-contoh perkataan yang sesuai.
( 10 markah )

b)         Kata terbitan ialah sebarang kata yang telah menerima imbuhan, sama ada awalan, apitan, sisipan, mahupun akhiran. Bincangkan fungsi imbuhan, dan nyatakan jenis-jenis imbuhan mengikut golongan kata yang terbentuk.
( 10 markah )


2.         Kata kerja boleh dibahagikan kepada 2 jenis berdasarkan bentuk ayatnya;
iaitu Kata Kerja Transitif, dan Kata Kerja Tak Transitif.

a)         Jelaskan konsep kedua-dua jenis kata kerja tersebut  berpandukan ayat-ayat yang di bawah sebagai contoh:

i.                    Semua orang pulang.
ii.                  Gadis itu tersenyum
iii.                Saya tinggal di Sungai Merab
iv.                Keadaan bapa beransur baik.
v.                  Saya telah menjawab surat itu.
vi.                Ayah membesarkan rumah.
( 10 markah )

b)         Kata Kerja Tak Transitif terbahagi kepada 2 jenis; iaitu Kata Kerja Tak  Transitif Berpelengkap dan Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap. Huraikan konsep kedua-dua jenis kata kerja ini dengan memberikan 5 contoh ayat untuk setiap satu jenis kata kerja.
(10 markah )


3.         Kata Tugas terbahagi kepada 4 kelompok dasar berdasarkan   fungsinya,   
sama ada di dalam frasa, atau di dalam ayat. Berdasarkan kelompok dasar tersebut terdapat pelbagai jenis kata yang mempunyai fungsi-fungsi yang berbeza.

a)         Huraikan 4 kelompok dasar Kata Tugas yang dimaksudkan itu, dari segi  fungsi, dan penggunaannya
( 10 markah)

b)         Bincangkan fungsi dan penggunaan Kata Tugas dalam ayat berdasar 5 jenis Kata Sendi Nama yang anda pilih. Perbincangan perlu disertakan dengan contoh-contoh ayat yang sesuai.
( 10 markah )
















© Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK)

  BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK) Sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat, yang nengaitkan dua bidang yan...

klik