Isnin, 21 Jun 2021

FONOLOGI

      Definisi fonologi

Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa yang berkaitan senarai bunyi bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskan cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain. Tugas bidang fonologi ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara terperinci.

Maksud fonologi juga didapati dan dipetik daripada pendapat beberapa orang sarjana bahasa. Mengikut Adrian Akmajianet al dalam bukunya Linguistik: Pengantar Bahasa dan Komunikasi terjemahan oleh Aishah Mahdi dan Azizah Hussien memberi pengertian tentang fonologi seperti yang berikut: “ Fonologi ialah subbidang linguistic yang mengkaji struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia. Istilah fonologi digunakan dalam dua cara. Dari satu segi, fonologi sesuatu bahasa tertentu dan rumus yang mengawal penyebaran bunyi tersebut.

Menurut Arbak Othman (1983), fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif  yang  mempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia.  Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad Teks Bahasa Melayu STPM terbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd, Shah Alam (2006)  pula menjelaskan bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Bunyi bahasa disusun dengan sistem dan bidang fonologi bertujuan untuk menganalisis sistem ini.  Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik.  Fonemik merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.

Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Syam (2005) pula,  bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Abdullah Hassan (2005), pula menyatakan fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi-bunyi dalam bahasa.Munurut sarjana dari Indonesia dalam bukunya : Pengantar Linguistik , Prof. Dr J.W.M.Verhaar, Gadjah Mada Universiti Press, Yogyakarta, ,1988, menyatakan bahawa , fonologi ialah bidang yang menyelidiki bunyi bahasa hanya menurut segi  fungsionalnya sahaja.

Dari segi yang lain pula, fonologi merujuk bahagian teori tentang bahasa manusia yang umum yang berkaitan dengan sifat universal sistem bunyi semula jadi.”(1995:112) Manakala Frank parker dalam Linguistik untuk Bukan Ahli Linguistik menjelaskan: “Fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan.” (1974:112). Abdullah Hassan pula dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.”(1993:40)

Maksud dan makna fonologi menurut kamus dewan pula ialah, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.(1996:354) Dalam Merriam Webster’s Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages. Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistic yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionanry of CurrentEnglish (1992:671) memberi pengertian fonologi sebagai “the study of the systems of speech sounds, especially in a particular language. Manakala kamus Chamber Family Dictionary (1990:572) menghuraikan fonologi sebagai “ the study of system of sounds in language and of the history of their changes. Dalam Collins Shorter English Dictionary(1993:858) fonologi dikatakan “the study of the sound system of a language or of language in general.”The World Book Dictionary(1981:1567) menerangkan fonologi sebagai “ the system of sound used in language”.

.

1.4      KESIMPULAN

Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza  dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.

Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. Sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.

 Kaedah fonetik juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk guru-guru mengajar kanak-kanak membaca dengan cepat kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca.  Hal ini adalah kerana otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca  perkataan itu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK)

  BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK) Sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat, yang nengaitkan dua bidang yan...

klik