BMM 3110


CONTOH SOALAN BMM3110

BAHAGIAN A

1. Ciri-ciri wajib bagi ayat hanya terdapat dalam satu ayat sahaja daripada senarai ayat di bawah ini.
    Pilih ayat yang menepati definisi ciri-ciri wajib ayat yang sebenar.
A.            Adik saya berlari.
B.            Pemain itu telah menendang bola.
C.            Budak-budak itu berjalan kaki ke asrama.
D.            Encik Hamidin membeli sebuah rumah baharu.

2. Pilih ayat perintah jenis permintaan yang betul.
A.            Tolong ketepikan meja.
B.            Kamu tunggulah dia di dewan ini.
C.            Usah difikirkan masalah kenaikan pangkat itu lagi.
D.            Silalah datang ke majlis perasmian itu pada hujung minggu nanti.

3. Semua ayat di bawah terbentuk dalam ragam ayat yang sama kecuali
A.            Ketinggalan baslah murid-murid itu.
B.            Akan saya sertai pertandingan syarahan itu.
C.            Masalah staf saya itu belum dapat saya selesaikan.
D.            Tidak akan bertolak oleh kamilah kereta yang rosak itu.

4. Konstituen frasa nama terdiri daripada
A.            sepatah kata yang berasal daripada kata nama
B.            dua patah kata yang terbentuk daripada kata nama dan kata-kata lain.
C.            kata nama dalam frasa nama ialah intinya sedangkan kata-kata lain hanya sebagai penerang.
D.            kata nama atau sekumpulan kata yang kata utamanya kata nama dan yang dapat berfungsi
                sebagai subjek, predikat atau objek dalam ayat.

5. Pilih frasa nama di bawah yang termasuk dalam kekecualian peraturan hukum D-M.
A.            Isu-isu lain
B.            Ketua hakim
C.            Menteri Pelajaran
D.            Pejabat pos besar

6. Ayat-ayat yang berikut menggunakan hukum D-M yang betul dalam bahasa Melayu kecuali
A.            Studio mini yang dimilikinya terbakar.
B.            Air tangki di kawasan perumahan itu bocor.
C.            Hantu raya sering mengganggu penduduk di situ.
D.            Kami ke lapangan terbang dengan menaiki kereta api laju.

Samad berjalan kaki ke sekolah setiap hati.
 
7. 

           Kata kaki dalam ayat di atas bukan frasa nama. Hal ini demikian kerana kata kaki hanya  
           berfungsi sebagai
A.           objek
B.            subjek
C.            predikat
D.           pelengkap

8. Semua ayat di bawah menggunakan kata bantu.
     Pilih ayat yang tepat penggunaan kata bantunya.
                i  Saya telah meniduri tilam baharu itu.
                ii Dia sudah pulang ke rumah barangkali.
                iii Mereka akan selesaikan masalah itu minggu depan.
                iv Belumkah pelajar institut perguruan itu menduduki peperiksaan?
A             I, II dan IV
B             II, III dan IV
C             I, III dan IV
D             I, II, III dan IV     

9.  Dalam bahasa Melayu, frasa adjektif boleh hadir dengan kata penguat.
     Pilih ayat yang paling tepat penggunaan kata penguat.
                i Masakan tukang masak itu sedap sekali.
                ii Pergerakan kereta lembu itu perlahan benar
                iii Tutur kata pemuda itu sungguh kurang sopan
                iv Nyanyian kumpulan nasyid itu sungguh amat merdu
A             i, ii dan iii
B             i, ii dan iv
C             i, iii dan iv
D             ii, iii dan iv

10.          Pilih binaan ayat yang tergolong dalam ayat majmuk kerana ayat-ayat itu ada klausa dengan tugas-tugasnya yang tertentu.
                i   Kereta baharu itu tinggi harganya.
                ii  Keempat-empat orang pelajar itulah yang dicarinya.
                iii  Semua anggota parti itu mengetahui siapa nama calon presiden parti mereka.
                iv  Bahawa soalan peperiksaan itu agak sukar dibuktikan oleh jawapan pelajar yang salah.
A             i dan iii
B             ii dan iii
C             i, ii, dan iv
D             i, iii dan iv


11.  Unsur tatabahasa ini tidak dapat diwakili oleh frasa sendi.
A.           subjek
B             predikat
C             penerang frasa nama
D             keterangan frasa objektif

12.   Ayat yang manakah yang betul penggunaan frasa sendinya?
A             Menjelang hari raya mereka balik kampung.
B             Mereka tertarik dengan keindahan Pulau Tioman.
C             Dia telah mengambil tindakan seperti yang disarankan.
D             Bangunan yang indah itu diperbuat dengan batu kristal diimport.

13.  Frasa sendi nama boleh terbentuk daripada binaan yang berikut kecuali
A             Kata Sendi  + Frasa Nama
B             Kata Sendi + Frasa Nama + Penerang
C             Kata Sendi + Kata Bantu + Frasa Nama
D             Kata Sendi + Kata Nama Arah + Kata Adjektif

14.  Pilih ayat yang bukan ayat inti antara ayat yang berikut
A             Rumah itu ialah rumah Encik Badrul.
B             Rambut artis lelaki itu sangat panjang.
C             Encik Rajoo di Kuala Lumpur semalam.
D             Mereka bermain bola sepak di padang sekolah.

15.   Terdapat empat pola ayat dasar dalam b.Melayu.
          Berdasarkan pernyataan di atas, kelompok manakah yang tepat mewakili pola FN + FA dan
          FN + FK?
A          Gadis itu kemalu-maluan
Cita-citanya setinggi gunung
B          Tingkah lakunya kebudak-budakan.
             Pemuda itu melangkahi longkang itu.
C          Dia menjeling ke arah rakannya.
             Budak itu menangisi kematian kucingnya.
D          Wajah gadis itu sungguh cantik.
             Warna kereta Honda abang saya itu seputih kapas.

Amit telah memberitahukan berita itu kepada keluarganya.
 
16. 

                Pilih ayat yang terbit daripada ayat dasar yang tercatat dalam petak di atas.
                i   Telah diberitahukan  Amit berita itu kepada keluarganya.
                ii   Telah memberitahukan berita it kepada keluarganyalah Amit.
                iii  Amit telah memberitahu keluarganya berita itu?
                iv  Keluarganya telah diberitahukan oleh Amit tentang berita itu.
A             i, ii dan iii
B             i, iii dan iv
C             ii, iii dan iv
D             ii, iii dan iv

17.  Pernyataan manakah yang benar tentang intonasi ayat pasif biasa?
A             2-4-2-3
B             1-2-3-4
C             2-1-3-4
D             1-3-2-4



Gadis itu cantik.
 
Amit telah memberitahukan berita itu kepada keluarganya.
 
Amit telah memberitahukan berita itu kepada keluarganya.
 
18. 
Tingkat nada dalam intonasi ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4. Pilih penanda ucapan bagi ayat di atas.
A                     2-4-2-3
B                      2-4-3-4
C                      2-4-2-4
D                     2-3-1-4

19.  Ayat majmuk mesti mempunyai subjek atau predikat atau objek yang lebih daripada satu.  

IMG.jpgIMG.jpg




 







Rajah 1 merupakan rajah pohon ayat majmuk yang mengalami proses penerbitan ayat yang mengakibatkan pengguguran.
Proses transformasi yang terlibat ialah pengguguran
A          Subjek frasa nama A2                        C             Predikat frasa sendi nama A2
B          predikat frasa nama A2                     D             Subjek dan predikat frasa nama A2


20.  Pilih pembentukan ayat yang berbeza daripada tiga ayat yang lain.
A          Kerana berjaya dengan cemerlangnya dalam peperiksaan SPM, dia dianugerahi biasiswa.
B          Dengan ilmu yang ada padanya, dia menubuhkan syarikat penerbitan sendiri.
C          Mereka masih bermesyuarat meskipun hari sudah lewat malam.
D          Dia menerangkan bagaimana peristiwa itu terjadi.

BAHAGIAN B
1.         Frasa dan ayat tidak dapat dipisahkan. Kehadiran frasa amat penting untuk pembentukan ayat yang sempurna.

a)         Lengkapkan ayat di bawah dengan kata atau kata-kata yang sesuai agar membentuk frasa yang lengkap.
             i.             Senarai barang yang perlu dibawa  adalah seperti yang berikut,  iaitu cadar, sarung bantal, dan barang keperluan sendiri.
             ii             Antara fakta yang berikut, yang manakah yang benar tentang punca
kejayaan  pelajar?
             iii            Yang ditahan yang membawa senjata yang berbahaya sahaja.
             iv            Dengan berpandu pada kompas, mereka masuk ke hutan.
             v             Dua orang pelajar itu sahajalah yang mencapai keputusan yang cemerlang.
                                                                                                                                                                                                (5m)

b)        Berikan 5 contoh ayat dasar atau ayat inti yang predikatnya terdiri daripada frasa sendi yang disertai oleh keterangan.
             Keterangan boleh terdiri dripada k. nama dan frasa sendi.
             Contoh:
             Ibu di dapur pada pagi tadi.
             Ibu ke Kuala Lumpur semalam.
                                                                                                                                                                                                (5m)

2 a)     Bina 3 ayat pasif songsang dan setiap ayat mesti mempunyai predikat yang di dalamnya disertai oleh mana-mana kata penguat di atas.
             i              Sungguh cantik gadis itu.
             ii             Besar sekali rumahnya.
             iii            Tinggi sungguh gunung itu.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    (3 cth x 2m = 6m)

 b)       Frasa adjektif boleh juga diluaskan dengan frasa sendi sebagai keterangan untuk membentuk predikat ayat.
             Berikan 2 cth ayat inti yg predikatnya tdiri drpd frasa adjektif dgn frasa sendi sbgai keterangan.
             i              Dia jujur terhadap saingannya.
             ii             Rumahnya jauh dari sini.
                                                                                                                                                ( 2 cth x 2m = 4m)


3          Ayat dalam bahasa Melayu terdiri drpd ayat dasar, ayat tunggal dan ayat majmuk ( Ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan)
a)         Nyatakan maksud konsep ayat majmuk gabungan.
             i) konsep ayat majmuk gabungan
                            Ayat majmuk gabunganialah ayat yang terbentuk daripada 2 ayat tunggal sekurang-kurangnya dan digabungkan dengan kata hubung seperti atau, dan, lalu dan sebagainya.

             ii) konsep ayat dasar
                             Ayat dasar ialah ayat yang paling kecil dan menjadi asas kepada ayat-ayat yang lain. Ayat dasar mempunyai  4 pola iaitu FN + FN, FN + FK, FN + FA dan FN + FSN dan semua ayat dasar mestilah bermula dengan FN.
                                                                                                                                                                ( 2 cth x 2 m = 4m)

b)        Berikan 2 cth ayat tunggal yang menggunakan kata tanya dan satu cth ayat tunggal yang menggunakan frasa kerja pasif pelaku diri kedua.
             Ayat tunggal dengan kata tanya
             i              Nama ibu awak siapa?
             ii             Mengapa peristiwa itu berlaku?
             iii            Awak dilahirkan di mana?
             iv            Bilakah peristiwa itu berlaku?
( **semua jenis ayat tunggal diterima asalkan menggunakan kata tanya)

             Ayat tunggal  dengan frasa kerja pasif pelaku diri kedua.
             i              Kereta itu awak pandu.
             ii             Rumah itu kamu beli.
             iii            Gelas it awak pecahkan.
             iv            Bilik itu kamu masuki?
( **semua jenis ayat tunggal diterima asalkan menggunakan frasa kerja pasif pelaku diri kedua)

4          Penyusunan semula ayat merupakan satu ciri yang terdapat dalam b. Melayu.
             Antara ayat yang melibatkan penyusunan itu termasuklah ayat songsang.
             a)           Susun ayat di bawah ini menjadi dua jenis ayat tanya bersusunan songsang.
                            Kelima-lima orang pelajar itu sedang mengulang kaji pelajaran.
                            i)   Sedang mengulang kaji pelajarankah kelima-lima orang pelajar itu?
                            ii)  Sedangkah kelima-lima orang pelajar itu mengulang kaji pelajaran?

             b)           Tukarkanlah ayat-ayat di bawah ini menjadi ayat pasif songsang.
                         i)   Institut itu belum pernah saya kunjungi?
  Belum pernah saya kunjungi institut itu.
                            ii)   Kamu telah dapat mengatasi masalah tersebut?
     Telah dapat kamu atasi masalah tersebut.
                            iii)   Mereka pernah mendiami taman itu?
       Pernah didiami oleh mereka taman itu.

BAHAGIAN C
1.         Ayat pasif ialah sejenis ragam ayat dlm bahasa Melayu. Dalam pola ayat biasa (ayat pasif biasa), banyak sekali jenis ayat pasif yang ditemukan.  Ayat pasif tersebut terdiri daripada ayat pasif berpelaku, ayat pasif dengan kata imbuhan tertentu, ayat pasif berimbuhan dan pelengkap serta ayat pasif bantuan dengan kata kena.
             Bincangkan pembentukan ayat pasif biasa tersebut dengan memberikan satu contoh ayat bagi setiap pembentukannya.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   (20 m)

Pendahuluan
Ayat pasif ialah ayat yang subjeknya berperanan sebagai pencerita
Isi
Dalam pola ayat pasif biasa, terdapat 8 jenis ayat pasif yang ditemukan iaitu
1.         huraian ttg ayat pasif pelaku diri pertama
2.         huraian ttg ayat pasif pelaku diri kedua
3.         huraian ttg ayat pasif pelaku diri ketiga
4.         huraian ttg ayat pasif ber
5.         huraian ttg ayat pasif ter
6.         huraian ttg ayat pasif ke....an
7.         huraian ttg ayat pasif ke...an dan disertai oleh pelengkap
8.         huraian ttg ayat pasif bantuan yg disertai kata kena
                                                                                                                                   1 huraian, 1 cth = 2m
                                                                                                                                   8 huraian, 8 cth = 16 m
                                                                                                                                   pendahuluan = 4m


2.         Frasa kerja transitif terbentuk drpd kata kerja transitif dan frasa nama sbg objeknya.
             Huraikan semua jenis imbuhan yg membentuk kata kerja transitif dan sekali gus mnjd frasa kerja  transitif  apabila disertai oleh frasa nama untuk berfungsi sbgai predikat ayat. Tulis satu contoh ayat bg setiap cntoh frasa kerja transitif itu.
                                                                                                                                                                                (20 m)

Kata kerja transitif dapat dibentuk daripada 6 imbuhan iaitu
1.         imbuhan awalan meN....yg memerlukan objek selepasnya untuk berfungsi sbgai predikat ayat
             cth: Ali menendang bola.
2.         Imbuhan apitan meN...i
             cth:  Ali memasuki rumah.
3.         Imbuhan apitan meN...kan
             cth:   Ali memecahkan pinggan itu.
4.         Imbuhan rangkap mempeR...
             cth:  Pekerja-pekerja itu sedang memperbesar bilik
5.         Imbuhan apitan mempeR...i
             cth: Ayah saya memperkebuni tanah terbiar itu.
6.         Imbuhan apitan mempeR..kan
             cth: Pekerja-pekerja itu sedang mempertingkatkan bangunan.

                                                                                                                *huraian ttg 1 imbuhan dan 1 cth = 3m
                                                                                                                6 imbuhan, 6 cth               = 18 m
                                                                                                                cara berbahasa = 2m


3.         klausa objek, klausa pelengkap, klausa penerang, dan klausa keterangan dapat dikemukakan dlam ayat mjmuk pancangan.
             Bincangkan pembentukan keempat-empat klausa tersebut dalam ayat mjmuk pancangan dgn memberikan cthbg setiap klausa yg berkenaan.

             pndahuluan;
             Klausa ialah sekelompok kata yg ada subjek dan predikat spt ayat juga.
             Klausa merupakan ayat tambahan atau ayat dalam ayat.
            
             Antara klausa yg terdpt dalam ayat mjmuk pancangan termasuklah klausa objek, klausa pelengkap, klausa penerang dan klausa keterangan.

Klausa objek wujud selepas kata kerja transitif dlm ayat mjmuk pancangan. Klausa yang asalnya daripada  ayat biasa boleh dipancangkan dgn ayat lain (klausa utama) dgn mnggunakan kata hubung bahawa, sekiranya klausa itu berasal drpd ayat tnya yg mggunakan kata tanya, klausa itu boleh dipancangkan terus selepas kata kerja transitif tnpa menggunakan kata hubung bahawa dan tanda tanyanya ditinggalkan.

Cth:
Dia menyatakan bahawa ibunya sihat.
Dia menerangkan bagaimana peristiwa itu berlaku.

Klausa pelengkap wjud selepas kk tak transitif atau kata adjktif dalam ayat mjmuk pancangan. Klausa yg asalnya drpd ayat biasa boleh dipancangkan dgn ayat lain ( klausa utama) dngan mggunakan kata hubung bahawa, sekiranya klausa itu berasal drpd ayat tanya yg menggunakan kata tanya, klausa itu boleh dipancangkan terus selepas kk transitif tanpa menggunakan kata hubung bahawa dan tanda tanyanya ditinggalkan.

cth:
Dia berkata bahawa ibunya sihat.
Dia yakin bahawa ibunya selamat.
Dia bertanya siapa nama orang itu.

Klausa penerang wujud selepas frasa nama yg mnjdi objek ayat. Klausa yg asalnya drpd ayat biasa boleh dipancangkan selepas frasa nama sebagai objek dgn mnggunakan kata hubung bahawa, sekiranya klausa itu berasal dripada ayat tanya yg menggunakan kata tnya, klausa itu boleh dipancangkan terus selepas frasa nama sebagai objek tnpa menggunakan kata hubung bahawa dan tanda tanyanya ditinggalkan.

cth:
Kamal mendengar khabar bahawa ibunya sihat.
Dia mendengar penjelasan bagaimana perkara itu terjadi.

Klausa keterangan
Klausa keterangan ialah klausa bawahan (tak bebas, terikat, kecil) yg bertugas sbgai keterangan dlam ayat pancangan. Klausa ini digabungkan dngan klausa utama dgn menggunakan kata hubung jika, kerana, walaupun, sekiranya, supaya, dengan dan lain-lain.

cth:
Dia menangis kerana (dia) gagal dalam temu duga.
Padi itu saya jemur supaya (padi itu)kering.
Orang itu menebang pohon belimbing dengan (dia) menggunakan gergaji.
Engkau akan berjaya dalam perniagaan jika (engkau ) rajin berusaha.

(bahagian yg bercetak italik ialah klausa keterangan)
·    huraian 1 jenis klausa dan 2 cth ayat      = 5 m
·    huraian 4 jenis klausa dan 8 cntoh ayat = 20 m

















SINTAKSIS
BAB 1 : SINTAKSIS : BIDANG KAJIAN
sintaksis ialah :
§  Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.
§  Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
1.1 Struktur binaan ayat
: binaan/konstruksi
: gabungan/rentetan bentuk kata yg sewenang2 & tdk tersusun
:t’bentuk drpd unit kecil rangkai kata yg dikenali sbg unsur/konstituen
: cth : Ahmad tertidur. (mengandungi 2 unsur/konstituen)
1.2 Pembahagian Subjek & Predikat
Subjek : konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.
Predikat : kumpulan perkatan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.
Dalam kebanyakan bahasa, subjek setiap ayat hanyalah terdiri  daripada frasa nama.
Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.
cth : Adik / makan nasi.
1.3 Ayat Dasar & Ayat Terbitan
Ayat Dasar : Ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pem bentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.
: Konstituen subjek mendahului konstituen predikat
: Semua ayat boleh dikesan rangka dasarnya tertentu. Mempunyai pola ayat dasar.
: Daripada pola tersebut, terbit ayat lain (ayat tunggal dan ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau pasif dan sebagainya)
: Semua ayat dasar terdiri daripada ayat penyata, yakni ayat yang diucapkan dengan maksud membuat penyataan
: Pola ayat dasar :
Pola    Subjek          Predikat
1        FN                FN
2        FN                FK
3        FN                FA
4        FN                FSN
Ayat Terbitan :
: ayat2 yg lebih panjang/kompleks
 : terbentuk apabila beberapa unsur, baik unsur pkataan/unsur frasa ditambah pd frasa subjek/predikat sesuatu ayat dasar.
cth :
ayat dasar : Ali guru.
ayat terbitan : Ali guru sementara di sekolah itu.
1. 4 Susunan dalam Ayat
: kedudukan subjek dan predikat dalam ayat.
Susunan biasa : binaan ayat yang subjeknya terletak di hadapan ayat, diikuti oleh predikat.
Susunan songsang : binaan ayat yg predikatnya mendahului subjek
BAB 2 : SINTAKSIS(BIDANG KAJIAN)
2.1 Urutan Kata
: hukum/rumus yg mendasari proses urutan perkataan / kelompok perkataan utk m’bentuk ayat. (BM = S[subjek] +K [k.kerja]+O [objek].
2.2 Perpindahan ayat
: kedudukan sesuatu /kelompok pkataan mpunyai kebolehan berubah tempat dalam sesuatu binaan ayat. (xpenting pun)
2.3 Ragam Ayat
terdapat 2 golongan ragam ayat : ayat aktif, ayat pasif
ayat aktif : ayat yang menekankan objek, mengandungi kata kerja yg mengutamakan subjek asal sbg judul
ayat pasif : menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya, mengutamakan subjek terbitan sbg judul
2.4 Jenis Ayat
Ayat penyata : ayat yg diucapkan utk tujuan melakukan suatu penyataan / mengemukakan keterangan ttg sesuatu perkara.
cth : Bapa saya seorang guru Bahasa Melayu.
Ayat Tanya : ayat utk tujuan mengemukakan sesuatu pertanyaan.
cth : Apakah pekerjaan bapa kamu?
Ayat Perintah : diucapkan utk tujuan memberikan arahan utk tujuan menimbulkan sesuatu tindakan.
cth
1. suruhan : Siapkan kerja itu dengan segera.
2. larangan : Jangan berludah di sini.
3. silaan : Sila buat laporan di balai polis.
4. permintaan : Tolong tutup pintu itu.
Ayat seruan : diucapkan secara bernada seru utk menyatakan sesuatu keadaan perasaan seperti marah, takut, geram, takjub & sebagainya.
cth : Cis, berani kau mengganggu dia!
BAB 3 : FRASA NAMA BM
: binaan yg dr sudut nahu, boleh terdiri drpd satu pkataan yg boleh bfungsi sbg 1 konstituen dlm binaan ayat.
: bfungsi sbg subjek, hanya berfungsi sbg predikat dlm pola ayat dasar iaitu:
 Pola   Subjek            Predikat
1        FN                FN
2        FN                FK
3        FN                FA
4        FN                FSN
: Boleh tdiri drpd 1 pkataan sahaja/beberapa pkataan
: juga boleh hadir sesudah k.kerja transitif dlm frasa kerja.
cthnya :
subjek k.kerja objek
1. Orang itu memanggil saya.
2. Para siswazah memohon jawatan itu
: hadir juga pada bahagian unsur nama dalam frasa sendi nama.
: FN wujud sbg unsur dlm predikat FSN
subjek frasa sendi nama
sendi nama frasa nama
1. Mereka di Kuala Lumpur.
2. Hadiah itu daripada Ahmad.
3. Kereta itu ke Kota Bahru.
: FN juga menjadi unsur frasa keterangan dalam predikat slps frasa kerja
subjek predikat
k. kerja k. sendi nama frasa nama
1.  Umat Islam berpegang pada takdir Ilahi.
2. Pena itu ada pada saya.
3. Dia memotong buah itu dengan pisau.

3.1 Konstituen Frasa Nama
Konstituen=unsur.
: unsur yg menjadi pengisi FN ialah KN sbg unsur intinya.
: unsur inti boleh wujud secara bersendirian ataupun dgn sederetan penerang yg hadir sblm FN / sesudahnya / sebelum dan sesudah FN.
: terdapat unsur BUKAN KN yg boleh mengisi FN jika unsur itu boleh saling berganti dgn KN. cthnya :
1. Bersenam menyihatkan badan.
2. Putih melambangkan kesucian.
3. Makan suap perbuatan yang keji.

3.2 Binaan Frasa Nama
: boleh terbentuk drpd 1 pkataan sahaja ataupun sederetan pkataan.
: jika bentuknya sederetan pkataan. tdapat dua jenis iaitu [ inti + penerang ] dan [inti + inti]
1. inti + penerang
: boleh terdiri drpd
i. inti + penerang nama
ii. inti + penerang bukan nama



i. inti + penerang nama
: semua unsur terdiri drpd KN, intinya terdiri drpd KN dan penerangnya juga KN.
: boleh merupakan :
1. inti + penerang nama keturunan
cth : orang Melayu, keturunan Jawa
2. inti + penerang nama jenis
cth : harimau bintang, pingat gangsa
3. inti + penerang nama penyambut
cth : pam air, gunting kain, pelayan tetamu
4. inti + penerang nama kegunaan
cth : sabun pencuci, minyak pelincir, kayu pemukul
5. inti + penerang nama kelamin
cth : ayam jantan, anak perempuan
6. inti + penerang nama tempat
cth : anak kampung, Cina Melaka, tepi pantai
7. inti + penerang nama arah
cth : angin timur, kawasan barat, jalan tengah
8. inti + penerang nama anggota badan
cth : jam tangan, rantai leher, kepala lutut
9. inti + penerang tenaga penggerak
cth : kipas elektrik, dapur gas, kapal api
10. inti + penerang nama perihal/perkara
cth : lesen perniagaan, surat perjanjian
11. inti + penerang nama milik
cth : rumah saya, perkerjaan bapa
12. inti + penerang nama khas
cth : Bandar Ipoh, Sungai Pahang
13. inti + pen nama panggilan/gelaran
cth : Haji Ahmad, Tan Sri Abdullah, Sang Kancil

ii. inti + penerang bukan nama
: menerima penerang bukan drpd jenis KN.
1. inti + pen penentu
- penentu hadapan : k. bilangan & penjodoh bilangan sebelum inti
cth : lima orang askar, segala kelengkapan
- penentu belakang : unsur yg hadir selepas KN
cth : orang itu, calon ini, pemenang itu

2. inti + pen k. kerja
cth : kamar tidur, kedai gunting, bilik menunggu
3. inti + pen k. adjektif
cth : anak muda, kulit putih, rumah haram
4. inti + pen k. adverb
cth : masa serentak, hari lusa, lawatan julung kali
5. inti + pen FSN
cth : rumah di Bandar, lawatan ke Muzium Negara, kiriman daripada abang
6. inti + pen bilangan ordinal
cth : tempat pertama, tingkat ke sepuluh

2. inti + inti
: tidak mpunyai unsur penerang, makna keselruhan didukung oleh kedua-dua KN inti.
i. inti + inti dgn maksud sama erti
cth : tubuh badan, ribut taufan, hutan rimba
ii. inti + dgn maksud lawan erti
cth : kerusi meja, jantan betina, ibu bapa

BAB 4 : SUSUNAN KONSTITUEN FRASA NAMA BM
4.1 Peraturan D-M
: D (diterangkan), M (menerangkan)
: unsur yg diterangkan itu merupakan unsur inti yg hadir pd kedudukan pertama
: unsur menerangkan unsur penerang yg hadir pd kedudukan yg kedua
cth :
orang lelaki, askar Melayu, kelapa sawit, Restoran Aminah.
: penggunaan susunan unsur2 frasa nama yg bertentangan dgn peraturan D-M adalah salah
4.2 Kekecualian Hukum D-M
: kekecualian hukum D-M boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama pada nama-nama jawatan
cth : perdana menteri, timbalan pengerusi, ibu pejabat.

BAB 5 : FRASA KERJA BM
: boleh terdiri drpd 1 pkataan / lebih dan kata intinya kata kerja.
: boleh merupakan k.kerja transitif dan k.kerja tak transitif
: k.kerja tak transitif hadir bersendirian/ diikuti oleh satu / sederetan pkataan
: k. kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur2 lain
5.1 Binaan Frasa Kerja
i. FK yg tdk mempunyai objek yg KKerjanya  tidak perlu disambut oleh sesuatu FN sbg objek utk melengkapkannya, mengandungi KK tak transitif.
cth :  1. Ali menang.
          2. Mereka sedang tidur.
3. Hang Jebat bertikam dengan Hang Tuah.
ii. FK yg mengandungi objek, yg KKerjanya mesti disambut oleh FN sbg objek utk melengkapkan KK. mengandungi KK transitif, boleh juga diikuti oleh bahagian keterangan.
cth :   1. Kami makan ayam goreng itu.
2. Pemburu menembak harimau itu dengan senapangnya.

5.2 Binaan FK Tanpa Objek
: terdiri drpd satu jenis KK sbg intinya iaitu KK tak transitif.
: KK tak transitif ialah sejenis kata kerja yg tdk perlu disambut oleh sebarang FN sbg objek sebagai pelengkapnya.
: FK jenis ini TIDAK boleh dipasifkan.
: terdpt 3 jenis KK tak transitif.
i. K. Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
: tidak memerlukan apa2 unsur sbg pelengkap. telah mempunyai makna yg sempurna.
cth :   1. Semua penonton bangun.
          2. Pokok itu tumbang.
          3. Mereka semua pulang.
          4. Kakak sedang tidur.
ii. K. Kerja Tak Transitif dgn Pelengkap
: KK yg tidak mempunyai makna yg lengkap sekiranya tdk diikuti oleh unsur pelengkap.
: tetapi, unsur ini bukanlah objek kerana ayatnya tdk boleh dipasifkan.
: cth KK ialah beransur, berbuat, ada, berbantalkan
: tdpt 3 jenis KKTT dgn pelengkap.
1. K.Adjektif sbg pelengkap
cth :   1. Keadaannya menjadi genting.
          2. Badannya menjadi lemah.
3. Ekonomi negara kita bertambah kukuh.
2. Frasa Sendi Nama sbg pelengkap
cth :   1. Mereka berada di Kuala Lumpur.
          2. Keretanya membelok ke kiri.
          3. Saya tinggal di kampung.
3. K. Nama sbg pelengkap
: cara membezakan KN sbg pelengkap dan KN sbg objek ialah pelengkap TIDAK boleh dipasifkan.
: tdpt 2 kump KKTT yg terima KN sbg pelengkap iaitu yg ada imbuhan ber-…-kan dan KKTT menjadi dan ada.
cth :   1. Dia berbantalkan lengan.
          2. Pak Kaduk berbajukan kertas.
3. Pengembara itu berselimutkan embun.
          4. Dia menjadi guru.
          5. Orang itu ada harta.
iii. K. Kerja Tak Transitif dgn KN sbg penerang
: bukan menjadi objek kerana tdk boleh dipasifkan.
: bukan menjadi pelengkap kerana boleh ditiadakan tanpa merosakkan kesempurnaan makna KK yg diikutinya
cth :
subjek frasa kerja
K.kerja penerang
1. Lelaki itu berseluar jean.
2. Mereka bersawah padi.
3. Bapanya berniaga  ayam.

5.3 Binaan FK dgn Objek
: mengandungi K.kerja Transitif sbg inti dan FN yg mengikuti KK sbg objek atau penyambutnya.
: boleh dipasifkan
cth :
1. Kami makan ayam goreng itu.
Ayam goreng itu kami makan. (pasif)
2. Pemburu menembak harimau itu dengan senapangnya.
Harimau itu ditembak oleh pemburu dengan senapangnya. (pasif)
: FK yg mengandungi FN sbg objek boleh dibahagikan kpd 2.

i. FK dgn satu objek
cth :
1. Saya menjawab surat itu.
2. Dia tidak mengabaikan tugasnya.
3. Perahu-perahu itu menyusuri pantai.
 : terdpt sejumlah pkataan yg berbentuk KK ttpi membawa makna adjektif.
: ia boleh menerima k.penguat dan FN yg mengikutinya boleh digugurkan.
cth :
1. Filem itu sungguh menyeramkan.(kami)
2. Keputusan itu sangat menggembirakan. (saya)
3. Saya percaya peristiwa semalam sangat menakutkan anda.

ii. FK dgn Dua Objek
: mengandungi dua FN yg menjadi objek kpd KK itu.
: mempunyai fungsi yg berbeza2 dan disebut sbg objek tepat dan objek sipi
: objek tepat – menjadi penyambut secara langsung kpd KK
: objek sipi – tidak menjadi penyambut secara langsung kpd KK.
cth :
1.  a) Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali.
    b) Ahmad menghadiahi Ali sebuah buku.
: objek tepat bg ayat di atas ialah Ali, manakala objek sipi ialah sebuah buku.
: jika ayat ini dipasifkan, hanya FN yg menjadi objek tepat akan mengalami penjudulan, iaitu subjek kpd unsur yg diterangkan.
  c) Ali dihadiahi buku oleh Ahmad.
cth2 lain :
1. Dia mencarikan isterinya buah nangka.
2. Tuhan mengurniakan makhluknya rahmat.
3. Ibu memasakkan tetamu makanan.
: jika ayat2 tersebut berubah susunannya (objek tepat diletakkan di bahagian blkg ayat dgn didahului oleh KSN kepada/untuk) maka ayat tersebut hanya mengandungi 1 objek shja.
: frasa yg mengikuti objek itu berfungsi sbg penerang 
1. Dia mencari buah nangka untuk isterinya.
2. Tuhan mengurniakan rahmat kepada makhluknya.
: Hal ini sama seperti ayat2 di bawah yg seolah2 mengandungi 2 objek.
1. Sultan menamai tempat itu Melaka.
2. Dia menjadikan budak itu anak angkatnya.
[ Melaka, anak angkatnya ] berfungsi sbg penerang.
BAB 6 : FRASA KERJA BM
6.1 FK dgn Kata Bantu
: K. Bantu aspek – menerangkan aspek waktu bg kata kerja
: K. Bantu ragam – yg menerangkan ragam perasaan bg k. kerja
i. cth K.Bantu Aspek dlm ayat :
1. Mereka sudah menonton wayang gambar itu.
2. Adik kecil masih tidur lagi.
3. Matahari belum terbit lagi.
: terdpt sederetan k.bantu aspek tertentu yg BOLEH hadir bersama
cth : belum pernah, masih belum, sudah pernah
: tdpt juga k.bantu aspek yg TIDAK boleh hadir sederetan.
cth : akan belum, akan sedang, sedang masih
ii. cth K.bantu ragam dlm ayat :
1. Encik Yahya hendak mengembara ke Afrika.
2. Mereka mahu berikhtiar lagi.
3. Saksi itu enggan bekerjasama.
: tdpt K.bantu ragam yg BOLEH hadir sederetan, cthnya ialah :
-      harus mahu, harus dapat, mesti mahu, mesti dapat
: tdpt juga K.bantu ragam yg TIDAK boleh hadir bersama2
-      hendak mahu, hendak harus, mahu dapat, dapat hendak
: K.bantu aspek & K.bantu ragam boleh juga hadir bersama2 secara berderetan. spt dlm cthn ayat berikut :
1. Ahmad sedang hendak ke Bandar ketika kami sampai. (sedang-KBA, hendak-KBR)
2. Dia belum hendak makan kerana masih kenyang. (belum-KBA, hendak-KBR)
3. Mereka mesti akan datang lagi. (mesti-KBA, akan-KBR)
4. Polis mesti telah menangkap pencuri itu sesudah mendapat maklumat. (mesti-KBA, telah-KBR)

6.2 FK dgn Ayat KOmplemen
: FK boleh menerima ayat komplemen. Apabila ini berlaku ayat yg terhasil ialah ayat majmuk.
cthnya :
1. Pemuda itu mengakui bahawa dia telah memenangi peraduan mengarang cerpen. (FKTransitif)
2. Berita itu menyatakan bahawa semua penumpang terselamat.(FKTransitif)
3. Pak Abu berkata bahawa tetamu anaknya dari kota. (FKtak transitif)
4. Penduduk kampung itu beranggapan bahawa penghulu mereka sudah berpindah.(FKTak transitif)
6.3 Unsur Keterangan dalam FK
: terdiri drpd unsur yg menerangkan KK itu dgn lebih lanjut lagi.
: berfungsi sbg frasa adverba, hadir sesudah KK
: KK transitif – unsur keterangan hadir selepas objek
: binaan unsur keterangan dlm FK terdiri drpd FSN, FA, FN dan kata adverba.
cth :
1. Kerajaan mengeluarkan kenyataan tentang kenaikan gaji.
2. Sungai Perak mengalir dengan tenangnya.
3. Murid-murid itu menjawab serentak apabila ditanya.
: terbahagi kepada 8 :
a) Keterangan tempat/arah (FSN)
Adik menerima surat daripada sahabat penanya.
b) Keterangan waktu (FSN&FN)
1. Kami menunggu ketibaannya hingga pukul 12.00 malam.
2. Peristiwa itu berlaku dua dekad yang lalu.
c) Keterangan cara
1. Kereta itu bergerak laju. (KA berfungsi K.adverba)
- Kereta itu bergerak dengan lajunya (FS)
d) keterangan tujuan / harapan
1. Kita berjuang demi keadilan undang-undang.
2. Dasar baharu itu dilaksanakan bagi kesejahteraan rakyat.
e) keterangan alat
1. Rombongan pelajar itu datang dengan bas.
2. Saya memotong tali itu dengan pisau belati.

f) keterangan penyertaan
1. Pelajar baharu itu datang dengan ayahnya.
2. Murid-murid melawat muzium dengan guru mereka.
g) keterangan hal
1. Mereka sedang berbincang tentang perkara itu.
2. Kerajaan akan mengeluarkan kenyataan mengenai kekecohan yang berlaku di bank tersebut.
h) keterangan bagai
1. Dia berlagak seperti pegawai.
2. Pasangan suami isteri itu bagai pinang dibelah dua.
Kesimpulan :
Binaan frasa kerja boleh terdiri drpd :
i. k. kerja transitif + objek
cth : Dia tidak mengabaikan tugasnya.
ii. k. kerja transitif + ayat komplemen
cth : Kami menegaskan bahawa kejayaan bergantung pada usaha gigih.
iii. k.bantu +k.kerja transitif + objek + keterangan
cth : Setiausaha itu akan menjelaskan tugasnya kepada ketua baharunya.
iv. k.bantu + k. kerja transitif + ayat komplemen + keterangan
cth : Dia menjelaskan bahawa tugasnya sudah diubah sejak tahun lalu.
v. kata kerja tak transitif
cth : Bendera-bendera berkibaran.
vi. k. kerja tak transitif + pelengkap
cth : Kesihatan bapanya menjadi genting.
vii. k. kerja tak transitif + ayat komplemen
cth : Ibu berasa bahawa keputusan kakak itu wajar.
viii. k.bantu + k.k tak transitif + pelengkap + keterangan
cth : Negara kita kini telah menjadi menjadi pengeksport barang-barang kilang ke luar negara.
ix. k.bantu + k.k tak transitif + ayat komplemen+ keterangan
cth : Ayah masih berasa bahawa keputusan itu wajar pada ketika itu.

BAB 7 : FRASA ADJEKTIF BM
: susunan pkataan yg terdiri drpd satu pkataan yg mengandungi kata adjektif/kata sifat sbg inti.
: berfungsi sbg predikat dan juga sbg unsur keterangan dlm predikat
: sbg unsur keterangan. KA hadir sesudah FK dan FSN
cth FA sbg predikat : Adiknya sangat pandai.
cth FA sbg unsur keterangan dlm predikat : Dia berjalan sangat cepat.
7.1 Binaan FA : Unsur Pengisi FA
: FA boleh terdiri drpd
-      satu pkataan adjektif sahaja
-      sederetan pkataan yg mengandungi KA dgn KBantu dan KPenguat sama ada di hadapan/di blkg
cth :   1. terlalu [Kpenguat] nakal [KA]
2. belum [k.bantu] masak [KA] sangat [Kpenguat]
: inti FA terletak pd KA. bahagian inti tdiri drpd 2 jenis.
i. Binaan satu perkataan
: terdiri drpd 1 KA yg terdiri drpd kata dasar dan pkataan berimbuhan.
cth :   1. Mukanya pucat.
          2. Hidup seniman itu amat sederhana.
3. Aminah tidak sepandai adiknya.
4. Gaya pertuturannya agak keinggeris-ingerisan.

ii. Binaan dua pkataan
: terdiri drpd 2 pkataan iaitu :
1. K.A + K.A
a) dua adjektif yg menekankan unsur keserasian makna
cth : riang gembira, letih lesu, cantik molek, lemak manis
b) Dua KA yg maknanya blawanan
cth : tinggi rendah, pahit manis, baik buruk, tua muda
c) deretan dua KA dgn perkataan yg kedua digunakan oleh sebab unsur rima
cth : tinggi lampai, gemuk gedempol, kaya raya, lemah gemalai
2. K.A + K.N
: K.Adjektif menjd inti frasa, K.nama sbg penerang
: boleh terdiri drpd
a) FA yg membawa maksud keserupaan. cth :
merah jambu, hijau daun, biru laut, kuning langsat, manis buah, muda remaja
b) FA yg membawa maksud kiasan. cth :
panjang tangan, besar kepala, ringan tulang

7.2 Unsur Penguat dlm FA
: ada 3 jenis unsur penguat yg menyertai KA
i. penguat hadapan : terletak di hadapan KA
cth : terlalu, paling, sedap, sangat
1. Anak kecil itu terlalu nakal.
2. Masakan ibunya paling sedap.
ii. Penguat belakang : terletak di blkg KA
cth : sekali, benar, nian
1. Perangai budak itu baik sekali.
2. Kereta api itu lambat benar.
iii. Penguat bebas : sama ada di hadapan/blkg
cth : amat, sangat, sungguh
1. Permandangan di pantai itu amat indah.
2. Permandangan di pantai itu indah amat.
: Dua unsur penguat boleh juga hadir berderetan sblm k.adjektif.
cth :   1. Suaranya sungguh amat merdu.
2. Perangainya sungguh kurang sopan.

7.3 Kata Bantu dalam FA
: FA boleh juga disertai oleh K.bantu
cth :   1. Anak itu sudah besar.
2. Dia belum cerdik lagi.
: ada K.bantu yg boleh hadir sebelum/sesudah K.penguat diikuti dgn KA
cth :   1. Anak-anak jiran saya bersekolah kerana masih amat kecil.
2. Kami dapat mengejar Ali kerana dia belum terlalu jauh.
3. Kami terasa masih sungguh letih walaupun telah lama berehat.
BAB 8 : FRASA ADJEKTIF BM
 8.1     SUsunan FA dalam ayat
i. Selepas subjek sbg predikat
cth :   1. Rumah Ali sangat sederhana.
            2. Badannya letih lesu.
          3. Tidurnya nyenyak benar.
: boleh disongsangkan, FA berfungsi sbg predikat mendahului subjek
cth :   1. Sangat sederhana rumah Ali.
            2. Letih lesu badannya.
          3. Nyenyak benar tidurnya.
ii. FA sbg keterangan
 : hadir selepas FK, menjadi keterangan
cth :
subjek Predikat
Frasa Kerja Keterangan
1. Mereka pulang segera.
2. Burung helang  terbang tinggi.
3. Sungai itu mengalir   tenang.

iii. KA sbg penerang K.nama
cthnya : pelajar baharu, warna merah, baju putih, bulan penuh

8.2 Unsur Keterangan dalam FA
: unsur keterangan boleh hadir sesudah KA. cthnya :
1. Pegawai itu selalu sibuk dengan pekerjaannya.
2. Rumah harus bersih demi kesihatan hidup kita.
: unsur keterangan KA boleh digolongkan ke dlm beberapa golongan.
a) Keterangan cara
cth :   1. Badannya lemah dengan tiba-tiba.
          2. Lukanya baik dengan sendirinya.
b) Keterangan bandingan
cth :   1. Buahnya manis ibarat gula.
          2. Badannya kurus bagai lidi.
c) Keterangan hal/keadaan
cth :   1. Pegawai itu selalu sibuk dengan pekerjaannya.
2. Budak itu pandai dalam semua mata pelajaran.
d) keterangan tujuan :
cth :   1. Rumah harus bersih demi kesihatan hidup kita.
          2. Rakyat mesti cergas untuk kemajuan masa depan.
e) Keterangan kekerapan
cth :   1. Dia sakit selalu.
          2. Wanita itu sering lewat.
f) Keterangan terhadap
cth :   1. Anak itu sangat rindu akan emaknya.
          2. Kita harus cinta akan tanah air.
g) keterangan musabab
cth :   1. Budak itu lemah oleh sebab keletihan.
          2. Murid-murid itu lembap kerana tiada bimbingan.
h) keterangan waktu
cth :   1. Ali selalu sakit ketika masih kecil dahulu.
          2. Pegawai itu sungguh cekap pada masa sekarang ini.
i) Keterangan tempat
cth :   1. Kanak-kanak itu sakit pada kakinya.
          2. Buah nanas manis di bahagian pangkalnya.

8.3 Frasa Adjektif dgn Ayat Komplemen
: FA sbg predikat dpt diikuti oleh ayat komplemen menjadikan ayat yg terhasil itu ayat majmuk
cth :
1. Para peserta amat sedar bahawa persiapan mereka tidak mencukupi.
2. Mereka pasti yakin bahawa pasukan sekolah mereka akan menang.

Kesimpulan
: Binaan FA boleh terdiri drpd
1. K.bantu+K.adjektif
Masih kuat
2. K.penguat + k.adjektif
sungguh cantik
3. k.bantu+k.penguat+k.adjektif
belum terlalu lewat
4. k.adj + k.penguat
banyak sungguh
5. k.bantu+k.adj+ k.penguat
belum masak benar
6. k.penguat+k.adj+k.penguat
amat cantik sekali
7. k.penguat+k.adj+unsur keterangan
sungguh cinta akan tanah airnya
8. k.penguat+k.adj+ayat komplemen
amat percaya bahawa budak itu pernah dating
9. k.adj+k.penguat+ayat komplemen
percaya benar bahawa anaknya telah Berjaya
10. k.bantu+k.adj+k.adj
masih riang gembira

BAB 9 : FRASA SENDI NAMA BM
: binaan yg terdiri drpd satu sendi nama & satu frasa nama yg menjadi pelengkap kpd k.SN itu.
9.1 Binaan Frasa Sendi Nama
i. K.sendi nama + frasa nama
- di jambatan
- ke sekolah
- dari Johor Bahru
- bagi kanak-kanak cacat
ii. k.sendi nama+k.arah+frasa nama
-      di belakang rumah
-      ke dalam bilik gelap
-      dari hujung balai
-      dengan belakang parang
iii. k.sendi nama+k.arah+frasa keterangan
KSN frasa nama
kata arah frasa Keterangan
1. ke negeri Jepun pada tahun lalu.
2. dari Johor dengan bapanya.
3. dengan rombongannya pada setiap hari.

iv. k.sendi nama+k.arah+FN+Frasa keterangan
kSN
K.Arah
FN
F.keterangan
ke
selatan
negeri Jerman
pada musim panas.
dari
belakang
rumah
dengan cara tiba-tiba
di
atas
pangkuan ibu
saban hari
pada
hujung
minggu
untuk kepentingan keluarga

9.2 Kedudukan frasa sendi nama dlm ayat
: FSN boleh hadir sbg predikat dlm pola ayat dasar BM
: sbg unsur keterangan dlm ayat2 yg lain
i. Predikat Frasa Sendi Nama
cth :
1. Mereka ke sawah setiap pagi.
2. Hadiah itu untuk pelajar yang terbaik.
3. Surat itu daripada ibu tersayang.
ii. FSN sbg keterangan
: boleh wujud sbg unsur keterangan kpd FK, FA dan FA
a) FSN keterangan FK
cth :
1. Kereta api bertolak pada pukul lima pagi.
2. Budak-budak itu berehat di bawah pokok.
b) FSN keterangan FA
cth :
1. Budak itu kurus seperti galah.
2. Bayi itu selalu lapar pada waktu pagi.

c) FSN keterangan FN
cth :
1. Rumah-rumah di bandar tidak semuanya besar.
2. Panggilan telefon untuk ayah itu datang dari Singapura.
3. Kain daripada sutera mahal harganya.

9.3 Penggunaan KSN secara umum
: 2 kSN yg serupa boleh digabungkan dlm bentuk setara dgn penggunaan K.hubung (dan, atau, tetapi, etc)
: :dlm penggabungan kSN tetapi, k.nafi bukan digunakan sblm kSN nama pertama
cth :
1. Serangan itu datang dari dalam dan dari luar kota.
2. Hadiah ini untuk ayah atau untuk ibu?
3. Ali bukan ke Singapura tetapi ke Johor.
* kSN yg kedua boleh digugurkan, kecuali kSN bentuk setara itu ialah ke.
AYAT
Pemandu teksi itu sedang berehat.
KLAUSA
pemandu teksi itu sedang berehat
FRASA
pemandu teksi itu
sedang berehat
PERKATAAN
pemandu
teksi
itu
sedang
berehat
1. Serangan itu datang dari dalam dan luar
kota.
2. Hadiah ini untuk ayah atau ibu?
3. Ali bukan ke Singapura tetapi ke Johor.
#Ali bukan ke Singapura tetapi Johor.
*KSn pd kedudukan unsur yg kedua TIDAK boleh digugurkan dlm FSn yg setara yg tdk menggunakan k.hubung. cthnya :
1. Ia berjalan ke hulu ke hilir.
# Ia berjalan ke hulu hilir.
2. Ayat tersebut diubah daripada bentuk aktif kepada bentuk pasif.
# Ayat tersebut diubah daripada bentuk aktif bentuk pasif.
* FSn yg mpunyai unsur FN se- (cth : sedetik, setahun, semasa), tdk boleh digugurkan secara berasingan. jika mahu digugurkan, perlu gugur pd kedua2 bahagian FSn. cth :
1. Wanita itu berubah dari sedetik ke sedetik.
    Wanita itu berubah dari detik ke detik.
# Wanita itu berubah dari detik ke sedetik.
: FSn boleh didahului oleh K.bantu. cth :
1. Mereka akan ke dalam hutan untuk memburu penjahat-penjahat itu.
2. Sampan itu masih di tepi tasik.

Kesimpulan :
: Binaan FSn dpt mengandungi binaan2 berikut:
1.K.bantu+K.Sn+K.arah+FN+F.keterangan
telah ke dalam hutan untuk memburu penjahat-penjahat itu.
2. K.bantu+k.Sn+k.arah+FN
telah ke dalam hutan.
3. K.bantu+K.Sn+FN
telah ke hutan.
4. K.Sn + FN
ke hutan.
BAB 10 : AYAT BAHASA MELAYU

Ayat : Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.
: pengucapannya dimulai & diakhiri dgn kesenyapan serta mengandungi intonasi yg sempurna
: tbahagi kpd 2 golongan (gol. ayat dasar & ayat terbitan)
: jenis2 ayat : a.penyata, a.tanya, a.seruan, a.perintah.
: ragam ayat : a.aktif & a.pasif
Klausa : unit yang merupakan rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat dan menjadi konstituen atau bahagian kepada ayat.
: terbahagi kpd 2 jenis , klausa bebas & klausa tak bebas
: Klausa bebas : klausa yg boleh berdiri sendiri & boleh menjadi ayat lengkap apabila diucapkan dgn intonasi yangsempurna.
cth : Saya cemerlang.
: Klausa tak bebas : klausa yang tidak boleh berdiri sendiri dalam ayat
cth : kerana saya rajin berusaha.
Frasa : unit yg boleh terdiri drpd satu susunan yg mengandungi sekurang2nya 2 perkataan ataupun satu perkataan
: boleh hanya terdiri drpd subjek atau predikat (berbeza dgn klausa)
: boleh menjadi unsur kpd klausa / frasa itu sendiri
cth : Burung merpati, terbang tinggi
: berpotensi utk diperluas mjadi 2 perkataan / lebih
cth : burung, seekor burung, burung merpati, anak burung merpati……

Perkataan : bentuk bebas yang terkecil yang boleh berdiri sendiri dan binaannya tidak boleh dibahagi atau dipisahkan kepada bentuk tatabahasa yang lebih kecil lagi.
cth : orang, baju, jadi, makan
: dlm  BM tdpt golongan pkataan yg utama (k.nama, k.kerja, k.sendi, k.adjektif, etc)

10.2 Ayat Dasar
Ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pem bentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.
: Konstituen subjek mendahului konstituen predikat
: Semua ayat boleh dikesan rangka dasarnya tertentu. Mempunyai pola ayat dasar.
: Daripada pola tersebut, terbit ayat lain (ayat tunggal dan ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau pasif dan sebagainya)
: Semua ayat dasar terdiri daripada ayat penyata, yakni ayat yang diucapkan dengan maksud membuat penyataan
: Pola ayat dasar :
Pola    Subjek          Predikat
1        FN                FN
2        FN                FK
3        FN                FA
4        FN                FSN
: pola ayat dasar boleh mengandungi 2 pkataan, namun tiap2 unsur boleh hanya mengandungi 1 unsur sahaja kecuali dlm pola 4 : FN+FSN.
cthnya
Pola 1 : FN+FN
Ahmad guru.
Pola 2 : FN+FK
Padi menguning.
Pola 3 : FN+FA
Murid-murid rajin.
Pola 4 : FN+FSn
Ipoh di Perak.
10.3 Ayat Tunggal
: mengandungi satu klausa shj. (ada 1 unsur subjek, 1 unsur predikat)
: terbit drpd ayat dasar
: binaan ayat tunggal menyamai binaan ayat dasar , namun tidak semuanya terdiri daripada subjek yang diiikuti oleh predikat.
: Ada susunan yang berbeza , iaitu keseluruhan atau sebahagian daripada predikat mendahului subjek (ayat songsang).
cth :
1. Ayah Ali peguam.
2. Dia membaca akhbar itu.
: Tak semua ayat tunggal tdiri drpd susunan subjek mendahului predikat.
: tdpt susunan yg berbeza iaitu predikat mendahului subjek (susunan songsang).
cth :
1. Peguam ayah Ali.
2. Membaca akhbar dia.
: Boleh dikesan apabila ayat tersebut terhasil daripada binaan ayat dasar.
: Tidak mempunyai sebarang pola ayat.
: Boleh terdiri daripada ayat penyata, ayat perintah, ayat seruan, ayat tanya dan sebagainya

BAB 11 : PROSES PENERBITAN AYAT BM DR SEGI TRANSFORMASI GENERATIF
11.1 Konsep Transformasi Generatif
(teori, so payah sket. dah ringkaskan. kalau nak baca lebih buka TD  ms 531)
: setiap penutur asli dlm sesuatu bahasa dpt mengenali/ membezakan jenis2 binaan ayat
: secara instuisi (gerak hati) penutur asli juga mengenali sama ada sesuatu ayat itu gramatis/tidak
: hal ini berkaitan dgn kemampuan membentuk serta memahami bil ayat dlm bahasa yg tak terkira jumlahnya.
cth ayat dlm BI :
1. colorless green ideas sleep furiously
2. sleep ideas furiously green colorless
*ayat 1 boleh diterima dr segi struktur ayat BI
*ayat 2 tidak kerana salah dr segi aturan tatabahasa.
*namun penutur jati tidak boleh menerima kedua2 ayat di atas kerana tidak memberi pengertian yg wajar
: ini boleh dikaitkan dgn instuisi seorang penutur thadap sesuatu yg disebut struktur dalaman (struktur yg sifatnya amat dasar & mjadi asas kpd pembentukan / penerbitan ayat2 lain yg lebih kompleks)
: memungkinkan penutur memahami persamaan makna antara 2 ayat. (mengenali ayat2 yg berparafrasa)
cth ayat berparafrasa
1. Ali memandu kereta itu.
2. Kereta itu dipandu oleh Ali.
* kedua2 ayat ini mempunyai makna yg sama, tp mpunyai struktur/aturan kata yg berbeza
* dari segi struktur, kedua2 ayat membawa penegasan yg berlainan (ayat 1: Ali, ayat 2 : kereta) tapi membawa maksud yg sama
* ayat di atas terdiri drpd ayat pasif & ayat pasif, dan ini dianggap berparafrasa.
: kecekapan berbahasa juga dikaitkan dgn unsur2 ketaksaan (Kekeliruan dalam penentuan makna perkataan). cthnya :
Ibu bapa Ali telah meninggal dunia.
* ayat diatas dpt diertikan dgn :
1. Ibu kepada bapa (nenek) Ali telah meninggal dunia.
2. Kedua-dua ibu bapa Ali telah meninggal dunia.
cth yg lain :
1. Ali teringat akan kekasihnya.
2. Ali teringat oleh kekasihnya.
* ayat di atas mempunyai struktur yg agak sama tapi maknanya berbeza.
* jika dipasifkan ayat yg k2, menjadi Kekasihnya mengingati Ali.
: jadi, walaupun kedua2 ayat spt di atas kelihatan sama dr segi struktur peringkat permukaan, tp pada peringkat yg lebih dasar &bentuk ayat dalaman, tdpt hubungan gramatis yg berlainan antara bentuk kata sehingga mhasilkan makna/erti yg berbeza
: oleh itu, setiap ayat mpunyai 2 peringkat, peringkat struktur dalaman & struktur permukaan
: struktur dalaman – biasanya mengandungi bentuk ayat dasar/ayat inti yg diperlukan utk membentuk asas makna aya
:struktur pmukaan – biasanya mengalami perubahan drpd struktur dalaman /bentuk ayat yg sebenarnya diucapkan oleh penutur
*konsep ini diperkenalkan oleh Noam Chomsky (1957). Beliau mengemukakan teori tatabahasa transformasi-generatif
* pemusatan kajian bahasa tletak pd pengetahuan penutur asli yg boleh membentuk & memahami ayat2 (kecekapan berbahasa)
: kecekapan berbahasa – mengandungi 1 set rumus yg sifatnya eksplisit (tepat&jelas) , penutur asli mampu membentuk serta memahami berbagai2 ayat dgnnya
: memahami peringkat struktur dalaman & struktur permukaan  diterbitkan oleh 2 jenis hukum / rumus tatabahasa
: 1 – rumus struktur frasa (menerbitkan ayat2 pd peringkat dalaman)
: 2 – rumus transformasi  (berfungsi menukarkan pola/struktur ayat hingga membawa kpd peringkat struktur permukaan)
*kedua2 unsur ini menjadi sebahagian drpd unsur kecekapan berbahasa seseorang individu

representasi semantik

komponen semantik
sumber : Scribd , crimson violett daisy

Rumus Struktur Frasa

Leksikon

Rumus Trasformasi

struktur dalaman
 




























*transformasi thadap sesuatu struktur dalaman akan mhasilkan ayat2 yg berbentuk struktur permukaan

* setiap ayat terdiri drpd rentetan bunyi bahasa (cara penyebutan sesuatu ayat, terjadi pada komponen fonologi yg melahirkan representasi fonetik)

* semua bentuk kata iaitu morfem tersimpan sbg leksikon(data kamus) pd setiap penutur


Komponen Fonologi

struktur dalaman

Representasi Fonetik
*seseorg dpt membentuk ayat2 bahasa dgn mengetahui semua bentuk kata dan satu set rumus tatabahasa (rumus sintaksis) yg akan menentukan aturan penyusunan bentuk2 pkataan hingga mjadi ayat

* rumus tatabahasa tbahagi kpd 2 jenis : rumus struktur frasa & rumus transformsi
- RUMUS STRUKTUR FRASA : tletak pd komponen dasar utk menghasilkan deskripsi struktur, seterusnya menghasilkan bentuk ayat dasar/ayat inti
: berfungsi utk menghasilkan rajah2 pohon yg menunjukkan hbgn gramatis (subjek, objek, predikat etc) antara berbagai2 bentuk2 kata yg tdpt pd sesuatu ayat dasar
: boleh mengandungi unsur2 yg berikut
1. A --> SP
2. S --> FN
3. P à FN, FK, FA, FSN
4. FN --> (Bil)+(Penj Bil)+(Gel)+KNInti+(KNInti)+(Penentu)+Pen
5. FK à (KBantu)+ KKtr + Obj + A.komple + keterangan
à (Kbantu) + KKttr + Pelengkap + (A.komple) + keterangan
6. FA à (KB)+ (K.penguat) + KA + (ket) + (a.komp)
7. FS à (KB)+SN+(K.Arah)+FN+(a.komp)+(ket)
*rujuk semula binaan2 bg semua frasa dlm nota2 di atas
: rumus2 struktur frasa melahirkan rajah pohon










*rujuk semula rajah pohon yg penah buat dlm esaimen


                                       A

FN

FN/FK/FA/FSN

P

S
: rajah pohon akan mengalami penyisipan leksikon utk menjadikan ia suatu ayat yg lengkap
: yg tbentuk ialah satu representasi/ayat yg merupakan struktur dalaman
: ia kemudian akan mjadi input kpd komponen yg mngandungi rumus transformasi
: rumus2 transformasi  berkuasa menggugurkan, menambah dan mengubah/menyusun semula susunan unsur kata.

11.2    Konsep Ayat Terbitan
: penerbitan sesuatu ayat sbg struktur permukaan itu berpunca drpd suatu ayat yg lain, kecuali ayt itu mmg menyerupai ayat dasar
: ayat spt itu wujud pd peringkat struktur dalaman/struktur dasar, & wujud dlm bentuk yg serupa pd peringkat struktur pmukaan
: proses pnerbitan ini bermaksud sbg hasil drpd proses gramatis (pelaksanaan rumus transformasi)
: rumus transformasi ini yg berfungsi megubah aturan / struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dlm ayat/frasa
: dlm BM, penerbitan ayat melalui proses transformasi mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula / perluasan kpd unsur2 struktur dalaman

11.3    Proses pengguguran
-
proses transformasi yg berlaku pd struktur ayat yg mengakibatkn  pengguguran unsur2 tertentu drpd binaan ayat itu
- pada peringkat struktur permukaan, unsur yg digugurkan tdk lagi wujud
- tdpt 3 jenis pengguguran utama ;
1. Pengguguran FN sbg subjek
: tdiri drpd 2 jenis
i. Pengguguran subjek k.ganti nama diri org kedua dlm ayat perintah (ayat suruhan)
: K.Ganti Nama Diri Kedua ( kamu, awak, engkau, tuan, anda, kalian, etc) yg berfungsi sbg subjek selalunya digugurkan. cthnya :
1. Kamu keluar ! -----à Keluar!
2. Awak semua pergi dari sini! --à Pergi dari sini!
3. Anda boleh masuk sekarang --à Boleh masuk sekarang.
*rujuk TD m/s 539 utk lihat rajah pohon bg proses pengguguran ini

ii. Pengguguran subjek yg serupa dlm ayat majmuk
: FN sbg subjek yg serupa/beridentiti sama yg diberi tanda i dlm ayat2 yg bergabung menjadi ayat majmuk di bawah, maka subjek frasa yg serupa itu boleh digugurkan, kecuali subjek FN yg di awal ayat majmuk tersebut. cth :
1. Diai sangat pandai. + Diai rajin belajar.
= Diai sangat pandai kerana diai rajin belajar.
= Dia sangat pandai kerana rajin belajar.
*dia digugurkan kerana dia dlm kedua2 ayat merujuk kpd org yg sama
2. Datuk Ahmad bukan pengarah. Datuk Ahmad pengurus besar.
= Datuk Ahmad bukan pengarah tetapi Datuk Ahmad pengurus besar.
= Datuk Ahmad bukan pengarah tetapi pengurus besar.

2. Pengguguran Frasa Predikat
i. Pengguguran seluruh frasa predikat
: FPredikat tdiri drpd FN, FK, FA dan FSN
: jika tdpt penggunaan F.predikat yg serupa dlm ayat majmuk gabungan, maka F.predikat yg serupa kecuali yg terakhir boleh digugurkan. cth :
-      FK yg serupa
Adik Ali belajar di England. Sepupunya belajar di England.
= Adik Ali belajar di England dan sepupunya belajar di England.
= Adik Ali dan sepupunya belajar di England.
-      FN yg serupa
Kebersihan amalan kita. Kesopanan amalan kita kita.
= Kebersihan amalan kita dan kesopanan amalan kita.
= Kebersihan dan kesopanan amalan kita.
-      FA yg serupa
Sekolah jauh dari sini. Hospital jauh dari sini.
= Sekolah jauh dari sini dan hospital jauh dari sini.
= Sekolah dan hospital jauh dari sini.
-      FSN yg serupa
Pasport di dalam sakunya. Wang di dalam sakunya.
= Pasport di dalam sakunya dan wang di dalam sakunya.
= Pasport dan wang di dalam sakunya.

ii. Pengguguran bahagian2 frasa predikat
- oleh + FN dlm ayat pasif, cth :
1. Dia dipukul oleh ayah.
= Dia dipukul.
2. Perbuatan mereka dikecam hebat oleh orang ramai.
= Perbuatan mereka dikecam hebat.
- Pengguguran Kbantu yg serupa.cth :
1. Dia boleh menyanyi. Dia boleh menari.
= Dia boleh menyanyi dan dia boleh menari.
= Dia boleh menyanyi dan menari.
2. Negara telah berkembang. Negara telah maju.
= Negara telah berkembang dan negara telah maju.
= Negara telah berkembang maju.
- Pengguguran F.N sbg objek yg serupa. cth :
1.  Daud memukul penjahat itu. Daud menumbuk penjahat itu.
= Daud memukul penjahat itu dan Daud menumbuk penjahat itu.
= Daud memukul dan menumbuk penjahat itu.
- Pengguguran FN sbg frasa objek K.kerja yg membawa makna adjektif.
Cth K.kerja yg membawa makna adjektif :
-      mempersonakan
-      menakjubkan
-      menghairankan
-      mengghairahkan
*boleh didahului oleh k.penguat amat, sangat, sungguh. Objek tdiri drpd K.Ganti nama diri pertama. Cth :
1. Kejadian itu sungguh menakjubkan kami.
= Kejadian itu sungguh menakjubkan.
iii. Pengguguran FN yg mendahului F.relatif
* frasa relatif- gabungan 2 ayat yg dipancangkan dgn kata hubung yang. Cth :
1. Mereka membantu kumpulan itu. Kumpulan itu lemah.
= Mereka membantu kumpulan yang lemah itu.
iv. Pengguguran KN yg berfungsi sbg inti dlm FN
binaan FN : inti + penerang
cth : kegiatan bersenam ( inti = kegiatan digugurkan )
cth ayat :
1. Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.
= Bersenam boleh menyihatkan badan.









Note : Dalam rajah pohon bagi proses pengguguran, lambangnya ialah : Ø
11.4  Proses Penyusunan Semula
-  bentuk pkataan dlm ayat asal diubah susunannya & diterbitkan semula dlm ayat gramatis yg baru
- mengakibatkn berlakunya perubahan/ pengguguran kata2 tertentu  & penggantian/penambahan kata2 lain pd ayat yg diterbitkan
- tetapi tdk membawa perubahan mkna ayat
- tdpt 3 proses penyusunan semula :
i. Penyusunan semula FN sbg subjek
- boleh berlaku melalui proses transformasi pasif. Cth :
1. a) Ali menendang bola itu. (ayat aktif)
    b) Bola itu ditendang oleh Ali. (ayat pasif)
2. a) Pekerja muda itu mengecat rumahku.
    b) Rumahku dicat oleh pekerja muda itu.
* ayat aktif bersifat ayat dasar, mengandungi K.kerja yg wajib ada imbuhan meN-
*ayat pasif tdk mengambil imbuhan meN-
ii. Penyusunan semula FN sbg objek
- boleh terjadi pd ayat2 yg mngandungi 2 jenis objek (objek tepat & objek sipi). Cth :
1. Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku.
2. Guru mengajar murid-muridnya Matematik.
* disusun semula dgn menukar ganti kedudukan objek tepat & objek sipi
* tambah KSN kepada sblm objek sipi yg baru iaitu Ahmad.
* objek tepat sebuah buku diletakkan slps k.kerja
*k.kerja berubah-imbuhan –I ditukar menjadi –kan.
Jadi ayat diatas berubah mjadi :
1. Ali menghadiahkan sebuah buku kepada Ahmad.
2. Guru mengajarkan Matematik kepada murid-muridnya.
ii. Penyusunan semula melalui ayat songsang
- ayat yg mengandungi keterangan boleh disongsangkan apabila keterangan itu hendak difokuskan. Cth :
1. Orang tua itu pergi ke sungai.
= Ke sungai orang tua itu pergi.
2. Ali tidak datang ke sekolah kerana dia sakit.
= Kerana dia sakit, Ali tidak datang ke sekolah.
* frasa yg dihitamtebalkan adalah frasa keterangan
* boleh juga memfokuskan k.kerja.jadi ayatnya menjadi spt berikut :
1. Pergi ke sungai orang tua itu.
2. Tidak datang Ali ke sekolah, kerana dia sakit.

11.5 Proses Perluasan
- menambahkan unsur2 dlm ayat baru
- 4 jenis perluasan :
i. Perluasan FN sbg subjek
- boleh diluaskan melalui proses relativisasi (proses pemancangan ayat ke dlm satu ayat yg lain)
- guna k.hubung pancangan relatif yang
- FN yang hendak direlativisasikan mestilah berfungsi sbg subjek. Cth :
1.Budak itu adik saya.
2. Budak itu membaca buku.
= Budak yang membaca buku itu adik saya.
1.    Orang itu sudah pulih.
2.    Orang itu sakit.
= Orang yang sakit itu sudah pulih.
ii. Perluasan Frasa Predikat
- frasa nama yg hendak direlativisasikan itu mesti berfungsi sbg subjek dlm ayat yg hendak dipancangkan, cth:
1.    Ali mengusik budak itu.
2.    Budak itu cantik.
= Ali mengusik budak yang cantik itu.
1.    Kami membeli rumah itu.
2.    Rumah itu besar.
= Kami membeli rumah yang besar itu.
iii. Perluasan dgn Kata Hubung
-  boleh berlaku melalui proses penggabungan ayat yg mempunyai konstituen yg sama dgn menggunakan k.hubung. cthnya :
1. Ali berbasikal ke sekolah.
2. Osman berbasikal ke sekolah.
= Ali dan Osman berbasikal ke sekolah.
iv. Perluasan melalui proses komplementasi
- proses yg mengubah sesuatu ayat mjadi 1 frasa nama & memancangkannya pd suatu ayat yg lain, mhasilkan 1 ayat terbitan. Cthnya :
1. Polis menafikan (sesuatu). Penjahat itu telah menyerah diri.
= Polis menafikan bahawa penjahat itu telah menyerah diri.










Ayat Tunggal
Ayat yang mengandungi hanya satu kalusa, iaitu satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan predikat.
Binaan Ayat Tunggal
Subjek (diterangkan)
Predikat (menerangkan)
Orang tua itu
kuat berjalan

Binaan Subjek

(i) Subjek Kata Nama

Subjek (Nama Am)
Predikat
Abangnya
juruterbang
Subjek (Nama Khas)
Predikat
Si Tompok
mencakar dinding
Subjek (Nama Terbitan)
Predikat
Kesilapan itu
Satu pengajaran

Subjek (Kata Ganti Nama Orang)
Predikat
Kami
pelajar Tingkatan Enam
Subjek (Kata Ganti Nama Tunjuk Umum)
Predikat
Ini
pendapat yang bernas
Subjek (Kata Ganti Nama Tunjuk Tempat)
Predikat
Sini
Perhentian bas yang baharu
 (ii) Subjek Kata Ganti Nama

(iii) Subjek Kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama

Subjek (Kata Kerja)
Predikat
Melukis
menjadi kegemarannya

(iv) Subjek Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama

Subjek (Kata Adjektif)
Predikat
Putih
ialah warna pilihan Hasnah

Binaan Predikat
(i) Predikat Frasa Nama

Subjek
Predikat (Frasa Nama Am)
Nizam
ketua darjah
Subjek
Predikat (Frasa Nama Khas)
Bangunan itu
Muzium Negara

(ii) Predikat Kata Kerja

Subjek
Predikat (Kata kerja asal tidak berimbuhan)
Bapa Aliah
tidur  (KK tak transitif)
Monyet itu
makan pisang (KK transitif - objek)
Subjek
Predikat (Kata kerja asal berimbuhan)
Para pelancong
sedang menari di majlis itu
Dia
mengarang sebuah cerita jenaka (KK transitif)
Subjek
Predikat (Kata kerja Terbitan)
Encik Sulaiman
menyekolahkan anak bongsunya
Subjek
Predikat (kata bantu)
Pesawat itu
belum tiba lagi (aspek)
Orang tua itu
hendak hendak pergi ke bandar
Subjek
Predikat (unsur keterangan)
Mereka
bertindak untuk kepentingan diri sendiri

(iii) Predikat Frasa Adjektif

Subjek
Predikat (kata adjektif selapis)
Ibu pejabat firma itu 
besar / amat besar /besar sungguh/ paling besar
Subjek
Predikat (kata adjektif ganda)
Bangunan
di bandar raya tinggi-tinggi (jamak)

(iv) Predikat Frasa Sendi Nama
Subjek
Predikat
Adik saya
di rumah

Susunan Konstituen Ayat Tunggal
(i)       Susunan biasa
          Cth: Guru itu telah memenangi hadiah pertama
·         Boleh menerima kata penegas (partikel –lah, -kah, dan –tah)
·         Cth: Bapa saya dia  à Dialah bapa saya.
(ii)      Susunan songsang
          (a) pendepanan frasa kerja
·         Mereka bekerja setiap hari  à Bekerja mereka setiap hari
          (b) pendepanan frasa adjektif
·         Dia sakit pada masa itu à Sakit sia pada masa itu.
          (c) pendepanan frasa sendi
·         Surat ini daripada Ali à Daripada Ali Surat ini.
Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Ayat aktif
·         Ayat yang mengandungi KK yang mengutamakan subjek asal sebagai judul @ unsur yang diterangkan

(i) ayat aktif transitif (mengandungi objek sebagai unsur penyambutnya)
Subjek
Predikat
KK transitif
Objek
Objek sipi
Guru Besar
memanggil
saya
-
Pembantu rumahnya
membawakan
saya
secawan kopi
Subjek
Predikat
Kata Kerja
Objek
Frasa sendi nama (keterangan)
Pembantu rumahnya
membawakan
secawan kopi
untuk saya

(ii) ayat aktif tak transitif (tidak diikuti objek sebagai penyambutnya)
(a)      dengan keterangan yang boleh digugurkan
·         Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu. à Kanak-kanak sedang mandi.
·         Dia menangis sepanjang hari. à Dia menangis.

(b)      dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan
·         Dia berada di Kuala Lumpur. à *Dia berada
·         Kebanyakan mereka tinggal di rumah setinggan. à *Kebanyakan mereka tinggal.

Ayat pasif
·         Asalnya daripada ayat aktif transitif dan mengandungi KK yang mengutamakan objek asal sebagai judul @ unsur yang diterangkan
(i) ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
(ii) ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua
(iii) ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja

Subjek
Kata kerja pasif
Oleh + frasa nama
Keterangan
Sampah sarap
Dibakar (di-)
oleh ayah
pagi tadi
Mereka
kehujanan (ke-…-an)
-
sepanjang hari
Baju itu
berjahit (ber-)
-
dengan benang sutera
Subjek
FK pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama/Kedua
Keterangan
Kerja itu
sudah saya selesaikan
semalam
Hutang itu
akan engkau jelaskan
sepenuhnya
Subjek
kena
Kata Kerja Dasar
Oleh + Frasa Nama
Pencuri itu
kena
tangkap
Oleh polis


Unsur pilihan dalam Frasa Predikat

(i) Kata nafi
(ii) Kata pemeri

Kata Nafi
Menyatakan maksud nafi @ negatif kepada unsur utama dalam predikat itu (bukan & tidak)
·         Bukan boleh menafikan semua frasan nama (FN) dan frasa sendi nama (FS)
Cth:         Itu bukan sekolahnya (FN)
              Faedahnya bukan untuk saya sahaja (FS)
·         Bukan boleh hadir bagi menfikan frasa kerja (FK) dan frasa adjektif (FA) jika kedua-keduanya mendukung  maksud pertentangan maklumat.
Cth:         Ucapannya bukan menghina kita, tetapi menyatakan kebenaran. (FK)
Ali bukan pandai sangat, tetapi rajin. (FA)
·         Tidak boleh menafikan frasa kerja (FK) dan frasa adjektif (FA)
Cth:         Mereka tidak datang semalam (FK)
              Bapa saya tidak kuat lagi (FA)

Kata Pemeri
Unsur yang menjadi pemeri hal @ penghubung antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat
·         Ialah hadir di hadapan frasa nam (FN)
Cth:         Warna pinang masak ialah warna rasmi bas sekolah seluruh negara kita. (FN)
·         Adalah boleh hadir di hadapan frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS)
Cth:         Taklimat tentang  skim jawatan itu adalah terlalu panjang. (FA)
Matlamat penyelidikan dan pembangunan kebangsaan adalah untuk kemajuan negara. (FS)

Kata nafi & kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kecuali  dalm binaan adalah + kata nafi + frasa adjektif
Cth:    Kita semua sedia maklum bahawa dunia yang dicipta oleh Tuhan adalah tidak kekal dan suatu hari nanti akan berakhir jua.


TAJUK 15
AYAT MAJMUK BAHASA MELAYU
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan 2 ayat tunggal atau lebih dan percantuman ayat2 itu disusun mangikut cara tertentu sehingga menjadikan ayat baharu.

Campuran 

Pancangan

Gabungan

Ayat majmuk
 






AYAT MAJMUK GABUNGAN
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. Contohnya:
a) Encik hendak ke sekolah atau hendak ke pejabat?
b) Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk.
·         Ayat-ayat yang disambungkan itu setara sifatnya, iaitu ayat-ayat itu sama taraf dan boleh berdiri sendiri.
·         Ayat-ayat ini boleh juga disambungkan tanpa kata hubung; apabila ini berlaku, nada suara berfungsi sebagai penanda, iaitu disuarakan sebagai deretan penyataan. Contohnya:
a)Penari-penari itu sungguh santun, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan.
b) Ali berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri mereka.
                  
PEMBENTUKAN AYAT MAJMUK GABUNGAN

Ayat
Perkaitan antara ayat dalam ayat majmuk jenis ini dapat digambarkan seperti gambar rajah berikut:

Ayat 1

Kata hubung

Ayat 2
 




                                                                                                    
Ayat 1 - Mereka melompat-lompat.
Ayat 2 - Mereka menjerit dengan kuat.
Kata hubung – sambil
Ayat majmuk - Mereka melompat-lompat sambil menjerit dengan kuat.
* Jikalau ayat-ayat yang digabungkan itu mempunyai unsur yang sama dan diulang, maka bahagian yang sama itu boleh digugurkan. Contohnya:
a) Ali pandai bermain bola.
b) Ali pandai bermain hoki.
= Ali pandai bermain bola dan hoki.

* Ayat-ayat yang dihubungkan adalah terdiri daripada jenis yang sama dan boleh terdiri daripada ayat penyata, ayat perintah atau ayat tanya, tetapi ayat-ayat tersebut biasanya tidak boleh dicampuradukkan jenisnya. Contohnya:
a) Bolehkah anda datang esok dan menyelesaikan kerja itu?
b) Ahmad rajin belajar tetapi adiknya malas.
c) Pergilah masuk ke bilik dan tidur!

JENIS GABUNGAN
1)    Gabungan yang susunan faktanya berurutan .Klausa-klausa itu digabungkan dengan menggunakan kata hubung dan, lalu, lagi, serta,, sambil, tambahan pula, kemudian, malahan dan akhirnya. Tanda baca koma ( , ) juga digunakan bagi menggantikan kata hubung. Contohnya

·         Beliau memandang saya sambil tersenyum.
·         Wanita itu baik orangnya, malahan jarang-jarang sekali ia menyakiti hati saya.
·         Mula-mula saya disuruh duduk, kemudian diajak berbincang, akhirnya dibawa masuk bertemu dengan majikannya.

2)    Gabungan yang susunannya memberi maksud pertentangan. Ayat majmu bertentangan mempunyai dua klausa yang dipertentangkan oleh kata hubung tetapi, sebaliknya, melainkan, padahal dan sebagainya. Contohnya:

·         Ayah rajin berniaga tetapi anaknya tidak berminat
sama sekali.
·         Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas.

3)    Gabungan yang susunannya menggabungkan dua ayat atau lebih, menggunakan kata hubung yang berpasangan seperti lebih baik …… daripada, apakah ……ataupun, sama ada ……. atau dan sebagainya. Contohnya:

·         Daripada kita makan gaji, lebih baik bekerja sendiri.
·         Lebih baik mereka pergi dengan bas daripada memandu kereta sendiri.
    
AYAT MAJMUK PANCANGAN
          Dalam ayat majmuk pancangan, terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu.
Ada tiga jenis ayat majmuk pancangan:
a) Ayat relatif
b) Ayat komplemen
c) Ayat keterangan

AYAT RELATIF
Ayat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan “yang”, seperti:
a) Saya membeli baju yang berwarna merah.
b) Mereka menonton wayang yang amat lucu.
Pertama : Saya membeli baju + Baju itu berwarna merah
Kedua    : Saya membeli baju + Baju itu berwarna merah
   = Saya membeli baju yang berwarna merah    

          Ayat di bawah menerima ayat pancangan sebagai subjeknya dengan menukarkan bentuk ayat itu . Contohnya:
b) Budak yang sedang membaca itu majalah itu anak saya      
Pertama : Budak itu anak saya + Budak itu sedang membaca
               majalah
Kedua    : Budak itu + Budak itu sedang membaca majalah + anak
              saya
 =Budak yang sedang membaca majalah itu anak saya.

Ayat di bawah berbeza daripada ayat-ayat di atas. Ayat ini juga terdiri daripada ayat induk dengan ayat kecil seperti berikut:
Ayat induk  :  Bas itu bas ekspres.
Ayat kecil    : Adik saya menaiki bas itu.
yang dijadikan ayat pasif : Bas dinaiki adik saya

AYAT KOMPLEMEN
·         Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama.
·         Ayat majmuk pancangan komplemen ditandai oleh penggunaan kata hubung komplemen bahawa dan untuk. Contohnya:
*Ketua Pengarah Kesihatan mengumumkan bahawa kematian akibat wabak denggi semakin meningkat .
*Pengetua menjelaskan bahawa kelas tambahan akan mula diadakan pada bulan Mac.
*Sungguh sukar untuk saya melengkapkan tugasan itu .

JENIS AYAT KOMPLEMEN
a) Ayat komplemen frasa nama
b) Ayat komplemen frasa kerja
c) ayat komplemen frasa adjektif

AYAT KOMPLEMEN FRASA NAMA
Frasa nama boleh menduduki empat tempat dalam ayat, iaitu sebagai subjek, predikat, objek tepat dan objek sipi. Tetapi ayat komplemen jenis frasa nama hanya dapat menduduki dua tempat iaitu sebagai ayat komplemen frasa nama subjek dan ayat komplemen frasa nama objek tepat, seperti yang berikut:

a) Ayat komplemen frasa nama subjek:
    *Bahawa Islam menjamin keadilan memanglah jelas.
     *Bahawa rancangan itu gagal tidak benar.
    *Dakwaan bahawa Ali menipu telah diketahui umum.
  
b) Ayat komplemen frasa nama objek tepat
          Objek dalam ayat boleh wujud sebagai objek tepat kata kerja transitif atau sebagai  objek sipi, tetapi ayat komplemen boleh wujud hanya sebagai objek tepat sahaja.  Contohnya:
*Orang itu menafikan bahawa barang-barangnya telah hilang.
*Berita itu menyebut bahawa semua penumpang terselamat.
  
AYAT KOMPLEMEN FRASA KERJA
Frasa kerja dalam ayat boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif, iaitu yang diikuti  bukan oleh frasa nama objek tetapi oleh keterangan-keterangan lain yang bertujuan  melengkapkan frasa tersebut. Ada ayat komplemen yang berfungsi sebagai pelengkap kepada kata kerja ini, yang bukan frasa nama. Sekali imbas, ayat ini   kelihatan seolah-olah ayat komplemen frasa nama objek tetapi terbukti tidak demikian oleh sebab ayat-ayat tersebut tidak boleh mengalami proses pasif, iaitu   satu ukuran bagi menentukan status frasa nama objek. Oleh itu, ayat demikian  digolongkan ke dalam jenis ayat komplemen frasa kerja. Contohnya:


*Pak Abu berpendirian bahawa tanah itu tidak patut dijual.
*Ibu Ali beranggapan bahawa anaknya telah Berjaya.
*Kerajaan bersetuju bahawa projek itu wajar dilaksanakan.

AYAT KOMPLEMEN FRASA ADJEKTIF
Frasa adjektif boleh menjadi unsur predikat sesuatu ayat. Demikian juga, ayat komplemen boleh terdiri daripada ayat komplemen adjektif, iaitu yang merupakan ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk. Tetapi jumlah ayat jenis ini dalam bahasa Melayu terhad. Contohnya:
*Saya sangat yakin bahawa dia akan berjaya.
*Mereka sangat insaf bahawa mereka daif.

AYAT KETERANGAN
          Ayat makjum keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat, contohnya:
a) Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja dahulu.
b) Anak itu menangis kerana ia lapar.
c) Ali tidak begitu pandai semasa saya mengajarnya dahulu.

.JENIS AYAT KETERANGAN
a)    Keterangan musabab
Keterangan musabab ialah unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau perbuatan. Kata hubung keterangan adalah seperti kerana, lantaran,dan oleh sebab. Contohnya:
      *Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat.
      *Oleh sebab mereka datang lambat, mereka tidak
       dibenarkan masuk ke dewan .peperiksaan.

b) Keterangan akibat
Keterangan akibat ialah unsur yang menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan. Kata hubung keterangan akibat adalah seperti hingga dan sehingga.Contohnya:
*Ia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya.
*Pelajar itu berusaha bersungguh-sungguh sehingga ia Berjaya.

c) Keterangan syarat
Keterangan syarat ialah unsur yang menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi. Kata hubung keterangan syarat adalah seperti sekiranya, andai kata, jikalau, jika dan kalau. Contohnya:
*Sekiranya saya lulus peperiksaan ini, saya akan berpuasa sepuluh hari.
*Andai kata mereka menyerang, kita akan bertahan bersungguh-sungguh.

d) Keterangan waktu
Keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan atau kejadian. kata hubung keterangan waktu adalah seperti sejak, semenjak, setelah, sewaktu, sementara, tatkala dan ketika. Contohnya:
*Polis segera tiba setelah mendapat maklumat tentang pergaduhan itu.
*Tatkala hujan mula turun, mereka masih di sawah

e) Keterangan pertentangan
Keterangan pertentangan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan. kata hubung keterangan pertentangan adalah seperti walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sekalipun, dan sedangkan. Contohnya:
*Sungguhpun badannya letih, Ali tetap menghadiri majlis perayaan itu.
*Sekalipun sudah berumur, dia masih ingin belajar juga.

f) Keterangan harapan
Keterangan harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang dihajati. Kata hubung keterangan harapan adalah seperti supaya, agar, semoga, moga-moga dan kalau-kalau. Contohnya:
*Kita mesti bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati.
*Cuba bertanya pada orang tua itu kalau-kalau dia mengetahuinya.

g) Keterangan cara
Keterangan cara ialah unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku. Kata hubung keterangan cara ialah dengan. Contohnya:
*Pemuda itu datang dengan menaiki kereta api.
*Mereka ke sekolah dengan menunggang basikal.

h) Keterangan tujuan
Keterangan tujuan ialah unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan tujuan adalah seperti untuk, demi, dan bagi. Contohnya:
*Para pemimpin menyusun rancangan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
  
i) Keterangan perbandingan
Keterangan perbandingan ialah unsur yang menerangkan sesuatu kejadian yang menjadi persamaan. Kata hubung keterangan perbandingan adalah seperti macam,seolah-olah, seakan-akan, ibarat, bagaikan dan bak. Contohnya:
*Dia kebingungan bagai rusa masuk kampung.
*Hatinya hancur seperti kaca terhempas ke batu.

AYAT MAJMUK CAMPURAN
          Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Ayat sedemikian biasanya panjang.Contohnya:
a) Ahmad sedang membaca buku tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur.
Ayat ini terdiri daripada ayat majmuk gabungan yang disambungkan dengan kata hubung tetapi. Ayat pertama ialah Ahmad sedang membaca buku sementara ayat yang kedua ialah kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur. Ayat yang kedua ini merupakan ayat majmuk juga kerana terdapat ayat relatif, iaitu yang sudah letih lesu, dipancangkan ke dalamnya.

AYAT MAJMUK PASIF
Kesemua ayat majmuk aktif ini, jika mengandungi kata kerja transitif, boleh dijadikan ayat pasif. Contohnya:
 1) Ayat majmuk gabungan
        a) Aktif : Saya minum air dan Aminah makan nasi.
        b) Pasif : air saya minum dan nasi dimakan oleh Aminah

2)  Ayat majmuk relatif
        a) Aktif : Mereka menonton wayang yang lucu itu.
        b) Pasif : Wayang yang lucu itu ditonton oleh mereka.
3) Ayat majmuk komplemen : komplemen objek
        a) Aktif : Guru menerangkan bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan.
        b) Pasif : Bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan diterangkan oleh guru.
4) Ayat majmuk keterangan
         a) Aktif : Ali akan membeli buku itu kalau ayah membenarkannya.
         b) Pasif : Buku itu akan dibeli oleh Ali kalau ayah membenarkannya.













BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK)

  BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK) Sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat, yang nengaitkan dua bidang yan...

klik