Jumaat, 11 Oktober 2013

KELENDER CUTI UMUM 2014

Berikut adalah Kalendar cuti umum bagi tahun 2014 di Malaysia dan turut akan disertakan takwim cuti sekolah sesi 2014 apabila ia telah dikeluarkan secara rasmi oleh pihak bahagian pengurusan sekolah harian Kementerian Pendidikan Malaysia
Semoga apa yang dinyatakan ini dapat membantu orang ramai merancang pelbagai aktiviti mahupun percutian di tahun 2014

takwim kalendar tahun 2014 kalender cuti umum dan takwim sekolah 2014 malaysia


My Sumber - http://www.mysumber.com/pendidikan/kalender-cuti-umum-dan-takwim-sekolah-2014-malaysia#ixzz2hQFGeUT5

Rabu, 2 Oktober 2013

STRUKTUR LINGUISTIK

Struktur linguistik
Struktur merujuk kepada susunan bahagian-bahagian secara linear. Struktur dalam bidang ilmu linguistik melibatkan beberapa aspek atau tataran bahasa, iaitu tataran fonologi, fonetik, morfologi, sintaksis dan tataran leksikon (Verhaar, 1978).
Sehubungan dengan itu struktur linguistik boleh dibahagikan kepada dua bidang utama iaitu struktur bahasa atau tatabahasa dan struktur makna, iaitu semantik dan pragmatik. Struktur bahasa meliputi morfologi, sintaksis, fonetik dan fonologi. Kedua-dua struktur linguistik ini menunjukkan adanya pengetahuan linguistik yang mendasarinya.

a)Struktur Bahasa
Kamus Za'ba mentakrifkan kata "struktur" kepada dua kategori. Kategori yang pertama ialah "susunan atau bahagian daripada sesuatu binaan dan susunan atau bahagian daripada sesuatu binaan", manakala kategori yang kedua ialah "sistem rangka sesebuah karya sastera yang terlebih dahulu dirancang". Kategori yang pertama meliputi pola atau bentuk masyarakat yang terbentuk atau tersusun daripada pelbagai jenis unsur yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain. Kata "struktur" juga ditakrifkan sebagai bukan cara sesuatu yang terbentuk daripada pelbagai bahagian, unsur atau aspek tertentu sehingga menjadi suatu pola, sistem atau bentuk tertentu. Kategori takrifan yang kedua ialah sistem rangka sesebuah karya sastera yang terlebih dahulu dirancang (Kamus Za'ba, 2001: 1073). Takrifan yang sama juga boleh diperoleh bagi kata"struktur" jika dirujuk dalam Kamus Melayu Global (Kamus Melayu Global, 1997: 1073 )
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pula, kata "struktur" didefinisikan sebagai cara sesuatu terbina atau terbentuk daripada pelbagai bahagian, unsur, atau aspek hingga menjadi suatu pola, sistem atau bentuk tertentu seperti struktur di dalam bahasa Melayu. Menurut Tesaurus Bahasa Melayu, kata "struktur" merujuk kepada binaan atau rangka (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, Hlm.297). Kamus Pelajar Terkini pula mendefinisikan kata "struktur" yang merupakan binaan kata daripada cantuman kata struk + tur (KN) yang membentuk kata nama ialah sesuatu yang dibentuk, dibina atau binaan dan cara menyusun sesuatu (susunan atau gubahan) yang merujuk kepada bahasa, ekonomi dan sebagainya (Ahmad Mahmood Musanif, 1996: 465). Menurut buku Glosarium Bahasa dan Sastera, struktur bahasa wujud akibat adanya aturan-aturan bahasa. Maka, terdapatlah struktur bahasa iaitu ketetapan peristiwa bahasa. Ianya dapat dilihat pada susunan fonem, susunan kata dan susunan frasa serta lagu bicara dan intonasi. Ia juga termasuk struktur bahasa yang harus diketahui seseorang kalau dia ingin berbicara dalam sesuatu bahasa (A. Hamid Hasan Lubis, 1994: 132).

Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
Definisi Morfologi
Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.
            Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata.
Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.
Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal – soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok –belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem – morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.
Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara –cara pembentukkannya.O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan – rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.
Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunya Language yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd.Noor, menyatakan bahawa “Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk – bentuk terikat antara konsituen – konsituennya.”“Morfologi meliputi konstruksi kata – kata dan bahagian kata”.


RPH Lontar Peluru

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI
Mata Pelajaran            :  Pendidikan Jasmani
Tunjang                       :  Kemahiran
Kemahiran                  :  Lontar peluru
Tajuk                           :  Teknik melunsur selangkah
Tarikh                          :  20 April 2008
Masa                           :  8.40 pagi – 9.40 pagi
Tahun                         :  6
Bilangan Pelajar          :  30 0rang (14 lelaki dan 16 orang perempuan)
Pengalaman lepas      : 1 ) Murid-murid pernah menyertai acara lontar peluru dalam pertandingan pasukan rumah – rumah sukan di sekolah.
                                       2 ) Murid-murid mengetahui serba sedikit teknik  dan undang – undang acara lontar peluru.

OBJEKTIF                  :  Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, diharapkan murid-murid dapat :
                                       A ) Psikomotor
                                                - Pelajar dapat membuat lontaran dengan teknik yang betul.

                                                 - Pelajar dapat membuat lontaran dengan lebih jauh dengan menggunakan teknik yang betul.


B ) Kognitif
- Pelajar dapat membezakan teknik lontaran melunsur selangkah, teknik berdiri dan melontar tanpa lunsuran
                                                   dan teknik Perry O’Brien
                                                - Pelajar dapat memegang peluru dengan cara betul

C ) Afektif
- Menyemaikan sikap positif dan semangat antara pelajar dan guru
                                                - Menyemaikan sikap kerjasama dalam kumpulan.
                                                - Meningkatkan disiplin dikalangan pelajar.

Penerapan Nilai          :  Bekerjasama
KBKK                          :  Membuat analisis
Penggabungjalinan     :  Ansur maju
Kesepaduan                :
Alat Bantu mengajar   :  -  Peluru
                                        - Bola softball
                                        - Bola takraw.
                                        - Kon.
                                        - Pita ukur 



Bahagian / Masa
Aktiviti
Butiran Mengajar
Organisasi
Alatan / Catatan

Set Induksi

Permulaan
(5 minit)





























Perkembangan

Langkah 1
(10 minit)































Langkah 2
(10 minit)
































Langkah 3
(15 minit)





















































Kemuncak
 (10 minit)













Penutup
(10 minit)



Rotasi dan regangan





i. Lari berselang seli dengan sikttle


ii. Striding


iii. Bounding



iv. High knee





v. Speed









  • Pegangan peluru dan lakuan sedia








  • Melambung peluru




















  • Lontaran static









  • Melunsur






















  • Teknik melunsur selangkah secara menyeluruh



















































Permainan kecil

- Pelajar di pilih
   secara rawak
   beberapa orang
   untuk memasuki
   pertandingan.







  • Aktiviti kelonggaran dan “ cooling down “.

  • Pengukuhan kemahiran.



































  • Pelajar membuat larian 3 pusingan  
            trek.
  • Aktiviti regangan bermula dari otot umum kepada otot khusus untuk lompat tinggi ( pinggang dan kaki

-          Pelajar membuat larian berselang seli dengan menggunakan skittle sebanyak 3 ulangan dengan jarak yang ditentukan.
-          Pelajar membuat larian dengan langkah panjang dalam jarak yang ditetapkan sebanyak 3 ulangan
-          Pelajar membuat larian langkah panjang dengan mengangkat lutut tinggi ( seperti melompat ) sebanyak 3 ulangan dalam jarak yang ditetapkan.
-          Pelajar membuat larian langkah pendek dengan mengangkat lutut separas dengan pinggang dan melepasi tali pada palang sebanyak 3 kali ulangan dalam jarak yang ditetapkan.
-          Pelajar membuat larian pantas sebanyak 3 kali ulangan dalam masa yang ditetapkan







  • Peluru diletakkan atas tapak            jari- jari tangan yang dikembangkan dengan ibu jari dan jari kelingking memberi sokongan sisian.
  • Letakkan peluru dengan selesa di rongga tulang selangka berhampiran leher dengan pangkal tangan menghadap keluar dan siku berada jauh sedikit daripada badan.


  • Pelontar akan melambung peluru ke hadapan melepasi kepala dengan menggunakan peluru.
  • Dengan membelakangkan kawasan lontaran, pelontar dengan cara yang sama melambung peluru ke belakang  (kearah kawasan lontaran) melepasi kepala dengan menggunakan peluru. Aktiviti ini dipanggil (backover head toss).












  • Pelontar melakukan lontaran dengan menggunakan kekuatan tangan sambil kaki menolak badan ke atas dan tolakan diakhiri dengan kedua-dua kaki berdiri di atas jari-jari kaki yang masih menyentuh tanah.
  • Pergerakan ini dilakukan tanpa kilasan pinggul dan kaki.


  • pelontar akan melakukan lunsuran secara berulang-ulang dengan dengan bantuan pasangan sebagai penahan dalam garis yang panjang.
  • Seterusnya dengan cara yang sama, pelontar melakukan lunsuran dan diakhiri dengan lakuan kilasan pinggul dan kaki tanpa dibantu oleh pasangan.














  • Selepas menempatkan peluru ditempat sepatutnya,bengkokkan badan dengan membengkokkan kaki kanan.
  • Kaki kiri biarkan dalam kaeadaan selesa(bengkok dan mencecah tengah bulatan dengan hujung kaki
  • Tangan bebas berperanan untuk mengimbangkan kedudukan badan dan ia diletakkan  dihadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit
  • Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat membuat gelunsuran ke bahagian tengah bulatan
  • Lunsuran ini dijalankan dengan pantas dan licin.
  • Berat badan pelontar mesti masih berada dalam kaki kanan,manakala bahagian badan pula dibiarkan membengkok (jangan tegakkan badan semasa mengelunsur)
  • kaki kiri hendaklah diletakkan dihadapan bulatan.
  • Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses tamat,pinggul kanan dipusingkan ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan.
  • Bahu dan tangan kanan (yang memegang peluru) masih menghala ke belakang.
  • Apabila kilasan badan itu selesai,(badan menghadap ke arah lontaran) kaki yang mengelunsur (kaki kanan yang dibelakang) menolok dengan kuat sehingga badan terangkat dan melentik.
  • Pergerakkan ini disusuli dengan pergerakan menolok yang bermula dengan menggunakan bahagian bahu dan diikuti dengan tangan yang memegang peluru
  • Tangan mengikut peluru sejauh mana yang mungkin dan kaki kiri hendaklah digunakan untuk menahan dengan kuat.
  • Kedua-dua belah kaki mestilah bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar.




Pertandingan lontar peluru













  • Melakukan aktiviti kelonggaran sendi utama badan.



  • Bersoal jawab mengenai kemahiran yang dipelajari.





















Murid berlari secara bebas


Murid berbaris dalam empat barisan.



























·         Pelajar dikehendaki meluruskan tangan ke atas dengan memegang peluru dan seterusnya menguis peluru tersebut dengan menggunakan kekuatan jari.


·         Pelajar haruslah dalam keadaan berdiri tegak dengan lutut dibengkokkan sedikit, kedudukan kaki dibuka luas sedikit daripada luas bidang bahu dan ia mestilah seimbang dan badan dalam keadaan selesa.




















·         keadaan tangan adalah pada tempat meletakkan peluru di bahagian leher, badan dibengkokkan dengan membengkokkan kaki kanan.
·         Kaki kiri
dibiarkan dalam keadaan selesa
·         Tangan bebas
berperanan untuk mengimbangkan kedudukan badan dan ia diletakkan dihadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit.

·         Pelajar berdiri dibahagian belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan lontaran.




TKP
~ Kinestetik
~ Verbal Linguistik
~ Intrapersonal


BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK)

  BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK) Sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat, yang nengaitkan dua bidang yan...

klik