Struktur linguistik
Struktur merujuk kepada susunan
bahagian-bahagian secara linear. Struktur dalam bidang ilmu linguistik
melibatkan beberapa aspek atau tataran bahasa, iaitu tataran fonologi, fonetik,
morfologi, sintaksis dan tataran leksikon (Verhaar, 1978).
Sehubungan dengan itu struktur linguistik
boleh dibahagikan kepada dua bidang utama iaitu struktur bahasa atau tatabahasa
dan struktur makna, iaitu semantik dan pragmatik. Struktur bahasa meliputi
morfologi, sintaksis, fonetik dan fonologi. Kedua-dua struktur linguistik ini
menunjukkan adanya pengetahuan linguistik yang mendasarinya.
a)Struktur Bahasa
Kamus Za'ba mentakrifkan kata
"struktur" kepada dua kategori. Kategori yang pertama ialah
"susunan atau bahagian daripada sesuatu binaan dan susunan atau bahagian
daripada sesuatu binaan", manakala kategori yang kedua ialah "sistem
rangka sesebuah karya sastera yang terlebih dahulu dirancang". Kategori
yang pertama meliputi pola atau bentuk masyarakat yang terbentuk atau tersusun
daripada pelbagai jenis unsur yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain.
Kata "struktur" juga ditakrifkan sebagai bukan cara sesuatu yang
terbentuk daripada pelbagai bahagian, unsur atau aspek tertentu sehingga
menjadi suatu pola, sistem atau bentuk tertentu. Kategori takrifan yang kedua
ialah sistem rangka sesebuah karya sastera yang terlebih dahulu dirancang
(Kamus Za'ba, 2001: 1073). Takrifan yang sama juga boleh diperoleh bagi
kata"struktur" jika dirujuk dalam Kamus Melayu Global (Kamus Melayu
Global, 1997: 1073 )
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pula, kata
"struktur" didefinisikan sebagai cara sesuatu terbina atau terbentuk
daripada pelbagai bahagian, unsur, atau aspek hingga menjadi suatu pola, sistem
atau bentuk tertentu seperti struktur di dalam bahasa Melayu. Menurut Tesaurus
Bahasa Melayu, kata "struktur" merujuk kepada binaan atau rangka
(Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, Hlm.297). Kamus Pelajar Terkini pula
mendefinisikan kata "struktur" yang merupakan binaan kata daripada cantuman
kata struk + tur (KN) yang membentuk kata nama ialah sesuatu yang dibentuk,
dibina atau binaan dan cara menyusun sesuatu (susunan atau gubahan) yang
merujuk kepada bahasa, ekonomi dan sebagainya (Ahmad Mahmood Musanif, 1996:
465). Menurut buku Glosarium Bahasa dan Sastera, struktur bahasa wujud akibat
adanya aturan-aturan bahasa. Maka, terdapatlah struktur bahasa iaitu ketetapan
peristiwa bahasa. Ianya dapat dilihat pada susunan fonem, susunan kata dan
susunan frasa serta lagu bicara dan intonasi. Ia juga termasuk struktur bahasa
yang harus diketahui seseorang kalau dia ingin berbicara dalam sesuatu bahasa
(A. Hamid Hasan Lubis, 1994: 132).
Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang
mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan
bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk
kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil
daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula
ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar
fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
Definisi Morfologi
Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur,
bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran
sesuatu kata itu.
Manakala
Abdullah
Hassan juga menyatakan
definisi morfologi dalam buku Linguistik
Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana
perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk
perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan
ialah morfem dan kata.
Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang
mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata
dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit
bahasa yang bermakna.
Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam
bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu (
Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji
soal – soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan
kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji
selok –belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata
itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi adalah bidang mengkaji
bagaimana morfem – morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.
Menurut Raminah
Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian
Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi
merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara
–cara pembentukkannya.O`Grady &
Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan – rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian
tentang pembentukan kata dan struktur kata.
Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunya Language yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan
Noor Ein Mohd.Noor, menyatakan bahawa “Morfologi
adalah konstruksi yang mengandungi bentuk – bentuk terikat antara konsituen –
konsituennya.”“Morfologi meliputi konstruksi kata – kata dan bahagian kata”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan