Rabu, 20 September 2017

PEMBELAJARAN KOPERATIF ( MP SEJARAH )

  PEMBELAJARAN KOPERATIF MENJADIKAN PEMBELAJARAN SEJARAH
       MENYORONOKKAN DI KALANGAN MURID-MURID

 Pengenalan

Pendidikan adalah proses dan aktiviti bertujuan untuk menghasilkan perubahan yang dikehendaki di dalam diri seseorang. Sistem pendidikan negara memberikan penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu (Wan Zahid, 2000). Tugas guru semakin mencabar dan sebagai seorang pendidik adalah menjadi tanggungjawab untuk membantu setiap pelajar untuk meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran. Perancangan pengajaran yang baik dan menarik serta pelbagai pendekatan yang digunakan adalah faktor untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan bermotivasi kepada pelajar. Pelajar juga digalakkan untuk membina jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah dengan menggunakan idea dan hipotesis yang telah dibina (Mohd.Fazli, 2001). Salah satu pendekatan yang sesuai adalah pembelajaran secara berkumpulan atau pembelajaran koperatif. Pendekatan ini mempunyai kelebihan kerana mereka lebih berpeluang untuk memberikan idea, berbincang dan berinteraksi satu sama lain dan belajar melalui pengalaman mereka sendiri. Pendekatan ini merupakan satu inovasi dalam strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Di peringkat sekolah rendah murid-murid tahun empat yang baru memasuki tahap dua terutamanya bagi mata pelajaran sejarah yang baru diperkenalkan oleh kementerian pendidikan  ini perlu diajar dan diterapkan nilai pembelajaran kendiri dan berdikari agar mereka bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka. Kaedah kumpulan sama kebolehan membolehkan guru membimbing pelajar mengikut kebolehan di samping menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan mengikut keperluan masing-masing. Kaedah kumpulan pelbagai kebolehan telah memberi peluang mengamalkan pengajaran rakan sebaya, memupuk semangat kerjasama dan bertimbang rasa, perkembangan sahsiah dan kemahiran sosial.







2 Pembelajaran koperatif

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Melalui pembelajaran koperatif yang diterapkan kepada murid-murid dalam mata pelajaran sejarah membolehkan pembelajaran menjadi lebih seronok untuk diikuti. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:
  1. saling bergantung antara satu sama lain secara positif,
  2. saling berinteraksi secara bersemuka,
  3. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,
  4. kemahiran koperatif, dan
  5. pemprosesan kumpulan

Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.
Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).
Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tugas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.
Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan.Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

3 Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif

Berikut dijelaskan prinsip-prinsip asas pembelajaran koperatif. Model yang diutarakan oleh Johnson & Johnson (PIGS) serta Kagan (PIES) mempunyai persamaan yang nyata.

Johnson & Johnson
Kagan
Positif Interdependence
Positif Interdependence
Individual Accountability
Individual Accountability
Group Interaction
Equal Participation
Social Skills
Simultaneous Interaction

3.3.1.  Positive Interdependence (Saling Kebergantungan Secara Positif)

Mengikut model Stephen Covey tentang perubahan peribadi, (Seven Habits of Highly Effective People) pelajar seharusnya beranjak dari sifat bergantung kepada sifat berdikari dan seterusnya ke tahap saling kebergantungan. Saling kebergantungan wujud apabila pelajar menganggap bahawa ia memerlukan usaha orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Walaupun seseorang pelajar berdikari tetapi tahap kecemerlangan yang lebih tinggi cuma boleh dicapai melalui usaha, input dan sinergi orang lain. Sebagai contoh di dalam aktiviti menyediakan buku scrap dalam mata pelajaran sejarah tahun empat seperti tajuk lima dalam buku teks sejarah tahun empat iaitu Tokoh Terbilang. Murid-murid bekerjasama mencari bahang untuk menghasilkan bahan buku scrap tersebut.

3.3.2 Individual Accountability (Akauntabiliti Individu)

Walaupun setiap pelajar dikehendaki bekerjasama dalam sesuatu tugasan, ia adalah bertanggungjawab atas pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat secara individu.

3.3.3 Group Interaction (Interaksi Kumpulan)

Pelajar-pelajar memajukan pembelajaran pelajar lain dengan membantu, mengongsi dan menggalakkan usaha pembelajaran. Interaksi kumpulan termasuk tindakan pelajar untuk menerangkan, membincang dan mengajar apa yang diketahui kepada orang lain. Murid dapat berbincang satu sama lain , sebagai contoh di dalam tajuk 1 unit 3 iaitu Sekolah Kebanggaan Saya. Mereka saling bekerjasama dan memberi penerangan mengenai sekolah mereka.

3.3.4 Social Skills (Kemahiran Sosial)

Agar pembelajaran koperatif berkesan, guru mesti mengajar kemahiran sosial kepada pelajar. Kemahiran-kemahiran tersebut merangkumi kepimpinan, membuat keputusan, membina kepercayaan, komunikasi dan pengurusan konflik.

3.4  Jenis pembelajaran koperatif
Terdapat beberapa jenis strategi yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif untuk menjadikan pembelajaran sejarah dalam kalangan murid yang menyeronokkan. Di antaranya ialah :

3.4.1  Penyiasatan Berkelompok (Group Investigation)

Setiap ahli kumpulan akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah untuk mendapatkan maklumat. Ini memerlukan pelajar mengenal pasti suatu topik yang disiasat, merancang serta menjalankan penyiasatan. Semua maklumat yang telah diperolehi akan dianalisis dengan cara terperinci untuk dipersembahkan dalam bentuk yang kreatif dan menarik. Strategi pembelajaran ini mengintegrasikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah melalui proses inkuiri akademik. Contoh tajuk yang sesuai boleh digunakan dalam strategi ini ialah Zaman Air Batu dan Zaman Prasejarah iaitu tajuk 2 dan tajuk 3 dalam sejarah tahun Empat.

3.4.2  Student Team Achievement Division' (STAD)

Pelajar-pelajar berada dalam kumpulan kecil dan menggunakan lembaran kerja untuk menguasai suatu cabang pengetahuan. Mereka saling membantu di antara satu sama lain melalui tutorial, kuiz atau perbincangan kumpulan.

3.4.3  Jigsaw

Setiap kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk kumpulan pakar. Ahli-ahli dalam kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian bahan akademik (yang telah disediakan oleh guru). Selepas itu, semua ahli kumpulan pakar tadi akan kembali ke kumpulan asal masing-masing untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan sekumpulan. Motif utama dalam Jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu kumpulan akan menjadi pakar dalam topik tertentu dan bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada rakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari.

3.4.4  Team-Accelerated Instruction' (TAI)

Ia merupakan pendekatan secara menyeluruh di mana pelajar mempunyai kebebasan bertindak dan guru boleh membentuk kelas heterogeni. Pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza ditentukan kepada kumpulan yang heterogeneous. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar yang rendah pencapaian supaya dapat meningkatkan tahap pencapaiannya seiring dengan pelajar lain yang mempunyai pencapaian tinggi. Bahan-bahan TAI direka khas untuk program ini yang menggantikan buku teks sepenuhnya.

3.4.5 Team Games Tournament' (TGT)

Model TGT memfokuskan kepada guru perlu memberitahu pelajaran yang berkaitan sama ada dalam bentuk syarahan, demonstrasi atau pertunjukan visual. Pelajar berbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh guru. Kemudian pelajar akan bekerja mengikut lembaran kerja yang disampaikan oleh guru untuk menguasai konsep. Pelajar akan bermain suatu permainan berbentuk pertandingan di dalam bilik darjah. Bagi setiap pertandingan, meja pertandingan akan diwakili oleh 2 hingga 4 orang ahli dari setiap pasukan yang sama kebolehan akademik.



sambutan kemerdekaan skku 2017


C0NTOH SURAT MEMOHON SUMBANGAN


SKKU 2
Ruj Kami         :           Bil ( 02 ) dlm.Pasukan Elit / SKKU / 2016 /
Tarikh              :           25 FEBRUARI 2016
En. Sahrul Mizal Bin samsuddin
YDP Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG),
SK Kajang Utama.

Tuan,

Memohon Sumbangan  Untuk Membeli Jersi

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Pihak sekolah akan menghantar pasukan dalam beberapa acara sukan elit seperti bola sepak, bola baling, sepak takraw dan bola jaring. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan untuk mendapatkan satu set jersi untuk keperluan tersebut.

3.         Kos untuk membeli satu set jersi untuk sebuah pasukan dianggarkan sebanyak
RM ----------. ( butiran lengkap seperti lampiran ).

4.         Untuk makluman pihak tuan, jersi yang kami miliki sudah lama dan tidak mencukupi untuk dipakai ketika menyertai sesuatu kejohanan. Oleh itu, diharapkan pihak tuan dapat membuat pertimbangan kerana pihak kami amat memerlukan memandangkan tarikh pertandingan semakin hampir iaitu sekitar awal bulan April 2016.

5.         Segala pertimbangan dan perhatian daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian , terima kasih.


“BERSIHNYA HATI MURNINYA JIWA”

Saya yang menjayakan tugas,

……………………………………………………
( Sabarudin Bin Abu Bakar )
 Guru Besar
 SK Kajang Utama     


 
KOS SATU SET JERSI


BIL
ITEM
KUANTITI
UNIT PRICE
JUMLAH RM

1

 BAJU DAN SELUAR


18



         

2


STOKING

18





3


NOMBOR, NAMA SEKOLAH DAN PENAJA


18

           

JUMLAH BESAR




CONTOH SURAT JEMPUTAN PERASMI


Ruj Kami           :           Bil ( 01 ) dlm.sukan / SKKU / 2012 / 2013
Tarikh               :           25 Jun 2013


Kepada,

YDP Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG),
SK Kajang Utama.

Tuan,

JEMPUTAN MERASMIKAN KEJOHANAN SUKAN KALI KE - 15 SK  KAJANG UTAMA

Perkara di atas dirujuk.

2          Dengan segala hormatnya dimaklumkan Kejohanan Sukan SK Kajang Utama kali ke 15 akan diadakan pada 6 Julai  2015.

3.         Pihak sekolah berbesar hati menjemput Tuan  untuk merasmikan kejohanan tersebut  seperti ketetapan berikut :

            Tarikh              : 06 Julai 2013 ( Sabtu )
             Masa              : 8.30 pagi
            Tempat            : Padang SK Kajang Utama


4.         Segala kerjasama daripada pihak Tuan kami dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian , terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah ,


……………………………………
(                                                 )
                  Guru besar
Sekolah Kebangsaan Kajang Utama











BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK)

  BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK) Sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat, yang nengaitkan dua bidang yan...

klik