Definisi Pentaksiran, Penilaian, Pengukuran dan
Pengujian
Definisi Pentaksiran
Pentaksiran merupakan
satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta
pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Dari konteks pendidikan
pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi
aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi
maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran
juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi
pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran.
Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.
Pentaksiran atau penaksiran adalah
perkataan Latin yang membawa maksud “duduk bersama” dengan pelajar dan
mengesahkan respon adalah sama dengan apa yang dimaksudkan.
Menurut Moktar Ismail, konsep
pentaksiran ialah langkah untuk menentukan sejauh mana seseorang mempunyai
sifat tertentu.
- tahap, status, dan nilai.
- proses menilai secara kuantitatif.
- merangkumi skala ordianal dan skala slang.
- kesimpulan : pentaksiran bertujuan untuk
menentukan kedudukan dan pencapaian murid.
Dari segi definisinya
pula, pentaksiran merupakan proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan
menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan (David
Lambert dan David Lines, 2000).
Manakala menurut
Gearheart (1990), pentaksiran adalah proses pengumpulan dan penterjemahan
secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan
intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan
penempatan.
Selain itu,
berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh Salvia dan Yseldyke (1978),
penaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan
untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat
keputusan.
Seterusnya, Lembaga
Peperiksaan Malaysia (2000) pula telah memberikan maksud terhadap penaksiran
dalam pendidikan iaitu suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang
pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu.
Kesimpulannya,
pentaksiran boleh diertikan sebagai proses pengumpulan maklumat yang melibatkan
aktiviti menterjemah, merekod serta menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan
pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.
Berikutnya pula
adalah berkaitan dengan penilaian. Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah
proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu,
kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. Beliau juga turut menyatakan
bahawa penilaian ini boleh dianggap sebagai “process delineating” iaitu mencari dan memberikan maklumat yang
berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan.Popham (1975)
turut memberikan pandangan berkaitan dengan penilaian.Beliau menyatakan
penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran tentang nilai fenomena
pendidikan. Manakala Gay (1985) pula berpendapat bahawa:
“Penilaian boleh diertikan sebagai
proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan
sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai”.
Tujuan Pentaksiran
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam
pembelajaran
Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan
pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan
sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
Apakah maksud pengujian?
Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang
biasanya dibuat secara bertulis.Tujuan pengujian ialah untuk menentukan
pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.
Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang
piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang
sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu
atau pelajar.
Menurut Cronbach (1970)
“Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan
atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala
bernombor, atau satu sistem yang berkategori”.
Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan,
100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian
pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem
berkategori pula ialah “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian
personaliti, atau “rabun warna” bagi ujian penglihatan. Kepentingan pengujian
bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas,
dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan
bahawa:
“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang
diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.
Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat
penilaian atau pengadilan”.
(Raminah 1991:2).
Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut
sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian
menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.
Konsep Pengujian
- cara yang sistematik untuk mengukur perubahan
tingkah laku seseorang (murid) dengan menggunakan bahan yang mempunyai
kebolehpercayaan.
- tujuan : mengesan penguasaan kemajuan dan
pencapaian murid dalam pelajaran.
- alat mengukur pencapaian (kognitif - struktur
bahasa lisan, psikomotor - perubahan tingkah laku, efektif - pencapaian
nilai-nilai)
- penilaian pencapaian berlaku secara eksplisit
(memahami, lisan, menulis)
- berlaku pada tiga peringkat
- persediaan
- pelaksanaan
- penyemakan
Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti
pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan.
Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya
telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.
Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat
melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru
dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat
penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang
diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Antara ketiga-tiga istilah berkenaan, pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang
lebih sempit atau khusus. Pengujian
dapat dianggar sebagai proses
penyerahan set soalan yang standard yang perlu dijawab, atau satu set instrumen
atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku
atau perubahan seseorang individu atau pelajar.
Menurut Cronbach (1970),
ujian ialah satu prosedur yang
sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang
individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu
sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah
kecerdasan (IQ Test) dan 80/100
bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala
contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian
personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.
Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas,
dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran
(1991) yang menegaskan bahawa:
Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan
yang diperlihatkan oleh murid di
dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan oleh pengujinya.. Maklumat yang
diperolehi daripadanya akan dijadikan
dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)
Hasil daripada jawapan yang
diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markat akan diberikan kepada individu
berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan berapa baguskah prestasi murid yang
diuji.
Proses pengujian lazimnya bermula
dengan peringkat persediaan, diikuti
pelaksanaan (pentadbiran ujian)
dan berakhir dengan pemeriksaan skrip
jawapan. Melalui proses pengujian inilah seseorang guru dapat mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai sebanyak mana kemahiran yang
telah dipela
Apakah yang dimaksudkan pengukuran?
Pengukuran membawa maksud yang lebih luas
berbanding dengan pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses
mendapatkan penjelasan secara numerik
atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu
ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen. Atau dalam erti kata lain
langkah menentukan tahap sejauh mana
seseorang individu
boleh mencapai keupayaannya dalam menguasai sesuatu kemahiran dalam
setiap ujian yang diberi. Biasanya kita mewakilkan sesuatu indeks berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu supaya
status individu berkenaan lebih tepat dan dapat mewakili sifat tertentu. Misalnya, Ramli mendapat
markah 60 peratus dalam ujian Matematik.
Kita tidak menyatakan prestasi Ramli berkenaan sama ada baik atau sebaliknya.
Dalam hal ini, kita hanya mengukur tanpa menentukan nilai. Justeru, pengukuran
adalah hanya penentuan status atau tahap.
Pengukuran boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Sebagai contoh, proses
mendapatkan maklumat berbentuk kuantitatif
menggunakan proses pencerapan atau penggunaan skala pemeringkatan.
Berbeza dengan pengujian yang ingin mendapatkan maklumat sebanyak mana
prestasi yang diperoleh, pengukuran pula menjurus kepada banyak mana
skor atau markah yang
diperolehi dengan menggunakan proses
tertentu.
Seperti pengujian, pengukuran juga tidak bersifat mutlak. Pengukuran
ketinggian mental seseorang individu sudah tentu lebih sukar dan tidak dapat
dilakukan dengan tepat berbanding pengukuran ketinggian fizikal seseorang individu menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris. Misalnya,
seseorang murid yang mendapat skor 90
tidak boleh dianggap mengetahui semua perkara. Manakala seseorang yang mendapat skor sifar pula tidak
juga boleh dianggap sebagai tidak
mempelajari sebarang perkara atau tidak
memahami sebarang perkara tentang sesuatu pelajaran yang dilalui. Ini jelas
menunjukkan pengukuran aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana
mengukur ketinggian murid menggunakan
kayu ukur atau pembaris.
Dengan itu, seseorang guru harus menggunakan instrumen yang tepat bagi
menghasilkan keputusan yang tepat.Jika instrumen yang digunakan mempunyai kecacatan,
maka sudah pastilah hasil yang diperolehi daripada ukuran yang dijalankan itu
juga tidak tepat.
Apakah yang dimaksudkan penilaian?
Penilaian ada suatu istilah yang
boleh didefinisikan dengan banyak cara.
Menilai boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau membuat
keputusan dalam memberikan nilai mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda atau
perkara. Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai “the process of delineating, obtaining,
and providing useful information for judging decision alternatives’’
Definisi ini menjangkau melepasi
daripada maksud pengujian dan pengukuran.
Menurut Stufflebeam (1971), penilaian
adalah proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu,
kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. Beliau juga turut
menyatakan bahawa penilaian ini boleh dianggap sebagai “process delineating” iaitu mencari dan memberikan maklumat yang
berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan.Popham (1975)
turut memberikan pandangan berkaitan dengan penilaian.Beliau menyatakan
penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran tentang nilai fenomena
pendidikan. Manakala Gay (1985) pula berpendapat bahawa:
“Penilaian boleh diertikan sebagai
proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan
sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai”.
Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap
sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada
sesuatu objektif yang telah
ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat
membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan
pembelajaran.Ini berbeza dengan pengukuran yang melibatkan pemberian
nombor-nombor (numeric) tertentu yang lebih bersifat kuantitatif.
Terdahulu daripada itu, Popham (1975) menafsirkan penilaian yang sistematik mestilah mengandungi satu tafsiran yang
formal tentang nilai fenomena
pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek
seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran itu ditentukan. Dalam
sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur
pencapaian pelajar atau guru menilai
pencapaian pelajar. Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar
melalui ujian yang dijalankan. Tindakan
susulan yang dilakukan guru dengan menggunakan keputusan ujian itu berserta
maklumat lain yang berkaitan untuk menilai
prestasi murid berkenaan. Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat
tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya
melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan