Sabtu, 9 Mac 2013

LANGKAH-LANGKAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAMEMAJUKAN SAINS DAN MATEMATIK DI SEKOLAH


LANGKAH-LANGKAH YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN UNTUK MEMAJUKAN  BIDANG SAINS DAN MATEMATIK DI SEKOLAH

2.1 DASAR  60:40
            Pendedahan bahawa hanya 29 peratus pelajar menuntut dalam aliran sains di sekolah dan institusi pengajian tinggi awam tempatan menyedarkan kita masih jauh untuk mencapai sasaran Dasar 60-40 iaitu 60 peratus pelajar aliran sains dan 40 peratus pelajar aliran sastera.
            Keadaan ini boleh menjejaskan matlamat Pelan hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi dan usaha mencapai status negara maju menjelang 2020. Usaha berkesan perlu dilakukan untuk meningkatkan minat pelajar dalam aliran sains seperti galakan daripada ibu bapa dan keluarga, kualiti pengajaran guru, keberkesanan pengurusan sekolah, kemudahan prasarana, aktiviti kokurikulum akademik berasaskan sains, pengaruh rakan sebaya, peruntukan kewangan dan pelbagai insentif. Memang benar jika minat sudah meningkat maka mata pelajaran Sains tidaklah dianggap sukar.
            Namun minat sahaja tidak cukup jika tidak disertai dengan disiplin belajar yang tinggi. Faktor paling penting ialah wujudnya kesedaran dalam diri individu pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh. Budaya kesungguhan belajar bermaksud amalan belajar dengan gigih, tekun, memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas, menghormati dan bertanya guru tentang pelajaran, mengulang kaji pelajaran dan membuat latihan tambahan di rumah, mempunyai jadual belajar dan kerap berbincang dengan rakan tentang pelajaran. Nilai belajar sedemikianlah yang selalu disebut calon cemerlang semasa ditemu bual pemberita sejurus menerima keputusan peperiksaan.
            Dalam sistem pendidikan kita penentuan jurusan bermula di Tingkatan 4. Biasanya pelajar yang mendapat gred A atau B mata pelajaran Sains dan Matematik pada Penilaian Menengah Rendah (PMR) dijadikan ukuran kelayakan ke aliran sains.     
            Pelajar yang memperoleh lebih rendah daripada gred B dalam kedua mata pelajaran tersebut menghadapi kesukaran mengikuti pelajaran khususnya subjek Sains Tulen jika dipilih ke jurusan sains. Ini disebabkan penguasaan kemahiran dalam huraian sukatan pelajaran subjek tersebut agak lemah dan akibatnya mereka tidak berkemampuan mengikuti pelajaran di peringkat menengah atas yang memerlukan tahap kemahiran lebih tinggi. Kita perlu meningkatkan bilangan pelajar yang memperolehi sekurang-kurangnya gred B Sains dan Matematik dalam PMR. Sungguhpun kita ada sekolah berasrama penuh yang menjurus kepada aliran sains, sekolah ini dilihat sebagai tempat dalam proses mengumpulkan pelajar yang sudah cemerlang dari sekolah harian supaya kecemerlangan mereka dapat dimantapkan.
            Untuk memenuhi kuota 60 peratus pelajar aliran sains kita perlu melihat bagaimana majoriti pelajar berprestasi sederhana di sekolah harian dapat ditingkatkan pencapaian mereka khususnya di peringkat menengah rendah. Program yang berkesan termasuk peruntukan dan insentif perlu dijurus ke arah kumpulan sasar pelajar berprestasi sederhana di sekolah harian. Pada 30 Januari lalu 15 buah sekolah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) menjadikan jumlahnya 182. Kemudian pada 3 Februari 14 lagi sekolah dianugerah sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) menjadikan jumlahnya 66. Kita perlu merancang bagaimana penjenamaan SKK dan SBT dapat dijadikan pemangkin yang lebih berkesan dalam membantu mencapai matlamat Dasar 60-40. Elok juga jika difikirkan suatu bentuk penganugerahan untuk mengiktiraf sekolah yang berjaya meningkatkan pencapaian kumpulan pelajar berprestasi sederhana ke suatu tahap tertentu khususnya di peringkat PMR.
            Dalam usaha mendapatkan maklum balas pelbagai pihak untuk merealisasikan Dasar 60-40, maka pandangan daripada guru amat penting.




2.2PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA AMALI SAINS
            Pendidikan sains di Malaysia digubal berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yangmenekankan kesepaduan antara ilmu pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai murni (PusatPerkembangan Kurikulum,1992). Menurut Abdul Rahim (2007), proses pengesanan kurikulumperlu dilakukan untuk mengesan perkara-perkara yang boleh dibaiki dan meningkatkan aspekkualiti kurikulum sedia ada. Matapelajaran Sains adalah di antara matapelajaran yang awal telahdipilih untuk melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah melalui program Pentaksiran KerjaAmali (PEKA) yang melibatkan semua pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di peringkatsekolah menengah. Dalam Seminar Kebangsaan penilaian KBSM tahun 1996, beberapakelemahan dalam pelaksanaan KBSM di sekolah telah dikenalpasti iaitu terlalu menjurus ke arahberorientasikan peperiksaan dan mencadangkan supaya bentuk penilaian dikaji semula danPentaksiran Berasaskan Sekolah diberikan pengiktirafan (Zalina, 1996). Ini adalah selarasdengan strategi yang dilaksanakan bagi mencapai teras membangunkan modal insan dalamPelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu mengubah penekanan peperiksaan awamdaripada berasaskan kandungan kepada kemahiran yang dapat dikuasai oleh pelajar.
            Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains lebih bersifat penilaian alternatif di mana pentaksiran prestasi dilakukan ke atas setiap pelajar. Kaedah penilaian alternatif dilihat sebagai jalan penyelesaian dan amat sesuai digunakan untuk pentaksiran pencapaian dalam kerja amali sains memandangkan kaedah ini lebih banyak melibatkan kecekapan dalam kemahiran inkuiri dan kemahiran proses sains. Kaedah penilaian alternatif yang dimaksudkan adalah ujian amali, projek, soal selidik, senarai semak, portfolio, pemerhatian dan temu bual (Doranet. al, 1994).
           


            Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains adalah salah satu program yang termasuk dalamPentaksiran Berasaskan Sekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006) . PEKA Sains PMRdilaksanakan selama 3 tahun iaitu bermula pelajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. MatlamatPEKA Sains PMR dilaksanakan adalah untuk membolehkan pelajar menguasai kemahiransaintifik, memperkukuhkan teori dan konsep Sains serta memupuk amalan sikap saintifik dan nilaimurni. Proses pentaksiran dalam PEKA berdasarkan pada ciri-ciri seperti keserasian dengankehendak kurikulum, berpusatkan pelajar, telus dan terbuka, kebolehlaksanaan dan sistematik,kepelbagaian instrumen yang digunakan, pentaksiran yang berterusan dan bersifat formatif,mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan, pelaporan berbentuk positif dan pemantauan yangberterusan dilakukan.Pentaksiran PEKA Sains PMR adalah proses mengukur tahap penguasaan murid denganmerujuk kepada kriteria yang ditetapkan. Pentaksiran PEKA bertujuan untuk mengesan tahappenguasaan murid untuk penambahbaikan. Pelaksanaan PEKA Sains PMR dirancang, ditadbir,diskor dan dirumuskan di peringkat sekolah. Dalam pengoperasian PEKA, penyelarasan danpemantauan perlu dilakukan. Penyelarasan adalah proses yang dijalankan untuk memastikankeseragaman dalam aspek kefahaman terhadap peraturan penskoran, penggunaan yang betulterhadap peraturan penskoran dan pemberian skor yang betul bagi setiap pelajar. Pemantauanpula dilakukan untuk melihat dan memastikan program PEKA Sains PMR dilaksanakan mengikutprosedur yang telah ditetapkan.
            Keberkesanan pelaksanaan PEKA Sains PMR dalam proses pengajaran danpembelajaran sangat bergantung kepada penerimaan dan penguasaan guru. Selain itu, pihak- pihaklain yang terlibat secara langsung juga mungkin mempengaruhi keberkesanan pelaksanaanPEKA Sains PMR. Tahap penguasaan guru yang tinggi dalam melaksanakan PEKA akan mempengaruhipelaksanaan PEKA secara berkesan dan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang bukan sahajakukuh dari segi teori dan konsep Sains malah dapat menguasai kemahiran saintifik serta dapatmemupuk amalan sikap saintifik dan nilai murni dalam kehidupan seharian mereka.

2.3 DASAR PENGAJARAN  MATEMATIK DAN SAINS  DALAM BAHASA             INGGERIS    
            Proses Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) merupakan satu dasar kerajaan terbaru Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) disemua sekolah. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang diputuskan oleh Jemaah Menteribagi merealisasikan wawasan kerajaan untuk menjadikan negara maju pada tahun 2020.Rasionalnya penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains danMatematik adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa.Matlamat utamapelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ialah untuk membolehkanpelajar menguasainya sebagai bahasa ilmu dua bidang pengetahuan berkenaan sejak di peringkatawal (Info PPSMI, 2006).
            Satu surat pekeliling ikhtisas Bil.11/2002 menjelaskan bahawa dasar ini diperkenalkanpada tahun 2003 dan permulaannya ialah pelajar tahun satu, pelajar tingkatan satu dan pelajartingkatan enam rendah. Seterusnya pengajaran menggunakan Bahasa Inggeris diperluaskan ke Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil hingga tingkatan enam atas di SekolahMenengah Kebangsaan di seluruh Malaysia. Cadangan awal ini mendapat reaksi yang berbeza –bezanamun dengan perancangan yang teliti setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihakdasar ini diteruskan demi kepentingan negara. Sudah tujuh tahun berlalu namun masih ada isu – isuyang di pertuturkan dan di bahaskan tetapi pihak KPM tetap meneruskan dasar yang telahdijalankan.
            Kerajaan telah menggariskan dua matlamat utama pelaksanaan pengajaran danpembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris iaitu membolehkan pelajarmendalami dan memahami dua bidang ilmu itu secara lebih berkesan sekaligus dimanfaatkanuntuk pembangunan serta kemajuan negara. Selain itu, matlamatnya juga untuk membantupelajar meningkatkan penguasaan dalam bahasa berkenaan berbanding hanya mempelajarinyamelalui subjek itu sendiri. Pada masa yang sama ini member peluang kepada guru dan pelajarmenggunakan Bahasa Inggeris dan meningkatkan profisiensi berkomunikasi dalam bahasatersebut.
            Sains dan matematik adalah bidang ilmu yang paling cepat berkembang dan disebarkanmelalui pelbagai media serta merupakan penyumbang kepada pembangunan negara. Melaluiperlaksanaan PPSMI dapat memberikan pelajar peluang meningkatkan penguasaan bahasa Inggerissaintifik mereka memandangkan pendedahan terhadap istilah sains dan matematik akanmenjadikan sesuatu yang biasa digunakan oleh para pelajar. Sebahagian besar bahan bacaanmengenai bidang sains dan matematik juga banyak terdapat dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, pendedahan awal dapat member peluang kepada pelajar untuk mengakses maklumat dengan lebih luas dan banyak melalui penguasaan di dalam Bahasa Inggeris (Kenyataan Akhbar MenteriPendidikan, 20 Julai 2002). Sebahagian besar usaha ke arah tersebut dipertanggungjawabkankepada sistem pendidikan atau sekolah untuk membawa negara ke arah martabat yang lebihtinggi dan disanjungi.
            Selaras dengan perlaksanaan PPSMI, semua pihak mengharapkan perubahan dalamkurikulum sistem pendidikan ini akan dapat membantu menunjukkan perspektif sebenar betapapentingnya kita perlu mengusai Bahasa Inggeris dan kelebihan yang akan diperolehi kelak.Maka, semua pihak berwajib haruslah memainkan peranan sewajarnya supaya dapatmenyampaikan ilmu dalam bentuk paling mudah difahami tanpa melibatkan sebarang masalah,terutamanya Bahasa Inggeris yang dijadikan sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sainsdan Matematik.

BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK)

  BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK) Sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat, yang nengaitkan dua bidang yan...

klik