Modul BMM3111


















MODUL KURSUS MAJOR SEMESTER 6

 





 

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
SEKOLAH RENDAH (PGSR)

MOD KURSUS DALAM CUTI



IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN
 
 





        

BMM 3111


SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU












 

 

 

 

 

                                         

                                        Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.




                             Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011
Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.










Text Box: MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
 
















Cetakan Jun 2011
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia


















Text Box: MUKASURAT
Text Box: KANDUNGAN
 





Falsafah Pendidikan Kebangsaan                                                                    

Falsafah Pendidikan Guru

Kata-Alu-aluan Rektor
i
i
iii

Panduan Pelajar                                                                          
vi
Pengenalan

Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul)
viii

x

Tajuk  Pembelajaran

Tajuk 1  Semantik dalam Bahasa Melayu                                                                  1
           Sipnosis
           Hasil Pembelajaran
           Kerangka Tajuk
           1.1    Semantik dan Makna
           1.2    Semantik dan Linguistik
           1.3    Semantik dan Sejarah
            Aktiviti Kendiri

 Tajuk 2 Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu                                                          4
           Sinopsis
           Hasil Pembelajaran
           Kerangka Tajuk
           2.1    Sinonim dan Antonim
           2.2    Hiponim, Homonim dan Polisem
           Aktiviti Kendiri

Tajuk 3 Makna Ayat dalam Bahasa Melayu                                                                 9
          Sinopsis
          Hasil Pembelajaran
          Kerangka Tajuk
          3.1     Makna Ayat
          3.2    Kerangka Genaratif  Chomsky
          Aktiviti Kendiri


Tajuk 4  Perubahan Semantik                                                                                     11                                  
          Sinopsis
          Hasil Pembelajaran
          Kerangka Tajuk
          4.1    Pengembangan Makna
          4.2    Penyempitan Makna
          Aktiviti Kendiri

Tajuk 5 Peristilahan Bahasa Melayu                                                                           13
          Sinopsis
          Hasil Pembelajaran
          Kerangka Tajuk
          5.1    Beberapa Konsep Dasar Peristilahan: Definisi, Tataistilah dan Tatanama
          5.2    Istilah Khusus dan Umum, Morfem Penulisan
          Aktiviti Kendiri

   Tajuk 6  Sumber Istilah Bahasa Melayu                                                                     29
          Sinopsis
          Hasil Pembelajaran
          Kerangka Tajuk
          6.1    Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu
          6.2    Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun
          6.3    Perbendaharaan Kata Bahasa Asing
          Aktiviti Kendiri

   Tajuk 7  Istilah Singkatan dan Lambang Bahasa Melayu                                        37
           Sinopsis
           Hasil Pembelajaran

           Kerangka Tajuk
                    7.1    Singkatan
                    7.2    Akronim
                             Aktiviti Kendiri

   Tajuk 8  Ejaan dan Peristilahan Bahasa Melayu                                                      40
             Sinopsis
             Hasil Pembelajaran

             Kerangka Tajuk

                       8.1    Ejaan Fonemik dan Etimologi
                                Aktiviti Kendiri
                                Latihan

             Bibliografi

             Panel Penulis Modul

             Ikon Modul




















Text Box: PANDUAN PELAJAR 




Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.  Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.

Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.


Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1.   Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2.   Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3.   Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.

4.   Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

5.   Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.

6.   Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.

7.   Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

P
ENGENALAN

Kursus BMM3111 (Semantik dan Peristilahan  Bahasa Melayu) terdiri daripada 15  tajuk. (Sila rujuk - Agihan Tajuk). Modul ini mengandungi 8  tajuk terpilih daripada 15 tajuk keseluruhan.

Lapan tajuk yang terlibat dalam modul ini ialah Tajuk 1 - Semantik dalam Bahasa Melayu,Tajuk  2 - Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu, Tajuk 3 -  Makna Ayat dalam Bahasa Melayu, Tajuk 4 - Perubahan Semantik, Tajuk  5 - Peristilahan Bahasa Melayu, Tajuk 6 - Sumber Istilah Bahasa Melayu, Tajuk 7- Istilah Singkatan dan Lambang Bahasa Melayu, Tajuk 8 -Ejaan dan Peristilahan Bahasa Melayu

Secara umumnya ringkasan tajuk-tajuk tersebut adalah seperti yang berikut:

Tajuk 1  mengenai  konsep Semantik dan Makna , Semantik dan Linguistik, dan Semantik dan Sejarah

Tajuk 2 mengenai  Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu yang terdiri daripada pecahan tajuk Sinonim, Antonim,Hiponim, Homonim (Homograf, Homofon) dan Polisem

Tajuk 3 membincangkan Makna Ayat dalam Bahasa Melayu dengan melihat konsep Makna Ayat dan Kerangka Generatif Chomsky

Tajuk 4 adalah khusus menyentuh  aspek Perubahan Semantik daripada aspek Pengembangan Makna, Penyempitan Makna dan Anjakan Makna

Tajuk 5  membincangkan Peristilahan Bahasa Melayu yang merangkumi  Konsep Dasar Peristilahan (Definisi, Tataistilah dan Tatanama), Istilah Khusus dan Umum, Morfem Peristilahan, Kata Dasar dan Kata Akar, Imbuhan, Kata, Kata Berimbuhan, Gabungan Kata, Bentuk Prototaip, serta Paradigma Kata

Tajuk 6 berkaitan Sumber Istilah Bahasa Melayu yang terdiri daripada Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu, Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun, Perbendaharaan Kata Bahasa Asing

Tajuk 7  membincangkan Istilah Singkatan dan Lambang Bahasa Melayu yang terdiri daripada istilah Singkatan,Akronim, Lambang dan Huruf Bilangan, dan Lambang Gambar

Tajuk 8  terdiri daripada Ejaan dan Peristilahan Bahasa Melayuyang merangkumi Ejaan Fonemik dan Etimologi dan Ejaan Nama, Penyesuaian Ejaan dan Imbuhan Asing

Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan pembelajaran. Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagi setiap tajuk. Latihan ini harus disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan. Hasil kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah yang mengajar melalui e-mel atau secara bersemuka. Sebagai memantapkan kefahaman terhadap setiap tajuk dalam kursus ini, pelajar dinasihati membuat banyak rujukan dan pembacaan. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari dan topik-topik lain yang berkaitan.






























AGIHAN TAJUK


Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

Bil.
Kandungan
Interaksi
Bersemuka
(jam)
Modul
(jam)
Jum.
Jam

1
Semantik dalam Bahasa Melayu
  • Semantik dan Makna
  • Semantik dan Linguistik
  • Semantik dan Sejarah



-

2




2

2
Fitur Makna dalam Bahasa Melayu
  • Sifat Makna
  • Kelas Makna
  • Lewah dalam Makna


2


-



2
3
Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu
·       Sinonim, Antonim
·       Hiponim, Homonim (Homograf, Homofon)
·       Polisem



-



2



2
4
Makna Ayat dalam Bahasa Melayu
  • Makna Ayat
  • Kerangka Generatif Chomsky


-

2


2
5
Perubahan Semantik
  • Pengembangan Makna
  • Penyempitan Makna
  • Anjakan Makna



-


2



2
6
Semantik Teori Pembuktian
  • Keharmonian dan Pembuktian
  • Koheren dalam Pembuktian


2

-

2
7
Taksa dan Ketaksaan Makna dalam Tatabahasa
  • Permasalahan dalam Pengajaran Makna
  • Kepersisan Makna, Ketaksaan Leksikal dan Struktur
  • Kekaburan Makna


2

-


2
8
Peribahasa Bahasa Melayu
  • Makna dalam Peribahasa
  • Asal Makna dalam Peribahasa



2

-


2
9
Peristilahan Bahasa Melayu
·        Beberapa Konsep Dasar Peristilahan: Definisi, Tataistilah & Tatanama,
·        Istilah Khusus & Umum, Morfem Peristilahan,
·        Kata Dasar & Kata Akar, Imbuhan, Kata,
·        Kata Berimbuhan, Gabungan Kata, Bentuk Prototaip, Paradigma Kata





-



2




2
10
Sumber Istilah Bahasa Melayu
  • Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu
  • Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun
  • Perbendaharaan Kata Bahasa Asing



-



2





2
11
Skema Tatacara Pembentukan Istilah Bahasa Melayu
  • Konsep dan Langkah
  • Syarat-syarat
  • Pembentukan Istilah Baru


2


-




2
12
Mengaplikasi Pembentukan Istilah menggunakan Skema Tatacara Pembentukan Istilah Bahasa Melayu
  • Kata Bahasa Melayu yang Lazim & Tidak Lazim
  • Kata Bahasa Serumpun yang Lazim & Tidak Lazim
  • Kata Bahasa Inggeris dan Bahasa Asing Lain





2




-





2
13
Aspek Tatabahasa dan Semantik Peristilahan Bahasa Melayu
  • Penggunaan Kata Dasar, Proses Pengimbuhan, Reduplikasi, Penggabungan,
  • Peleburan Fonem & Suku Kata, Proses Analogi
  • Penterjemahan, Paradigma Istilah, Sinonim, Homonim, Hiponim, Kepoliseman




2




-




2
14
Istilah Singkatan dan Lambang Bahasa Melayu
  • Singkatan
  • Akronim
  • Lambang & Huruf Bilangan
  • Lambang Gambar



-





2





2
15
Ejaan dan Peristilahan Bahasa Melayu
  • Ejaan Fonemik & Etimologi
  • Transliterasi dan Transkripsi
  • Ejaan Nama, Penyesuaian Ejaan & Imbuhan Asing
  • Gugus Konsonan


1



1




2

JUMLAH


15

15

30










TAJUK 1
SEMANTIK DALAM BAHASA MELAYU

  • SINOPSIS

Komponen ini tertumpu kepada kajian semantik yang berkaitan dengan makna kata dan ayat. Kajian ini menumpukan kepada aspek makna bentuk linguistik dan hubungannya dunia rujukannya. Semantik merujuk kepada  aspek makna bahasa. Untuk memahami bahasa, kita kita perlu memahami makna kata dan morfem yang membentuknya. Kita juga perlu mengetahui makna kata bergabung menjadi frasa dan ayat yang bermakna. Seterusnya kita perlu menginterpretasikan makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan.

  • HASIL PEMBELAJARAN

1.         Menjelaskan tentang semantik , fitur makna, makna leksikal, dan makna   ayat.
2.         Menghubungkaitkan antara bidang semantik dengan ilmu linguistik.

·         Kerangka Tajuk-tajuk




            1.1      Semantik dan Makna
            Bidang semantik merupakan bidang yang memberikan perhatian kepada aspek             makna dalam bahasa. Dalam kajian semantik kita perlu memahami beberapa       istilah  penting terutama sekali istilah semantik dan makna.

Apakah yang dimaksudkan  dengan istilah semantik? Menurut  Palmer     (1992), istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna. Istilah ini           merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik.

Istilah ini sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantikos, yang bermaksud penting atau bererti. Istilah semantik mula-mula diperkenalkan oleh M.Breal daripada kata Perancis semantique. Kini istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada kajian makna dalam bidang linguistik. Kata semantik juga diertikan sebagain”ilmu tentang makna atau erti”.

Kini makna menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik.Manakala makna pula secara umumnya membawa erti ‘maksud’ atau ‘erti’. Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberikan bermacam-macam pengertian yang lain. Kamus Linguistik (1997) memasukkan dua entri bagi kata makna, iaitu:
     
      (i)  Erti yang didukung oleh kata atau kumpulan kata, atau
      (ii) Pemahaman sesuatu ujaran oleh pendengar, atau pemahaman kata
           atau frasa  bertulis oleh pembaca.

Ogden dan Richard (1956) pernah memberikan tidak kurang 16 pengertian bagi perkataan makna dalam buku mereka yang berjudul The Meaning of Meanings. Antara pengertian yang diberikan termasuk makna seperti ‘suatu sifat intrinsic, konotasi sesuatu kata, suatu inti, pokok, suatu kemahuan’, dan ‘emosi yang ditimbulkan oleh sesuatu’. Jadi, berdasarkan pengertian oleh Ogden dan Richard, kita fahami bahawa erti makna cukup menarik tetapi rumit sekali untuk memahami maksud kata makna.


1.2  Semantik dan Linguistik

Kita sudah jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik. Kini semantik sudah boleh diterima sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu linguistic seperti bidang fonetik dan tatabahasa. Ahli-ahli bahasa meletakkan bidang semantik pada sebelah hujung, manakala fonetik pula pada sebelah hujung yang lain, dan tatabahasa atau nahu terletak di tengah-tengah deretan ini.

Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna jika tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa, dan tanpanya, kita mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantik. Contohnya, kita tidak boleh menerima ayat “Kerusi itu sedang menyampaikan ucapan di Dewan Gemilang”, sebagai ayat yang betul, walaupun ayat ini menepati aturan bahasa, iaitu menurut susunan subjek dan predikat (S + P) di dalamnya. Hal ini kerana maknanya adalah taksa. Tegasnya, maklumat semantik amat penting dalam linguistik.

           

1.3    Semantik dan Sejarah

Berdasarkan sejarah linguistik, pada  mulanya istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Sebelum tahun 1930, kajian semantik telah member focus kepada aspek kajian tradisional, iaitu perubahan makna. Tetapi, selepas tahun 1930, perubahan telah berlaku dan semantik sudah mula melihat masalah deskriptif dan struktur  dalam semantik (Ullmann, 1996). Tahun 1931merupakan detik bersejarah dalam sejarah semantik. Hal ini kerana pada tahun itu telah muncul tulisan Gustaf Stren yang berjudul Meaning and Change of Meaning with Special Reference to English Language. Penerbitan tulisan ini telah membawa trend baharu dalam bidang semantik.

Menurut Ullmann (1996), kajian semantik selepas tahun 1950 tidak lagi member perhatian terhadap perubahan makna dan sebab-sebabnya. Sebaliknya, kajian mula beralih kepada aspek dalaman tentang perbendaharaan kata dan juga daripada prinsip umum kepada kajian bahasa yang tertentu.




















 


             Aktiviti Kendiri 1.3.1
           
(a) Apakah maksud istilah semantik?

(b) Berikan dua definisi tentang bidang semantik

           
            Aktiviti Kendiri 1.3.2
           
            Bidang semantik boleh dibahagikan kepada beberapa subbidang, seperti
           semantik linguistik dan semantik falsafah. Bolehkan anda menyenaraikan
           tiga lagi subbidang semantik serta fokus kajiannya bagi setiap subbidang
           tersebut?       
























TAJUK 2
MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYU

  • SINOPSIS

Topik ini akan menerangkan tentang leksikal. Dalam sesuatu bahasa, perbendaharaan kata bukanlah tersusun dalam satu senarai yang panjang dan mendatar. Ia juga bukan menegak secara homogen iaitu mengandungi semua perkataan dalam sesuatu bahasa itu, seperti tersusunya dalam bentuk kamus. Sebaliknya, susunannya adalah secara berlapis dalam bentuk strata yang banyak serta nmempunyai hubungan konsepsi antara satu sama lain. Susunan perkataan juga mempunyai perkaitan dari segi penggunaannya. Hal ini bermakna sesuatu perkataan yang digunakan mestilah bersesuaian serta berselarasan dengan sesuatu situasi atau keadaan. Perkaitan tersebut lazimnya mempunyai hubungan dengan kebudayaan.

  • HASIL PEMBELAJARAN

1. Membezakan antara sinonim dan antonim.
2.Men jelaskan tentang fitur makna dan  makna leksikal dalam bahasa Melayu.

  • Tajuk-tajuk
2.1       Sinonim  dan  Antonim

2.1.1   Sinonim

Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yng mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti , misalnya perkataan ‘kereta’ dan ‘motokar’, ‘sejuk’ dan ‘dingin’, ‘suka’ dan ‘gemar’, ‘ganggu’ dan ‘kacau’, ‘lupus’ dan ‘luput’, ‘loncat’ dan ‘lompat’ dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, terdapat kamus sinonim yang mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu.

Dalam kehidupan kita seharian kita biasa bersua dengan penggunaan sinonim di sekeliling kita. Sebagai contoh, di kawasan zoo kita akan melihat papan tanda yang tertulis ‘Tolong jangan usik, kacau atau ganggu binatang-binatang di kawasan ini’. Di perpustakaan pula, terdapat kata-kata yang berbunyi ‘Dilarang membuat bising, bercakap dan berbual-bual’. Perkataan-perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama. Walau bagaimanapun tidak terdapat perkataan yang bersinonim atau mempunyai makna yang benar-benar sama secara tepat.

Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi.

2.1.1.1  Sinonim Pinjaman

‘Belalang’ bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau bagaimanapun, dalam dialek Perak, ‘belalang’ bermakna ‘cakcibau’.

Dalam dialek Kedah, ‘batas’ ialah ‘jalan raya’, yang maksud konvensionalnya ialah ‘timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah’.

2.1.1.2   Sinonim Konteks

Perkataan ‘jemput’ dan ‘udang’ banyak digunakan dalam konteks protokol. Sebenarnya, ‘jemput’ digunakan dalam konteks lisan, manakala ‘undang’ dalam konteks tulisan. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama makna.

2.1.1.3   Sinonim Laras Sosial

Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya ‘penyanyi’ ialah orang yang ‘bernyanyi’ manakala ‘biduan’ bermaksud ‘status’ yang tinggi dalam profesionalisme seni.

2.1.1.4   Sinonim Kolokasi

Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya perkataan ‘banyak’ dan ‘ramai’ mempunyai makna yang sama. Contoh ayat, “Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir” dan “Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut.”

“Perkataan ‘banyak’ boleh digunakan sama ada bagi ‘manusia’, ‘tumbuh-tumbuhan’, ‘haiwan’ dan ‘benda’ tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat.

Jika anda menyebut “Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut” akan menunjukkan makna yang salah. Alasannnya, ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat (gembira) dalam ayat tersebut.
2.1.2    Antonim

Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama. Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, misalnya sejuk lawannya panas, baik lawannya jahat, cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah, miskin lawannya kaya dan sebagainya. Namun demikian, tidak semua perkataan mempunyai pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh tersebut. Oleh itu kata nafi ‘tidak’ kadang kala digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan ‘lena’ lawannya ‘tidak lena’ ataupun ‘mati’ bermaksud ‘tidak hidup’.

Terdapat beberapa jenis antonim seperti:

(a)  Antonim pasangan komplemen
(b)  Antonim hubungan darjah
(c)  Antonim hubungan bertentangan


2.1.2.1   Antonim pasangan komplemen

Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Cotohnya, perkataan tidur-jaga, hidup-mati, duduk-bangun, tajam-tumpul, kembang-kuncup, sihat-sakit, gembira-sedih dan sebagainya.

Selain itu, perkataan – perkataan seperti tidak hidup-mati, dan tidak mati-hidup, tidak tidur-jaga dan tidak jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk dalam antonim jenis ini.


2.1.2.2   Antonim hubungan darjah

Jenis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan darjah seperti perkataan besar-kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah, panjang-pendek, kurus-gemuk dan sebagainya. Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kata ini mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan. Sebagai contoh, sebatang kayu itu dikatakan bersiaz panjang dengan merujuk kepada kayu itu secara spesifik berbanding dengan kayu yang sama jenis.

Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah secara mutlak. Sebagai contoh, perkataan ‘kecil’ pada ‘kerbau kecil’ sebenarnya ,menunjukkan darjah dan makna yang tidak sama pada perkataan ‘tikus kecil’. Demikian juga perkataan ‘laju’ bagi merujuk kepada kereta lumba tentulah tidak sama darjahnya jika merujuk kepada kereta biasa.


2.1.2.3   Antonim hubungan bertentangan

Jenis pasangan kata antonim yang ketiga dinamakan hubungan bertentangan. Dalam hal ini, kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawa makna yang setara, misalnya beri-terima, jual-beli, murid-guru, majikan-pekerja dan sebagainya. Contohnya jika X ‘beri’ barang pada Y bermakna Y akan ‘terima’ barang itu.


2.2     Hiponim, Homonim dan  Polisem


2.2.1  Hiponim

Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga.

Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus.


2.2.2   Homonim

Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau lebih yang mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna. Perkataan yang mempunyai sebutan yang sama, tetapi berbeza makna seperti yang disebutka  tadi dikatakan mempunyai hubungan homonim. Sebagai contoh, perkataan ‘kepala’ yang membawa maksud ‘ketua’ tidak sama maknanya dengan ‘kepada kereta api. ‘kepada manusia’ dan ‘kepala surat’.

Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak berlatar belakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana homonim mempunyai sebutan dan bentuk ejaan yang sama, tetapi berbeza dari segi makna.


2.2.3   Polisem

Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah hubugan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama.

Sebagai contoh, kata bantu ‘tentang’ boleh bermaksud berkaitran sesuatu perkara. Ada masanya perkataan ‘tentang’ boleh membawa maksud ‘lawan’, seperti dalam ayat “Kita tentang habis-habisan”. Contoh lain ialah perkataan ‘bisa’ yang membawa maksud sakit sangat dan boleh. Dalam perbualan di Indonesia, secara normalnya ‘bisa’ digunakan untuk menggantikan perkataan ‘boleh’. Berdasarkan contoh-contoh tersebut, ‘tentang’ dan ‘bisa’ bervariasi maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan.




Aktiviti Kendiri 2.2.3.1
(a) Huraikan jenis-jenis sinonim beserta dengan contohnya
(b) Dengan contoh yang sesuai, terangkan perbezaan antara hiponim dan polisem.



















TAJUK 3
MAKNA AYAT DALAM BAHASA MELAYU

  • SINOPSIS

Topik ini akan menjelaskan tentang makna ayat dalam bahasa Melayu. Seperti yang telah dijelaskan perkataan dan morfem merupakan unit  terkecil bahasa yang mempunyai makna. Kita telah pun mempelajari hubungan makna perkataan dan unsur semantik sebagai semantik leksikal sebelum ini. Walau bagaimanapun dalam banyak perkara kita berkomunikasi menggunakan frasa dan ayat. Makna frasa dan ayat bergantung pada makna perkataan yang terkandung dalamnya dan bagaimana perkataan itu distruktur dan digabungkan. Dalam tajuk ini juga akan dihuraikan penganalisisan makna auat Bahasa Melayu mengikut Kerangka Generatif Chomsky untuk menunjukkan perubahan semantik dan pengembangan makna.

·        HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan definisi makna ayat.
2. Menghuraikan perubahan semantik dan teori pembuktian.


3.1    Makna Ayat

Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis.

Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna. Bagi ayat persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut.

Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai tiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa makna.Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis memehami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan. Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagikan  makna konotatif dan makna denotatif.





3.2    Kerangka Generatif Chomsky
Bagi Chomsky “language is not a habit Structure”. Hipotesisnya, semua bahasa dilihat dari struktur dalaman adalah sama iaitu menunjukkan tingkat fikiran seseorang. Chomsky telah mengemukakan empat konsep utama dasar analisis Kerangka  Generatif iaitu kemampuan berbahasa, perlakuan berbahasa, struktur dalaman dan struktur luaran. Kemampuan berbahasa ialah segala pengetahuan yang terdapat dalam otak manusia secara sedar dan tidak sedar. Proses ini juga mengkaji tentang bagaimana proses mengujarkan bahasa yang terdapat dalam bentuk rumus-rumus.


Perlakuan bahasa ini mengkaji bagaimana cara seseorang itu mengujarkan bahasa dan bahasa apa yang diujarkan serta mampu didengar oleh orang lain. Seterusnya, strukrur dalaman pula wujud daripada kemampuan seseorang untuk berbahasa serta bagaimana cara menyusun ayat-ayat untuk diujarkan. Konsep yang terakhir iaitu struktur luaran ini wujud daripada ujaran bahasa yang dikeluarkan oleh seseorang iaitu apa yang diujarkan. Menurutnya lagi, ayat-ayat yang diungkapkan oleh penutur lahir di bawah pengetahuan dan kesedaran penuturnya. Ia diketahui, disedari dan dinyatakan menerusi bunyi-bunyi dan ejaan.

 


Aktiviti kendiri 3.2.1
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan makna ayat?
(b) Huraikan empat konsep utama Kerangka Generatif  Chomsky.









TAJUK 4   
PERUBAHAN SEMANTIK

·        SINOPSIS

Tajuk ini akan mengupas tentang perubahan semantik daripada segi pengembangan makna, iaitu satu proses perubahan makna daripada makna yang khusus kepada makna yang lebih umum. Manakala penyempitan makna pula ialah proses perubahan makna daripada makna yang umum kepada makna yang lebih khusus. Akhir sekali anjakan makna yang bermaksud makna yang mengalami proses perubahan berdasarkan situasi atau keadaan.

·        HASIL PEMBELAJARAN

1. Menghuraikan proses pengembangan makna.
2. Menghuraikan perubahan semantik dari aspek penyempitan makna.

·        KERANGKA TAJUK-TAJUK

      4.1    Pengembangan Makna

      Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna          dan penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan            Wilson (1980) bahawa pengkajian makna belum dapat dipastikan makna          sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh penutur.

      Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya      ‘berlayar’, dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai          layar, tetapi sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan           alat apa saja disebut ‘berlayar’ . Dahulu kata ‘bapa’ hanya dipakai dalam        hubungan biologis, sekarang semua orang yang lebih tua atau lebih tinggi          kedudukannya disebut ‘bapa’ sedangkan segala orang yang dianggap sama       darjatnya disebut ‘saudara’.


      4.2    Penyempitan Makna

      Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang      terjadi pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian   menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja.   Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah   kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas       kepada makna yang lebih khusus atau spesifik.

      Sebagai contoh kata ’ahli’  membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga,        sanak-saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau      bagaimanapun kata ’ahli’  juga telah disempitkan kepada makna orang yang       mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu     bidang.



           





























TAJUK 5
PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

  • SINOPSIS

Kursus ini mengandungi pengenalan, definisi, konsep peristilahan, sejarah penggubalan peristilahan, prinsip pembentukan istilah, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka, Peranan MABBIM, kepentingan peristilahan dalam Bahasa Melayu, dan cabarannya pada masa hadapan.

Di samping itu, kursus ini juga mengandungi sumber istilah Bahasa Melayu, istilah singkatan dan lambang Bahasa Melayu dan ejaan dan peristilahan Bahasa Melayu  

  • HASIL PEMBELAJARAN


Setelah mengikuti kursus ini, anda dapat :

1.   Menjelaskan definisi istilah dalam bahasa Melayu;
2.   Prinsip – prinsip pembentukan istilah;
3.   Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM;
4.   Kepentingan Peristilahan dalam Bahasa Melayu;
5.   Cabaran dan masa depan peristilahan.


5.1 Pengenalan

Walaupun serumpun dan mempunyai pertalian yang amat erat dari segi sejarah,  politik dan ekonomi Malaysia , Indonesia dan Brunei Darussalam bergerak dan memancarkan kepelbagaian corak pengayaan bahasanya. Ketiga – tiga negara itu juga mempunyai kaedah tersendiri dalam perkembangan korpus bahasa Melayu.

Dalam usaha menyatukan aspek kebahasaan, terutamanya dari segi peristilahan, Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM) dan kemudiannya Majlis Bahasa Brunei Darussalam – Indonesia – Malaysia atau MABBIM telah memainkan peranan untuk mewujudkan satu bentuk ejaan dan istilah yang baku atau seragam sejak tahun 1972. Pembakuan itu dilakukan untuk pengembangan  dan pelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa maju mengungkap pelbagai ilmu pengetahuan. 

Istilah ialah lambang linguistik yang berupa huruf, bentuk bebas atau gabungan beberapa bentuk bebas yang gramatis dan sistematik, yang mengandungi timbunan konsep atau objek khas dalam bidang tertentu. Bentuknya telah disepakati  oleh sekumpulan pakar melalui jawatankuasa bidang berkenaan sebagai mempunyai nilai komunikatif yang sesuai. Kewujudan sesuatu istilah itu dianggap penting kerana mempunyai nilai komunikatif yang menjadi unsur  penyampai ilmu pengetahuan. Melalui istilah, sesuatu konsep dalam bidang ilmu tertentu dapat diungkapkan dan disampaikan kepada khalayak. Kedudukan istilah menjadi lebih penting lagi dalam bidang sains dan teknologi yang mengandungi pelbagai konsep khusus dan bersifat teknikal.

Dari segi teorinya, bidang peristilahan merupakan bidang ilmu yang sama dengan bidang-bidang ilmu yang lain, iaitu mempunyai teori yang tersendiri. Peristilahan merupakan bidang linguistik praktis  yang menerapkan  Teori Umum Peristilahan (TUP) dalam melaksanakan tugas pembinaan istilah. Teori ini dikembangkan oleh Professor  Dr. Eugen Wuster, Vienna. Manakala teori yang lebih khusus, Gumperz (1908) telah memperkenalkan model dari segi tiga teori peristilahan iaitu konsep, simbol dan objek. Teori ini kemudiannya disesuaikan  lagi oleh Wuster (1931) dengan Teori Ferdinand de Saussure yang menyatakan empat perkara, iaitu lambang, bahasa lisan/tulisan, makna,  dan objek.

Sebagai badan tunggal yang bertanggungjawab mengubal istilah bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mencipta banyak istilah dalam bahasa itu. Hingga kini, DBP telah berjaya menghasilkan lebih daripada sejuta istilah dalam pelbagai bidang  ilmu, yang kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku. Pencapaian tersebut amat jelas menunjukkan bahawa DBP begitu kominted untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa berteknologi tinggi dan bertamadun melalui peristilahan. Akan tetapi semua usaha itu tidak memberi manfaat jika pihak masyarakat atau pengguna bahasa Melayu tidak menghargai sumbangan badan berkenaan, dan bersama – sama meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang maju di rantau ini dan dunia umumnya.

Latihan 5.1
1.   Nyatakan konsep peristilahan dan pengistilahan
2.   Untuk menguji pengetahuan dan kefahaman anda kaitkan peranan Bahasa Melayu dari segi jati diri rakyat Malaysia.
Dapatkan seberapa banyak maklumat dari perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. 

5.2  Definisi Istilah

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah kata, gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya. Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992: 1-3) Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ( termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya). Tata istilah atau ‘terminology’ pula merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada. Misalnya, tataistilah matematik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu. Manakala tatanama ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang dihasilkannya). Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. Kata biasa atau kata umum ialah kata-kata biasa di dalam bahasa. Namun demikian, kata umum boleh menjadi istilah. Kata istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Contohnya, kata hidrogren, nitrogen, neonatal, fonem, alofon, alormof dan morfem merupakan istilah khusus dalam bidang masing-masing.

5.2.1 Morfem dan Proses Peristilahan

Morfem ialah unit atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah Bahasa Melayu ialah pengimbuhan, pengandaan dan penggabungan.

5.2.1.1 Kata akar

Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan.
Misalnya: rumah, asid, algebra dan sebagainya.

5.2.1.2 Imbuhan dan Pengimbuhan

Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses pengimbuhan. Misalnya: ber- (berinteraksi), -an (hasilan), peN- …-an (pemprosesan).

5.2.1.3 Penggandaan

Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut = rerambut) atau seluruh (kacang = kacang-kacang) untuk membentuk istilah.

5.2.1.4 Gabungan

Gabungan ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui proses penggabungan. Ada 16 kata majmuk yang mantap seperti setiausaha, warganegara, bumiputera dan sebagainya.  Walau bagaimanapun, ada juga antara istilah yang digunakan di dalam konteks umum. Dewan Bahasa dan Pustaka (2004), menjelaskan bahawa hal ini berlaku apabila istilah itu digunakan dengan kerap oleh masyarakat pengguna bahasa, dan penggunaannya itu tersebar melalui media massa. Contohnya, kata taqwa merupakan istilah dalam bidang keagamaan Islam dan belanjawan iaitu istilah dalam bidang ekonomi (dewasa ini istilah ‘bajet’ digunakan), sekarang ini kata-kata berkenaan sudah digunakan secara am di dalam penggunaan bahasa sehari-hari. Usaha penggubalan istilah di Malaysia bermula selepas tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam tahun 1956.

Pada peringkat awalnya tidak ada satu sistem organisasi yang memberi panduan dan mengawal kerja-kerja peristilahan. Jawatankuasa istilah ditubuhkan berdasarkan permintaan individu yang berwibawa sebagai pemimpin masyarakat atau sebagai ahli akademik. Jawatankuasa istilah yang paling awal ditubuhkan ialah Jawatankuasa Istilah Ekonomi yang dipengerusikan oleh Profesor Diraja Ungku A. Aziz. Sebagai pengerusi dan pengarah pertama DBP, beliau juga seorang pejuang bahasa kebangsaan. Ungku A. Aziz telah menyaksikan beberapa ciri perkembangan di dalam perwujudan istilah ekonomi yang tidak menyenangkan beliau.


Latihan 5.2
1.   Pada pendapat anda, mengapa pengistilahan amat penting di negara kita?

2.   Secara ringkas, nyatakan usaha-usaha yang telah di mainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka terhadap perkembangan dan kemajuan peristilahan di Malaysia.

5.3 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
Perbincangan tentang perkembangan bahasa di Malaysia tidak akan lengkap sekiranya peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak disentuh. DBP merupakan satu satu badan yang ditubuhkan oleh kerajaan khusus untuk memajukan bahasa Melayu. Sehingga hari ini, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka di dalam memajukan bahasa amat penting dan tidak ada badan – badan lain yang mampu berperanan sebagaimana yang dimainkannya.

Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Di dalam bidang bahasa, DBP berperanan membina korpus dan menyebarkan melalui buku buku istilah, tatabahasa dan perkamusan. Bahagian pembinaan dan pengembangan bahasa bertanggungjawab membina dan memperkembangkan istilah, mengadakan penyelidikan dan menyebarkan hasil pemerolehan mereka. Badan ini juga bertanggungjawab mengawal penggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah dan panduan umum kepada sektor awam dan sektor swasta di samping menyediakan khidmat nasihat.

Untuk memperkukuhkan lagi peranannya, Unit Pelaksanaan Bahasa ditubuhkan pada tahun 1980. Unit ini bertanggungjawab menggalakkan penggunaan bahasa Melayu. Ia telah melaksanakan beberapa langkah seperti mengadakan ceramah, taklimat, forum, kursus, rancangan Dewan Bahasa di radio, menyebarkan panduan bahasa, khidmat nasihat, mengadakan kempen “Mencintai Bahasa Melayu” dan mengawasi penggunaan bahasa Melayu di sektor awam dan swasta. Apa yang jelas, pelaksanaan perancangan bahasa yang dijalankan oleh DBP melalui bahagian -  bahagian tersebut  di dalamnya bersifat revolusi tetapi teratur dan sistematik.

Di dalam usaha memajukan lagi bahasa Melayu, DBP juga telah mengadakan kerjasama dengan beberapa pihak lain. Kerjasama terbesar DBP ialah dengan Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM). Kerjasama ini diperluaskan lagi dengan memasukkan Negara Brunei Darussalam. Hasil kerjasama ini terbentuklah istilah baharu yang sesuai digunakan di ketiga tiga buah negara yang terlibat.

Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah;
§  Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
§  Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
§  Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
§  Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
§  Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah.
§  Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara-negara lain.

Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini dalam tahun 1950-an.

Segala istilah ilmu dan nama alat perkakas asing yang sedia ada di dalam bahasa Melayu pada masa itu dipakai terus setelah disesuaikan dengan kemajuan ilmu pengetahuan. Kalau tidak ada di dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu, bolehlah diambil istilah yang dipakai di Indonesia, kerana memang bahasa di Tanah Melayu hendak disamakan dengan bahasa di Indonesia. Kalau istilah Indonesia itu tidak sesuai atau tidak memuaskan hati barulah dibentuk baharu. Istilah-istilah asing yang dipakai oleh kebanyakan bangsa-bangsa dunia atau istilah asing yang tidak dapat diterjemahkan dengan setepat-tepatnya bolehlah diterima jadi istilah Melayu. Apabila membentuk istilah baharu hendaklah digunakan akar kata Melayu. Oleh yang demikian, istilah baharu yang dibentuk itu hendaklah menggambarkan benda atau fikiran atau keadaan yang dimaksudkan oleh istilah asing itu. Di bawah ini diberikan contohnya:

a)   Acid                     -        asid (bukan acid)
b)   Aciditiy                 -        keasidan (bukan asiditi)
c)   Acidic                            -        berasid (bukan asidik)
Selain itu, adalah dilarang mengambil bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk-bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris.

Pada penghujung tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan pedoman yang baharu itu, ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu:

                     i.        Pembentukan istilah baharu hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden,
                    ii.        Istilah baharu hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa,
                   iii.        Pembentukan istilah baharu, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia,
                  iv.        Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan
                   v.        Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa.

Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubal-penggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju kearah peringkat antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah, penggubalan itu dibuat dengan melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. Contohnya jika ada kata berakhiran “gy” dalam bahasa Inggeris maka dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata “kaji”, sedangkan kata-kata dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu. Contohnya adalah seperti yang berikut:
a)   Biology                                   -        kajihayat
b)   Anthropology                                   -        kajimanusia
c)   Sociology                               -        kajimasyarakat
d)   Archeology                                      -        kajipurba
e)   Phonology                              -        kajibunyi
f)    Geology                                 -        kajibumi
g)   Psychology                                     -        kajijiwa
h)   Climatology                                     -        kajiiklim

Berdasarkan conoth – contoh di atas bentuk istilah  memang baik dan sesuai kerana ia seragam, dan boleh dijadikan panduan untuk membentuk pelbagai istilah dalam bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang lain mengikut bentuk di atas seperti kajiserangga, kajibintang, kajihaiwan, kajitumbuhan, kajilautan, kajipenyakit dan berbagai-bagai lagi. Demikian juga daripada bentuk istilah seperti di atas menggambarkan bahawa bahasa Melayu memang cukup kaya dengan istilah dan mudah pula membentuk kata-kata istilah baharu dalam bahasa Melayu.

Penggubalan kata istilah di atas ini berlaku kerana kita cuba hendak mempertahankan keaslian bahasa Melayu dan dalam bentuk istilah Melayu yang sedia ada, tetapi mengapa pula perkataan “organ” diciplak daripada bahasa Inggeris, bahasa asing juga?

Oleh itu, untuk mengelak daripada berlakunya hal-hal seperti di atas, maka ditetapkan dasar kedua, supaya penggubalan istilah lebih mudah dan lebih praktis, dan kita dapat menggubal istilah dengan lebih pantas dan cepat, terutama sekali bidang-bidang ilmu yang sudah tersebar luas di seluruh dunia, seperti farmasi, farmakologi, filologi, fotosintesis, neurologi, antropologi, linguistik, dan yang seumpamanya. Bagi dasar yang ketiga pun penting, kerana bahasa Melayu dan bahasa Indonesia berakarkan induk bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu Johor-Riau. Persamaannya sangat banyak, jika berbeza pun hanya kerana pengaruh persekitaran dan penjajahan yang berlainan. Kalau di Indonesia ada pengaruh bahasa Belanda, di Malaysia pula ada pengaruh bahasa Inggeris yang kuat. Selain itu kita dapat berkongsi membaca buku-buku rujukan, sama ada yang terbit di Indonesia ataupun yang terbit di Malaysia.

Dasar yang seterusnya ialah menggali lebih banyak kosa kata daripada sumber yang lebih tua, iaitu daripada bahasa Melayu klasik dan bahasa Indonesia. Dengan itu akan dapat memperlihatkan kekayaan bahasa Melayu-Indonesia dan ini akan dapat meningkatkan kemampuan dan kudrat bahasa Melayu-Indonesia dalam dunia ilmu pengetahuan. Dasar yang kelima akan dapat merapatkan hubungan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa dunia antarabangsa yang lain, jika membentuk atau menggubal istilah mengikut arus perdana antarabangsa seperti istilah bahasa Inggeris yang sudah menjadi bahasa induk, atau menyerap istilah daripada bahasa Latin yang menjadi induk bahasa barat yang maju seperti Peranchis, Jerman dan Sepanyol. Oleh itu, untuk merealisasikan  dasar – dasar berkenaan  maka DBP telah menyediakan lapan kaedah atau cara, iaitu:

Bagi istilah pinjam-terjemah.
a)           Meminjamterjemahkan istilah asing yang sesuai ke dalam bahasa Melayu.
Misalnya:
                                     i.        Fixed price                             -        harga tetap
                                    ii.        Market price                           -        harga pasaran
                                   iii.        Price list                        -        senarai harga
                                  iv.        Cost price                     -        harga kos
                                   v.        Cost section                           -        bahagian kos

Untuk kepentingan kecekapan, keseragaman, penyelarasan, praktis, ekonomi dan ilmiah, maka (mengikut keutamaan):

                                 i.            Beberapa istilah asing yang sama konsep/pengertiannya dalam satu bidang ilmu tertentu hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya;
                                ii.            Sesuatu istilah asing yang hanya satu sahaja pengertiannya, walau dalam apa bidang sekalipun, hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya; dan
                               iii.            Sesuatu istilah asing, hendaklah ditakrifkan Melayunya dalam bentuk istilah (bukan terjemahan) yang ringkas dan jumlah perkataan atau suku kata yang minimum.

Bagi istilah pinjaman, DBP telah memberi pedoman seperti yang berikut:

                             i.                Pengambilan istilah asing dan terus menjadikannya istilah Melayu hendaklah terbatas kepada (menurut keutamaan):
a)   Istilah ilmiah dalam bidang-bidang ilmu tertentu. Ini bermakna hanya dalam bidang-bidang seperti perubatan, farmakologi, kejuruteraan, aeroangkasa dan seumpanya.
b)   Istilah khusus seperti nama tempat atau negeri, orang atau gelaran atau idiom. Contohnya seperti Greenland, Wellington, Burkina Passo, James Watt dan lain-lain.
c)   Istilah asing yang belum pernah ada konsepnya, atau tidak ada persamaan Melayunya, atau tidak ada persamaan atau terjemahan yang setepat-tepatnya. Contohnya seperti computer dan digital camera. Kata-kata istilah ini diserap sahaja dengan penyesuaian ejaan dan tatabahasa Melayu menjadi komputer dan digital kamera.
d)   Istilah umum yang didapati telah popular/praktis dalam masyarakat pemakai bahasa Melayu-Indonesia. Contohnya seperti radio, televisyen dan sebagainya.

Pedoman kedua untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP ialah:

Kata istilah pinjaman yang diambil hanya dalam bentuk dasar, sama ada kata nama atau kata sifat. Pengambilan istilah terbitan asing dibatasi kepada unsur-unsur atau bentuk-bentuk yang dapat disesuaikan dengan struktur dan kudrat bahasa Melayu.
Contohnya kita meminjam hanya perkataan “atom” dan tidak boleh meminjam kata atomic, atomization dan yang seumpamanya. Tetapi perkataan nuklear (daripada nuclear) boleh dipinjam, sekalipun kata akarnya nucleus, kerana ini mempunyai pengertian yang khas.





Pedoman yang ketiga untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP adalah kata yang dipinjam, pada umumnya, hendaklah berdasarkan ejaan asal dan bukan bunyinya dan keutamaannya adalah seperti yang berikut:
a)   mengambil bentuk istilah Romawi-Yunani.
Contohnya seperti nama-nama saintifik untuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
b)   mengambil bentuk asal istilah asing dan disesuaikan dengan sistem ejaan baharu bahasa Melayu-Indonesia. Bagi bahagian ini ada dua pecahannya, iaitu:
i.             menyesuaikan ejaan konsonan/vokalnya menurut bentuk asal Rumawi-Yunani atau bentuk istilah asal, terutamanya bagi istilah ilmiah, atau
ii.            menyesuaikan bunyi ejaan konsonan/vokal istilah asing dengan bunyi menurut ejaan Melayu-Indonesia, terutama bagi istilah bukan ilmiah.

Dalam buku Pedoman Pembentukan Istilah yang baharu di atas, banyak perkara dan tajuk baharu dimasuk dan tiap-tiap tajuk diberi takrifnya sekali, sehingga pedoman ini menjadi panduan yang jelas dan tidak mengelirukan. Antara tajuk-tajuk penting yang dimasukkan ke dalam pedoman ini termasuklah:
i.             Beberapa konsep dasar seperti definisi istilah, tataistilah dan tatanama, istilah  khusus dan istilah umum, morfem peristilahan, kata dasar dan kata akar, imbuhan, kata berimbuhan, kata gabungan, bentuk prototaip dan paradigma kata atau perangkat kata;
ii.            Sumber istilah, seperti kosa kata bahasa asing; dan skema tatacara pebentukan istilah yang mengandungi tujuh langkah yang ditetapkan seperti yang berikut:
a) Kata dalam bahasa Melayu yang lazim dipakai,
b) Kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim dipakai,
c) Kata dalam bahasa serumpun yang lazim dipakai,
d) Kata dalam bahasa serumpun yang tidak lazim dipakai,
e) Kata dalam bahasa Inggeris,
f) Kata dalam bahasa asing lain,
h) Pilih yang terbaik antara istilah baharu.

5.4 Peranan MABBIM

MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya badan ini dinamai Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972, setelah satu Pernyataan  Bersama ditandatangani oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia, dan Bapak Mashuri Saleh S.H. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, pada 23 Mei 1972 di Jakarta. MBIM menjadi MABBIM apabila negara Brunei Darussalam menganggotai majlis ini pada 4 November 1985. Manakala, Singapura masih menjadi negara pemerhati Majlis sehingga kini.

Matlamat penubuhan MABBIM ini untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetap berkenaan. Pendek kata MABBIM bertujuan untuk mendaulat, menyebar dan mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa peradapan yang tinggi bukan sahaja di rantau malah di dunia. Usaha ini boleh menjadi realiti apabila usaha – usaha peristilahan berterusan dan lebih mantap. Ini meliputi semua bidang keilmuan seperti sains, teknologi, komunikasi maklumat, perubatan, perundangan, perekonomian, kesusasteraan dan sebagainya.


Latihan 5.4.1
1.   Untuk perkembangan Bahasa Melayu, atas alasan apakah dasar-dasar pembentukan istilah di laksanakan? Mengapa?

2.   Nyatakan dasar – dasar pembentukan istilah bahasa Melayu di Malaysia.
Latihan 5.4.2
1.   Dengan sokongan pengurusan grafik banding bezakan peranan DBP dengan MABBIM dalam perkembangan Bahasa Melayu.
Layari Internet
1.   Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

5.5 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu
Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini sejak tahun 1950-an. Adalah dilarang kita mengambil sembarangan bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk – bentuk  morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris.

Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan pedoman yang baharu itu ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu:

i.             Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden;

ii.            Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa;

iii.           Pembentukan istilah baru, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia;

iv.          Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan

v.           Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa.

Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubal-penggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju kea rah peringkat antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah, penggubalan itu dibuat dengan melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. Contohnya jika ada kata berakhiran “gy” dalam bahasa Inggeris mala dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata “kaji”, sedangkan kata-kata dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu.

5.6 Prinsip Pembentukan Istilah

Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP dengan kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang seragam antara Malaysia dengan Indonesia. Di samping itu, badan ini juga bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Di dalam proses pembentukan istilah, jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu atau bahasa bahasa serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja kerja penggubalan istilah dan pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu.
Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan;
i.             Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan.
ii.            Kata terbitan.
iii.           Kata ganda.
iv.          Kata gabungan.

5.6.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan)

Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara golongan kata utama, saperti kata nama, kata kerja, dan kata adjektif.
Contoh:
Kata nama:    buruj              constellation
rawan             gristle
cahaya           light

Kata kerja:     pecut              accelerate
Imbas             scan
reka                invent


Kata adjektif: kenyal            elastic
Rawak            random
Cemas           anxious

Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf – huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contoh :

Cerpen            cereka          
tabika             kugiran
pawagam       RISDA
MARA                        ADUN
BERNAMA    PLUS
KOBENA       BERNAS

5.6.2 Istilah Kata Terbitan

Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau apitan. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata dasar yang menerima imbuhan bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa.

a. Paradigma kata dengan imbuhan ber-
Contoh:

belajar            pelajar            pelajaran
bertapa           pertapa           pertapaan
bertani            petani            pertanian


b. Paradigma dengan Penambah me(N)-
Contoh:

Menulis          penulis          penulisan                 tulisan
mengajar       pengajar        pengajaran               ajaran
mengamal     pengamal     pengamalan                        amalan
membesar     pembesar      pembesaran             -
mengubah    pengubah     pengubahan             -
mengairi        -                      pengairan                  -


c. Paradigma dengan me(N)-, ber-
Contoh:

memberhentikan      -           pemberhentian         perhentian
-                                               perkecualian
-                                   -          pembelajar               pelajaran

d. Paradigma kata dengan me(N)-, per-
Contoh:

Mempersatukan       pemersatu    pemersatuan           persatuan
Memperoleh              pemeroleh    pemerolehan           perolehan
mempelajari              pelajar            -                                  pelajaran


e. Paradigma kata dengan ke - an
Contoh:
saksi                            Kesaksian
bermakna                  Kebermaknaan
terbuka                        Keterbukaan
penduduk                  Kependudukan
sesuai                                    kesesuaian


f. Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-, -er-, -el-, -em-, -in-
Contoh:

Gigi                             gerigi
susu                            tenusu
tapak                          telapak
kuncup                      kemuncup
sambung                   sinambung

5.6.3. Istilah Kata Ganda

Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasar sepenuhnya atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi.

a. Ganda Penuh
Contoh:

langit-langit               kanak-kanak
labi-labi                      paru-paru
buku-buku                guru-guru


b. Ganda Suku Kata Awal
Contoh:

Tetikus                       rerongga
Cecair                                    Rerambut
gegua                         jejari


c. Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan
Contoh:
dedaunan
pepohonan
jejarian


d. Kata Ganda Berentak
Contoh:

Warna-warni                         Batu-batan
Serta-merta               Bengkang-bengkok
Bolak-balik                Hingar-bingar
Dolak dalih                Mudar mandir
Pupu poyang            rempah ratus
5.6.4 Istilah Bentuk Gabungan

Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih. Semua unsur dalam gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada sudah mendapat imbuhan atau tanpa imbuhan.


i. Tanpa Imbuhan:

Contoh:

garis lintang              atas aras laut
daftar masuk             mesin atur huruf
mesin kira tangan    segi empat tepat
ganda tiga                 kamera laut dalam


ii. Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya

Contoh- contoh seperti :

saksi pendakwa       pelarasan gaji
dalam talian              atas talian
mengambil alih        menerima pakai
penerima janji           gelombang melintang


iii. Dengan Imbuhan pada Kedua-dua Unsur

Contoh -  contoh seperti:

Jagaan perlindungan         kedudukan anggaran
Perjanjian meluluskan        perbelanjaan terealisasi
















Latihan 5.4

1.   Berdasarkan contoh – contoh di atas, cuba anda senaraikan contoh – contoh lain yang berkaitan  dengan istilah kata ganda dan bentuk gabungan.




Itu sahaja yang perlu anda lakukan. Semoga berjaya.


Buku rujukan

Abdullah Hassan (ed). (1987). Rencana Linguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur  (Bab 7: Semantik ,hlm.145-164)

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Wan Chik.1985. Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Darwis Harahap (1994). Binaan Makna. http://www.angelfire.com/id/ahmad awang/meaning.html accessed on 5 July 2007.








TAJUK 6
SUMBER ISTILAH BAHASA MELAYU

·                     SINOPSIS

Topik ini akan menerangkan tentang sumber istilah Bahasa Melayu. Ini berdasarkan perbendaharaan  kata umum Bahasa Melayu, perbendaharaan kata serumpun, perbendaharaan kata bahasa asal , penyerapan istilah asing, bentuk – bentuk istilah (ungkapan) asing yang tetap dan pembentukan istilah pelbagai bidang.

6.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu

Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut;

§  kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan.

§  kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim).
Contoh:
          Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital
          Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi

§  kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.

6.2       Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun

Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu,
Contoh – contoh seperti:
§  gambut (daripada bahasa Banjar)   – peat
§  nyeri (daripada bahasa Sunda)        – pain
§  engkabang (daripada bahasa Iban) – ellipenut
§  dermaga (daripada bahasa klasik)   – wharf
§  dening (daripada dialek Kelantan)   – yoke
6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal

Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asal atau bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris.
Contoh – contoh seperti:

Istilah Bahasa Asal
Istilah Bahasa Melayu
§  Atom
§  Electron
§  Professional
§  Psychology
§  Structure
§  Radio
§  Television
§  Radiography

§  Atom
§  Elektron
§  Profesional
§  Psikologi
§  Struktur
§  Radio
§  Televisyen
§  Radiografi

6.4       Penyerapan Istilah Asing
Istilah asing boleh dipinjam atas dasar;
§  Sesuai maknanya;
§  Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya;
§  Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim.

6.4.1 Bentuk-Bentuk Serapan

Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya. Hal ini bergantung pada:

§  Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat;
§  Kemudahan belajar bahasa; dan
§  Kepraktisan.
Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai.

6.4.2 Istilah Asing yang sudah lazim

Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya istilah berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan kekacauan dan kekeliruan.
Contoh – contoh seperti :
Istilah Asing
Istilah Bahasa Melayu
§  Campaign
§  Custom
§  Dengue
§  Grant
§  Pension

§  Kempen
§  Kastam
§  Denggi
§  Geran
§  Pencen
6.4.3 Ejaan Istilah (Ungkapan) Asing yang Tetap

Istilah asing atau ungkapan tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal dalam semua bahasa, digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawah atau dicetak miring.
Contoh:
a.   bona fide
b.   esprit de corps                                                                                                                          c.   fait accompli
c.   weltanschauung
d.   cal de sac

Latihan 6.1
1.   Nyatakan dari mana sumber istilah Bahasa Melayu diperoleh?

2.   Bahaskan mengapa ungkapan atau bahasa asing amat di perlukan dalam perkembangan peristilahan di Malaysia?


Rujukan

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
6.5 Pembentukan Istilah Pelbagai Bidang

Pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk di dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, istilah - istilah mengikut bidang berkenaan diberikan di bawah:
a)   Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
Audioconferencing
Autosave
Broadcast
Client-server
Connection-oriented network
Data scrambler
Digital camera
Digital certificate
Digital purse
Digital signature
Sidang audio
Autosimpan
Siaran;siar
Pelanggan-pelayan
Rangkaian berorientasikan sambungan
Pengarau data
Kamera digital
Sijil digital
Dompet digital
Tandatangan digital


b)  Istilah Undang Undang
Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
Administrative order
Civil disorder
Civil rights
Double jeopardy
Diplomatic immunity
Extradiction
Fraud
Fugitive offender
Fundamental rights
Judicial review
Legitimacy
Mala fide
Mandatory procedure
Native
Natural justice
Perintah pentadbiran
Gangguan awam
Hak sivil
Pendakwaan dua kali
Kekebalan diplomatik
Ekstradisi
Fraud
Pesalah buruan
Hak asasi
Kajian semula kehakiman
Kesahan
Mala fide
Tatacara mandatory
Anak negeri
Keadilan asasi




c)   Istilah Komputer
Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
Access
Bench mark
Cursor
Data base
Download
End user
Font
Hardware
Integrated circuit
Local area network
Capaian
Tanda aras
Kursor
Pangkalan data
Muat turun
Pengguna akhir
Fon
Perkakasan
Litar bersepadu
Rangkaian kawasan setempat


d)  Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan
Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
Balance sheet
Bridging loan
Buy out
Buy-back price
By-product
Capital gain
Cash flow
Certificate of authorization
Chief executive officer
Deed of trust
Investment climate
Long term debt
Short-term financing
Sole agent
Steering committee
Kunci kira-kira
Pinjaman penyambung
Beli habis
Harga beli balik
Keluaran sampingan
Laba modal / keuntungan modal
Aliran tunai
Perakuan kuasa
Ketua pegawai eksekutif
Surat ikatan amanah
Iklim pelaburan
Hutang jangka pendek
Pembiayaan jangka pendek
Ejen tunggal
Jawatankuasa pemandu

e)   Istilah Perhotelan
Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
Ballroom
Banquet
Budget hotel
Buffet
Business centre
Check-in
Check-out
Cocktail
Day use
Deluxe room
Double room
Function room
Luncheon
Twin bed
Waiter (L); waitress (P)
Dewan besar
Bankuet
Hotel jimat / hotel kelas ekonomi
Bufet
Pusat khidmat urusan
Daftar masuk
Daftar keluar
Koktel
Guna siang
Bilik mewah
Bilik kelamin
Bilik majlis
Jamuan tengah hari
Katil-kembar
Pramusaji

f)    Fotografi
Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
Abstract photography
Between-the-lens shutter
Camera angle
Daylight film
Effective aperture
Flash
Ground-angle view
Half-length portrait
Invisible light
Latitude of exposure
Main lighting
Out of focus
Periscopic lens
Quartz lens
Reflect camera
Fotografi abstrak
Pengatup antara kanta
Sudut kamera
Filem warna cahaya siang
Apertur  berkesan
Dengar
Pandangan sudut bawah
Potret separuh
Cahaya halimunan
Latitude dedahan
Pencahayaan induk
Luar fokus
Periskop
Kanta kuarza
Kamera reflex

g)  Istilah Matematik dan Statistik

Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
Aerial cable
Affine
Affine geometry
Affine variety
Aggregate
Aggregation
Aggregative
Aggregative index
Aggregative model
Kabel aerial
Afin
Geometri afin
Aneka afin
Agregat
Pengagregatan
Berdaya agregat; pengagregatan
Indeks pengagregatan
Model berdaya agregat
6.6       Cabaran – Cabaran Pembentukan Istilah

Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa istilah amat mencabar. Kritikan yang dilemparkan kepada mereka datang bertubi tubi, khusus daripada kalangan yang kurang memahami rasional di belakang pemilihan sesuatu istilah; dan kritikan sinis ini sering terdengar. Walau bagaimanapun, bagi orang bahasa, linguis dan pendidik, mereka amat memahami keputusan yang telah dibuat; mereka akur pada istilah yang telah dibentuk dan menerimanya dengan hati terbuka. Bagi orang yang tidak memahaminya, tidak semudah untuk mencapai kesepakatan dan persetujuan di dalam pembentukan istilah baru; tentu sekali banyak cabarannya. Walau apapun kritikan yang dilemparkan jawatankuasa istilah tetap dengan pendirian mereka. Hakikatnya kerja yang mereka lakukan berpandu kepada dua kriteria umum:

Kepesatan ilmu :
i.             Perkembangan ilmu dalam bidang-bidang tertentu.
ii.            Penyerapan istilah-istilah baru mengikut perkembangan semasa.
Kepakaran :
i.             Kekurangan pakar di dalam bidang tertentu.
ii.            Penentuan sumber istilah (bahasa asal, bahasa serumpun, bahasa pinjaman)

Latihan 6.2
1.   Suatu masa dahulu, banyak isu yang berkaitan dengan peristilahan oleh media-media massa di Malaysia. Beri pendapat anda tentang kualiti peristilahan yang di gunakan. Adakah anda setuju bahasa yang digunakan itu tepat dengan apa yang hendak dinyatakan?

Sila rujuk pakar-pakar peristilahan yang berdekatan dengan anda.


Buku rujukan


Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

Grace, H. (1975).Syntax ang semantics 3: Speech acts. New York: Seminar Press.

Hashim Hj. Musa (2006). Pengantar Falsafah Bahasa. (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

Nathesan, S. (2001 ). Makna dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur (Bab2:Kepelbagaian Makna bagi perkataan ,hlm 19-26).

Nik Safiah Karim dan rakan(2008) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Palmer,F.R, (1992). Semantik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lu,pur (Terjemahan oleh Abdullah Hassan)

Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) Peminjaman Kata Bahasa Inggeris Dalam Peristilahan Undang – Undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

O, Grady, W. (2000). Semantics: The analysis of meaning. Addision Wesley Longman.

























TAJUK 7
ISTILAH SINGKATAN DAN LAMBANG BAHASA MELAYU

  • SINOPSIS

Topik ini akan menerangkan dan menjelaskan tentang singkatan dan lambang bahasa. Selain itu, cuba menerangkan perbezaan antara singkatan dengan lambang.

  • HASIL PEMBELAJARAN

Menjelaskan tentang konsep singkatan, akronim dan lambang
dalam bahasa Melayu.


7.1 Konsep dan definisi singkatan dan Lambang

7.1.1 Definisi Singkatan

Menurut Kamus Dewan (2007: 1501) menyatakan singkatan ialah  kependekan, ringkasan , merupakan gejala umum dalam pemakaian bahasa. Manakala Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2008: 66) Akronim adalah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan utuh. Beliau menyatakan ada tiga cara pembentukan akronim. Manakala Asmah Hj. Omar (2009:27) akronim adalah kata selapis yang dibentuk dengan menggunakan suku kata pada kata-kata unsur. Menurut Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu KPM (1992:15) singkatan terbentuk dengan empat cara melalui penggunaan :

a)   Menggugurkan satu bahagian atau lebih bahagian daripada dasarnya. Misalnya :
lab ( laboratory)

b)   Menyingkatkan  huruf ejaan, tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap. Misalnya:
sin              -        sinus
cm              -        sentimeter
cos             -        konsinus
hab             -        habitat       


c)   Menggabungkan suku kata atau bahagian kata. Misalnya:

Mara          -        Majlis Amanah Rakyat
Perkim       -        Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
Bernama   -        Berita Nasional Malaysia
Tadika        -        taman didikan kanak – kanak
Cerpen      -        cerita pendek
Kugiran      -        kumpulan gita rancah
Berdikari    -        berdiri dengan kaki sendiri
Pawagam  -        Panggung wayang gambar
Perkeso     -        Pertubunhan Keselamatan Sosial


d)   Menggabungkan huruf pangkal setiap kata, istilah begini dipanggil akronim. Misalnya:

JKR            -        Jabatan Kerja Raya
TLDM                  -        Tentera Laut DiRaja Malaysia
IPGKTAR  -        Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak
LUTH                   -        Lembaga Urusan Tabung Haji
ABIM                   -        Angkatan Belia Islam Malaysia
ADUN                  -        Ahli Dewan Undangan Negeri
IKIM           -        Institut Kefahaman Islam Malaysia



7.1.2 Definisi Lambang

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat ( 2007: 876) Lambang ialah tanda yang mewakili entiti linguistik seperti bunyi, fonem,suku kata, morfem dan kata yang diterima dalam transkripsi fonetik atau sistem tulisan.

Lambang huruf ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan untuk menandai  sesuatu konsep. Contoh :

            meter              -           meter              -           m
            kilogram         -           kilogram         -           kg
            second           -           saat                 -           s
            ampere           -           ampere           -           A
            degree            -           darjah             -           K
            candela          -           kandela          -           cd
            radian             -           radian             -           rad
            steradian       -           steradian       -           st
            mole               -           mol                  -           mol
            hecto              -           hekto              -           h
            centi               -           senti               -           c
            mega              -           mega              -           M
            giga                -           giga                -           G




Latihan 7.1

1.   Penggunaan lambang – lambang istilah belum dikuasai dengan sepenuhnya oleh pelajar atau masyarakat di Malaysia. Beri pendapat anda?



Layari internet

Sila layari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.






Tamat. Semoga anda berjaya.






TAJUK 8
EJAAN DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

·        SINOPSIS


·        HASIL PEMBELAJARAN


Topik ini akan menerangkan tentang transliterasi dan transkripsi. Berdasarkan transkripsi dan transliterasi istilah atau perkataan tersebut digunakan dalam bahasa Melayu tanpa mengubah sebutan dan makna asal atau sumber perkataan tersebut. Dalam bahasa Melayu banyak perkataan diperoleh dan dikenal pasti dalam bahasa sumber yang lain. Bahasa – bahasa bereknaan seperti bahasa Arab, bahasa Yunani, bahasa Sankrit dan bahasa – bahasa lain.

8.1 Ejaan Transliterasi Dalam Bahasa Melayu

Kamus Dewan (2007:1712) menyata transliterasi ada penukaran huruf 9perkataan dsb)daripada abjad sesuatu tulisan (misalantulisan Arab kepada huruf yang selaras bunyinya  dsb dalam abjad  system tulisan lain (spt Rumi). Ejaan Transliterasi atau alih huruf boleh mengikut perakuan ISO untuk huruf Arab (Perakuan ISO-R233) atau Perakuan ISO-R315 huruf Yunani. Contoh transliterasi Arab. Contoh :

          Bismillahirrahmanirrahim
          muslimin
          mslimat
          untaz
          ustazah
          haji
          hajah         
          fikir
          hadith
          gaib
          zakat
          akad
          lafaz
          solat
          iman
          imam
          talak
          lian
          sujud
          kiam


8.2 Ejaan Transkripsi Dalam Bahasa Melayu

Transkripsi ialah penulisan sebutan yang menunjukkan sebutan dalam bahasa yang bersangkutan.

Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu tanpa diterjemahkan, pada umumnya ditranskripsikan lebih dahulu. Misalnya:

          bureau       -        biro
          police                   -        polis
          ambulance          -        ambulans

Ejaan  nama khas, yang dalam bahasa sumber ditulis dengan huruf Latin, tidak diubah. Sekiranya  nama khas itu ditulis dengan huruf lain, maka diambil ejaannya yang dalam bahasa Inggeris dan kemudian disesuaikan dengan bahasa Melayu. Misalnya:

          Baekelund
          Cannizzaro
          Aquadag
          Dacron
          Keops
          Dmitri         Ivanovic Mendeleev
          Anton Chekhov
          Mao Tze Tung




Latihan 8.1

1.  Bezakan antara ejaan transliterasi dengan ejaan transkripsi dalam Bahasa Melayu.

2.  Dengan merujuk buku dan internet, senaraikan contoh – contoh lain ejaan transkripsi yang berkaitan.

3.  Merujuk buku atau bahan internet , senaraikan cotoh – contoh ejaan transkripsi yang banyak digunakan oleh media massa terutama media cetak di Malaysia.


Tamat. Semoga anda terus berjaya.

Rujukan

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Wan Chik.1985. Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Darwis Harahap (1994). Binaan Makna. http://www.angelfire.com/id/ahmad awang/meaning.html accessed on 5 July 2007.

Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) Peminjaman Kata Bahasa Inggeris Dalam Peristilahan Undang – Undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Teuku Iskandar.2008. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. 










                         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK)

  BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK) Sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat, yang nengaitkan dua bidang yan...

klik