Rabu, 23 Jun 2021

PERBANDINGAN TEKS SASTERA MELAYU KLASIK DAN TEKS SASTERA MODEN

 

Perbandingan teks sastera Melayu klasik dan teks Sastera Moden

 

ASPEK

KARYA SASTERA MELAYU KLASIK

(Hikayat Abdullah)

KARYA SASTERA MELAYU MODEN

( Novel Interlok )

 


Latar belakang karya

 

 

 

 

 

 

Kosa kata pinjaman

 

Kosa Kata( Kata asli)

penggunaan kata asli  .

contoh dalam Hikayat Abdullah pada halaman 9 dan 10;

Maka beberapa lamanya dalam hal yang sedemikian, maka datanglah seorang orang Arab Syaid yang bernama Habib Abdullah, bangsanya Haddad, maka adalah ia itu aulia, mak sangatlah dipermulia orang akan dia dalam Melaka; maka segala laki-laki dan perampuan pun pergilah berguru kepadanya darihal perkara agama Islam. Maka bondaku juga tiada pergi, sentiasa duduk menangis terkenangkan anak-anaknya yang mati itu. Maka adalah rumahku itu berhadapan dengan rumah tempat tuan itu tinggal; maka disuruhnya panggil bapaku, diperiksanya akan hal bondaku itu duduk menangis-nangis. Maka oleh bapaku segala hal anak-anaknya habis mati itu; maka kata tuan itu, “Baiklah, pergi engkau katakan kepada isterimu janganlah ia menangis, insya-Allah nanti diberi Allah kepadanya seorang anak laki-laki; maka apabila beranak kelak, engkau namakan dengan namaku.” Maka pulanglah bapaku serta mengatakan kepada bondaku akan segala perkataan tuan itu; maka bondaku pun berhentilah daripada menangis dan dukacita.

Struktur ayat lama ini dikutkan lagi dengan penggunan kata-kata asli seperti ‘maka’, ‘beberapa lamanya’, ‘maka adalah’, ‘akan dia’ dan ‘maka apabila. Dalam Hikayat Abdullah banyak terdapat kata nasihat.Hal ini menunjukkan bahwa Abdullah masih terikut-ikut struktur penulisan sastera lama.Begitu juga apabila dia menggunakan pentun dan syair dalam karyanya.Penggunaan perkataan hikayat itu sendiri membayangkan bahawa Abdullah masih cenderung meneruskan tradisi penulisan lama.

 

Kata pinjaman Bahasa Inggeris

 

diksi character (halaman 5), enjineer (halaman 6), secretaries governments (halaman 6), electricity (halaman 115), arithmetic (halaman 117), commission (halaman 165).

 

Kata pinjaman Bahasa Arab

 kata pinjaman bahasa Arab dalam penulisan karyanya, misalnya perkataan syaaban (halaman 1), khatib ( halaman 4 ), sayid (halaman 35) dan banyak lagi.

 

kosa kata pinjaman bahasa Arab  ialah seperti :

1.    Fikiran Seman kini kosong melompong.                                                 (Interlok : halaman 67 )

 

2.    Terburu – buru dia menyarungkan telekungnya dan kemudian di atas tikar yang sudah dibentangkan dia mengangkat takbir. (Interlok : halaman 66)

 

3.    Seman memandang surat – surat  itu seperti dia memandang kertas pembungkus.

: halaman 59)

4.    Bukankah lebih baik mengaji Quran daripada mengaji di sekolah ?

: halaman 42 )

 

5.    Katanya kepada Lebai Man ketika dia bertemu dengan lebai itu di depan masjid.

:halaman 44 )

6.    Mereka itu kebanyakannya buta huruf.
                                                   :halaman 102)

7.    Mail Jambul ini lebih tua daripada budak – budak lain dan dia tahu membaca ayat – ayat Quran yang panjang – panjang serta menghafaz hukum – hukum macam burung nuri.

:halaman 30 )

 

 

Struktur Perkataan

 ( morfologi )

imbuhan meN-

Contoh 1

Maka jawabnya, “ Tuan, sahayalah cakap membawa jalan kepada susunan itu, akan tetapi tuan sekarang ada penuh kapal-kapal Inggeris pada segenap jajahan tanah Jawa itu menjaga, tiadalah boleh masuk dan keluar barang perahu atau kapal keci; dan lagi pula Holanda itu pun terlalu keras kawalnya, serta dengan cemburunya.”(halaman69).

 

Contoh 2

Bermula maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku ini disuruhkan oleh tuan-tuan itu memanggil dan mencari anak-anak Melayu, supaya boleh ia belajar dan mengetahui membaca dan menulis, baik bahasa Melayu baik bahasa Inggeris, maka oleh sebab bodohnya dan sangka mereka itu nanti dimasukkan Inggeris, tiadalah ia mau datang, kerana fikiran mereka itu, dengan kekerasan nanti ditangkap dimasukkan Inggeris: maka beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu, serta memberitahu aku mereka itu, “Bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu hendak memasukkan seseorang kedalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka; melainkan supaya kamu boleh belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahasa Inggeris kelak, nanti dibelakang banyak gunanya.”(Halaman 119).

 

 

 

a.    Penggunaan kata terbitan seperti anak mata,kaki langit .Contohnya :

 

Anak mata Mak Limah , satu – satu anggota tubuhnya yang masih segar, tersenyum kecil mendengar kata – kata anaknya itu.

(Interlok :halaman 4 )

 

b.    Kata ganda penuh juga terdapat dalam novel ini seperti kunyah – kunyah,tiba – tiba,bergerak-gerak,kata – kata.

 

Lalu dikunyah – kunyah, tanpa membuka mulutnya.

(Interlok :halaman 5 )

 

c.     Penggunaan kata ganda berentak seperti ayun – temayun,gopoh – gapah.Contoh ayat seperti di bawah :

Matahari petang ayun – temayun.

(Interlok :halaman 5 )

 

d.    Penggunaan kata sendi

Seman naik dari pintu depan.

(Interlok :halaman 9)

 

e.    Penggunaan Kata adjektif atau kata sifat seperti sedih , meleleh , lesu,gembira,duka,marah,simpati,terkejut dan sebagainya.

 

Mak Limah terlalu sedih.

(Interlok :halaman 37 )

 

Air matanya meleleh keluar.

(Interlok :halaman 36 )

 

kata ganti nama.Sebagai contoh :

Aku pergi,mak”katanya.

(Interlok :halaman 77 )

 

 

Struktur ayat

 ( Sintaksis )

Ayat panjang

Contoh 1

Maka jikalau sekiranya tiada suluh itu tanganku, dan cermin mata itu kupakai, nescaya banyak kali sudah aku terperosok ke dalam limbah dan parit yang penuh pada tiap-tiap lorong dan jalan; seperti kecuali kebanyakan kelakuan orang yang tiada memegang suluh itu terperosok ia kesana ke mari, jatuh bangun coreng-coreng berlumur dengan Lumpur dan orang, dan patah riuk kaki tangannya di hadapanku.(halaman 16).

 

Contoh 2

Maka jawabnya, “ Tuan, sahayalah cakap membawa jalan kepada susunan itu, akan tetapi tuan sekarang ada penuh kapal-kapal Inggeris pada segenap jajahan tanah Jawa itu menjaga, tiadalah boleh masuk dan keluar barang perahu atau kapal keci; dan lagi pula Holanda itu pun terlalu keras kawalnya, serta dengan cemburunya.”( halaman 69).

 

Di dalam novel Interlok, terdapat  pelbagai bentuk sintaksis yang digunakan oleh penulis. Antaranya adalah seperti berikut :

1.    Ayat dasar  ataupun ayat inti .Contoh ayat ialah :

Bapanya diam.

             (Interlok :halaman 12)

Dia bingung.

             (Interlok :halaman 13 )

 

2.    Ayat tunggal iaitu ayat yang mempunyai satu klausa sahaja.Contoh ayat :

 

Matanya masih pejam.

              (Interlok :halaman 13 )

 

Dia tidak berbaju.  (Interlok :halaman 19)

 

3.    Ayat penyata juga terdapat dalam novel ini .Contohnya seperti ayat di bawah :

 

Dia sudah mandi.

              (Interlok :halaman 9)

Kemelutnya naik.

               :halaman 15)

4.    Ayat majmuk .Antara contoh – contoh ayat adalah seperti berikut :

Seman menyuruh ibunya memakan sirih jampi dan menyembur bapanya.

                                                                                              (Interlok :halaman 33)

 

Seman mengeringkan air dibadannya,kemudian dia bersalin kain dan kembali kepada bapanya.                                                                                              (Interlok :halaman 34 )

 

Ibunya menyuruh dia berlari ke kedai Cina Panjang untuk mengambil gula , rokok, tembakau dan lain – lain lagi untuk menjamu orang – orang yang datang itu                                                                                         (Interlok :halaman 48)

 

5.     Ayat tanya dalam novel ini terutama dalam perbualan.Contohnya :

 

“Ada apa ,mak?”

                   (Interlok :halaman 33)

“Bolehkah Pak Musa panggil dia balik?” ujar guru besar itu. (halaman 39 )

 

“Siapa yang suruh Kadim?” Tanya Pak Musa kehairanan.

                 (Interlok :halaman 40

 

Struktur makna

 ( Semantik )

maksud atau pun perkara yang disampaikan melalui makna tersurat.

 

Bermula maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku ini disuruhkan oleh tuan-tuan itu memanggil dan mencari anak-anak Melayu, supaya boleh ia belajar dan mengetahui membaca dan menulis, baik bahasa Melayu baik bahasa Inggeris, maka oleh sebab bodohnya dan sangka mereka itu nanti dimasukkan Inggeris, tiadalah ia mau datang, kerana fikiran mereka itu, dengan kekerasan nanti ditangkap dimasukkan Inggeris: maka beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu, serta memberitahu aku mereka itu, “Bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu hendak memasukkan seseorang ke dalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka; melainkan supaya kamu boleh belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahasa Inggeris kelak, nanti di belakang banyak gunanya.”

 

Antaranya ialah terdapat penggunaan kiasan seperti :

·         Tanah – tanah sawah yang belum ada tanaman itu terbentang luas bagai lautan terhampar.

·         Mereka diusir dari rumah itu seperti orang dagang.

·         Tetapi sekarang cita – citanya hancur lebur bagai kaca terhempas ke batu.

  Terdapat juga penggunaan makna dalam konteks seperti :

·         Bawa apa yang dapat saja.(bermaksud membawa barang yang perlu sahaja )

·         Dua hari setelah ituSeman telah turun dari rumah pagi – pagi benar.( pagi – pagi benar membawa maksud pada awal pagi )

 Penggunaan simpulan bahasa seperti anak angkat .Contoh ayat adalah :

       Dia anak angkat, seperti anak undan yang menjadi anak angsa, dalam cerita yang dibacanya di sekolah.

      Perubahan air mukanya itu segera dilawan olehnya dengan senyum sumbing dia memandang ke muka Lazim.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK)

  BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK) Sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat, yang nengaitkan dua bidang yan...

klik