KAEDAH ABJAD (Tahap
prabacaan)
Kaedah ini juga dikenali
sebagai kaedah huruf atau kaedah mengeja dan merupakan kaedah tradisional yang
digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Murid-murid dikehendaki mengenali
nama, bentuk dan mengecam huruf abjad. Murid diperkenalkan dengan nama semua
huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama
semua huruf yang diperkenalkan itu. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000),
biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil
diajarkan. Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua
bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak. Setelah murid menghafal
semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a,
e, i, o, dan u.
Setelah murid menghafal nama
semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan
dengan pembentukan suku kata secara berturutan. Murid dilatih tubi membaca suku
kata itu. Daripada suku kata itu dibentuk perkataan seperti baba, baca, bola,
buku, dada, dan cucu. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan
dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan
penyebutan suku kata itu. Misalnya untuk perkataan “buku”, mula-mula disebut nama huruf bi dan yu
diikuti penyebutan bunyi suku kata “bu”; kemudian disebut nama huruf ke dan yu
dikuti penyebutan bunyi suku kata “ku”, dan akhir disebut perkataan “buku”.
Penekanan terhadap nama abjad dan bunyi suku kata sesuai dengan sistem ejaan
bahasa Melayu. Kecuali bentuk dwihuruf (digraf) seperti konsonan ng dan diftong
ai, umumnya satu huruf dalam bahasa Melayu melambangkan satu bunyi sahaja. Setiap perkataan pula mesti terdiri daripada
sekurang-kurangnya satu suku kata. Suku kata itu terhasil dengan menggabungkan
satu atau lebih daripada satu konsonan dengan satu vokal atau diftong. dDengan perkataan lain, struktur
suku kata bahasa Melayu bersifat tetap dan mudah dikenal pasti. Hal ini
memudahkan murid mengingat dan menyebut suku kata. Apabila murid menguasai suku
kata, mereka dapat membentuk perkataan. Seterusnya, murid dapat membentuk
apa-apa sahaja perkataan baharu dengan suku kata itu walaupun mereka tidak
memahami makna perkataan itu. Rumusannya, kaedah ini menyediakan murid asas
yang kukuh untuk membaca.
Kaedah ini mudah
dikendalikan dan tidak memerlukan alat bantu belajar yang banyak. Berbekalkan
pengalaman belajar membaca dengan menggunakan kaedah ini dan dengan menggunakan
sumber yang minimum seperti buku, ditokok dengan kesungguhan dan kesabaran,
sesiapa sahaja dapat mengajarkan bacaan kepada mana-mana kumpulan sasar dengan
menggunakan kaedah ini. Guru sekolah rendah dapat melaksanakan kaedah ini
berpandukan buku dan dengan menggunakan carta abjad, carta suku kata dan kad
perkataan. (http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com, 2009).
Vokal |
a |
a |
i |
|
Konsonan |
b |
c |
k |
r |
Gabungan Vokal dan Konsonan |
ba |
ca |
ka |
ri |
Perkataan |
baca |
kari |
Kekuatan |
Kelemahan |
·
Sesuai dengan susuk bahasa Malaysia kerana bahasa
Malaysia terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya ·
Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan
baharu, walaupun belum mempelajarinya kerana mereka dapat mengenal
huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik. ·
Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam
membaca. ·
Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta
member keyakinan kepada murid-murid |
·
Murid-murid membaca dengan lancar tanpa memahami apa
yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca. ·
Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja
menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak. ·
Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan
dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang
bermakna. ·
Boleh membosankan murid-murid terutama apabila mereka
diberi latih tubi yang berlebihan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan