KAEDAH FONETIK
Menurut
Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian
adalah kajian tentang bunyi bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik bersaha menemukan
kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang
bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai
data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan
pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.Selain itu, fonetik boleh
didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut
manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi bunyi marginal,
dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr.Lufti Abas
(1985). Menurut ahli linguistik Barat, Kenstowicz dan Kisserberth (1979):
“the study of the sounds human beings
employ when speaking alanguage is phonetics”.
Penyataan
yang dinyatakan dapat kita terjemahkan yang barmaksud “penkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang kita digunakan semasa
bertutur ialah fonetik”.
Kaedah ini lebih menekankan amalan
membuat latih tubi tentang penyebutan bunyi huruf, suku kata, frasa, ayat-ayat
dan kurang memberi tumpuan kepada nama huruf. Kanak-kanak dilatih menyebut
huruf secara terasing dan kemudiannya menggabungkan dengan bunyi-bunyi huruf
lain untuk membentuk suku kata dan perkataan. Contoh lambang ‘b’ bukannya ‘bi’
tetapi disebut ‘beh’, ‘a’ disebut ‘ah’ dan begitulah seterusnya.Kaedah fonik
ini sesuai diajar kepada kanak-kanak kerana bahasa Melayu terdiri daripada suku
kata yang hampir tetap bunyinya. Amalan ini akan membolehkan mereka yang baru
belajar membaca melakukan latihan sebutan perkataan-perkataan baru. Menurut
Sofiah Hamid (1985: 1), selepas murid-murid mempelajari sejumlah perbendaharaan
kata, mereka akan membandingkan unsur-unsur yang sama dalam perkataan-perkataan
tersebut, dan kemudiannya membuat satu kesimpulan umum mengenai bunyi-bunyi
yang terdapat dalam perkataan-perkataan yang telah dipelajari. Contohnya,
selepas murid-murid diajarkan perkataan-perkataan yang dimulakan dengan bunyi
yang sama seperti mana, mama, makan, baju, bapa, bawa, mereka diajar
melihat dan mengenal bahawa perkataan-perkataan itu bermula dengan huruf dan
suku kata yang sama tetapi memberi makna yang berbeza-beza.
Nyata sekali, oleh sebab sistem
ejaan bahasa Melayu kita adalah fonemik, (iaitu ada hubungan yang agak teratur
di antara ‘huruf’ dan ‘bunyinya’), dan oleh sebab suku kata kebanyakan
perkataan Melayu agak jelas, maka kaedah fonik ini sesuai sekali digunakan
untuk mengajar permulaan membaca perkataan-perkataan Melayu. Sekurang-kurangnya
kaedah ini adalah lebih munasabah dan mungkin lebih berkesan dibandingkan
dengan Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut. Kelemahannya ialah kaedah ini
masih memerlukan murid-murid menghafal bunyi huruf yang kurang bermakna pada
permulaannya. Dan biasanya masa yang agak panjang diambil untuk mereka mengenal
semua bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan dan
ayat-ayat yang bermakna.
Kekuatan |
Kelemahan |
Sesuai denagn susuk bahasa Melayu adalah terdiri
daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya. |
Bacaan
murid-murid tidak licin. Ini disebabkan perhatian murid-murid itu tertumpu
kepada suku-suku kata, satu lepas satu. |
Kaedah
ini membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu walaupun
perkataan-perkataan itu diluar perbendaharaan kata mereka. |
Tidak
menarik hati kerana suku-suku kata yang diajar itu tidak mempunyaai makna
yang nyata pada mereka. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan