Perbezaan
pengelolaan dan strategi pengajaran pemulihan dalam kelas biasa dan kelas khas.
Terdapat beberapa perbezaan di antara kelas pemulihan biasa
dengan kelas pemulihan khas. Perbezaan-perbezaan tersebut adalah seperti
berikut:
Pemulihan di dalam kelas biasa memerlukan
perancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah
pembelajaran, tanpa mengira golongan kaya atau miskin , manakala pemulihan kelas khas pula ialah satu jenis pendidikan
yang cuba memenuhi kehendak mereka yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kegagalan
belajar yang tidak dapat ditentukan ,faktornya termasuklah persekitaran dan
pengalaman hidup masing-masing.
Perbezaan yang kedua pula ialah
mengenai matlamat .Pemulihan di dalam kelas biasa rancangan pembelajaran
ditumpukan khas kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas membaca, menulis dan
mengira. Kelas pemulihan khas pula menumpukan penguasaan kemahiran asas 3M,meneruskan pembelajaran di kelas
biasa, menambah sifat keyakinan diri dan sikap positif terhadap pelajaran.
Skop kajian bagi kelas pemulihan biasa
banyak terbatas kepada pedagogi di dalam bilik darjah, manakala Skop kajian untuk kelas pemulihan
khas tertumpu kepada penguasaan murid terhadap sesuatu subjek dengan
menggunakan bahan maujud.
Pemulihan kelas biasa hanya menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, manakala pemulihan di dalam
kelas khas meliputi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan
murid-murid yang ketinggalan /lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan
dibawa keluar dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk
pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan .
Objektif kelas biasa ialah membetulkan kelemahan
penguasaan kemahiran-kemahiran asas berbanding dengan kelas khas untuk menyelesaikan
masalah seawal mungkin" Supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 sekolah rendah dan ke peringkat
sekolah menengah.
Perbezaan yang seterusnya ialah mengenai
penilaian. Pemulihan kelas biasa menjalankan ujian bulanan atau penggal. Pemulihan
kelas khas melibatkan ujian pencapaian setiap kemahiran. Murid di dalam kelas
pemulihan biasa tidak mempunyai bilangan tertentu berbanding dengan kelas khas
di mana bilangan muridnya maksimum 15 orang.
Penyimpanan rekod untuk kelas biasa tidak
memerlukan rekod terperinci berbanding dengan kelas khas penyimpanan rekod
murid yang terlibat sangat penting untuk menilai tahap penguasaannya. Perbezaan
yang seterusnya pula melibatkan mata pelajaran yang terlibat sewaktu
menjalankan pemulihan. Pemulihan kelas biasa melibatkan semua mata pelajaran
yang diajar berbanding dengan kelas khas hanya melibatkan mata pelajaran
Matematik dan Bahasa Melayu sahaja.
Jadual
untuk kelas pemulihan biasa berdasarkan mata pelajaran yang diajar manakala
kelas khas jadual ditentukan sendiri oleh guru pemulihan. Akhir sekali guru
yang mengajar di dalam kelas pemulihan biasa hanya mempunyai kursus asas
perguruan berbanding guru kelas khas mempunyai asas perguruan dan kursus khas
pemulihan.
Jadual
Pengurusan grafik
Banding
Beza Pemulihan Biasa dengan Pemulihan Khas
Pemulihan Biasa |
Pemulihan Khas |
§ Guru ada asas latihan
keguruan |
§ Ada asas perguruan dan kursus khas |
§ Dijalankan semasa proses p - p kelas biasa |
§ Dijalankan pada
waktu tertentu |
§ Perlu pada setiap
mata pelajaran yang diajar |
§ Hanya melibatkan mata-mata pelajaran bahasa melayu dan matematik |
§ Murid kekal di dalam kelas semasa sesi pemulihan |
§ Murid perlu masuk kelas khas untuk sesi pemulihan |
§ Ujian bulanan atau
penggal |
§ Ujian pencapaian bagi setiap kemahiran |
§ Tidak perlu ujian saringan atau diagnostik |
§ Perlu ujian saringan
dan diagnostik |
§ Tidak memerlukan
rekod yang terperinci |
§ Penyimpanan segala rekod berkenaan murid amat penting |
§ Kekal dalam kelas |
§ Murid akan balik
ke kelas biasa setelah berjaya menguasai kemahiran |
§ Pemulihan dilakukan
secara umum |
§ Pemulihan dilakukan
secara khusus |
§ Murid tahap 1
dan 2 yang tidak menguasai kemahiran |
§ Keutamaan murid tahap 1 yang dicalonkan oleh guru kelas |
§ Pemulihan berdasarkan kelemahan tertentu yang dikesan oleh guru |
§ Perlu merujuk kepada ajk perancangan kurikulum sekolah |
§ Bilangan murid
tidak dihadkan |
§ Bilangan murid
maksimum 15 orang |
§ Jadual berdasarkan matapelajaran yang diajar |
§ Jadual ditentukan sendiri oleh guru pemulihan |
§ Terlibat dengan setiap panitia mata pelajaran yang diajar |
§ Perlu merujuk kepada ajk perancangan kurikulum sekolah |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan