Isnin, 21 Jun 2021

KONSEP KETRAMPILAN BERBAHASA

 

DEFINISI KONSEP KETRAMPILAN BERBAHASA

Ø  Trampil ialah cekap dalam melaksanakan sesuatu ,menyelesaikan masalah, mampu dan cekatan

Ø  Ketrampilan pula membawa maksud kecekapan , kemampuan, keupayaan, dan kebolehan yang tinggi

Ø  Cekatan ialah pantas bekerja dan cekap dalam membuat sesuatu perkara

Ø  Cekap ialah boleh  atau dapat atau mampu atau sanggup

Ø  Dapat pula didefinisikan sebagai berkebolehan untuk melaksanakan sesuatu

Ø  Elok pula adalah cantik dan rupawan

Ø  Lekas ialah pantas dan tangkas

Ø  Bercekap  membawa maksud sanggup dan berani dalam mengerjakan sesuatu

Ø  Mencekapkan bermaksud menjadikan cekap

Ø  Mempercekap pula bermakna menjadikan lebih cekap

Ø  Kecekapan  di sini ialah kesanggupan,kemampuan, atau kebolehan melakukan sesuatu dengan cepat dan sempurna sama ada dari segi kemahiran atau kepantasan berbuat sesuatu iaitu berfikir.

Ø  Manakala ketidakcekapan bererti perihal sifat yang tidak cekap

 

Rumusan ketrampilan berbahasa

Cekap dalam erti kata dapat menggunakan bahasa dengan baik dari segi tatabahasa dan kemahiran bahasa

 

Komponen ketrampilan berbahasa ialah

-       Ketrampilan menyemak

-       Ketrampilan bertutur

-       Ketrampilan membaca

-       Ketrampilan menulis

Keempat-empat ketrampilan ini merupakan satu kesatuan, iaitu berhubungan secara beraneka ragam, dan secara kronologi

 

 

  • Setiap ketrampilan berhubungan erat dengan proses berfikir yang mendasari bahasa. Bahasa dapat mencerminkan fikiran seseorang. Semakin cekap seseorang berbahasa, maka semakin efisien dan jelas alur fikirannya

 

  • Ketrampilan berbahasa diperoleh melalui pengetahuan teori dan latihan praktis. Melatih ketrampilan berbahasa bermakna melatih kemahiran berfikir

 

  • Perihal hubungan bahasa dengan fikiran dapat dilihat melalui empat kemungkinan iaitu:

 

                      i.Jika kita dapat berfikir dengan baik tetapi kita tidak dapat berfikir dengan baik, maka konsep yang kita ketengahkan itu akan lahir dalam bahasa yang tidak baik

                    ii.Jika kita tidak dapat berbahasa dengan baik dan kita tidak dapat berfikir dengan baik maka konsep yang kita ketengahkan itu akan lahir dalam bahasa yang tidak baik

                   iii.Jika kita dapat berfikir dengan baik, tetapi kita tidak dapat berbahasa dengan baik, maka konsep yang kita ketengahkan itu akan lahir dalam bahasa yang tidak baik

                   iv.Jika kita dapat berbahasa dengan baik dan kita dapat berfikir dengan baik, maka konsep yang akan kita ketengahkan itu akan lahir dalam bahasa yang baik

 

Hubungan antara komponen ketrampilan berbahasa dapat dijelaskan seperti gambar rajah berikut :

 

Apresiatif

Reseptif

Fungsional

Secara langsung

Menyemak

 

Komunikasi bersemuka

Bertutur

Produktif

Ekspresif

Secara langsung

 

Ketrampilan berbahasa

 

Produktif

Ekspresif

Secara tidak langsung

Menulis

 

Membaca

Apresiatif

Reseptif

Fungsional

Secara tidak langsung

 

Komponen penting dalam ketrampilan berbahasa

 

Komponen

Ketrampilan Berbahasa

Menyemak

Bertutur

Membaca

Menulis

Fonologi

/

/

-        

-        

Ortografi

-

-

/

/

Struktur

/

/

/

/

Kosa  kata

/

/

/

/

Kecekapan/ kelancaran umum

/

/

/

/

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK)

  BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK) Sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat, yang nengaitkan dua bidang yan...

klik