Isnin, 21 Jun 2021

KEMAHIRAN MEMBACA ( Pemulihan membaca )

 

PEMULIHAN MEMBACA

 

            Pemulihan membaca merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh kerajaan bagi membantu murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan oleh guru bagi membuat tindakan saringan dan diagnosis bagi mengesan dan menentukan jika sesorang murid itu mempunyai kelemahan membaca. Antara cara yang boleh digunakan ialah guru boleh memerhatikan murid yang sedang membaca dan kemudiannya menilai jawapan mereka dari soal selidik yang diberikan oleh guru. Guru juga boleh menggunakan buku bacaan yang telah dikelaskan. Semasa proses bacaan sedang dijalankan, guru perlulah mengkaji pergerakan mata murid ketika membaca. Selain itu, ujian tara dan ujian yangdireka oleh guru itu sendiri bolehlah diberi kepada murid untuk melihat sejauh mana kefahaman mereka dalam membaca. Dan setelah selesai semua sekali, guru sudah boleh mengenal pasti dan memilih murid yang memerlukan pengajaran tambahan atau pemulihan. Membaca adalah salah satu kemahiran bahasa yang penting dikuasai oleh kanak-kanak supaya mereka dapat mencapai kemajuan dalam pelajaran dan juga kualiti kehidupan mereka. Sebab itulah sekiranya seorang murid gagal membaca dengan baik selalunya dikaitkan dengan kegagalan pengajaran guru dan juga pendidikan di sekolah berkenaan. Sebab itu guru perlu didedahkan kepada alat, kaedah dan teknik menguji kemahiran bacaan terutamanya ujian bacaan secara diagnostik.

 

             Ujian diagnostik bacaan akan dapat membantu guru mengesan kesukaran-kesukaran khusus bacaan murid. Ujian bacaan perlu diberikan kepada murid supaya guru dapat mengesan secara objektif kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam proses membaca. Bermula dari sinilah guru akan dapat merancang aktiviti-aktiviti pengajaran pemulihan bacaan. Murid yang bermasalah dalam bacaan tidak boleh dibiarkan berterusan dengan masalah membacanya kerana akan memberi kesan terhadap pencapaiannya dalam pelajaran secara keseluruhan. Ujian bacaan hendaklah dijalankan secara berterusan supaya maklumat yang diperolehi dapat memberi gambaran sebenar kelemahan murid. Masalah bacaan sebenar murid penting supaya guru dapat menilai semula rancangan pemulihan bacaan dan boleh membantu guru menentukan objektif pengajaran bacaan seterusnya. Kaedah dan teknik mengajar membaca perlu dipelbagaikan bagi mengelak kebosanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK)

  BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK) Sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat, yang nengaitkan dua bidang yan...

klik