Isnin, 21 Jun 2021

STRUKTUR LINGUISTIK

 

  STRUKTUR LINGUISTIK

Struktur merujuk kepada susunan bahagian-bahagian secara linear. Struktur dalam bidang ilmu linguistik melibatkan beberapa aspek atau tataran bahasa, iaitu tataran fonologi, fonetik, morfologi, sintaksis dan tataran leksikon (Verhaar, 1978).

Sehubungan dengan itu struktur linguistik boleh dibahagikan kepada dua bidang utama iaitu struktur bahasa atau tatabahasa dan struktur makna, iaitu semantik dan pragmatik. Struktur bahasa meliputi morfologi, sintaksis, fonetik dan fonologi. Kedua-dua struktur linguistik ini menunjukkan adanya pengetahuan linguistik yang mendasarinya.

 

i)             Struktur Bahasa

Kamus Za'ba mentakrifkan kata "struktur" kepada dua kategori. Kategori yang pertama ialah "susunan atau bahagian daripada sesuatu binaan dan susunan atau bahagian daripada sesuatu binaan", manakala kategori yang kedua ialah "sistem rangka sesebuah karya sastera yang terlebih dahulu dirancang". Kategori yang pertama meliputi pola atau bentuk masyarakat yang terbentuk atau tersusun daripada pelbagai jenis unsur yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain. Kata "struktur" juga ditakrifkan sebagai bukan cara sesuatu yang terbentuk daripada pelbagai bahagian, unsur atau aspek tertentu sehingga menjadi suatu pola, sistem atau bentuk tertentu. Kategori takrifan yang kedua ialah sistem rangka sesebuah karya sastera yang terlebih dahulu dirancang (Kamus Za'ba, 2001: 1073). Takrifan yang sama juga boleh diperoleh bagi kata"struktur" jika dirujuk dalam Kamus Melayu Global (Kamus Melayu Global, 1997: 1073 )

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pula, kata "struktur" didefinisikan sebagai cara sesuatu terbina atau terbentuk daripada pelbagai bahagian, unsur, atau aspek hingga menjadi suatu pola, sistem atau bentuk tertentu seperti struktur di dalam bahasa Melayu. Menurut Tesaurus Bahasa Melayu, kata "struktur" merujuk kepada binaan atau rangka (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, Hlm.297). Kamus Pelajar Terkini pula mendefinisikan kata "struktur" yang merupakan binaan kata daripada cantuman kata struk + tur (KN) yang membentuk kata nama ialah sesuatu yang dibentuk, dibina atau binaan dan cara menyusun sesuatu (susunan atau gubahan) yang merujuk kepada bahasa, ekonomi dan sebagainya (Ahmad Mahmood Musanif, 1996: 465). Menurut buku Glosarium Bahasa dan Sastera, struktur bahasa wujud akibat adanya aturan-aturan bahasa. Maka, terdapatlah struktur bahasa iaitu ketetapan peristiwa bahasa. Ianya dapat dilihat pada susunan fonem, susunan kata dan susunan frasa serta lagu bicara dan intonasi. Ia juga termasuk struktur bahasa yang harus diketahui seseorang kalau dia ingin berbicara dalam sesuatu bahasa (A. Hamid Hasan Lubis, 1994: 132).

a ) Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Definisi Morfologi

Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.

            Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata.

Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.

Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal – soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok –belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem – morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.

Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara –cara pembentukkannya.O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan – rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.

Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunya Language yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd.Noor, menyatakan bahawa “Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk – bentuk terikat antara konsituen – konsituennya.”“Morfologi meliputi konstruksi kata – kata dan bahagian kata”.

 

b) Sintaksis

Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

Ayat

Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan predikat pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari ayat.

Frasa

Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS .Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.

ii)             Struktur Makna

Struktur makna terdiri daripada semantik dan pragmatik. Sehubungan dengan itu , kedua-dua bidang ini akan dihuraikan seperti penerangan di bawah.

a) Semantik

Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat dikenali sebagai bidang semantik. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Perbendaharaan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Semakin banyak kata dikuasai oleh seseorang, semakin banyak idea atau gagasan yang mampu diungkapnya. Kajian mengenai makna kata boleh dibahagikan kepada aspek-aspek berikut

a, makna denotasi dan dan makna konotasi

b. Makna dalam konteks

c. Hubungan makna dengan kebudayaan

d. Perubahan makna

e. Bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.

Semantik dapat juga ditakrifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat. Secara umumnya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks. Sebagai pengguna bahasa, kita bukan sahaja mengetahui morfemnya, tetapi juga makna perkataan. Otak kita menjadi stor kepada kata-kata yang bermakna ini .Storan maklumat serta morfem ini kita panggil leksikon atau kosa kata.

 

b) Pragmatik

Pragmatik ialah kajian tentang cara pengucapan (baik secara literal, mahupun secara kiasan ) digunakan dalam perbuatan-perbuatan komunikasi. Pragmatik turut bermaksud kajian hubungan antara simbol atau perkataan dengan perlakuan yang ditunjukkan oleh seseorang sebagai reaksi kepada perkataan-perkataan  yang ditujukan kepadanya.

Terdapat berbagai-bagai reaksi yang bergantung pada tanggapan seseorang misalnya, perkataan saya, aku, patik dan beta walaupun dirujuk kepada perkara yang sama, iaitu rujukkan kepada orang pertama tunggal. Perkataan itu boleh membawa rekreasi yang berbagai-bagai-bagai. Penggunaan aku pada tempat dan kepada orang yang tidak sesuai boleh menimbulkan reaksi yang negatif kepada seseorang.

1 ulasan:

  1. Happy Luke Games Review - Luckyluke.com
    Check out our review of Luckyluke.com casino for happyluke the very fun88 vin best in gaming. Luckyluke offers a wide variety of slots, including progressive 제왕카지노 jackpots,

    BalasPadam

BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK)

  BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK) Sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat, yang nengaitkan dua bidang yan...

klik