Isnin, 21 Jun 2021

PERBEZAAN FONETIK DAN FONOLOGI

 

Perbezaan bidang-bidang fonetik dan fonologi

Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006), bidang fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberi lambang kepada bunyi tersebut.  Manakala bidang fonologi pula ialah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Bunyi bahasa disusun dengan sistem dan bidang fonologi bertujuan untuk menganalisis sistem ini.

Siti Hajar Abdul Aziz (2011) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia yang direalisasikan melalui lambang-lambang tertentu.  Manakala fonologi pula bertugas untuk merumus, menghurai dan menjelaskan segala bentuk bunyi sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik.

Fonetik ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia.  Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon) serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal.  Manakala Fonologi ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa yang dikenali sebagai bunyi bahasa.

Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa manakala fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa.  Fonem merupakan istilah linguistik dan merupakan gabungan terkecil dalam sesuatu bahasa yang masih boleh menunjukkan perbezaan makna. Fonem berbentuk bunyi.  Contohnya bunyi [k] dan [g] merupakan dua fonem yang berbeza, seperti dalam perkataan "cagar" dan "cakar".

 

JADUAL PERBEZAAN  BIDANG FONETIK DAN FONOLOGI

Fonetik

fonologi

Fonetik adalah subdisplin linguistik, kajian tentang bunyi sebagai fenomena dalam dunia fizikal, fisiologi, anatomi, neurologi dan psikologi manusia yang menghasilkannya.

Fonologi adalah subdisplin linguistik yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu tentang fungsi, perlakuan dan organisasi bunyi sebagai item linguistik

 

Fonetik adalah kajian tentang sifat-sifat semula jadi, produksi dan persepsi bunyi –bunyi bahasa yang dihasilkan.

 

Kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut secara umum. Segala yang berkaitan dengan sistem dalam bahasa iaitu pasangan terkecil fonotaktik dan sebagainya.

Kajian ini dapat dipecahkan kepada tiga, iaitu fonetik akustik, fonetik artikulatori dan fonetik auditori.

Kajian adalah berkaitan dengan hubungan antara butir-butir leksikal dengan butir-butir leksikal lain yang membentuk ayat.

Mengkaji unsur setiap bunyi.

Kajian berkaitan dengan penelitian pola-pola intonasi.

 

Menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa.

 

Menghasilkan sistem ejaan sesuatu bahasa.

Asas kepada kajian fonologi

Input kepada kajian linguistik tinggi, iaitu morfologi dan sintaksis

Tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia, tidak dapat menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan tidak dapat menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia dengan sempurna.

Dapat merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyidalam sesuatu bahasa secara telitidan terperinci dengan tujuan untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik.

 

Kedua-dua bidang ini saling melengkapi antara satu sama lain. Bagi memahami fonologi , aspek fonetik perlu dikuasai terlebih dahulu. Apabila sudah menguasai bidang fonetik barulah sistem bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa dapat difahami dan dihuraikan dengan sempurna. Hubung kait antara kedua-dua bidang ini sangat rapat di antara satu sama lain.Garis pemisah antara kedua-duanya adalah kurang jelas walaupun ada sarjana cuba meletakkan garis pemisahnya. 

 Selain daripada dapatan di atas, perbezaan fonetik dan fonologi dapat disimpulkan antara lain, i) Fonetik ialah kajian tentang sifat-sifat semula jadi, produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan; ii) Kajian fonetik dapat dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu fonetik akustik, fonetik artikulasi, dan fonetik auditori; iii) Bidang fonetik mengkaji unsur setiap bunyi; dan iv) Bidang fonetik menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa. Manakala bagi medan fonologi ialah i) Fonologi merupakan kajian tentang sistem bunyi bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut secara umum; ii) Kajian fonologi adalah berkaitan dengan hubungan antara butir-butir lekasikal  dengan butir-butir leksikal lain yang membentuk ayat; iii) Bidang fonologi mengkaji pola-pola intonasi; dan iv) Justifikasi bidang fonologi membentuk sistem ejaan sesuatu bahasa.

 

 

 

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK)

  BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK) Sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat, yang nengaitkan dua bidang yan...

klik