Isnin, 21 Jun 2021

Definisi Pentaksiran

Definisi Pentaksiran

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Pentaksiran atau penaksiran adalah perkataan Latin yang membawa maksud “duduk bersama” dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama dengan apa yang dimaksudkan.

Menurut Moktar Ismail, konsep pentaksiran ialah langkah untuk menentukan sejauh mana seseorang mempunyai sifat tertentu.

  • tahap, status, dan nilai.
  • proses menilai secara kuantitatif.
  • merangkumi skala ordianal dan skala slang.
  • kesimpulan : pentaksiran bertujuan untuk menentukan kedudukan dan pencapaian murid.

Dari segi definisinya pula, pentaksiran merupakan proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan (David Lambert dan David Lines, 2000).

Manakala menurut Gearheart (1990), pentaksiran adalah proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan.

Selain itu, berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh Salvia dan Yseldyke (1978), penaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan.

Seterusnya, Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula telah memberikan maksud terhadap penaksiran dalam pendidikan iaitu suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu.

Kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan sebagai proses pengumpulan maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah, merekod serta menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.

Berikutnya pula adalah berkaitan dengan penilaian. Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. Beliau juga turut menyatakan bahawa penilaian ini boleh dianggap sebagai “process delineating” iaitu mencari dan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan.Popham (1975) turut memberikan pandangan berkaitan dengan penilaian.Beliau menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran tentang nilai fenomena pendidikan. Manakala Gay (1985) pula berpendapat bahawa:

Penilaian boleh diertikan sebagai proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK)

  BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK) Sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat, yang nengaitkan dua bidang yan...

klik