Isnin, 21 Jun 2021

FONETIK

 

    Definisi fonetik

Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi- bunyi itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.

Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan(1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Merriam Webster’s Collegiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the system of speech sounds of a language or group of languages”. Kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionary of current English (1992:671) fonetik merupakan “the study of speech sounds and their production”.

Mengikut kamus The World Book of Dictionanry (1981:1566) menyatakan fonetik sebagai “the science dealing with sounds made in speech and the art of pronunciation. concerned with the production of these speech sounds by the articulating organs of the speaker, the sound waves in which they result, and the auditory effect they produce on the hearer”.

Kamus Collins Shorter English Dictionary (1990:858) pula menjelaskan fonetik sebagai “the science that deals with pronunciation and the representation of the sounds of speech.”Mengikut Kamus Linguistik(Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan definisi fonetik sebagai “ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa.” Akan tetapi mengikut Encyclopedia Americana (1994:955)mendefinisikan fonetik sebagai “ the science that investigates the sounds made by the speech organs, seeking to describe them, account for their production, and classify them.”

Selain definisi-definisi yang diberikan dalam kamus dan ensiklopedia beberapa pandangan dan pengertian tentang fonetik oleh beberapa orang sarjana bahasa juga disertakan di sini bagi menjelaskan konsep fonetik tersebut. Mengikut Ferdinand de Saussure dalam buku Pengantar Linguistik Umum yang diterjemahkan oleh Ajid Che Kob Course in Ge neral Linguistics menyatakan “ fonetik merupakan bahagian-bahagian  yang asas dalam ilmu bahasa, manakala fonologi, hanya satu disiplin Bantu dan terangkum ke dalampertuturan (1993:37).”Mengikut Adrin Akmajian et. Al. dalam bukuLinguistik: Pengantar bahasa dan Komunikasi terjemahan Aishah Mahdi dan Azizah Hussein daripada buku Linguistik :An Introduction to Language and Communication menyatakan: “ Fonetik ialah bidang yang memperkatakan bagaimana bunyi bahasa dihasilkan (dituturkan) dalam saluran suara bidang kajian yang dikenali se bagai fonetik artikulasi , dan juga sifat fizikal gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh saluran suara (bidang yang dikenali sebagai fonetik akustik).Sementara istilah fonetik biasanya bermaksud kajian tentang sifat artikulasi dan akustik bunyi. (1995:61).

Manakala Marsono dalam bukunya fonetik memberikan definisi fonetik adalah seperti yang berikut: “Fonetik (phonetics) ialah ilmu yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi itu sebagai pembeda makna dalam suatu bahasa” (1986:1”).Prof. Dr J.W.M Verhaar Gadjah Mada Universiti Press, Yogyakarta, 1988, dalam bukunya Pengantar Linguistik memberikan pengertian fonetik seperti berikut: “Fonetik atau ilmu bunyi menyelidiki bunyi sebagaimana terdapat dalam parole”.Dr. Awang Had Salleh (Nov 1958 : 536-540),menjelaskan bahawa fonetik ialah mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya.

Fonetikamnya ialah pengkajian terhadap unsur bahasa dalam bentuk bunyi.(1993:40) Alias Mohamad Yatim, dalam bukunya Fonetik dan Fonologi:Suatu Tinjuan menyatakan: “Fonetik ialah kajian saintifik mengenai bunyi bahasa dan rumus yang melibatkan pengeluarannya.”(1992:2) Mengikut Arbak Othman menghuraikan fonetik sebagai: “ Fonetik merupakan bidang yang dipelajari segala bunyi bahasa (bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia) dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu.

Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd.Dain memberikan pengertian fonetik sebagai berikut “ Fonetik mengandungi teori-teori mengenai bunyi bahasa. Dalam fonetik akan terdapat konsep-konsep mengenai bunyi bahasa, kriteria-kriteria pengklasan bunyi-bunyi bahasa, teknik menghuraikan pengeluaran bunyi bahasa dan lain-lain seumpamanya.” (1982:40).

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) pula, asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.

Sementara Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi.  Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahu pun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi. (Dr. Lufti Abas, 1975).

Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad dalam buku Teks Bahasa Melayu STPM yang diterbitkan oleh Penerbit Fajar bakti Sdn.Bhd (2006) pula mentakrifkan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Menurut Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan dalam bukunya Fonetik Dan Fonologi : Siri P & P Bahasa Melayu (2005) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji penyebutan bunyi manusia, terutama bunyi yang digunakan dalam pertuturan.

2.1       Cabang-cabang fonetik

Bidang fonetik terbahagi kepada tiga cabang utama, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori.  Fonetik artikulasi mengkaji cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh manusia dan bahagian-bahagian (articulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi.  Selain itu, cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur.

Fonetik akustik pula mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa.  Sifat fizikal yang dimaksudkan ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektogram dan osiloskop.   Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.

Fonetik auditori pula mengkaji cara otak memproses bunyi yang diterima melalui telinga dan cara bunyi-bunyi tersebut diinterprestasikan.  Proses yang terlibat dinamakan  sebagai mendekod, yang melibatkan pendengar.  Penutur menukarkan maklumat yang hendak disampaikan dalam bentuk kod-kod yang tertentu seperti bunyi, kata dan ayat manakala pendengar pula mentafsir maklumat ini dalam otak bagi menjadikannya sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang berlangsung. (Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar, 2006).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK)

  BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK) Sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat, yang nengaitkan dua bidang yan...

klik