Isnin, 21 Jun 2021

STRATEGI PENGAJARAN PEMULIHAN

 

STRATEGI PENGAJARAN PEMULIHAN DALAM KELAS BIASA

 

KAEDAH KUMPULAN

  • Kaedah ini bererti murid belajar dan membuat kerja dalam kumpulan. Kebiasaannya, kumpulan ini diwujudkan berdasarkan kebolehan atau pun perbezaan minat.
  • Dalam kelas sememangnya mudah mengajar secara kumpulan berbanding individu kerana murid mempunyai daerah kelemahan yang sama. Oleh yang demikian, bahan yang hendak dihasilkan juga mudah.
  • Melalui kaedah ini akan dapat membantu kelancaran komunikasi sesama murid, saling bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi dan berkongsi idea.

 

KAEDAH INDIVIDU

  • Kaedah ini menekankan tumpuan guru hanya kepada seorang murid sahaja. Kebiasaannya, murid dalam kategori ini lebih mudah diurus kerana guru tidak mengalami gangguan ‘banyak mulut’ daripada murid semasa mengajar.
  • Guru   akan lebih mudah fokus kepada objektif pembelajaran murid dan murid berasakan mendapat lebih perhatian daripada guru.

 

KAEDAH RAKAN SEBAYA

  • Apabila mengajar dalam kelas yang mempunyai tiga kelompok murid pemulihan dalam kuantiti yang banyak, kaedah ini akan digunakan oleh kebanyakan guru.
  • Kebiasaannya, murid-murid yang dilihat matang dan lebih cerdik daripada rakan yang lain  akan dibimbing dan dilatih untuk membantu melicinkan pengajaran dan pembelajaran guru pada hari berkenaan.

 

 

STRATEGI PENGAJARAN PEMULIHAN DALAM KELAS KHAS

  • Kenal pasti murid yang perlu pemulihan khas.
  • Kenal pasti masalah murid.
  • Kenal pasti punca masalah murid.
  • Menjalin hubungan mesra dengan murid.
  • Menunjukkan penghargaan kepada murid.
  • Mewujudkan situasi yang diperlukan oleh murid untuk belajar.
  • Memilih pendekatan ,kaedah, teknik yang sesuai.
  • Pendekatan bermain sambil belajar.
  • Teknik bercerita.
  • Teknik latih tubi.
  • Teknik bersoal jawab.
  • Teknik nyanyian.
  • Memilih dan menggunakan bahan bantu pengajaran yang sesuai.
  • Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan.
  • Menjalankan aktiviti pengukuhan.
  • Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk tindakan susulan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK)

  BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK) Sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat, yang nengaitkan dua bidang yan...

klik