Isnin, 21 Jun 2021

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK

 

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK

     Sejarah perkembangan ilmu linguistik telah bermula pada tahun 500 SM hinggalah ke hari ini Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden.

        Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum Masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah.

        Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum Masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum Masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu.

 

Zaman Yunani

Orang Yunani orang pertama yang terlibat dalam pengkajian linguistik.Pengkajian bermula pada 500 tahun sebelum masihi.Kajian bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran falsafah.Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, pada abad ke-6 Sebelum MasihiTokoh pengkajian bahasa zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle.Plato ahli falsafah yang pertama menyelidik bahasa melalui karyanya berbentuk di Cratylus.Cratylus menerangkan bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya.Plato pula menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dan kata kerja.Plato meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada prediket dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan.Zaman aristotle 384-322 sebelum masihi. Tambah satu lagi pembahagian tatabahasa iaitu kata penghubung.Aristotle memperkembangan falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato.Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah menganggap bahawa fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi.Pada zaman yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Kaedah kajian bersifat logik dan tidak saintifik.

Zaman Iskandariah

Pada abad ke-3 tahun masihi. Merupakan sebuah tanah jajahan Yunani.Penumpuan bahasa lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan.Mengkaji sistem fonetik dan membahagi kepada adverb, perticipal, ganti nama dan kata depan.Memperkenalkan bidang sintaksis iaitu ayat merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna.

Zaman Rom

Mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh.Mengambil ilmu bahasa kajian bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin.Perubahan sistem bahasa Yunani kepada bahasa Latin.Kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu bahasa.

Zaman Pertengahan

Dikenali sebagai zaman Renaissance.  Mula mengkaji bahasa termasuk tatabahasa vernakular Menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa.Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasteraan.Pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang.Golongan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman.Mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.

Zaman Arab

Perkembangan di Baghdad setelah eropah mengalami zaman gelap.Ahli fikir yang terdiri daripada sarjana Islam yang mendapat sokongan daripada pemimpin mereka.Kajian tertumpu kepada Al-Quran dan ilmu fonetik berkembangan menjadi pesat dan hampir menjadi sempurna.

 

 

Zaman India

Bahasa Sanskrit digunakan memberi kesan yang besar kepada ilmu linguistik.Bahan kajian tidak berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda.Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis.Pembaharuan yang dibuat ialah mengkaji bahasa secara saintifik.

Zaman Linguistik Bandingan

  • Permulaan kepada linguistik moden pada abad ke-19.
  • Berkembang kepada bidang baru iaitu antropologi dan sosiologi.
  • Pendekatan kajian berdasarkan bukti nyata
  • Mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain.
  • Hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama.
  • Ahli bahasa pada zaman ini mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi.
  • Hukum baru mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.

Zaman Moden

Pada abad ke-20.Pengkajian ilmu bahasa lebih cenderung kepada linguistik deskriptif atau linguistik huraian.Lebih bersistematik yang menekankan kepada sinkronis dan diakronis.Pengkaji mengeluarkan satu teori baru iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK)

  BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK) Sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat, yang nengaitkan dua bidang yan...

klik