Kaedah Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran koperatif merujuk kepada
kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama
dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982).
Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri
sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam
pembelajaran koperatif adalah:
- saling
bergantung antara satu sama lain secara positif,
- saling
berinteraksi secara bersemuka,
- akauntabiliti
individu atas pembelajaran diri sendiri,
- kemahiran
koperatif, dan
- pemprosesan
kumpulan
Ganjaran
diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini.Individu dalam
kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan
berbeza bergilir-gilir.Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.
Beberapa
cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan,
misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams-
Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil
Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).
Pengajaran
sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara
ini, pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai
kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil.Setiap murid
diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik
kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga
semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti
dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan
menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran
berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan
pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.
Pembelajaran
koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam
kumpulan.Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam
suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan