Isnin, 18 November 2013

Fungsi alat dan daerah artikulasi

     Fungsi alat dan daerah artikulasi

     Alat artikulasi 
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008: 93), alat artikulasi ialah organ atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa, iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi. Alat artikulasi terbahagi kepada dua, iaitu alat yang boleh digerak- gerakkan dengan bebas dan boleh diletakkan pada beberapa kedudukan di dalam mulut serta daerah pengeluaran.
Menurut Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar(2006: 30) dalam buku fonetik dan fonologi, alat artikulasi adalah alat yang digunakan bagi menghasilkan bunyi. Alat-alat ini adalah bibir atas dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. Alat artikulasi terbahagi kepada dua, iaitu yang pasif dan aktif. Alat artikulasi aktif adalah alat yang boleh digerakkan manakala yang pasif pula adalah sebaliknya.
   Alat-alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang mempunyai peranan untuk berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat artikulasi dapat dilihat seperti yang berikut :



ALAT-ALAT ARTIKULASI

1.
Bibir atas
11.
Tengah lidah
2.
Bibir bawah
12.
Belakang lidah
3.
Gigi atas
13.
Akar lidah
4.
Gigi bawah
14.
Epiglotis
5.
Gusi
15.
Pita suara
6.
Lelangit keras
16.
Rongga tekak
7.
Lelangit lembut
17.
Rongga Hidung
8.
Anak tekak
18.
Rongga mulut
9.
Hujung lidah
19.
Rahang
10.
Hadapan lidah
20.
Tenggorok











Anak tekak
Menurut buku Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 95), anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut. Menurut buku Frank Parker(1994: 114), anak tekak ialah daging yang tergantung dari lelangit lembut. Menurut Radiah Yussoff dan Nor’ Aini Ismail(2006: 23), anak tekak ialah sekeping otot yang terdapat di bahagian hujung lelangit lembut.

Lidah
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 95-96), lidah terbahagi kepada lima bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, belakang lidah dan daun lidah. Kedudukan bahagian belakang lidah ialah bertentangan dengan lelangit lembut manakala kedudukan tengah lidah ialah bertentangan dengan pertemuan lelangit keras dengan lelangit lembut. Hadapan lidah terletak bertentangan dengan lelangit keras. Hujung lidah pula terletak bahagian yang paling akhir lidah. Sementara itu, daun lidah berada di sepanjang garisan yang menghadap gusi.

Pita suara
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 96), pita suara terletak di dalam ruang tenggorok. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Menurut Dr. Abdullah Hassan(1983: 44),pita suara terdiri daripada dua pasang selaput nipis yang tumbuh di kiri kanan bahagian dalam rengkung bertentangan dengan halkum.

Rongga
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, rongga terbahagi kepada tiga, iaitu rongga tekak, rongga mulut dan rongga hidung. Rongga tekak bermula dari bahagian atas selaput pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak. Rongga mulut pula bermula dari ruang di belakang lidah membawa ke bahagian dalam, sementara rongga hidung bermula dari bahagian belakang anak tekak menghala ke hidung.

Bibir
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, bibir terletak di bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan. Menurut Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, bibir ialah kumpulan otot yang kenyal dan boleh diubah-ubah bentuknya dengan mengawal otot-otot pada bibir.

Gigi
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gigi terbahagi kepada dua,iaitu gigi atas dan gigi bawah. Menurut Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, gigi bermaksud lidah yang tidak bergerak.
Gusi
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gusi terletak antara gigi dengan lelangit keras. Menurut laman web http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002, gusi ialah bahagian yang cembung di gigi menurun ke bahagian dalam rongga mulut.

Lelangit
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit keras terletak di antara gusi dengan lelangit lembut manakala lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Menurut Linguistik untuk bukan ahli linguistik yang ditulis oleh Frank Parker dan diterjemahkan oleh Raja Rahawani Raja Mamat, lelangit keras ialah tulang yang berbentuk cembung pada bahagian atas mulut manakala lelangit lembut ialah bahagian belakang lelangit keras.

Epiglotis
Menurut buku Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, epiglotis ialah anak tekak yang terdiri daripada sekolompok otot yang berbentuk bujur daun yang boleh bergerak ke depan atau ke belakang bagi menutup rongga rengkung. Menurut buku yang ditulis oleh Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar, epiglotis ialah tisu yang terletak di belakang lidah dan di depan pintu masuk ke larinks.



   Fungsi daerah artikulasi

Alat artikulasi atau alat atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunti bahasa. Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi bahasa.Bunyi bahasa yang dihasilkan ialah vokal, konsonan dan diftong. Setiap alat artikulasi mengeluarkan bunyi bahasa mengikut daerah pengeluaran bunyi bahasa yang tertentu. Alat-alat artikulasi utama terdiri lidah, gigi, bibir, gusi, lelangit, rongga hidung dan pita suara.

Lidah
Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting paling aktif dan digelar tulang belakang kepada pertuturan manusia. Lidah terbahagi kepada lima bahagian iaitu belakang lidah, tengah lidah, hadapan lidah, daun lidah dan hujung lidah serta pembahagian ini membolehkan lidah menghasilkan pelbagai bunyi.
·         Belakang lidah : bahagian lidah yang paling belakang dan bertentangan dengan lelangit lembut
·         Tengah lidah atau akar lidah :bahagian lidah yang  bertentangan antara pertemuan langit keras dan lelangit lembut
·         Hadapan lidah : bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras
·         Daun/akar lidah : bahagian lidah sepanjang garisan menghadap gusi
·         Hujung lidah : bahagian lidah yang paling akhir dan bertemu dengan gigi
Sebagai contoh, vokal depan sempit [i] dalam perkataan ‘ikan’ memerlukan bahagian hujung lidah berada pada kedudukan paling tinggi dalam rongga mulut. Selain itu, bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah memainkan peranan yang penting dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian yang paling berperanan dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan udara. Hal ini membolehkan lidah dapat membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi dengan adanya pembahagian-pembahagian ini.

Gigi
Selain lidah, Gigi juga berperanan penting dalam penghasilan bunyi bahasa meskipun peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang seterusnya menghasilkan bunyi.

Bibir
Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Selain itu, Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.
. Kedua-dua bibir (atas dan bawah) dapat digerakkan, dihamparkan dan dibundarkan. Misalnya, untuk menghasilkan bunyi b, w dan v.  Apabila membunyikan bunyi [ i ] misalnya keadaannya menjadi terhampar, manakala jika menyembunyikan bunyi [ u ] bibir menjadi bundar. Bibir juga berfungsi dalam membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut, untuk menyembunyikan bunyi [ m ] misalnya, udara disekat di bibir.

Gusi
Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.
Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan. Gusi memainkan peranan dalam penghasilan bunyi-bunyi seperti bunyi [ t ], [ d ], [ l ] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.  

Lelangit
Lelangit dapat dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Oleh sebab itu, alat artikulasi ini amat penting bagi menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau ataupun sebaliknya. Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar adalah sengauan manakala jika dinaikkan, bunyi yang keluar bukanlah bunyi sengau. 

Rongga Hidung
Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita suara
Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan. Sewaktu pernafasan biasa, pita suara direnggangkan supaya arus udara boleh melalui tanpa sekatan. Makna kata, dalam pernafasan biasa, glotis terbuka. Jikalau glotis dirapatkan serapat-rapatnya dan tekanan udara dari paru-paru yang kuat menyebabkan rapatan itu dilepaskan serta merta, terjadilah bunyi letupan pita suara. Jika glotis dirapatkan tetapi tidak menutup keseluruhan ruang, maka udara dari paru-paru dapat lalu. Sekiranya laluan udara itu menggetarkan pita, bunyi yang dihasilkan disebut bunyi bersuara, misalnya [ a ]. Manakala jika pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi yang tidak bersuara, misalnya [s].

Tulang rahang
   Tulang rahang juga terlibat dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa dalam menentukan kedudukan gigi dan bibir. Tulang rahang memainkan peranan utama kerana mulut akan terbuka luas jika rahang dibuka dan tertutup jika rahang ditutup. 

 Anak tekak
   Lokasi anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut (anak tekak bersambungan dengan lelangit lembut). Anak tekak berperanan sebagai alat artikulasi bersama dengan lelangit lembut khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Di samping itu, anak tekak juga boleh digerak-gerakkan sama ada dinaikkan atau diturunkan.








Rajah 14: Konsonan sengauan [ng].  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK)

  BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK) Sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat, yang nengaitkan dua bidang yan...

klik