Perkembangan
kurikulum Pendidikan Seni Visual (PSV)
boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu sebelum merdeka dan selepas
merdeka. Seiring dengan perkembangan ini, nama subjek ini telah ditukar
bersesuaian dengan kehendak semasa. Pada awalnya subjek ini dikenali sebagai
subjek Lukisan dan pertukangan Tangan. Kemudian ianya ditukar pula kepada
Pendidikan Seni dan Pendidikan Seni Visual. Kini, setelah Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) ditukar kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR),
subjek ini dikenali sebagai Dunia Seni Visual.
Pendidikan Sebelum Merdeka
Pendidikan
di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah berbentuk tidak formal serta tidak
mementingkan perkembangan kognitif pelajar – pelajar. Kitab Pedoman Guru
Penggal Satu (1928) dan Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua (1929) telah diguna
pakai oleh guru – guru pada ketika itu sebagai panduan untuk mengajar Lukisan
dan Pertukangan Tangan di sekolah – sekolah melayu pada masa tersebut. Buku ini
disusun oleh O.T Dussek dan Muhammad Hashim bin Haji Taib dan merupakan buku
pertama yang ditulis di Malaya mengenai kaedah mengajar mata pelajaran Lukisan
dan Pertukangan Tangan.
Di
dalam buku ini, kaedah mengajar Pendidikan Seni dirancang dari unsur yang
senang kepada unsur yang lebih sukar. Sebagai contoh, kaedah asas penggunaan
alat dan bahan diperkenalkan pada awal pembelajaran. Kemudian diikuti dengan
latihan asas membuat garisan dan latihan melakar bentuk – bentuk asas.
Bahantara yang digunakan pula adalah pensel dan pena dakwat. Bahantara ini
telah digunakan di sekolah Melayu sejak tahun 1900 – an. Penggunaan dua
bahantara ini telah berkembang secara meluas dalam kalangan pelajar Melayu yang
berminat dalam bidang artistik pada ketika itu. Hal ini telah menyebabkan
peningkatan dalam keinginan untuk menghasilkan karya – karya yang bersifat
lakaran. Perkara ini memperlihatkan kepentingan konsep visual dalam
pengilustrasian buku.
Pada tahun 1905, Maktab Melayu Kuala Kangsar telah diasaskan
mengikut model English Grammar School. Hal ini adalah untuk menampung
permintaan yang bertambah terhadap pendidikan menengah. Namun sekolah ini
hanyalah untuk golongan bangsawan sahaja. Pada tahun 1922 pula, Maktab
Perguruan Sultan Idris atau lebih dikenali sebagai Sultan Idris Training College
(STTI) telah ditubuhkan. Perkara ini untuk memenuhi permintaan yang bertambah
terhadap guru – guru sekolah Melayu yang berkelayakan. Pendidikan Seni telah
diajar di STTI di samping subjek – subjek lain. Subjek ini diajar bersama
dengan pertukangan tangan. Membuat bakul menggunakan mengkuang adalah sukatan
pelajaran bagi tahun pertama. Selain itu mereka juga dikehendaki mencipta corak
– corak baru dengan menggunakan rotan dan buluh. Kemudian untuk tahun kedua,
kerja –kerja tahun pertama disambung manakala tahun ketiga pula, penggunaan
rotan dan buluh yang lebih meluas diajar. Buku yang digunakan adalah Kitab
Rajah – Rajah Anyaman oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.
Pendidikan Selepas Merdeka
Perkembangan
politik negeri China, India dan Negara jiran banyak berubah selepas perang
dunia kedua. Tanah Melayu dianggap tempat kediaman oleh masyarakat pendatang.
Masalah kerumitan kaum tentang pendidikan telah dilihat oleh kebangkitan
nasiolisme Melayu.
Jawatankuasa
Barnes telah ditubuhkan apabila orang Melayu mula mendesak agar kerajaan
membaiki mutu pendidikan di sekolah – sekolah Melayu serta menambahkan peluang
bagi melanjutkan pelajaran. Pada awal tahun 1951, laporan Barnes diterbitkan.
Di dalam Laporan ini terkandung cadangan agar sekolah – sekolah kebangsaan dari
bahasa berbilang kaum sama ada menggunkan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu
sebagai pengantar utamanya ditubuhkan. Sekolah Cina dan Tamil akan ditukar
beransur – ansur kepada sekolah kebangsaan dengan memperkenalkan aliran
kebangsaan. Namun, cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang cina.
Laporan
Fen Wu, memperakukan untuk mengekalkan serta menambahbaik Sekolah Cina telah
memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah Melayu.
Laporan Jawatankuasa Fen Wu mengemukakan cadangan – cadangan yang pada asasnya
menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris
dan bahasa CIna dijadikan bahasa penghantar.
Pendidikan Malaysia
Beberapa kajian telah dibuat untuk mendapatkan formula
terbaik bagi sistem pendidikan di Tanah Melayu pada masa itu. Walau
bagaimanapun setelah mendapat kemerdekaan, Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan
dasar kepada sistem pendidikan di negara ini. Justeru itu Kurikulum Lama
Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar oleh
guru-guru dana dipelajari oleh murid-murid dalam KLSR antaranya ialah Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal
Tempatan, Tata Rakyat, Jawi,Pendidikan Agama Islam, Lukisan dan Pertukangan
Tangan, Pendidikan Jasmani dan lain-lain.
Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan
mengikut kehendak KLSR sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974 hingga 1979
oleh jawatankuasa diketuai Dr.Mahathir Mohamad bagi melihat kesesuaian KLSR
ini. Laporan kajian yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati bahawa KLSR
sudah tidak relevan lagi dan perlu diganti dengan kurikulum ynag baru.
Implikasi daripada laporan ini ialah pengenalan kepada Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) pada tahun 1982.Namun begitu, pada tahun 1988 KBSR telah disemak
semula bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatannya. Lanjutan itu, KBSR yang
dikenali pada asasnya sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar menjadi
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dari segi kurikulum, mata pelajaran-mata
pelajaran yang telah sedia ada mengalami perubahan bagi membantu murid
menghadapi cabaran masa depan termasuklah Pendidikan Seni Visual.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranan
yang positif dalam membangunkan dan memperkembangkan kurikulum Pendidikan Seni
Visual. Hal ini dapat dilihat berdasarkan semakan terhadap Kurikulum Pendidikan
Seni Visual itu sendiri yang telah beberapa kali melalui proses perubahan.
Perubahan-perubahan tersebut meliputi aspek falsafah, matlamat, objektif,
pendekatan, kaedah dan isi kandungan mata pelajaran tersebut.Retrospektif
perkembangan kurikulum ini dapat dilihat seawal pertengahan abad ke-19 apabila
kurikulum seni mula diperkenalkan di Penang Free School dengan memberikan
penekanan kepada penglahiran pelajar yang mahir dalam kraf (Carline, (1968)
dalam Ibrahim Hassan melalui karya Md Nasir bin Hj. Ibrahim-Isu dan
Permasalahan Kurikulum Pendidikan Seni Visual).
Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965 Kementerian
Pelajaran Malaysia telah menggubal dasar baru pendidikan. Melalui dasar baru
ini, murid-murid daripada darjah 1 hingga tingkatan 3 akan belajar dua kumpulan
mata pelajaran yang dikenali sebagai mata pelajaran wajib dan mata pelajaran
elektif.
Kini, sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah
dengan penekanan kepada melengkapkan perkembangan diri seseorang individu
melalui nilai peribadi individu dan pemupukan kesedaran terhadap seni dalam
kehidupan sehari-hari serta sikap dalam menghargai hasilan seni sebagai
sumbangan kepada warisan budaya dan identiti bangsa. Perubahan-perubahan ini
melibatkan falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan
yang lebih mantap dan akan dapat menarik minat lebih ramai pelajar.
Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata
pelajaran wajib yang mesti dipelajari oleh semua murid. Mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual digubal selaras dengan perkembangan terkini ke arah
mencapai hasrat FPK. Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah
rendah sebagaimana yang digariskan oleh PPK padaa tahun 2000 adalah untuk
melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi
pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membnatu murid
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara, selaras dengan hasrat
FPK.Terdapat empat bidang yang terkandung di dalam mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual seperti berikut :
1. Menggambar
2. Membuat Corak dan Rekaan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
4. Mengenal Kraf Tradisional
Fokus
yang diberikan kepada setiap bidang pula ialah pemerhatian aktif, interaksi
yang kreatif dengan alat dan bahan, serta aprisiasi aspek seni.Pendidikan Seni
Visual memainkan peranan sebagai pengimbang kepada mata pelajaran lain yang
ditawarkan di sekolah-sekolah kerajaan. Mata pelajaran ini menyumbangkan ke
arah perkembangan murid-murid melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan
kraetiviti. Manakala aktiviti seni yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran dilakukan dalam konteks peranan seni sebagai media komunikasi,
seni dalam kehidupan dan persekitaran, dan seni sebagai warisan budaya dan
identiti bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan