Isnin, 18 November 2013

Fonetik dan Fonologi

1.0          Pendahuluan

Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan, kalimat atau ujaran, iaitu satu sistem bunyi yang teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara berulang-ulang atau berurutan.  Bahasa berasal daripada bunyi-bunyi yang disebut bunyi-bunyi bahasa.  Bahasa bertindak melalui dua bentuk iaitu  melibatkan bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan melalui alat ujaran manusia dan merangsang pemikiran, situasi sosial dan makna.  Kajian bunyi terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi.
Fonetik dan fonologi merupakan satu bidang kajian yang membincangkan mengenai bunyi bahasa. Fonetik merupakan satu bidang kajian yang berfokuskan kepada pembentukan bunyi bahasa. Manakala fonologi merupakan satu bidang kajian yang mengkaji mengenai bunyi bahasa dan mempunyai sistem dan peraturan yang terdapat dalam bahasa tersebut. Menurut Abdullah Yusoff dan Che Rabiaah Mohamed (2005), bunyi bahasa merupakan bunyi atau gabungan bunyi-bunyi yang dihasilkan melalui rongga pernafasan yang membentuk perkataan.
        Menurut Henderson, bidang fonologi ini perlu diasingkan daripada bidang fonetik memandangkan bidang fonetik tidak mungkin dapat merangkumi pemerian seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia. Sebagaimana yang dinyatakan, bahawa bidang fonetik adalah bidang yang mengkaji fenomena bunyi bahasa manusia sejagat, maka pada teori dan praktiknya, bidang ini mengkaji bunyi dari segi sifat bunyi itu, cara pengeluarannya, dan aspek pendengarannya.
Bidang fonetik dibahagikan kepada tiga iaitu fonetik auditori, fonetik akustik dan fonetik artikulasi. Fonetik artikulasi adalah fonetik yang mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan atau dikeluarkan. Bunyi-bunyi itu terhasil daripada udara yang keluar daripada paru-paru(udara sebenarnya keluar masuk paru-paru semasa seseorang itu bernafas) kemudian lalu pada pita suara yang boleh menentukan keadaan bunyi itu sama ada nyaring, kuat, perlahan atau sebagainya ,kemudian udara itu keluar melalui rongga ,iaitu rongga tekak, rongga mulut atau rongga hidung untuk mewujudkan “gema”.

2.0       Definisi fonetik
Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi- bunyi itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.
Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan(1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Merriam Webster’s Collegiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the system of speech sounds of a language or group of languages”. Kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionary of current English (1992:671) fonetik merupakan “the study of speech sounds and their production”.
Mengikut kamus The World Book of Dictionanry (1981:1566) menyatakan fonetik sebagai “the science dealing with sounds made in speech and the art of pronunciation. concerned with the production of these speech sounds by the articulating organs of the speaker, the sound waves in which they result, and the auditory effect they produce on the hearer”.
Kamus Collins Shorter English Dictionary (1990:858) pula menjelaskan fonetik sebagai “the science that deals with pronunciation and the representation of the sounds of speech.”Mengikut Kamus Linguistik(Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan definisi fonetik sebagai “ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa.” Akan tetapi mengikut Encyclopedia Americana (1994:955)mendefinisikan fonetik sebagai “ the science that investigates the sounds made by the speech organs, seeking to describe them, account for their production, and classify them.”
Selain definisi-definisi yang diberikan dalam kamus dan ensiklopedia beberapa pandangan dan pengertian tentang fonetik oleh beberapa orang sarjana bahasa juga disertakan di sini bagi menjelaskan konsep fonetik tersebut. Mengikut Ferdinand de Saussure dalam buku Pengantar Linguistik Umum yang diterjemahkan oleh Ajid Che Kob Course in Ge neral Linguistics menyatakan “ fonetik merupakan bahagian-bahagian  yang asas dalam ilmu bahasa, manakala fonologi, hanya satu disiplin Bantu dan terangkum ke dalampertuturan (1993:37).”Mengikut Adrin Akmajian et. Al. dalam bukuLinguistik: Pengantar bahasa dan Komunikasi terjemahan Aishah Mahdi dan Azizah Hussein daripada buku Linguistik :An Introduction to Language and Communication menyatakan: “ Fonetik ialah bidang yang memperkatakan bagaimana bunyi bahasa dihasilkan (dituturkan) dalam saluran suara bidang kajian yang dikenali se bagai fonetik artikulasi , dan juga sifat fizikal gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh saluran suara (bidang yang dikenali sebagai fonetik akustik).Sementara istilah fonetik biasanya bermaksud kajian tentang sifat artikulasi dan akustik bunyi. (1995:61).
Manakala Marsono dalam bukunya fonetik memberikan definisi fonetik adalah seperti yang berikut: “Fonetik (phonetics) ialah ilmu yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi itu sebagai pembeda makna dalam suatu bahasa” (1986:1”).Prof. Dr J.W.M Verhaar Gadjah Mada Universiti Press, Yogyakarta, 1988, dalam bukunya Pengantar Linguistik memberikan pengertian fonetik seperti berikut: “Fonetik atau ilmu bunyi menyelidiki bunyi sebagaimana terdapat dalam parole”.Dr. Awang Had Salleh (Nov 1958 : 536-540),menjelaskan bahawa fonetik ialah mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya.
Fonetikamnya ialah pengkajian terhadap unsur bahasa dalam bentuk bunyi.(1993:40) Alias Mohamad Yatim, dalam bukunya Fonetik dan Fonologi:Suatu Tinjuan menyatakan: “Fonetik ialah kajian saintifik mengenai bunyi bahasa dan rumus yang melibatkan pengeluarannya.”(1992:2) Mengikut Arbak Othman menghuraikan fonetik sebagai: “ Fonetik merupakan bidang yang dipelajari segala bunyi bahasa (bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia) dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu.
Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd.Dain memberikan pengertian fonetik sebagai berikut “ Fonetik mengandungi teori-teori mengenai bunyi bahasa. Dalam fonetik akan terdapat konsep-konsep mengenai bunyi bahasa, kriteria-kriteria pengklasan bunyi-bunyi bahasa, teknik menghuraikan pengeluaran bunyi bahasa dan lain-lain seumpamanya.” (1982:40).
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) pula, asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.
Sementara Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi.  Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahu pun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi. (Dr. Lufti Abas, 1975).
Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad dalam buku Teks Bahasa Melayu STPM yang diterbitkan oleh Penerbit Fajar bakti Sdn.Bhd (2006) pula mentakrifkan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Menurut Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan dalam bukunya Fonetik Dan Fonologi : Siri P & P Bahasa Melayu (2005) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji penyebutan bunyi manusia, terutama bunyi yang digunakan dalam pertuturan.
2.1       Cabang-cabang fonetik
Bidang fonetik terbahagi kepada tiga cabang utama, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori.  Fonetik artikulasi mengkaji cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh manusia dan bahagian-bahagian (articulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi.  Selain itu, cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur.
Fonetik akustik pula mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa.  Sifat fizikal yang dimaksudkan ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektogram dan osiloskop.   Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.
Fonetik auditori pula mengkaji cara otak memproses bunyi yang diterima melalui telinga dan cara bunyi-bunyi tersebut diinterprestasikan.  Proses yang terlibat dinamakan  sebagai mendekod, yang melibatkan pendengar.  Penutur menukarkan maklumat yang hendak disampaikan dalam bentuk kod-kod yang tertentu seperti bunyi, kata dan ayat manakala pendengar pula mentafsir maklumat ini dalam otak bagi menjadikannya sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang berlangsung. (Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar, 2006).

2.2       Definisi fonologi
Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa yang berkaitan senarai bunyi bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskan cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain. Tugas bidang fonologi ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara terperinci.
Maksud fonologi juga didapati dan dipetik daripada pendapat beberapa orang sarjana bahasa. Mengikut Adrian Akmajianet al dalam bukunya Linguistik: Pengantar Bahasa dan Komunikasi terjemahan oleh Aishah Mahdi dan Azizah Hussien memberi pengertian tentang fonologi seperti yang berikut: “ Fonologi ialah subbidang linguistic yang mengkaji struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia. Istilah fonologi digunakan dalam dua cara. Dari satu segi, fonologi sesuatu bahasa tertentu dan rumus yang mengawal penyebaran bunyi tersebut.
Menurut Arbak Othman (1983), fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif  yang  mempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia.  Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad Teks Bahasa Melayu STPM terbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd, Shah Alam (2006)  pula menjelaskan bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Bunyi bahasa disusun dengan sistem dan bidang fonologi bertujuan untuk menganalisis sistem ini.  Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik.  Fonemik merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.
Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Syam (2005) pula,  bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Abdullah Hassan (2005), pula menyatakan fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi-bunyi dalam bahasa.Munurut sarjana dari Indonesia dalam bukunya : Pengantar Linguistik , Prof. Dr J.W.M.Verhaar, Gadjah Mada Universiti Press, Yogyakarta, ,1988, menyatakan bahawa , fonologi ialah bidang yang menyelidiki bunyi bahasa hanya menurut segi  fungsionalnya sahaja.
Dari segi yang lain pula, fonologi merujuk bahagian teori tentang bahasa manusia yang umum yang berkaitan dengan sifat universal sistem bunyi semula jadi.”(1995:112) Manakala Frank parker dalam Linguistik untuk Bukan Ahli Linguistik menjelaskan: “Fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan.” (1974:112). Abdullah Hassan pula dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.”(1993:40)
Maksud dan makna fonologi menurut kamus dewan pula ialah, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.(1996:354) Dalam Merriam Webster’s Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages. Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistic yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionanry of CurrentEnglish (1992:671) memberi pengertian fonologi sebagai “the study of the systems of speech sounds, especially in a particular language. Manakala kamus Chamber Family Dictionary (1990:572) menghuraikan fonologi sebagai “ the study of system of sounds in language and of the history of their changes. Dalam Collins Shorter English Dictionary(1993:858) fonologi dikatakan “the study of the sound system of a language or of language in general.”The World Book Dictionary(1981:1567) menerangkan fonologi sebagai “ the system of sound used in language”.
.
1.4      KESIMPULAN
Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza  dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.
Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. Sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.
 Kaedah fonetik juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk guru-guru mengajar kanak-kanak membaca dengan cepat kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca.  Hal ini adalah kerana otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca  perkataan itu. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK)

  BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK) Sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat, yang nengaitkan dua bidang yan...

klik