0 Perbezaan bidang-bidang
fonetik dan fonologi
Menurut Nik Safiah Karim
dan Wan Malini Ahmad (2006), bidang fonetik ialah bidang yang mengkaji
bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberi lambang kepada bunyi
tersebut. Manakala bidang fonologi pula ialah satu cabang ilmu
bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem
bahasa tersebut. Bunyi bahasa disusun dengan sistem dan bidang fonologi
bertujuan untuk menganalisis sistem ini.
Siti
Hajar Abdul Aziz (2011) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang
mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia yang direalisasikan melalui
lambang-lambang tertentu. Manakala fonologi pula bertugas untuk
merumus, menghurai dan menjelaskan segala bentuk bunyi sesuatu bahasa secara teliti
dan terperinci untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik.
Fonetik
ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan
dengan sifat fizikal bunyi (fon) serta
proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori,
dan persepsi neurofizikal. Manakala Fonologi ialah
kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang
berfungsi dalam sesuatu bahasa yang dikenali sebagai bunyi bahasa.
Fonetik
juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan
dengan penggunaan bahasa manakala fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan
fonem sesebuah bahasa. Fonem merupakan istilah
linguistik dan merupakan gabungan terkecil dalam sesuatu bahasa yang masih
boleh menunjukkan perbezaan makna. Fonem berbentuk bunyi. Contohnya
bunyi [k] dan [g] merupakan dua fonem yang berbeza, seperti dalam
perkataan "cagar" dan "cakar".
JADUAL
PERBEZAAN BIDANG FONETIK DAN FONOLOGI
Fonetik
|
fonologi
|
Fonetik
adalah subdisplin linguistik, kajian tentang bunyi sebagai fenomena dalam
dunia fizikal, fisiologi, anatomi, neurologi dan psikologi manusia yang
menghasilkannya.
|
Fonologi
adalah subdisplin linguistik yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu tentang
fungsi, perlakuan dan organisasi bunyi sebagai item linguistik
|
Fonetik
adalah kajian tentang sifat-sifat semula jadi, produksi dan persepsi bunyi
–bunyi bahasa yang dihasilkan.
|
Kajian
tentang sistem bunyi sesuatu bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem
tersebut secara umum. Segala yang berkaitan dengan sistem dalam bahasa iaitu
pasangan terkecil fonotaktik dan sebagainya.
|
Kajian
ini dapat dipecahkan kepada tiga, iaitu fonetik akustik, fonetik artikulatori
dan fonetik auditori.
|
Kajian
adalah berkaitan dengan hubungan antara butir-butir leksikal dengan
butir-butir leksikal lain yang membentuk ayat.
|
Mengkaji
unsur setiap bunyi.
|
Kajian
berkaitan dengan penelitian pola-pola intonasi.
|
Menghasilkan
transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa.
|
Menghasilkan
sistem ejaan sesuatu bahasa.
|
Asas
kepada kajian fonologi
|
Input kepada kajian linguistik tinggi,
iaitu morfologi dan sintaksis
|
Tidak dapat memerikan seluruh
bunyi yang dihasilkan oleh manusia, tidak dapat menghalusi segala
variasi bunyi tersebut dan tidak dapat menghuraikan sistem bunyi
semua bahasa yang dituturkan oleh manusia dengan sempurna.
|
Dapat merumuskan, menghuraikan
dan menjelaskan segala bentuk
bunyidalam sesuatu bahasa secara telitidan terperinci dengan tujuan untuk
menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik.
|
Kedua-dua bidang ini saling melengkapi
antara satu sama lain. Bagi memahami fonologi , aspek fonetik perlu dikuasai
terlebih dahulu. Apabila sudah menguasai bidang fonetik barulah sistem bunyi
bahasa dalam sesuatu bahasa dapat difahami dan dihuraikan dengan sempurna.
Hubung kait antara kedua-dua bidang ini sangat rapat di antara satu sama lain.Garis pemisah antara kedua-duanya adalah kurang jelas
walaupun ada sarjana cuba meletakkan garis pemisahnya.
Selain daripada dapatan di atas, perbezaan fonetik
dan fonologi dapat disimpulkan antara lain, i) Fonetik ialah kajian tentang
sifat-sifat semula jadi, produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang
dihasilkan; ii) Kajian fonetik dapat dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu
fonetik akustik, fonetik artikulasi, dan fonetik auditori; iii) Bidang fonetik
mengkaji unsur setiap bunyi; dan iv) Bidang fonetik menghasilkan transkripsi
fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa. Manakala bagi medan fonologi ialah
i) Fonologi merupakan kajian tentang sistem bunyi bahasa dan sifat-sifat semula
jadi sistem tersebut secara umum; ii) Kajian fonologi adalah berkaitan dengan
hubungan antara butir-butir lekasikal dengan butir-butir leksikal lain
yang membentuk ayat; iii) Bidang fonologi mengkaji pola-pola intonasi; dan iv)
Justifikasi bidang fonologi membentuk sistem ejaan sesuatu bahasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan