Pendahuluan
Guru dalam
bilik darjah menggunakan berbagai teknik dan kaedah untuk membolehkan murid
melakukan proses pembelajaran. Aktiviti pembelajaran
seperti set induksi, penerangan, penyoalan, tunjukcara,
variasi rangsangan, peneguhan, penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat,
sikap(‘gesture’) dan perlakuan bukan lisan seperti senyum , anggukan kepala dan
gerakan tangan dan sebagainya akan menentukan keberkesan guru.
Guru yang
berkesan akan memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan umur dan kebolehan
murid serta objektif pelajaran, juga perlu memikirkan organisasi dan disiplin
bilik darjah.
Pengajaran
mikro membolehkan guru pelatih melatih diri dengan satu kemahiran pada satu
masa, dan apabila satu kemahiran itu telah dikuasai, barulah dapat
digabungjalinkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam pengajaran
mereka. Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan latihan perguruan
dan kesedaran terhadap teknik pengajaran.
Pengajaran Mikro
Pengajaran
mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan oleh pelajar dalam
profesyen perguruannya. Ia berkaitan hanya dengan
kemahiran-kemahiran yang digunakan oleh guru dalam perhubungan persemukaan di
bilik darjah. Dengan itu, kemahiran pengajaran mikro adalah perlakuan
bilik darjah yang tertentu, boleh dilihat, ditakrifkan, ditunjukkan perkaitan
dengan pembelajaran murid.
Pengajaran
mikro adalah melatih diri sendiri, pelajar dilatih pengajarannya dari
segi kemahiran mengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal,
membantu pelajar bersiap sedia untuk membuat latihan pengajaran mikro dengan
berkesan.
Kemahiran-kemahiran
berikut adalah komunikasi dua hala guru-murid dalam bidang pengajaran dan
pengajaran seperti kemahiran: –
·
Set induksi
·
Tunjuk cara
·
Variasi rangsangan
·
Peneguhan
·
Penyoalan
·
Mengilustrasi dengan menggunakan contoh
·
Penerangan
·
Aprisiasi
·
Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran
·
Penutup
Kemahiran Set Induksi
Kemahiran ini
ada kaitan dengan cara guru memperkenal atau memulakan sesuatu pelajaran atau
satu unit tertentu sesuatu pelajaran. Pada setiap epesod pengajaran, guru
hendaklah menegaskan kepada muridnya tugasan yang akan dibuat. Guru
perlu mengekalkan dan menarik perhatian muridnya serta menggerakkan mereka
untuk membuat aktiviti, berfikir dan belajar. Memandu
muridnya kearah manakah tujuannya, membina perkaitan yang jelas dengan
pengalaman lalu/sedia ada.
- Menarik perhatian
Guru
boleh menggunakan suara, gerakgeri dan pandangan mata untuk menarik perhatian
murid kearah pelajaran yang diajar. Ia juga boleh menggunakan bahan
bantu mengajar atau alat bantu mengajar dan pelbagai intraksi yang lain.
- Menimbulkan pergerakan
Guru
boleh menggerakkan muridnya dengan menunjukkan kemesraan dan menunjukkan
semangat serta kesungguhan perkara yang diajarnya.
Guru boleh
juga menggerakkan muridnya dengan merangsang naluri ingin tahu atau menarik
minat murid dengan bercerita atau memulakan aktiviti.
- Struktur
Guru
menentukan hal bagi tugasan yang diberikan kepada muridnya, seperti
– Tengah hari ini kita akan melihat beberapa keping gambar dan kemudian kita
akan bincangkannya. Selepas perbincangan itu kamu akan menulis
ceritanya. Guru menolong muridnya dengan mencadangkan
beberapa cara menulis cerita itu.
- Membuat perkaitan
Guru
boleh membuat perbandingan dan perbezaan, seperti membandingkan papan tanda
berlampu yang terdapat di Semenanjung Malaysia dengan yang terdapat di Sabah
atau Sarawak. Guru merujuk kepada situasi semasa untuk
menarik perhatian.
Set induksi
yang berkesan ialah,
Ø Set insuksi hendaklah bermakna kepada
murid dari segi umur, kebolehan
dan minat.
Ø Set induksi hendaklah berkait dengan
isi pelajaran dan objektif pelajaran.
Ø Pelajaran baru hendaklah dikaitkan
dengan pengetahuan sedia ada
murid,
belajar daripada yang telah diketahui kepada yang akan diketuhui.
Kemahiran Variasi Rangsangan
Kemahiran ini
meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mempelbagaikan kaedah
dan teknik penyampaian. Latihan dalam kemahiran
ini dapat menolong pelajar mengajar dengan berkesan dan menarik minat murid
kepada pelajaran yang diajarnya.
- Pergerakan
Pergerakan
guru dalam kelas seperti beberapa langkah di sepenjang bahagian hadapan atau di
antara barisan-barisan murid boleh menolong murid sentiasa bersedia dan
menumpukan perhatian kepada pelajaran. Elakkan
pergerakan ke hadapan dan ke belakang yang resah akan mengganggu tumpuan murid
kepada pelajaran.
2. Gerak geri semula jadi guru (gesture)
Penggunaan
pergerakan badan, tangan dan muka yang semulajadi untuk menguatkan perkataan yang dituturkan dapat
menarik perhatian murid. Sebaliknya pergerakan tubuh badan
semulajadi yang tidak bermakna seperti mengejepkan mata atau mengelengkan
kepala atau melambungkan sesuatu akan menghalang tumpuan kepada pelajaran.
3. Mengubah nada pertuturan
Mengubah
intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal minat murid terhadap
pelajaran. Suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan
kuat menimbulkan rasa kebimbangan, sebaliknya suara yang mendatar, kurang kuat
dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan terhadap pelajaran.
4. Penglibatan murid secara
lisan
Soalan,
perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid untuk melahirkan
pendapat menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan dalam
pelajaran. Ini akan memberikan rasa seronok kepada murid.
5. Penggunaan Pancaindera
Guru
yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan pancaindera seperti penggunaan
gambar atau model, dapat menambah tarikan dan minat murid kepada pelajaran,
juga menambah kesan penyampaian maklumat kepada muridnya.
6.
Aktiviti Fizikal
Guru
yang memberi peluang kepada murid membuat aktivi yang pelbagai akan
menyeronokkan
murid semasa mereka belajar.
Variasi Rangsangan yang berkesan
ialah:-
- Matlamat
guru hendaklah jelas tentang tujuan perubahan-perubahan dalam aktiviti
yang digunakan dan ada perkaitan dengan isi pelajaran.
- Guru
hendaklah menjalankan variasi rangsangan dengan licin agar tidak
mengganggu perjalanan pelajaran.
- Guru
hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak menggunakan bahan bantu
mengajar dan alat bantu mengajar.
- Guru
perlu mengubah variasi rangsangan untuk memberi rangsangan kepada tindak
balas murid.
Kemahiran Peneguhan
Melibatkan
satu teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan murid dalam beberapa cara
yang positif seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman, angguk kepala,
memuji murid kerana memberi jawapan yang baik, menggalakkan murid yang lambat
belajar supaya terus tekun belajar, atau menulis ‘syabas’ dalam buku murid kerana
kerja yang telah disempurnakan. Peneguhan seperti ini
akan membawa kepada perulangan perlakuan yang baik dan seterusnya
akan membina sikap yang positif . Peneguhan ini boleh
diberikan kepada individu, kumpulan atau seluruh kelas. Bidang utama dalam
peneguhan ialah;-
- Peneguhan Lisan
Guru boleh menggalakkan murid belajar
dengan menggunakan perkataan seperti ‘baik’, ‘ia’, ‘betul’, ‘itu
jawapan yang tepat’, ‘bijak’, ‘pandai’, ‘ bagus’, ‘kerja kamu
sempurna’, ‘itu adalah cadangan yang baik’, dan lain-lain peneguhan yang
positif.
2.
Peneguhan Gerak Geri
Guru boleh memberi peneguhan dengan
menunjukkan perasaan pada mukanya seperti senyuman, ketawa yang menyukakan,
atau menggunakan gerakgeri tubuh badan sebagai isyarat persetujuan, seperti menganggukan
kepala, mengangkat tangan, angkat bahu, menepuk tangan dan sebagainya.
3. Peneguhan Dampingan
Guru boleh menunjukkan minat atas
prestasi muridnya dengan mendekatinya, berdiri di sebelahnya dan duduk di sisi
muridnya.
4. Peneguhan Sentuhan
Guru boleh menunjukkan persetujuan
dengan menepuk bahu atau belakang muridnya (sama jantina).
5. Peneguhan aktiviti
Guru melakukan aktiviti yang
boleh menyukakan muridnya kerana murid menghasilkan kerja yang baik.
6. Peneguhan ganjaran
Guru menulis kata pujian atau memberi
markah yang tinggi dalam buku kerja murid kerana telah menghasilkan kerja yang
baik. Bagi murid sekolah kebangsaan guru boleh memberi
hadiah seperti pensel, gula-gula dan sebagainya untuk menggalakkan murid maju
dalam pelajaranya.
Peneguhan yang berkesan ialah:-
- Kemesraan Dan Semangat
Kemesraan, semangat dan
kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru terhadap perlakuan dan pencapaian murid
adalah aspek penting dalam kemahiran peneguhan.
- Mempelbagaikan Penggunaan
Peneguhan
Guru hendaklah mempelbagaikan
peneguhan, peneguhan perkataan atau gerak-
geri yang selalu diulang akan hilang
maknanya.
1. Peneguhan Positif
Kajian telah menunjukkan bahawa
peneguhan positif seperti pujian untuk jawapan yang belum selesai adalah lebih
berkesan daripada peneguhan negatif seperti ‘itu salah’ atau ‘jawapan
kamu tidak tepat’.
2. Kefahaman Murid Tentang Peneguhan
Peneguhan
yang berkesan, murid hendaklah mengetahui perkaitan antara peneguhan
dengan perlakuan dan pencapaian mereka. Guru
hendaklah memikirkan faktor umur, jantina dan kumpulan sosial murid.
Kemahiran Penyoalan
Kemahiran penyoalan ialah kemahiran
yang sangat kompleks berbanding dengan kemahiran yang
lain. Kemahiran ini tidak diberi penilaian dan tempat
yang sewajarnya oleh guru semasa ia mengajar. Ada bukti yang
menunjukkkan kemahiran ini tidak digunakan dengan sepenuhnya dan soalan-soalan
yang ditanya adalah dari jenis soalan aras rendah yang tidak memerlukan
poemikiran yang kritis dan membina aras kognatif aras tinggi.
Penggunaan kemahiran penyoalan dapat meningkat tahap pencapaian murid dan
dapat mewujudkan suasana pembelajaran sosial yang berkesan.
Penyoalan Yang Mudah Atau Asas
i. Pembentukan soalan
- guru hendaklah membuat soalan bentuk
pendek,
padat dan menggunakan perkataan yang
mudah difahami oleh murid.
ii. Fokus
- Guru hendaklah menyoal soalan yang umum supaya
dapat
melibatkan ramai murid , hendaklah
difokuskan kepada satu tugasan
sahaja, sementara maklumat
yang diperlukan mula mendapat idea, guru bolehlah
menyoal soalan yang lebih khusus.
iii. Arah
– Guru mengemukan soalan kepada semua murid dalam kelas, selepas
berhenti sejenak, tujukan soalan itu
kepada murid tertentu dengan memanggil nama
murid itu, atau menunjuk dengan tangan
atau menganggukkkan kepala kearah
murid
yang hendak disoal.
iv. Penyebaran
- Guru hendaklah menyebarkan soalannya
secara rawak
supaya dapat menyoal semua
kumpulan dalam kelasnya.
v. Pemberitahuan
- Guru hendaklah
membuat tanda dalam soalannya
yang boleh menunjujkkan skop atau
jenis jawapan yang ia perlukan. Tanda itu
mungkin juga boleh membawa kepada
jawapan kepada soalan itu.
Penyoalan yang kompleks
A)
i. Mempelbagaikan peringkat soalan
- Guru menyoal
soalan yang
berbeza aras kesukarannya, dan meminta
aras pemikiran yang berbeza.
ii. Ingat
semula
- Penyoalan yang
memerlukan murid mengingat
semula maklumat-maklumat yang mereka
telah pelajari, kemudian guru
bolehlah menyoal soalan yang lebih
kompleks.
iii. Kefahaman
- Soalan yang
menguji kefahaman murid mengenai
sesuatu perkara.
iv. Aplikasi
- Soalan yang
memberi peluang kepada murid agar
dapat menggunakan pengetahuan yang lalu.
v.
Analisis
- Guru menyoal
murid yang membolehkan murid
memeriksa bukti-bukti dan
kemudian membuat rumusan yang
membolehkan mereka mengurus dan
melahirkan pemikiran mereka.
vi. Sintisis
- Guru melibatkan
seorang murid atau beberapa
orang murid dalam aktiviti kreatif
mengenai sesuatu situasi atau kejadian
yang memerlukan penyatuan beberapa
idea.
vii. Penilaian
- Guru menyoal
murid soalan yang memerlukan
mereka membuat anggapan mengenai
idea-idea atau nilai-nilai, dan
kemudiannya memberi sebab-sebab untuk
menyokong anggapan itu.
B)
i. Penyungkilan
- Guru menyoal
murid soalan yang membolehkan
murid memikirkan jawapan yang lebih
baik daripada jawapan yang
sebelumnya.
ii. Soalan penjelasan
- Guru meminta
jawapan yang lebih
jelas dan padat.
iii. Soalan Penyokongan
- Guru bertanyakan
sebab mengapa jawapan
tertentu itu diberikan oleh muridnya.
iv. Soalan
Persetujuan
- Guru menanya
muridnya adakah mereka
setuju atau tidak dengan jawapan yang
telah diberikan sebentar tadi.
v. Soalan
Contoh
- Guru mengarahkan
muridnya memberi
contoh-contoh yang menunjukkan maksud
jawapan yang lalu.
Kemahiran penyoalan dalan Pengajaran
mikro
Ø Sebagai peraturan am, soalan
dikemukakan kepada seluruh kelas dengan peruntukan masa diberi kepada murid
untuk berfikir.
Ø Guru hendaklah sesuaikan soalan dengan
umur dan kebolehan yang berbeza dalam kumpulan kelas itu.
Ø Guru perlu merancang soalan utama
sebelum pengajaran itu dimulakan.
Ø Guru hendaklah berhati-hati
mengemukakan soalan dan teliti jawapan murid.
Kemahiran Mengilustrasi Dengan Contoh
Kemahiran ini memudahkan guru
menyampaikan idea dan konsep yang abstrak. Guru meminta contoh daripada
murid dan menyemak idea dan konsep itu telah difahami atau
tidak. Contoh yang baik dalam kemahiran ini ialah
contoh yang biasa kepada murid. Dengan mengaitkan contoh dan
idea atau konsep, guru telah mengajar daripada perkara yang diketahui kepada
perkara yang akan diketahui. Dengan menggunakan contoh
dalam kehidupan seharian, guru boleh menarik perhatian dan menimbulkan minat
terhadap pelajarannya.
Pendekatan induktif dan deduktif dalam
penggunaan contoh-contoh
Dua jenis pendekatan boleh digunakan
dalam latihan kemahiran ini, iaitu pendekatan induktif : contoh diikuti
dengan peraturan, dan pendekatan deduktif: peraturan diikuti dengan contoh,
soalan digunakan untuk mendapatkan contoh;-
i.
Contoh mudah
- guru menggunakan
contoh mudah,
dinyatakan
dengan jelas dan boleh dikaitkan dengan pengetahuan yang
lalu.
ii.
Contoh yang berkait dengan peraturan atau konsep
-
menggunakan
contoh di mana peraturan atau konsep boleh digunakan.
iii.
Contoh ingin tahu
- menggunakan
contoh yang boleh
membangkitkan
naluri ingin tahu dan minat murid.
iv.
Media yang sesuai
- menggunakan media
yang sesuai
dengan
kebolehan , umur dan pelajaran yang diajar.
v.
Pendekatan
-
memilih pendekatan
yang sesuai
dengan
peringkat umur dan kebolehan murid dan pelajaran yang diajar.
vi.
Penglibatan murid
- murid dilibatkan
secara lisan, seperti
menjawab atau
menyoal, atau bukan lisan, seperti menulis di papan
hitam atau
menunjukcara dengan menggunakan contoh atau model
Kemahiran Penerangan
Penerangan ialah satu proses memberi
kefahaman kepada orang lain, dan kemahirannya ialah menentukan yang
penerangan itu difahami. Kemahiran memberi penerangan dengan tepat
dan berkesan salah satu kemahiran yang mesti ada pada
guru. Oleh itu ada banyak peringkat dan bentuk
kefahaman, juga banyak peringkat penerangan,
a.
Pentarifan
- menjelaskan
sesuatu isu
b.
Penerangan
- menerangkan
proses, struktur dan langkah-
langkah.
c.
Sebab
- pemberian alasan
Penerangan berstruktur
(a)
Penggunaan keutamaan - guru nyatakan dengan jelas,
tepat dan padat fakta utama yang terlibat.
(b)
Penggunaan contoh - perkara yang dititik beratkan
ialah mudah, berkait,
penggunaan media yang sesuai dan
menimbulkan minat.
(c) Penyimpulan
- guru menyatakan perkara utama dalam
penerangannya. Dr.
G.A. Brown, ‘Penerangan ringkas sangat penting
untuk penerangan yang berkesan’.
Penerangan Penyampaian
(a)
Penggunaan penyampaian yang
jelas
- guru menerangkan
sesuatu aspek pada
satu masa, dan memfokuskan semula dengan
menggunakan ringkasan atau
ilastrasi. Ia hendaklah menggunakan bahasa
yang sesuai dan berhenti sejenak
sebelum sesuatu aspek penting diterangkan.
(b)
Penggunaan penekanan variasi rangsangan
- guru hendaklah
menggunakan peringkat, nada dan
intonasi suara yang boleh menyampaikan
kepentingan yang berkaitan
dengan sesuatu. Gerak geri dan pergerakan
hendaklah digunakan dengan
sewajarnya.
(c)
Penggunaan penekanan – petunjuk dan perkaitan dan
keutamaan -
menggunakan perkataan atau rangkai kata
yang boleh membawa kepada
sesuatu yang penting dalam penerangannya
- contoh:
Petunjuk
- ‘Tiga bidang
utama………….’
Perkaitan
- ‘Ini
membawa kepada……………’
Keutamaan
- ‘Dengan
ini……………….’
(d) Jauhkan
kekaburan
- ini ada kaitan
dengan penerangan yang
jelas. Elakkan menggunakan perkataan ‘…….. dan
lain-lain, ……. dan
sebagainya…….. dan yang sama sepertinya’.
(e)
Sekuens
- guru boleh
menggunakn pendekatan induktif atau deduktif,
pelbagai rangsangan dan kaitan untuk
menunjukkkan penerangan ke arah yang
betul.
(f) Maklumat
balas
- penerangan guru
janganlah panjang lebar, beri peluang
murid menjelaskan kefahaman, sikap dan minat dan memberi peluang
mendapat
maklum balas. Guru hendaklah mengawal penyampaian, kelancaran, bahasa
dan
bilangan contoh yang digunakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan