Selasa, 28 Ogos 2012

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH


KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH ( KBT )
Pengenalan
            Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) ialah kemahiran yang dapat digunakan dalam setiap sesi pengajaran. Kemahiran ini dapat membantu guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan melaksanakan aktiviti pengajaran secara berkesan. Ia juga sebagai persediaan murid menghadapi senario dunia global yang sebenar. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah terdapat tujuh cadangan kemahiran bernilai tambah untuk guru melaksanakan dalam bilik darjah. Setiap kemahiran bernilai tambah itu boleh dilaksanakan secara solo mahupun secara bergabungan.
Kemahiran ini  diajarkan dalam bilik darjah serta dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan senario dunia yang global. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, dan pembelajaran kontekstual. Penerangan ringkas tentang kemahiran bernilai tambah dinyatakan seperti berikut:

Jenis-Jenis Kemahiran Bernilai Tambah
(a) Kemahiran Berfikir
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) yang merumuskan pendapat Mayer (1977 dan 1991) dan Fraenkel (1980) merumuskan Kemahiran Berfikir sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Proses asas berfikir ialah apabila anda mengemukakan pertanyaan. Hal ini kerana untuk mengemukakan pertanyaan anda perlu memikirkan aspek yang ingin ditanya. Proses berfikir itu akan melibatkan satu set pertanyaan yang dimulai pertanyaan rasa ingin tahu, seperti;

a) Apakah objek itu?
b) Bagaimanakah bentuk objek itu?
c) Apakah kegunaan objek itu?
d) Bagaimanakah menggunakan objek itu?
e) Di manakah dapat memperoleh objek itu?

Apabila ada pertanyaan maka diperlukan jawapan. Untuk menjawab pertanyaan itu, anda akan menggerakkan minda secara lebih aktif. Ia akan melibatkan proses mencari dan menilai kerana tidak semua maklumat yang diperoleh itu sesuai untuk dijadikan jawapan. Dalam proses mencari dan menilai jawapan akan melibatkan beberapa kemahiran seperti berfikiran kreatif, berfikiran kritis, menaakul dan strategi berfikir. Ia dinamakan jenis-jenis kemahiran berfikir.

Maklumat yang berikut ialah contoh aktiviti yang boleh dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran.

(a) Kemahiran Berfikir Kreatif ialah kemahiran mencerna dan menghasilkan idea baharu yang mementingkan keindahan. Lazimnya ia melibatkan penghasilan bentuk baharu, pengolahan bahasa yang indah, teknik penyampaian yang menarik, dan sudut pandangan yang tidak berlandaskan kebiasaan. Menurut Pusat Perkembangan kurikulum (2002) dalam Kemahiran Berfikir Kreatif akan melibatkan beberapa aktiviti pemikiran seperti;
i. menjana idea – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengemukakan idea, mencadangkan alternatif, mencadangkan sebab, menyenaraikan idea, menyatakan cara lain, menyumbangkan pendapat atau pandangan, menyatakan kemungkinan, menghasilkan atau mencetus idea baharu, dan sebagainya.
ii. Membuat inferens – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat kesimpulan awal atau hipotesis berdasarkan pemerhatian, membuat rumusan awal berdasarkan data-data yang diperoleh, membuat kesimpulan awal daripada maklumat yang diperoleh, membuat tanggapan awal, membuat penyataan awal, menyatakan pendidirian awal, menyatakan ketetapan awal dan sebagainya.
iii. Menghubung kait – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menerangkan sebab dan akibat, menyatakan perkaitan, menyatakan sebab-musabab, menyatakan implikasi, mengkaji perkaitan, mencari perkaitan, mengaitkan idea, menyatakan pertalian, membuat perhubungan dan sebagainya.
iv. Meramal – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan apa yang akan berlaku, membuat jangkaan, menganggarkan apa yang akan berlaku, membuat perlunjuran, menyatakan kemungkinan yang akan berlaku, dan sebagainya.
v. Membuat hipotesis – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan cadangan yang perlu diuji kesahihannya, membuat andaian yang perlu dibuktikan kebenarannya, membuat penyataan yang perlu diuji ketepatannya, menyatakan kesimpulan sementara yang perlu diuji dan sebagainya.
vi. Mensintesis – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menggabungkan idea, menggubalkan semula, menyatukan idea-idea, menyepadukan idea-idea, dan sebagainya.
vii. Mengitlak – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat penyataan umum berdasarkan pola, membuat generalisasi, membuat rumusan umum daripada keseluruhan idea, dan sebagainya.
viii. Menganalogi – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah memetaforakan, membuat sindiran, membuat kiasan, membuat perlambangan, membuat simulasi, membandingkan sesuatu yang ada ciri-ciri persamaan, dan sebagainya.
ix. Membuat gambaran mental – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengimaginasikan, menggambarkan dalam bentuk lain, membayangkan dalam minda, melakarkan peta minda, menceritakan gambaran mental, dan sebagainya.


x. Reka cipta – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah cadangan idea, asli, menghasilkan guahan asli, membuat rekaan bentuk, menciptakan sesuatu, membuat pengubahsuaian, menghasilkan idea kreatif, dan sebagainya.

(b) Kemahiran Berfikir Kritis ialah membuat analisis, membuat penilaian, membuat sintesis, membuat kritikan dan menilai kemunasabahan sesuatu idea. Dalam proses membuat penilaian itu akan melibatkan penyesuaian dengan beberapa aspek atau elemen. Mengkritik karya kesusasteraan akan melibat penggunaan teori kajian sastera sebagai kayu pengukurnya. Menilai tingkah-laku manusia akan melibatkan aspek sosio-budaya bangsa berkenaan sebagai kayu pengukurannya. Menurut Pusat Perkembangan kurikulum (2002a) dalam Kemahiran Berfikir Kritis akan melibatkan beberapa aktiviti pemikiran seperti;

i. Mencirikan – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan atau menyenaraikan ciri-ciri, sifat dan unsur sesuatu, mengenal pasti dan menyatakan kualiti sesuatu, dan sebagainya.
ii. Membandingbezakan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari persamaan dan perbezaan ciri, bentuk, sifat, warna, fungsi, dan sebagainya.
iii. Mengumpul dan mengkelaskan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat pengkelasan berasakan ciri, kategori, fungsi, bentuk, warna, kriteria, dan sebagainya.
iv. Membuat urutan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyusun mengikut urutan, kepentingan, nilai, abjad, nombor, kriteria tertentu, dan sebagainya.
v. Menganalisis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencerakin maklumat, mengolah idea, mengesan sebab, menghuraikan faktor, ciri-ciri, akibat, mencari punca atau bukti berasaskan maklumat atau data, dan sebagainya.

vi. Menilai -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mentaksir maklumat, mempertimbangkan pendapat atau cadangan, membuat pilihan, menentukan nilai atau kepentingan, mencari sebab dan kesan, dan sebagainya.
vii. Membuat kesimpulan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah merumuskan maklumat atau data, membuat hipotesis atau tesis, kesimpulan dan sebagainya.

(c) Kemahiran Berfikir Menaakul ialah kemahiran membuat pertimbangan secara logik dan rasional terhadap beberapa contoh sebelum membuat kesimpulan. Terdapat penaakulan secara induktif (berasaskan beberapa contoh kemudian membuat kesimpulan) dan penaakulan deduktif (mengemukakan rumusan dan kemudian memberi beberapa contoh untuk membuktikan kebenaran rumusan tersebut). Aktiviti menaakul melibatkan;

i. Hipotesis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari maklumat untuk membuktikan hipotesis seperti memberi contoh-contoh sesuai.
ii. Pengumpulan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengumpulkan maklumat atau data yang sama ciri, sifat atau kriteria untuk membuat kesimpulan atau rumusan.

(d) Strategi Berfikir atau sering juga disebut Kemahiran Berfikir Kreatif dan kritis. Gabungan pemikiran itu bertujuan untuk membuat konsepsi, keputusan dan menyelesaikan masalah. Petunjuk strategi berfikir ialah;

i. Mengkonsepsikan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti ciri-ciri, fungsi, rupa, persamaan untuk membuat rumusan dan membina konsep.
ii. Menyelesaikan masalah -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti masalah, punca masalah, kesan masalah, sasaran masalah dan sebagainya untuk diselesaikan.
iii. Membuat keputusan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti matlamat, sasaran, kepentingan, alternatif, punca dan kesan dan sebagainya untuk buat penentuan.

(b) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bermaksud kebolehan, keupayaan menggunakan alat-alat ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara berfikrah, terancang, kesesuaian, dan berkesan. Semuanya bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengajaran dan keberkesanan pembelajaran. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2003) penggunaan ICT untuk tujuan komunikasi seprti menghantar dan menerima emel, menggunakan aplikasi perisian untuk menyempurnakan tugasan dan mengakses maklumat. Kemahiran ICT perlu diaplikasikan supaya murid dapat menggunakannya untuk tujuan mendapatkan maklumat, memproses maklumat, dan menghantar maklumat. Kemahiran ICT bukan sahaja kemampuan aplikasi komputer atau internet, malahan juga radio kaset, televisyen dan sebagainya yang bersifat teknologi. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001a) penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dari aspek pengajaran (guru menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran (murid menggunakan ICT). Dalam konteks pengajaran, ICT digunakan sebagai;

i. Persembahan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menayangkan power points, petikan, gambar, gambar rajah, gambar visual dan sebagainya.
ii. Demonstrasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah gambar visual berkenaan tunjuk cara, rajah contoh pelaksanaan, dan sebagainya.


Dalam konteks pembelajaran, pengaplikasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dalam beberapa kategori seperti;

i. Tutorial -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari maklumat dalam internet, menyelesaikan atau melengkapkan tugasan, menghantar maklumat menggunakan email, menonton demostrasi contoh tugasan, dan sebagainya.
ii. Penerokaan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal; mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi, melihat demonstrasi sesuatu untuk dilaporkan.
iii. Pengaplikasian -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menulis dan mengedit karangan dalam perisian, mencari dan melengkapkan maklumat yang diusahakan, mengaplikasi graf, carta dan sebagainya untuk tujuan melengkapkan maklumat, menyisih dan mengkelas data-data yang diperoleh dengan menggunakan perisian-perisian yang sesuai seperti SPSS, dan sebagainya.
iv. Komunikasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menghantar, menerima dan berkongsi maklumat sama ada antara individu mahupun dengan ramai individu. Antara mod atau bahan yang memboleh

(c) Kemahiran Belajar Cara Belajar
Pusat Perkembangan kurikulum (2001b) menegaskan Belajar Cara Belajar (BCB) sebagai satu proses teknik belajar sama ada belajar bersama guru mahupun belajar tanpa bersama guru. Pendapat Sherina yang dipetik oleh Abdul Hamid Mahmood (2007) pula berpendapat BCB merupakan kaedah belajar atau menelaah pelajaran yang boleh berlaku dalam kelas bersama guru ataupun secara berseorangan membaca buku di perpustakaan. Bagi Abdul Hamid Mahmood sendiri BCB merupakan usaha mengembangkan tabiat belajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK)

  BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK) Sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat, yang nengaitkan dua bidang yan...

klik