Ahad, 27 April 2014

contoh soalan BMM 3112


SOALAN BMM 3112

STRUKTUR

1.

a) 3 ciri bahasa Melayu kuno.
i. Banyak kata-kata pinjaman Sanskrit
ii. Susunan ayat bersifat Melayu
iii. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno. Contoh: bulan – wulan
iv. Bunyi e pepet tidak wujud. Contoh: dengan – dngan @ dangan
v. Bentuk imbuhan hampir serupa
vi. Bunyi n berubah menjadi bunyi ny. Contoh: namuk - nyamuk
vii. Bunyi h lenyap dalam bahasa Melayu moden
viii. Terdapat konsonan yang dieja seperti bahasa Sanskrit.
ix. Perubahan fonem tidak konsisten.
x. Terdapat perkataan tidak lagi digunakan.

b) 2 bukti batu bersurat dalam bahasa Melayu kuno.
i. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang.
ii. Batu bersurat di Talang Tuwo dekat Palembang.
iii. Batu bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka
iv. Batu bersurat di Karang Brahi, Jambi

2.
a) 3 tujuan penerbitan Dewan Bahasa mengikut Tan Sri Syed Nasir.
i. Memartabatkan BM
ii. Sebagai pusat rujukan
iii. Menerbitkan karya-karya
iv. Menyebarkan ideology melalui penulisan

b) Maksud
i. Bahasa pengantar: bahasa yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam pengajaran dan pembelajaran.
ii. Bahasa perpaduan: bahasa yang digunakan sebagai tali pengikat kemuafakatan antara anggota masyarakat sama ada dalam kalangan satu etnik mahupun antara etnik.

3.
a)
Aliran Tatabahasa Tokoh Tatabahasa
Tradisional Za’ba
Marsden
Winstedt
Transformasi Generatif Farid M. Onn
Arbak Othman
Tatabahasa Dewan Nik Safiah Karim
Farid M. Onn
Hashim Haji Musa
Abdul Hamid Mahmood

b) Nama penulis yang terlibat dalam menjayakan Tatabahasa Dewan
i. Nik Safiah Karim
ii. Farid M. Onn
iii. Hashim Haji Musa
iv. Abdul Hamid Mahmood
4.
a) Prinsip penyusunan kamus
Jelaskan prinsip
i. Perancangan: pentadbiran yang berkaitan dengan perbelanjaan, penentuan individu dan penentuan prasarana
ii. Aspek linguistik: aspek linguistik digarap menurut cabang ilmu linguistik yang berkaitan dengan leksikologi termasuklah tatabahasa, lafaz, pengetahuan, dialek, maklumat, ensiklopedia dan sebagainya.
iii. Pemasaran: aspek yang berkaitan dengan penyebaran kamus secara meluas sebagai satu produk.

b) Nyatakan 4 jenis kamus.
i. Kamus ekabahasa
ii. Kamus dwibahasa
iii. Kamus aneka bahasa
iv. Kamus ensiklopedia
v. Kamus etimologi
vi. Kamus diakronik
vii. Kamus sinkronik
viii. Kamus umum
ix. Kamus istilah
x. Kamus sinonim
xi. Kamus thesaurus
xii. Kamus peribahasa

ESEI
1. 5 ciri bahasa Melayu klasik yang terdapat dalam teks (petikan Hikayat Bakhtiar)
i. Ayat panjang berjela-jela
ii. Kata pangkal ayat. Contoh:
iii. Hiperbola. Terlalu baik parasnya…
iv. Beriksah tentang raja
v. Banyak perkataan ‘pun’ dan ‘lah’
vi. Menggunakan perkataan Arab. Contoh:
vii. Menggunakan bahasa istana
viii. Ayat songsang. Contoh:

2. Perkembangan tulisan Jawi. Berikan 4 tahap daripadanya.
Perkembangan tulisan Jawi peringkat 1:
i. Menggunakan tulisan Arab dengan tanda baris.
Contoh: مك = maka
ii. Menghilangkan baris
Contoh: - مك
iii. Menggunakan huruf saksi. ( ا و ي )
Contoh: ini – اين
iv. Huruf saksi pada suku kata pertama dan kedua
Contoh: lagu – لاڬو
Perkembangan tulisan Jawi peringkat 2:
3. Menterjemah BI kepada BM.
























Bahagian C

1. Perkembangan sastera Melayu di Malaysia berkembang pesat secara berperingkat dari zaman Melayu klasik hinggalah ke zaman moden.
a) Huraikan 4 kepentingan sulalatussalatin dalam membicarakan perkembangan bahasa Melayu zaman kesultanan Melayu Melaka. (10 markah)
b) Huraikan 5 sumbangan Abdullah Munsyi dalam perkembangan bahasa Melayu. (10 markah)

2. Pengaruh tulisan Jawi sudah mula pada zaman bahasa Melayu praklasik sehinggalah zaman bahasa Melayu klasik. Huraikan 4 bahan bukti yang menunjukkan tulisan Jawi telah wujud pada zaman itu. (20 markah)

Contoh jawapan:
-buku/kitab : sulalatussalatin
[(1 bukti : 4 markah) + (1 contoh : 1 markah) = 5 markah]

3. Masalah terjemahan sering berlaku kerana tidak ada dua bahasa di dunia ini yang sama bentuknya dan mustahil wujudnya persamaan mutlak antara kedua-duanya. Huraikan 4 masalah yang menyulitkan peterjemahan dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. (20 markah)

Contoh jawapan:
- Kosa kata
- Tatabahasa (struktur ayat)

Bahagian B
1. Bahasa Melayu kuno melalui zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Sriwijaya kira-kira dari abad ke 7 hingga ke 13.
a) Senaraikan 5 ciri BM kuno.
b) Ahli-ahli bahasa membahagikan perkembangan BM kepada beberapa tahap. Bina tahap-tahap tersebut dan pengaruh yang mempengaruhi tahap-tahap tersebut.
2. Asas 50 telah ditubuhkan pada 1950 oleh beberapa orang penulis dan pengarang dari Tanah Melayu yang terpaksa berhijrah ke Singapura.
a) Senaraikan 5 tokoh Asas 50.
b) Tafsirkan 5 perkara yang termaktub dalam perlembagaan 152 di Malaysia.
3. Banyak nama pengarang dalam sejarah perkembangan tatabahasa Melayu di Malaysia.
a) Senaraikan 5 tokoh Melayu dalam menghasilkan penulisan tatabahasa BM.
b) Susun buku selok-belok BM karya Za’ba yang diberi mengikut tahun terbitannya.
4. Tugas menyusun kamus dengan kerja membaca sejumlah karya dalam bidang dan zaman yang akan diliputi oleh kamus itu sewaktu para penyusun kamus melakukan tugas membaca, mereka akan melakukan beberapa perkara.
a) Senaraikan 5 perkara yang perlu dicatatkan oleh para penyusun kamus.
b) Senaraikan 5 contoh kependekan yang ada dalam Kamus Dewan


Contoh SOALAN BMM 3112
Ismail Hussein (1948) menyatakan terdapat 3 tahap perkembangan bahasa melayu. Jelaskan tahap-tahap tersebut
Nyatakan 4 tokoh yang terkenal pada zaman perkembangan bahasa Melayu Kerajaan Acheh?
Nyatakan prinsip-prinsip utama penyusunan kamus?
Nyatakan 4 peranan DBP?
Lima faktor mengapa BMelayu dipilih sbg bahasa Kebangsaan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957?
Lima perkara yang perlu ada untuk menjadi seorang penterjemah?
Bagaimanakah bidang pendidikan dapat memartabatkan tulisan jawi?
Dalam proses perkembangan Bahasa Melayu , bahasa ini telah menerima penyerapan dari bhasa arab ke bahasa Inggeris. Terdapat 53 pola. Berikan dua contoh perkataan untuk setiap pola
• a menjadi e
• ee menjadi i
• f tetap f
• Konsonan ganda menjadi tunggal
• x yang tidak terletak di awal kata menjadi ks
Definisikan kedwibahasaan
Nyatakan perbezaan antara kedwibahasaan majmuk dan kedwibahasaan koordinat?
Bincangkan kesan-kesan yang berlaku dari kedwibahasaan?
Huraikan intipati laporan Razak 1956 dalam sistem pelajaran (bahasa melayu) Negara kita?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK)

  BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK) Sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat, yang nengaitkan dua bidang yan...

klik