Sabtu, 23 Disember 2017

PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO

 Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian
pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.

 Ciri-ciri :
·         portfolio berbentuk dokumentasi, berstruktur yang memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang berkualiti.
·         proses pembelajaran melalui portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kreatif dan kritis serta pemilihan maklumat dari peringkat awal hingga akhir.
·         kaedah ini menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama, bantuan dan sumbangan dari semua pihak.
·         kandungan portfolio terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik portfolio yang bersifat reflektif yang dirangsangkan melalui soalan-soalan.

 Jenis-jenis portfolio yang boleh dibina :
·         portfolio kerja harian - bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan untuk waktu yang diberikan.
·         portfolio hasil terbaik - dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja   harian. ini berbentuk sumatif.
·         portfolio dokumen - hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan portfolio kerja harian.


 Kegunaan portfolio :

·         membolehkan guru2 menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot untuk menghasilkan penilaian holistik.
·         mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan merasa bangga dengan hasil pencapaian sendiri.
·         membolehkan guru memantau pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan pelajar dari segi kemahiran2, pengetahuan dan kefahaman.

Perancangan sebelum membuat portfolio :

·         menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.
·         isi kandungan portfolio.
·         pemilihan isi kandungan bahan dan sumber portfolio.
·         penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian sama ada secara keseluruhan, kumpulan atau individu termasuklah kriteria yang diguna pakai untuk menilai.


PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN
Pengenalan
Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Aspek yang diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.
Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan instrumen seperti senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod profil dan lain-lain.
Dapatan dari proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masing-masing.

Jenis Pemerhatian 
Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/di perhati , iaitu:-
  • Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan(judgement)
  • Memerhati apa yang telah dirancang secara “open ended”
  • Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang

Strategi Pelaksanaan
Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan strategi dan cara serta kriteria tertentu. Antaranya ialah :
  • dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang
  • menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran
  • dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif pemerhatian
  • tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan
  • jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan

Fungsi

  1. Penilaian melalui pemerhatian :
  • digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran
  • dibuat oleh pelajar (individu /kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran
  • dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek
  1. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/pelajar merancang tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya seperti :
  • menjalankan aktiviti pemulihan/pengukuhan
  • meningkatkan motivasi pelajar
  • mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan minat dan keupayaan serta prestasi pelajar.

  1. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi terhadap keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudah cara, pendidik dan mentor.


  1. Pemerhatian yang terancang membantu guru :
    • Mengetahui sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran dan apakah yang mendorong/menolak minat tersebut
    • Mengesan sama ada strategi pengajaran guru memberi kesan yang positif
    • Mengesan kemampuan atau tahap pemikiran pelajar
    • Mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar
    • Menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan
    • Mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran , rakan sebaya dan terhadap diri sendiri,

Isnin, 18 Disember 2017

RPH PJ Tahun 5 ( kemahiran ( Gimnastik Asas )

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN JASMANI
TAHUN 5


Tarikh

Kelas

Masa

Modul
Kemahiran (Gimnastik Asas)
Tajuk
1.       Lombol Kangkang
Fokus
Berkebolehan melakukan kemahiran Lombol Kangkang dan pendaratan dengan lakuan yang betul.
Standard Kandungan
1.1, 1.2, 2.1, 5.1
Standard Pembelajaran
1.1.1, 1.2.1, 2.1.1, 5.1.3
Objektif Pembelajaran
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:-
1.       Melakukan Lombol Kangkang.
2.       Mengawal imbangan badan semasa dan selepas melakukan Lombol Kangkan  dan Hambur Arab.
3.       Mengenal pasti otot-otot utama yang menghasilkan daya semasa melakukan Lombol Kangkang dan Hambur Arab.
4.       Mematuhi peraturan keselamatan di tempat melakukan aktiviti.
Aktiviti
1.       Memanaskan badan
2.       Penyampaian standard pembelajaran
3.       Permainan kecil atau persembahan
4.       Menyejukkan badan
5.       Pentaksiran
EMK
Kreativiti dan inovasi
BBM
Tilam gimnastik, peti lombol, skital, dan papan anjal.
Penilaian P&P
Murid dapat melakukan kemahiran Lombol Kangkang dan pendaratan dengan lakuan yang betul.
Refleksi
Pada akhir pengajaran;

______ murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan ______ murid yang tidak mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi akan datang.

PdP ditunda kerana…………………………………………....................................
………………………………………………………………………………………………….





RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN JASMANI
TAHUN 5


Tarikh

Kelas

Masa

Modul
Kemahiran (Gimnastik Asas)
Tajuk
2. Hambur Arab
Fokus
Berkebolehan melakukan kemahiran Hambur Arab dan pendaratandengan lakuan yang betul.
Standard Kandungan
1.1, 1.2, 2.1, 5.1
Standard Pembelajaran
1.1.2, 1.2.1, 2.1.1, 5.1.3
Objektif Pembelajaran
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:-
1.      Melakukan Hambur Arab.
2.      Mengawal imbangan badan semasa dan selepas melakukan Lombol Kangkang dan Hambur Arab.
3.      Mengenal pasti otot-otot utama yang menghasilkan daya semasa melakukan Lombol Kangkang dan Hambur Arab.
4.      Mematuhi peraturan keselamatan di tempat melakukan aktiviti.
Aktiviti
1.      Memanaskan badan
2.      Penyampaian standard pembelajaran
3.      Permainan kecil atau persembahan
4.      Menyejukkan badan
5.      Pentaksiran
EMK
Kreativiti dan inovasi
BBM
Tilam gimnastik dan bangku panjang atau peti lombol.
Penilaian P&P
Murid dapat melakukan kemahiran Hambur Arab dan pendaratandengan lakuan yang betul.
Refleksi
Pada akhir pengajaran;

______ murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan ______ murid yang tidak mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi akan datang.

PdP ditunda kerana…………………………………………....................................
………………………………………………………………………………………………….




RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN JASMANI
TAHUN 5


Tarikh

Kelas

Masa

Modul
Kemahiran (Gimnastik Asas)
Tajuk
3. Aneka Imbangan
Fokus
Berkebolehan melakukan rangkaian imbangan yang memerlukan kawalan badan dan sokongan.
Standard Kandungan
1.2, 2.2, 5.1
Standard Pembelajaran
1.2.2, 2.2.2, 5.1.4
Objektif Pembelajaran
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:-
1.      Melakukan rangkaian imbangan yang melibatkan beberapa tapak sokongan di atas lantai dan bangku gimnastik.
2.      Mengenal pasti jenis-jenis imbangan yang digunakan dalam rangkaian imbangan.
3.      Mengenal pasti ruang yang selamat untuk melakukan aktiviti.
Aktiviti
1.      Memanaskan badan
2.      Penyampaian standard pembelajaran
3.      Permainan kecil atau persembahan
4.      Menyejukkan badan
5.      Pentaksiran
EMK
Kreativiti dan inovasi
BBM
Tilam gimnastik, bangku gimnastik atau peti lombol, perakam CD, dan CD Lagu KSSR Dunia Muzik.
Penilaian P&P
Murid dapat melakukan rangkaian imbangan yang memerlukan kawalan badan dan sokongan.
Refleksi
Pada akhir pengajaran;

______ murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan ______ murid yang tidak mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi akan datang.

PdP ditunda kerana…………………………………………....................................
………………………………………………………………………………………………….




RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN JASMANI
TAHUN 5


Tarikh

Kelas

Masa

Modul
Kemahiran (Gimnastik Asas)
Tajuk
4. Sokong, Gayut dan Ayun
Fokus
Berkebolehan melakukan kemahiran gayut dan ayun dengan pelbagai jenis gengaman.
Standard Kandungan
1.3, 2.3, 5.2
Standard Pembelajaran
1.3.1, 1.3.2, 2.3.1, 2.3.2, 5.2.4
Objektif Pembelajaran
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:-
1.      Bergayut dan mengayun pada palang dengan genggaman atas, genggaman bawah, dan genggaman campuran dengan pelbagai posisi badan dan kaki.
2.      Menyokong badan di atas palang dengan kedua-dua belah tangan dan mengayun badan.
3.      Mengenal pasti posisi badan dan kaki yang sesuai semasa mengayun.
4.      Mengenal pasti genggaman yang sesuai mengikut posisi badan semasa menyokong badan dengan kedua-dua belah tangan di atas palang dan mengayun.
5.      Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.
Aktiviti
1.      Memanaskan badan
2.      Penyampaian standard pembelajaran
3.      Permainan kecil atau persembahan
4.      Menyejukkan badan
5.      Pentaksiran
EMK
Kreativiti dan inovasi
BBM
Palang tunggal gimnastik, tilam gimnastik dan peti lombol.
Penilaian P&P
Murid dapat melakukan gayut dan ayun dengan pelbagai jenis gengaman.
Refleksi
Pada akhir pengajaran;

______ murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan ______ murid yang tidak mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi akan datang.

PdP ditunda kerana…………………………………………....................................
………………………………………………………………………………………………….


ceredit :sumber pendidikan .com

BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK)

  BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK) Sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat, yang nengaitkan dua bidang yan...

klik