Khamis, 28 Mei 2020

Contoh Surat rasmi ke balai polis memohon rentas negeri

nama dan alamat,

____________________,

____________________,

43000 Kajang,

Selangor Darul Ehsan.

 

 

KETUA POLIS ______________,

_________________________,

SELANGOR DARUL EHSAN.                                                                       31 MEI 2020 

 

Tuan,

 

MEMOHON KEBENARAN MERENTAS NEGERI

 

Merujuk kepada perkara di atas.

 

2.         Adalah dimaklumkan bahawa saya seperti penama diatas( nama penuh dan ic) ingin memohon kebenaran merentas negeri untuk menghantar ibu saya pulang ke kampung bagi mendapatkan bekalan ubat serta rawatan kesihatan.

 

3.         Berikut dimaklumkan butirannya:

 

Nama Ibu        :

No.K/P            :

Alamat             :.

Butiran perubatan : ( seperti lampiran ) *

                                

Penyakit          : .

 

4.         Untuk makluman pihak tuan, ibu saya sepatutnya melakukan temujanji dengan doctor di Klinik Kesihatan Di _____  pada 14.4.2020 .Walaubagaimanapun temujanji tersebut terbatal kerana masaalah PKP. Ibu saya berada di rumah saya di _______ sebelum perintah PKP bermula.Temujanji yang baru telah diatur iaitu pada bulan jun 2020. Saya amat risau mengenai masaalah kesihatan ibu saya.

 

5.         Saya berharap pihak tuan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya untuk meluluskan pemohonan saya ini.Saya berjanji akan pulang secepat yang mungkin ke ________ setelah saya selesai menghantar ibu saya pulang ke kampung.               

 

Di atas kerjasama pihak tuan, saya dahui dengan ucapan jutaan  terima kasih.

 

Sekian terima kasih.

 

 

Yang benar,

 

 

…………………………….

(  nama penuh )

 

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK)

  BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK) Sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat, yang nengaitkan dua bidang yan...

klik