Khamis, 4 Oktober 2012

PENGGAYAAN


DEFINISI KONSEP PENDIDIKAN PENGGAYAAN

Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Tujuan program pengayaan ialah untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman di samping mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-murid dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.

OBJEKTIF PENGAYAAN
1. Menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran bagi memperluas pengetahuan dan pengalaman.
2. Menjalani kegiatan-kegiatan pembelajaran yang lebih mencabar.
3. Menimbulkan minat untuk pembelajaran kendiri dan menanam sikap berdikari.
4. Melahirkan daya cipta menerusi pemikiran dan kegiatan serta boleh menilai hasil kerja sendiri.
5. Memupuk dan memperkembang asas kepimpinan.
6. Menggunakan masa lapang secara yang berfaedah mengikut keperluan minat dan bakat.
7. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap pelbagai bahan dan sumber pengetahuan.

MURID PENGAYAAN
1. Mereka yang berkeupayaan dalam kemahiran 3M serta berkemampuan dalam daya pemikiran abstrak. Mempunyai kemampuan menganalisis sesuatu untuk membezakan antar yang penting dengan yang kurang penting seperti dalam kefahaman dan dapat menganalisis teks.
2. Mempunyai kelebihan koordinasi pancaindera dengan pemikiran,pengamatan, pendengaran dan pertuturan.
3. Berupaya menerima konsep-konsep baru, boleh mengingat kembali, cerdas serta berpengalaman tentang alam keliling.
4. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan boleh bertindak balas dengan bebas serta kreatif.
5. Berkebolehan belajar sesuatu dalam waktu yang terhad. Darjah kecerdasan yang tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain.

PRINSIP PROGRAM PENGAYAAN

1. Memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif daneksperimental.
2. Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri.
3. Menggunakan daya usaha sendiri
4. Memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial
5. Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah
6. Melibatkan pembacaan luas

Strategi pelaksanaan Aktiviti Pengayaan.

1. Kumpulan Mengikut Kebolehan

Kelas dibahagikan kepada tiga kumpulan: cerdas, sederhana danlambat. Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan denganmenggunakan kemahiran yang sama tetapi kadar kesukaran yangberbeza

2. Aktiviti Pengayaan berjalan serentak dengan aktiviti pemulihan.

Semasa murid-murid cerdas dan sederhana menjalankan aktivitipengayaan, murid-murid lambat menjalankan aktiviti pemulihan. Arahan yang diberikan kepada kumpulan cerdas dan sederhana perlujelas agar mereka dapat menjalankan aktiviti pengayaan secara individu tanpa bimbingan guru. Guru boleh memberi perhatian atau membantu murid-murid lambat menjalani aktiviti pemulihan.

3. Aktiviti Pengayaan melalui kumpulan pelbagai kebolehan

Murid-murid cerdas akan dilatih membantu murid-murid lambatmenjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan Murid-murid cerdas dapat menambahkan pengalaman memimpin dan memupuk semangat kerjasama antara murid dalam kumpulan masing-masing. Cara ini amat sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang berlainan dalam masayang sama. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: kerja projek, permainan dan rekreasi dan sebagainya.

Pengelolaan Aktiviti Pengayaan

Aktiviti pengayaan boleh dijalankan berdasarkan;

1. Pilihan Murid
a. Aktiviti pengayaan dijalankan secara tidak formal, iaitu guru hanyalah sebagai pendorong dan penggalak kepada murid-murid untuk memilih dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan

b. Bagi murid cerdas dan sederhana, bimbingan khusus daripada gurukurang diperlukan kerana kebanyakan aktiviti pengayaan yang diberi adalah berbentuk belajar sendiri. Justeru, untuk memudahkanpengelolaan bilik darjah, guru bolehlah memberi bimbingan kepadamurid yang lambat.

c. Memandangkan murid-murid lebih senang berinteraksi dan belajardengan rakan-rakan sebaya, guru bolehlah pada masa tertentu mendapatkan bantuan daripada murid-murid yang cerdas bagi membantu murid-murid yang lambat menjalankan aktiviti mereka sama ada secara individu atau berkumpulan. Cara ini bukan saja berfaedah kepada murid-murid yang lambat tetapi juga berfaedah kepada murid-murid cerdas kerana secara tidak langsung pengetahuan dan pengalaman mereka bertambah.
 Di samping itu bakat kepimpinannya dapat dikembangkan di samping memupuk semangat kerjasama dikalangan murid.

d. Setelah murid-murid selesai menjalani sesuatu aktiviti yang diberikan, hasil kerja mereka hendaklah diberi penghargaan, misalnya dengan cara mempamerkan hasil kerja mereka atau mengadakan perbincangan kelas.

2. Pilihan Guru

Biasanya aktiviti-aktiviti ini dijalankan secara formal untuk semua murid mengikut peringkat keupayaan mereka. Pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam buku teks atau buku panduan khas yang ditetapkan. Ia hendaklah dijalankan selepas murid-murid diberi aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran. Aktiviti-aktiviti ini adalah untuk membantu murid-murid mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.

Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan

Aktiviti-aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan:
1. Dalam masa yang telah ditentukan setiap hari.
2. Selepas menjalankan aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran
3. Selepas menguasai sesuatu kemahiran atau sekumpulan kemahiran
4. Selepas menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran

KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN DAN PENGAYAAN



           
Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan imbuhan.Ianya juga disebut sebagai ‘Remedial education’ di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. dan
            Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak ‘ menjadikan pulih ‘.
            Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat.

Definisi Pendidikan Pemulihan
Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik Barat dan tempatan mengenai takrifan pendidikan pemulihan.Secara lebih khusus, takrif pendidikan pemulihan itu telah diberi dengan pelbagai definisi, antaranya ialah :

i) Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983 : 371
“Satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.”

ii) Ishak Harun & Koh Boh Boon, 1983 : 191
Perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa.”


iii) Pringle (1966)
Pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka.”

iv) Albertwhite (1977)
Pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi.”

v) Tansley (1967)
Pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara tersusun.”

vi) Collins (1961)
Pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas. Malah beliau menegaskan pengajaran ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca,menulis dan mengira.”

vii) Evans (1995)
Pengajaran pemulihan dianggap sebagai “ the ambulance of educational system “. Oleh sebab itu pengajaran pemulihan ini tidak boleh diambil kira sebagai satu pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara mengejut, mendadak atau digunakan pada waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan disusun dengan rapi berdasarkan aspek –aspek kelemahan murid.”




viii) Blair (1956)
“Pengajaran pemulihan adalah satu bentuk pengajaran yang bertujuan untuk membaharui teknik pengajaran dan pembelajaran untuk mengikis segala kebiasaan-kebiasaan dan amalan-amalan yang tidak sesuai bagi murid-murid lambat.”

ix) Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan dalam pekeliling KP (BS) 8502/5/PK/Jld. V (26) bertarikh 8 Januari 1986.
“Pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.”

x)Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1984)
Dalam konteks KBSR Program Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.”

xi) Koh (1979)
Pengajaran pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuan untuk memulihkan kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid lambat dengan tujuan untuk meningkatkan taraf pencapaian mereka agar setaraf dengan pencapaian murid-murid normal.”

xii) Chua (1977)
Pendidikan pemulihan sebagai satu pengajaran yang bertujuan untuk membantu murid yang lemah, melalui pendekatan perseorangan dalam kelas yang kecil bilangan muridnya. Pengajaran ini menggunakan kurikulum yang diubahsuaikan dengan menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi, tunjuk cara yang melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan serta disampaikan dengan teratur serta dikendalikan oleh kakitangan ikhtisas (profesional)yang terdiri daripada Guru Pemulihan dengan kerjasama doktor, pekerja sosial, pakar jiwa dan pihak-pihak lain yang berkaitan.

Kesimpulan Definisi
Secara kesimpulannya, pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan rakan mereka yang lain.

Jadual Penentu Ujian



Taksonomi Bloom


Jadual Penentu Ujian
Pengertian
Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberi panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.

Fungsi JPU
Sebagai panduan kepada penggubal soalan.
Menentukan bidang atau topik-topik dan objektif-objektif pengajaran yang perlu diuji.
Menentukan bidang/topik-topik dan pemberatan yang akan diberi.
Menentukan aras soalan dan bilangannya.
Menyelaras aras kesukaran dan menstabilkan taraf dan mutu ujian.
Membolehkan perbandingan dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain.
Membolehkan ujian dibina oleh penggubal-penggubal lain.

Penentuan Aras
Penentuan aras mengikut Taksonomi Bloom
-Pengetahuan
-Kefahaman
-Aplikasi
-Analisis
-Sintesis
-Penilaian

Aras:  Pengetahuan

-Ciri Soalan:  Memerlukan calon mengingat semula.  Jawapan         calon                                                  menggunakan bahasa asal.

Contoh Kata Kerja:
            Labelkan, Senaraikan, Nyatakan, Manakah, Apakah, Berikan, dll.

Contoh Soalan Aras Pengetahuan

Aras Pengetahuan

         1. Apakah maksud perkataan culas ?

            A. Rajin
            B. Lalai
            C. Malas
            D. Cergas
Aras:  Kefahaman

Ciri Soalan:   Memerlukan calon memahami fakta dan menghuraikannya, memberi contoh atau illutrasi dalam             bahasanya sendiri.

Contoh Kata Kerja:
            Terangkan, Jelaskan, Huraikan, Tukarkan, Mengapakah, dll.

Contoh Soalan Aras Kefahaman


Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi penyataan di bawah.

         Kuala Lumpur menjadi tumpuan orang ramai untuk mencari pekerjaan.

    Ada ubi ada batas
    Ada gula ada semut
    Ada udang di sebalik batu
    Banyak udang banyak ragam


Aras:  Aplikasi

Ciri Soalan:   Memerlukan calon   menyelesaikan masalah ‘non-routine’ atau masalah baru.    Ciri soalan adalah ‘problem-solving’.  Masalah diselesaikan        dengan cara tersendiri  menggunakan gabungan teori, pengalaman dan pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai unsur             persamaan.

.
Aras Aplikasi

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris
                 dengan betul.

                            “Radio ini ada kelasnya yang tersendiri,” kata Adib.
                            “Jangan makan di dalam kelas!” kata pengawas itu.
                            Mereka masyarakat kelas menengah.
                            Kulitnya kelas kerana terkena api.

                            I, ii dan iv sahaja
                            Ii, iii dan iv sahaja
                            I,ii dan iii sahaja
                            I ,ii ,iii dan iv sahaja


Aras:  Analisis

Ciri Soalan:   Memerlukan calon   menganalisis, memecah/mencerakinkan fakta             untuk mengkaji unsur-unsurnya secara mendalam  termasuk membanding, membeza,mengupas dan   membukti.

Contoh Kata Kerja:
            Bandingkan, Bezakan, Buktikan, Beri sebab, Buat analisis, Cerakinkan, Tafsirkan, dll.

Contoh Soalan Aras Analisis

Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan di bawah.

         Tiba-tiba aku tersedar
         Lamunan yang merugikan terlepas kini
         Sejarah hempedu pahit ku lupakan
         Kini, ku semaikan benih-benih harapan
         Bersama jutaan impian
         Aku kan tempuh segala cabaran


Ku semai benih-benih harapan bermaksud

           Pemuisi menanamkan cita-cita untuk berjaya
           Pemuisi belajar dengan bersungguh-sungguh
           Pemuisi menanam benih-benih baru di ladangnya
           Pemuisi mengharapkan dirinya tidak dilupakan








Aras:  Sintesis

Ciri Soalan:   Memerlukan calon   merancang, mereka/mencipta dan menghasilkan sesuatu hasil yang kreatif hasil dari penggabungan pelbagai unsur.  Ini termasuk penghasilan          sesuatu rancangan, rumusan, kaedah/prosedur, atau             cadangan.

Contoh Kata Kerja:
            Rancangkan, Rumuskan, Sediakan, Cadangkan, Karangkan, Gubahkan, dll.

Aras Sintesis
Arahan:

         Susun semula baris-baris pantun di bawah supaya menjadi pantun yang lengkap.

         Budi yang baik dikenang juga,
         Pulau Pandan jauh ke tengah,
         Hancur badan dikandung tanah,
         Gunung Daik bercabang tiga

        

Aras:  Penilaian

Ciri Soalan:   Memerlukan calon   menilai, membuat  pertimbangan atau justifikasi untuk mencapai atau mendapatkan sesuatu kesimpulan.  Calon perlu melihat fakta dari aspek ‘pro dan cons’ semasa membuat penilaian.

Contoh Kata Kerja:
            Bincangkan, Nilaikan, Beri pendapat, Beri justifikasi, Pertimbangkan, dll.

Contoh Soalan Aras Penilaian

Pencerobohan tentera Amerika  dan Britain  terhadap Iraq merupakan satu tindakan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.  Rakyat Iraq sanggup mempertahankan segenap inci tanah tumpah darah mereka.  Mereka sanggup berputih tulang daripada berputih mata.

         Soalan.

         Apakah yang anda faham mengenai ungkapan “Biar berputih tulang jangan berputih mata”.

         

BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK)

  BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK) Sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat, yang nengaitkan dua bidang yan...

klik