Khamis, 4 Oktober 2012

PENGGAYAAN


DEFINISI KONSEP PENDIDIKAN PENGGAYAAN

Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Tujuan program pengayaan ialah untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman di samping mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-murid dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.

OBJEKTIF PENGAYAAN
1. Menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran bagi memperluas pengetahuan dan pengalaman.
2. Menjalani kegiatan-kegiatan pembelajaran yang lebih mencabar.
3. Menimbulkan minat untuk pembelajaran kendiri dan menanam sikap berdikari.
4. Melahirkan daya cipta menerusi pemikiran dan kegiatan serta boleh menilai hasil kerja sendiri.
5. Memupuk dan memperkembang asas kepimpinan.
6. Menggunakan masa lapang secara yang berfaedah mengikut keperluan minat dan bakat.
7. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap pelbagai bahan dan sumber pengetahuan.

MURID PENGAYAAN
1. Mereka yang berkeupayaan dalam kemahiran 3M serta berkemampuan dalam daya pemikiran abstrak. Mempunyai kemampuan menganalisis sesuatu untuk membezakan antar yang penting dengan yang kurang penting seperti dalam kefahaman dan dapat menganalisis teks.
2. Mempunyai kelebihan koordinasi pancaindera dengan pemikiran,pengamatan, pendengaran dan pertuturan.
3. Berupaya menerima konsep-konsep baru, boleh mengingat kembali, cerdas serta berpengalaman tentang alam keliling.
4. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan boleh bertindak balas dengan bebas serta kreatif.
5. Berkebolehan belajar sesuatu dalam waktu yang terhad. Darjah kecerdasan yang tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain.

PRINSIP PROGRAM PENGAYAAN

1. Memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif daneksperimental.
2. Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri.
3. Menggunakan daya usaha sendiri
4. Memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial
5. Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah
6. Melibatkan pembacaan luas

Strategi pelaksanaan Aktiviti Pengayaan.

1. Kumpulan Mengikut Kebolehan

Kelas dibahagikan kepada tiga kumpulan: cerdas, sederhana danlambat. Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan denganmenggunakan kemahiran yang sama tetapi kadar kesukaran yangberbeza

2. Aktiviti Pengayaan berjalan serentak dengan aktiviti pemulihan.

Semasa murid-murid cerdas dan sederhana menjalankan aktivitipengayaan, murid-murid lambat menjalankan aktiviti pemulihan. Arahan yang diberikan kepada kumpulan cerdas dan sederhana perlujelas agar mereka dapat menjalankan aktiviti pengayaan secara individu tanpa bimbingan guru. Guru boleh memberi perhatian atau membantu murid-murid lambat menjalani aktiviti pemulihan.

3. Aktiviti Pengayaan melalui kumpulan pelbagai kebolehan

Murid-murid cerdas akan dilatih membantu murid-murid lambatmenjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan Murid-murid cerdas dapat menambahkan pengalaman memimpin dan memupuk semangat kerjasama antara murid dalam kumpulan masing-masing. Cara ini amat sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang berlainan dalam masayang sama. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: kerja projek, permainan dan rekreasi dan sebagainya.

Pengelolaan Aktiviti Pengayaan

Aktiviti pengayaan boleh dijalankan berdasarkan;

1. Pilihan Murid
a. Aktiviti pengayaan dijalankan secara tidak formal, iaitu guru hanyalah sebagai pendorong dan penggalak kepada murid-murid untuk memilih dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan

b. Bagi murid cerdas dan sederhana, bimbingan khusus daripada gurukurang diperlukan kerana kebanyakan aktiviti pengayaan yang diberi adalah berbentuk belajar sendiri. Justeru, untuk memudahkanpengelolaan bilik darjah, guru bolehlah memberi bimbingan kepadamurid yang lambat.

c. Memandangkan murid-murid lebih senang berinteraksi dan belajardengan rakan-rakan sebaya, guru bolehlah pada masa tertentu mendapatkan bantuan daripada murid-murid yang cerdas bagi membantu murid-murid yang lambat menjalankan aktiviti mereka sama ada secara individu atau berkumpulan. Cara ini bukan saja berfaedah kepada murid-murid yang lambat tetapi juga berfaedah kepada murid-murid cerdas kerana secara tidak langsung pengetahuan dan pengalaman mereka bertambah.
 Di samping itu bakat kepimpinannya dapat dikembangkan di samping memupuk semangat kerjasama dikalangan murid.

d. Setelah murid-murid selesai menjalani sesuatu aktiviti yang diberikan, hasil kerja mereka hendaklah diberi penghargaan, misalnya dengan cara mempamerkan hasil kerja mereka atau mengadakan perbincangan kelas.

2. Pilihan Guru

Biasanya aktiviti-aktiviti ini dijalankan secara formal untuk semua murid mengikut peringkat keupayaan mereka. Pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam buku teks atau buku panduan khas yang ditetapkan. Ia hendaklah dijalankan selepas murid-murid diberi aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran. Aktiviti-aktiviti ini adalah untuk membantu murid-murid mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.

Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan

Aktiviti-aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan:
1. Dalam masa yang telah ditentukan setiap hari.
2. Selepas menjalankan aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran
3. Selepas menguasai sesuatu kemahiran atau sekumpulan kemahiran
4. Selepas menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK)

  BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK) Sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat, yang nengaitkan dua bidang yan...

klik