Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu
cabang daripada sebahagian pendidikan imbuhan.Ianya juga disebut sebagai
‘Remedial education’ di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan
khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan
pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.Pendidikan Pemulihan
berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. dan
Guru
yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas
pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti
yang dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak ‘ menjadikan pulih ‘.
Pendidikan
Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan
atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat.
Definisi Pendidikan Pemulihan
Berbagai-bagai pendapat telah diberikan
oleh ahli-ahli pendidik Barat dan tempatan mengenai takrifan pendidikan
pemulihan.Secara lebih khusus, takrif pendidikan pemulihan itu telah diberi
dengan pelbagai definisi, antaranya ialah :
i) Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983 : 371
“Satu tindakan khusus yang diambil untuk
mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi
pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri
oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah
biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.”
ii) Ishak Harun & Koh Boh Boon, 1983 : 191
“Perkhidmatan khas untuk memenuhi
keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di
sekolah-sekolah biasa.”
iii) Pringle (1966)
“Pengajaran yang mempunyai pendekatan
khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata
pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang
sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka.”
iv) Albertwhite (1977)
“Pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk
pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang
disertai oleh gangguan-gangguan emosi.”
v) Tansley (1967)
“Pengajaran pemulihan ialah satu bentuk
pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan
sistematis bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara tersusun.”
vi) Collins (1961)
“Pengajaran pemulihan ialah satu bentuk
pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas. Malah beliau menegaskan
pengajaran ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang
gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca,menulis dan
mengira.”
vii) Evans (1995)
“Pengajaran pemulihan dianggap sebagai “
the ambulance of educational system “. Oleh sebab itu pengajaran pemulihan ini
tidak boleh diambil kira sebagai satu pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan
secara mengejut, mendadak atau digunakan pada waktu kecemasan sahaja.
Pengajarannya perlu dirancang dan disusun dengan rapi berdasarkan aspek –aspek
kelemahan murid.”
viii) Blair (1956)
“Pengajaran pemulihan adalah satu bentuk
pengajaran yang bertujuan untuk membaharui teknik pengajaran dan pembelajaran
untuk mengikis segala kebiasaan-kebiasaan dan amalan-amalan yang tidak sesuai
bagi murid-murid lambat.”
ix) Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan dalam pekeliling KP (BS)
8502/5/PK/Jld. V (26) bertarikh 8 Januari 1986.
“Pengajaran pemulihan sebagai satu usaha
dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di
sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima
latihan khas dalam bidang ini.”
x)Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1984)
“Dalam konteks KBSR Program Pemulihan
merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang
menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis
dan mengira. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut
dapat dikesan dan ditentukan.”
xi) Koh (1979)
“Pengajaran pemulihan sebagai pengajaran
yang bertujuan untuk memulihkan kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid
lambat dengan tujuan untuk meningkatkan taraf pencapaian mereka agar setaraf
dengan pencapaian murid-murid normal.”
xii) Chua (1977)
“Pendidikan pemulihan sebagai satu
pengajaran yang bertujuan untuk membantu murid yang lemah, melalui pendekatan
perseorangan dalam kelas yang kecil bilangan muridnya. Pengajaran ini
menggunakan kurikulum yang diubahsuaikan dengan menitikberatkan perkara yang
praktis dan latih tubi, tunjuk cara yang melibatkan kegiatan dan gerak kerja
yang dimudahkan serta disampaikan dengan teratur serta dikendalikan oleh
kakitangan ikhtisas (profesional)yang terdiri daripada Guru Pemulihan dengan
kerjasama doktor, pekerja sosial, pakar jiwa dan pihak-pihak lain yang
berkaitan.”
Kesimpulan Definisi
Secara kesimpulannya, pengajaran
pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid
lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam
proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan rakan mereka
yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan