Sabtu, 30 November 2013

RPH Larian


Mata Pelajaran            : Pendidikan Jasmani
Tunjang                       : Kemahiran
Kemahiran                  : Olahraga- Larian
Tajuk                           : Larian 100 meter
Tarikh                          : 1 April 2008
Masa                           : 8.40 pagi – 9.40 pagi
Tahun                         :  5
Bilangan Pelajar          :  30 0rang (14 lelaki dan 16 orang perempuan)
Pengalaman lepas     : Murid telah mempelajari aktiviti lakomotor berlari pantas pada tahap satu
OBJEKTIF                  : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, diharapkan murid-murid dapat :
                                       A ) Psikomotor
- Murid dapat melakukan larian 100 meter dengan menggunakan kaedah dan teknik dengan betul.
                                                 
  B ) Kognitif
- Mengetahui undang-undang dan peraturan-peraturan dalam acara lari pecut 100 meter.
- Membina satu konsep semangat kesukanan untuk alatan.
- Mengetahui segala jenis dan cara latihan.

C ) Afektif
- Memupuk nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama serta kepimpinan semasa melakukan aktiviti di  samping    mementingkan aspek-aspek keselamatan.
-    Menyuburkan kesihatan mental, disiplin serta inisiatif.
- Mengembangkan keyakinan diri, maruah diri dan semangat kekitaan.
Penerapan Nilai          : Bekerjasama
KBKK                          : Membuat analisis
Penggabungjalinan     : Ansur maju
Kesepaduan                :
Alat Bantu mengajar   :           - Kon,
- kayu
- blok permulaan
- board.










Bahagian / Masa
Aktiviti
Butiran Mengajar
Organisasi
Alatan / Catatan

Set Induksi

Permulaan
(5 minit)





























Perkembangan

Langkah 1
(8 minit)














Langkah 2
(7 minit)















Langkah 3
(10 minit)

































Langkah 4
(10 minit)













































Kemuncak
(10 minit)




Penutup
(10 minit)



Memanaskan badan

































  • Berbaring




  • Duduk



  • Membongkok





Berlari dalam pelbagai variasi















Permulaan Sederhana








Kedudukan Ke Garisan























Kedudukan Sedia














Kedudukan berlepas












Permulaan Larian








Semasa Larian









Pertandingan larian 100 meter




Regangan dan rotasi





  • Lari atas bebola kaki

ü  Murid berjalan dengan
 menggunakan  bebola kaki.
ü  Murid skip dengan menggunakan
 bebola kaki.

·         Angkat lulut tinggi.

ü  Lutut angkat sama tinggi dengan
      pinggang.
ü  Badan condong ke hadapan lebih 
      kurang 45º.
ü  Kepala tegak jangan terhangguk.
ü  Mata tumpu terus di hadapan lebih kurang 2m ke hadapan.
ü  Bahu relaks.

·         Hayunan tangan

ü  Siku bengkok lebih kurang 90º.
ü  Hayun tangan ke belakang 
      melepasi badan di sisi pinggang
      pada ketinggian pinggul.
ü  Tangan hayun dengan cepat Dan
       bebas.
ü  Jari bengkok sedikit.







·         Murid dihendaki berbaring dan bersedia untuk mendengar arahan atau tiupan wisel dari guru untuk berlari.

·         Murid juga dikendaki duduk untuk mendengar arahan dari guru untuk memulakan larian

·         Murid dikendaki membongkok dan bersedia mendengar arahan untuk berlari



·         Murid berdiri dalam keadaan stabili dan dan jatuhkan badan kehadapan dan seterusnya berlari.
·         Murid membengkok sedikit kebawah untuk berlari dalam keadaan sedia.Turunkan tangan kedepan dan seterusnya berlari.
·         Murid dikenhendaki menjatuhkan tangan tanpa menyentuh tanah. Selepas itu murid berlari dengan arahan/ tiupan wisel guru.
·         Murid membengkok sedikit kebawah untuk berlari dalam keadaan sedia. Tetapi sebelah tangan menyentuh tanah. Sebelum diarahkan berlari.

·         Berdiri di belakang garisan permulaan.
·         Jarak di antara bahagian hadapan blok dengan garisan permulaan antara 30-50 sm.
·         Pastikan blok permulaan dipasang dengan baik, ketat dan kemas. Ia diletakkan bersudut tegak dengan garisan permulaan.

·         Kaki berada di atas blok-blok permulaan. Kaki hadapan haruslah diselaraskan dengan lutut kaki belakang.
·         Lengan hendaklah diluruskan dan jangan kuncikan siku. Bahu dinaikkan lebih tinggi daripada tangan
·         Letakkan kedua-dua tangan di belakang garisan permulaan dengan membuka ibu jari Dan jari-jari lain tanpa menyentuh garisan. Jarak antara kedua-dua tangan seluas bahu.
·         Kedudukan kepala adalah seperti biasa, mata memandang pada titik 1 meter ke hadapan.








·         Kedudukan lutut kaki hadapan lebih kurang 90°dari aras tanah. Lutut kaki belakang lebih kurang 120° dari aras tanah.
·         Pinggang hendaklah lebih tinggi sedikit daripada bahu. Bahu pula harus tinggi sedikit daripada kepala.
·         Tangan diluruskan. Kedudukan kepala tidak berubah.
·         Tekan kedua-dua belah kaki dengan kuat pada blok permulaan.
·         Mata memandang pada titik satu meter ke hadapan.

·         Bergerak pantas dan lurus ke hadapan tanpa menegakkan badab serta-merta. Kedua-dua kaki menolak blok permulaan dengan kuat.
·         Tolakan jari tangan sekuat yang boleh untuk membantu pelepasan keseluruhan badan dari blok.
·         Condongkan badan dan mata tumpu pada titik 1 meter ke hadapan.

·         Kaki lonjakan dibawa ke hadapan.
·         Tubuh badan direndahkan.
·         Kepala ditundukkan sedikit.
·         Mata tertumpu pada trek.
·         Langkah permulaan pendek pada 10 meter pertama.
·         Kaki diluaskan sedikit.

·         Atlit memecut dengan langkah panjang dan cepat.
·         Lutut diangkat tinggi.
·         Mengayun lengan dengan kuat.
·         Lari atas bebola kaki.
·         Siku dirapat pada badan dan dibengkok pada sudut 90º.





Aplikasi semua teknik kemahiran yang telah dipelajari



·         Pelajar melakukan regangan dan rotasi bermula dari bahagian bawah kaki dan berakhir di bahagian atas kepala.
  • Regangan dan rotasi penting bagi :-
a)    Mengelakkan pengumpulan asid laktik
b)    Mengurangkan risiko kecederaan
c)    Mengembalikan suhu badan ke tahap normal
d)    Mengendurkan kembali otot-otot yang tegang




Pelajar berkumpulan  dalam kumpulan besar berbentuk ladam berhadapan dengan guru


Pelajar akan mengikut apa yang guru lakukan secara aktif


 


  XXXX        XXXX
  XXXXX    XXXXX
  XXXXXXXXXXXX

















Pelajar berdiri dalam keadaan berbaris dalam garisan panjang



XXXXXXXXXXXXXXX       
 

























Murid dalam keadaan sedia diatas setiap lorong.

  













































































Murid berada dalam barisan mengikut kumpulan masing-masing




XXXX                 XXXX
XXXX                XXXX
XXXXXX          XXXXX
            XXXXXX



TKP
~ Kinestetik
~ Verbal Linguistik
~ Intrapersonal



   




 

            = Guru

      X    = Murid-murid






















































Perkembangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual (PSV) di Malaysia


Perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual  (PSV) boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu sebelum merdeka dan selepas merdeka. Seiring dengan perkembangan ini, nama subjek ini telah ditukar bersesuaian dengan kehendak semasa. Pada awalnya subjek ini dikenali sebagai subjek Lukisan dan pertukangan Tangan. Kemudian ianya ditukar pula kepada Pendidikan Seni dan Pendidikan Seni Visual. Kini, setelah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) ditukar kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), subjek ini dikenali sebagai Dunia Seni Visual.

Pendidikan Sebelum Merdeka
Pendidikan di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah berbentuk tidak formal serta tidak mementingkan perkembangan kognitif pelajar – pelajar. Kitab Pedoman Guru Penggal Satu (1928) dan Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua (1929) telah diguna pakai oleh guru – guru pada ketika itu sebagai panduan untuk mengajar Lukisan dan Pertukangan Tangan di sekolah – sekolah melayu pada masa tersebut. Buku ini disusun oleh O.T Dussek dan Muhammad Hashim bin Haji Taib dan merupakan buku pertama yang ditulis di Malaya mengenai kaedah mengajar mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan.
Di dalam buku ini, kaedah mengajar Pendidikan Seni dirancang dari unsur yang senang kepada unsur yang lebih sukar. Sebagai contoh, kaedah asas penggunaan alat dan bahan diperkenalkan pada awal pembelajaran. Kemudian diikuti dengan latihan asas membuat garisan dan latihan melakar bentuk – bentuk asas. Bahantara yang digunakan pula adalah pensel dan pena dakwat. Bahantara ini telah digunakan di sekolah Melayu sejak tahun 1900 – an. Penggunaan dua bahantara ini telah berkembang secara meluas dalam kalangan pelajar Melayu yang berminat dalam bidang artistik pada ketika itu. Hal ini telah menyebabkan peningkatan dalam keinginan untuk menghasilkan karya – karya yang bersifat lakaran. Perkara ini memperlihatkan kepentingan konsep visual dalam pengilustrasian buku.
Pada tahun 1905, Maktab Melayu Kuala Kangsar telah diasaskan mengikut model English Grammar School. Hal ini adalah untuk menampung permintaan yang bertambah terhadap pendidikan menengah. Namun sekolah ini hanyalah untuk golongan bangsawan sahaja. Pada tahun 1922 pula, Maktab Perguruan Sultan Idris atau lebih dikenali sebagai Sultan Idris Training College (STTI) telah ditubuhkan. Perkara ini untuk memenuhi permintaan yang bertambah terhadap guru – guru sekolah Melayu yang berkelayakan. Pendidikan Seni telah diajar di STTI di samping subjek – subjek lain. Subjek ini diajar bersama dengan pertukangan tangan. Membuat bakul menggunakan mengkuang adalah sukatan pelajaran bagi tahun pertama. Selain itu mereka juga dikehendaki mencipta corak – corak baru dengan menggunakan rotan dan buluh. Kemudian untuk tahun kedua, kerja –kerja tahun pertama disambung manakala tahun ketiga pula, penggunaan rotan dan buluh yang lebih meluas diajar. Buku yang digunakan adalah Kitab Rajah – Rajah Anyaman oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.
Pendidikan Selepas Merdeka
Perkembangan politik negeri China, India dan Negara jiran banyak berubah selepas perang dunia kedua. Tanah Melayu dianggap tempat kediaman oleh masyarakat pendatang. Masalah kerumitan kaum tentang pendidikan telah dilihat oleh kebangkitan nasiolisme Melayu.
Jawatankuasa Barnes telah ditubuhkan apabila orang Melayu mula mendesak agar kerajaan membaiki mutu pendidikan di sekolah – sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran. Pada awal tahun 1951, laporan Barnes diterbitkan. Di dalam Laporan ini terkandung cadangan agar sekolah – sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunkan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya ditubuhkan. Sekolah Cina dan Tamil akan ditukar beransur – ansur kepada sekolah kebangsaan dengan memperkenalkan aliran kebangsaan. Namun, cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang cina.
Laporan Fen Wu, memperakukan untuk mengekalkan serta menambahbaik Sekolah Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah Melayu. Laporan Jawatankuasa Fen Wu mengemukakan cadangan – cadangan yang pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa CIna dijadikan bahasa penghantar.

Pendidikan Malaysia
Beberapa kajian telah dibuat untuk mendapatkan formula terbaik bagi sistem pendidikan di Tanah Melayu pada masa itu. Walau bagaimanapun setelah mendapat kemerdekaan, Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di negara ini. Justeru itu Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru dana dipelajari oleh murid-murid dalam KLSR antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat, Jawi,Pendidikan Agama Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pendidikan Jasmani dan lain-lain. 
Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut kehendak KLSR sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974 hingga 1979 oleh jawatankuasa diketuai Dr.Mahathir Mohamad bagi melihat kesesuaian KLSR ini. Laporan kajian yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati bahawa KLSR sudah tidak relevan lagi dan perlu diganti dengan kurikulum ynag baru. Implikasi daripada laporan ini ialah pengenalan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982.Namun begitu, pada tahun 1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatannya. Lanjutan itu, KBSR yang dikenali pada asasnya sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dari segi kurikulum, mata pelajaran-mata pelajaran yang telah sedia ada mengalami perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran masa depan termasuklah Pendidikan Seni Visual.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranan yang positif dalam membangunkan dan memperkembangkan kurikulum Pendidikan Seni Visual. Hal ini dapat dilihat berdasarkan semakan terhadap Kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri yang telah beberapa kali melalui proses perubahan. Perubahan-perubahan tersebut meliputi aspek falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan mata pelajaran tersebut.Retrospektif perkembangan kurikulum ini dapat dilihat seawal pertengahan abad ke-19 apabila kurikulum seni mula diperkenalkan di Penang Free School dengan memberikan penekanan kepada penglahiran pelajar yang mahir dalam kraf (Carline, (1968) dalam Ibrahim Hassan melalui karya Md Nasir bin Hj. Ibrahim-Isu dan Permasalahan Kurikulum Pendidikan Seni Visual).
Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965 Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal dasar baru pendidikan. Melalui dasar baru ini, murid-murid daripada darjah 1 hingga tingkatan 3 akan belajar dua kumpulan mata pelajaran yang dikenali sebagai mata pelajaran wajib dan mata pelajaran elektif. 
Kini, sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan penekanan kepada melengkapkan perkembangan diri seseorang individu melalui nilai peribadi individu dan pemupukan kesedaran terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta sikap dalam menghargai hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya dan identiti bangsa. Perubahan-perubahan ini melibatkan falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan yang lebih mantap dan akan dapat menarik minat lebih ramai pelajar. 
Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran wajib yang mesti dipelajari oleh semua murid. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual digubal selaras dengan perkembangan terkini ke arah mencapai hasrat FPK. Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah sebagaimana yang digariskan oleh PPK padaa tahun 2000 adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membnatu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara, selaras dengan hasrat FPK.Terdapat empat bidang yang terkandung di dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual seperti berikut :

1.    Menggambar
2.    Membuat Corak dan Rekaan
3.    Membentuk dan Membuat Binaan
4.    Mengenal Kraf Tradisional


Fokus yang diberikan kepada setiap bidang pula ialah pemerhatian aktif, interaksi yang kreatif dengan alat dan bahan, serta aprisiasi aspek seni.Pendidikan Seni Visual memainkan peranan sebagai pengimbang kepada mata pelajaran lain yang ditawarkan di sekolah-sekolah kerajaan. Mata pelajaran ini menyumbangkan ke arah perkembangan murid-murid melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kraetiviti. Manakala aktiviti seni yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam konteks peranan seni sebagai media komunikasi, seni dalam kehidupan dan persekitaran, dan seni sebagai warisan budaya dan identiti bangsa.

BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK)

  BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK) Sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat, yang nengaitkan dua bidang yan...

klik