PEMULIHAN MEMBACA
Pemulihan membaca merupakan salah
satu inisiatif yang diambil oleh kerajaan bagi membantu murid-murid yang tidak
dapat menguasai kemahiran membaca. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan
oleh guru bagi membuat tindakan saringan dan diagnosis bagi mengesan dan
menentukan jika sesorang murid itu mempunyai kelemahan membaca. Antara cara
yang boleh digunakan ialah guru boleh memerhatikan murid yang sedang membaca
dan kemudiannya menilai jawapan mereka dari soal selidik yang diberikan oleh
guru. Guru juga boleh menggunakan buku bacaan yang telah dikelaskan. Semasa
proses bacaan sedang dijalankan, guru perlulah mengkaji pergerakan mata murid
ketika membaca. Selain itu, ujian tara dan ujian yangdireka oleh guru itu
sendiri bolehlah diberi kepada murid untuk melihat sejauh mana kefahaman mereka
dalam membaca. Dan setelah selesai semua sekali, guru sudah boleh mengenal
pasti dan memilih murid yang memerlukan pengajaran tambahan atau pemulihan.
Membaca adalah salah satu kemahiran bahasa yang penting dikuasai oleh
kanak-kanak supaya mereka dapat mencapai kemajuan dalam pelajaran dan juga
kualiti kehidupan mereka. Sebab itulah sekiranya seorang murid gagal membaca
dengan baik selalunya dikaitkan dengan kegagalan pengajaran guru dan juga
pendidikan di sekolah berkenaan. Sebab itu guru perlu didedahkan kepada alat,
kaedah dan teknik menguji kemahiran bacaan terutamanya ujian bacaan secara
diagnostik.
Ujian diagnostik bacaan akan dapat membantu
guru mengesan kesukaran-kesukaran khusus bacaan murid. Ujian bacaan perlu
diberikan kepada murid supaya guru dapat mengesan secara objektif
kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam proses membaca. Bermula dari
sinilah guru akan dapat merancang aktiviti-aktiviti pengajaran pemulihan
bacaan. Murid yang bermasalah dalam bacaan tidak boleh dibiarkan berterusan
dengan masalah membacanya kerana akan memberi kesan terhadap pencapaiannya
dalam pelajaran secara keseluruhan. Ujian bacaan hendaklah dijalankan secara
berterusan supaya maklumat yang diperolehi dapat memberi gambaran sebenar
kelemahan murid. Masalah bacaan sebenar murid penting supaya guru dapat menilai
semula rancangan pemulihan bacaan dan boleh membantu guru menentukan objektif
pengajaran bacaan seterusnya. Kaedah dan teknik mengajar membaca perlu
dipelbagaikan bagi mengelak kebosanan.
6.1 KAEDAH
FONETIK
Menurut
Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian
adalah kajian tentang bunyi bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik bersaha menemukan
kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang
bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai
data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan
pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.Selain itu, fonetik boleh
didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut
manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi bunyi marginal,
dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr.Lufti Abas
(1985). Menurut ahli linguistik Barat, Kenstowicz dan Kisserberth (1979):
“the study of the sounds human beings
employ when speaking alanguage is phonetics”.
Penyataan
yang dinyatakan dapat kita terjemahkan yang barmaksud “penkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang kita digunakan semasa
bertutur ialah fonetik”.
Kaedah ini lebih menekankan amalan
membuat latih tubi tentang penyebutan bunyi huruf, suku kata, frasa, ayat-ayat
dan kurang memberi tumpuan kepada nama huruf. Kanak-kanak dilatih menyebut
huruf secara terasing dan kemudiannya menggabungkan dengan bunyi-bunyi huruf
lain untuk membentuk suku kata dan perkataan. Contoh lambang ‘b’ bukannya ‘bi’
tetapi disebut ‘beh’, ‘a’ disebut ‘ah’ dan begitulah seterusnya.Kaedah fonik
ini sesuai diajar kepada kanak-kanak kerana bahasa Melayu terdiri daripada suku
kata yang hampir tetap bunyinya. Amalan ini akan membolehkan mereka yang baru
belajar membaca melakukan latihan sebutan perkataan-perkataan baru. Menurut
Sofiah Hamid (1985: 1), selepas murid-murid mempelajari sejumlah perbendaharaan
kata, mereka akan membandingkan unsur-unsur yang sama dalam perkataan-perkataan
tersebut, dan kemudiannya membuat satu kesimpulan umum mengenai bunyi-bunyi
yang terdapat dalam perkataan-perkataan yang telah dipelajari. Contohnya,
selepas murid-murid diajarkan perkataan-perkataan yang dimulakan dengan bunyi
yang sama seperti mana, mama, makan, baju, bapa, bawa, mereka diajar
melihat dan mengenal bahawa perkataan-perkataan itu bermula dengan huruf dan
suku kata yang sama tetapi memberi makna yang berbeza-beza.
Nyata sekali, oleh sebab sistem
ejaan bahasa Melayu kita adalah fonemik, (iaitu ada hubungan yang agak teratur
di antara ‘huruf’ dan ‘bunyinya’), dan oleh sebab suku kata kebanyakan
perkataan Melayu agak jelas, maka kaedah fonik ini sesuai sekali digunakan
untuk mengajar permulaan membaca perkataan-perkataan Melayu. Sekurang-kurangnya
kaedah ini adalah lebih munasabah dan mungkin lebih berkesan dibandingkan
dengan Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut. Kelemahannya ialah kaedah ini
masih memerlukan murid-murid menghafal bunyi huruf yang kurang bermakna pada
permulaannya. Dan biasanya masa yang agak panjang diambil untuk mereka mengenal
semua bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan dan
ayat-ayat yang bermakna.
Kekuatan
|
Kelemahan
|
Sesuai denagn susuk bahasa Melayu
adalah terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya.
|
Bacaan murid-murid tidak licin. Ini disebabkan perhatian murid-murid itu
tertumpu kepada suku-suku kata, satu lepas satu.
|
Kaedah ini membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu
walaupun perkataan-perkataan itu diluar perbendaharaan kata mereka.
|
Tidak menarik hati kerana suku-suku kata yang diajar itu tidak
mempunyaai makna yang nyata pada mereka.
|
6.2 KAEDAH
ABJAD (Tahap prabacaan)
Kaedah ini juga dikenali
sebagai kaedah huruf atau kaedah mengeja dan merupakan kaedah tradisional yang
digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Murid-murid dikehendaki mengenali
nama, bentuk dan mengecam huruf abjad. Murid diperkenalkan dengan nama semua
huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama
semua huruf yang diperkenalkan itu. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000),
biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil
diajarkan. Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua
bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak. Setelah murid menghafal
semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a,
e, i, o, dan u.
Setelah murid menghafal nama
semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan
dengan pembentukan suku kata secara berturutan. Murid dilatih tubi membaca suku
kata itu. Daripada suku kata itu dibentuk perkataan seperti baba, baca, bola,
buku, dada, dan cucu. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan
dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan
penyebutan suku kata itu. Misalnya untuk perkataan “buku”, mula-mula disebut nama huruf bi dan yu
diikuti penyebutan bunyi suku kata “bu”; kemudian disebut nama huruf ke dan yu
dikuti penyebutan bunyi suku kata “ku”, dan akhir disebut perkataan “buku”.
Penekanan terhadap nama abjad dan bunyi suku kata sesuai dengan sistem ejaan
bahasa Melayu. Kecuali bentuk dwihuruf (digraf) seperti konsonan ng dan diftong
ai, umumnya satu huruf dalam bahasa Melayu melambangkan satu bunyi sahaja. Setiap perkataan pula mesti terdiri daripada
sekurang-kurangnya satu suku kata. Suku kata itu terhasil dengan menggabungkan
satu atau lebih daripada satu konsonan dengan satu vokal atau diftong. dDengan perkataan lain, struktur
suku kata bahasa Melayu bersifat tetap dan mudah dikenal pasti. Hal ini
memudahkan murid mengingat dan menyebut suku kata. Apabila murid menguasai suku
kata, mereka dapat membentuk perkataan. Seterusnya, murid dapat membentuk
apa-apa sahaja perkataan baharu dengan suku kata itu walaupun mereka tidak
memahami makna perkataan itu. Rumusannya, kaedah ini menyediakan murid asas
yang kukuh untuk membaca.
Kaedah ini mudah
dikendalikan dan tidak memerlukan alat bantu belajar yang banyak. Berbekalkan
pengalaman belajar membaca dengan menggunakan kaedah ini dan dengan menggunakan
sumber yang minimum seperti buku, ditokok dengan kesungguhan dan kesabaran,
sesiapa sahaja dapat mengajarkan bacaan kepada mana-mana kumpulan sasar dengan
menggunakan kaedah ini. Guru sekolah rendah dapat melaksanakan kaedah ini
berpandukan buku dan dengan menggunakan carta abjad, carta suku kata dan kad
perkataan. (http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com, 2009).
Vokal
|
a
|
a
|
i
|
|
Konsonan
|
b
|
c
|
k
|
r
|
Gabungan Vokal dan
Konsonan
|
ba
|
ca
|
ka
|
ri
|
Perkataan
|
baca
|
kari
|
Kekuatan
|
Kelemahan
|
·
Sesuai dengan susuk bahasa Malaysia kerana bahasa
Malaysia terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya
·
Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan
baharu, walaupun belum mempelajarinya kerana mereka dapat mengenal
huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik.
·
Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam
membaca.
·
Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta
member keyakinan kepada murid-murid
|
·
Murid-murid membaca dengan lancar tanpa memahami apa
yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca.
·
Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja
menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak.
·
Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan
dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang
bermakna.
·
Boleh membosankan murid-murid terutama apabila mereka
diberi latih tubi yang berlebihan.
|
6.3 KAEDAH PANDANG
DAN SEBUT
Kaedah
Pandang dan Sebut ini atau juga pernah disebut dengan nama Kaedah Seluruh
Perkataan (whole word) ini bolehlah dianggap sebagai reaksi kepada
kelemahan-kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad. Kaedah itu lebih bermakna
daripada Kaedah Menghafal ‘nama setiap huruf itu’. Misalnya batu, rumah, sekolah,
budak, pokok, meja, pensel dan sebagainya. Perkataan-perkataan yang ditulis
penuh adalah difikirkan lebih bermakna daripada pecahan tiap-tiap hurufnya.
Jadi Kaedah Pandang dan Sebut (atau Kaedah Seluruh Ayat) ini dijadikan asas
untuk mengajar murid-murid membaca. Kerap kali ditunjukkan seluruh
perkataan-perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya.
Perkataan rumah ditulis di tepi atau di bawah gambar rumah, perkataan pensel,
dan sebagainya. Kadang-kadang digunakan kad-kad imbasan yang menunjukkan gambar
dan perkataan. Jadi dalam kaedah ini murid-murid cuba ‘mengenal’ keseluruhan
lambang-lambang itu untuk mendapat membaca. Mereka harus mengenal beberapa
puluh ‘lambang perkataan’ sebelum boleh membaca ayat-ayat. Kemudian baru diajar
mengeja tiap-tiap perkataan, dan mengenal nama huruf-huruf yang mewakilinya.
Pada ketika
dahulu (bahkan bagi setengah-setengah ahli pendidik sekarang pun) kaedah
Pandang dan Sebut ini sangat ditegaskan. Mereka kuat dipengaruhi oleh ahli-ahli
pendidik mengajar membaca bahasa Inggeris. Di sebalik menggunakan kaedah ini
untuk mengajar, bahasa Inggeris ialah bahasa yang tidak mempunyai sistem ejaan
fonemik yang sempurna, bercelaru dari segi symbol-sound relationship. Kecelaruan
ini menyebabkan ahli-ahli pendidik bahasa menganggap kaedah Pandang dan Sebut
itu lebih sesuai dan bermakna untuk mengajar permulaan membaca. Tetapi, sejak
beberapa tahun kebelakangan ini kaedah ini dikritik semula, sebab didapati
ramai murid biasa (terutama di Amerika Syarikat) yang tidak boleh membaca.
Kemahiran murid-murid ‘mengenal’ perkataan-perkataan tidak dapat menjelma
dengan cepat. Bahkan ramai yang menghafal ‘perkataan-perkataan’ berdasarkan
gambar daripada ‘mengenal’ perkataan-perkataan, dan murid-murid ini sukar
mengenal perkataan-perkataan yang ‘baru’. Jadi, baru-baru ini timbul semula
hujah-hujah dan kajian-kajian yang membuktikan bahawa kaedah fonik mungkin
lebih sesuai dan berkesan daripada kaedah Pandang dan Sebut untuk mengajar
permulaan membaca bahasa Inggeris.
Kaedah Pandang
dan Sebut ini lebih sesuai digunakan untuk mengajar bahasa-bahasa yang memakai
sistem tulisan ideografik (atau lebih tepat lagi logografik) seperti sistem
ejaan bahasa Cina, yang melambangkan sesuatu benda, idea, dan sebagainya (satu
morfem) dengan satu perkataan. Oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu rata-rata
adalah fonemik (satu huruf boleh dikatakan melambang satu ‘bunyi’ – lebih
fonemik daripada misalnya sistem ejaan bahasa Inggeris) maka agak tidak begitu
munasabah bagi Kaedah Pandang dan Sebut ini digunakan untuk mengajar permulaan
membaca bahasa Melayu, terutama mengajar murid-murid Melayu. Kaedah ini akan
menyusahkan dan melambatkan lagi murid-murid mencapai kemahiran membaca bahasa
Melayu.
Kekuatan
|
Kelemahan
|
·
Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana
mereka mempelajari sesuatu cara keseluruhan, menarik minat murid-murid.
·
Bersesuaian dengan resmi semula jadi kanak-kanak
mempelajari sesuatu iaitu daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagiannya
·
Kaedah ini dari awal mementingkan makna.
·
Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan
dan rentak irama ataupun alunan suara yang betul dari mula.
|
· Bacaan kanak-kanak
mungkin terhad kepada perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat yang telah diajar
sahaja.
· Kaaedah ini tidak
membolehkan kanak-kanak mengenal huruf-huruf secara formal. Lambat mengenal
bunyi dan suku kata.
· Murid-murid tidak
mempunyai asas yang kukuh yang membolehkan mereka membaca sendiri.
· Lambat tercapai
kemahiran dan kecekapan membaca.
|