PERANCANGAN AKTIVITI KOKURIKULUM ___________
1. PENGENALAN
Ko kurikulum adalah
pelengkap bertujuan untuk pengukuhan dan pengayaan pembelajaran serta dapat
menyemai sifat-sifat kepimpinan, bekerjasama, sedia berkhidmat, serta
menyediakan pengalaman bagi perkembangan mental, fizikal, minat dan bakat,
sosial serta perkembangan rohani murid.Juga dapat membantu menjadikan sekolah
sebagai tempat yang menarik dan mengembirakan murid.
Oleh itu perlulah ada
perancangan yang teliti dan dijalankan dengan sebaik-baiknya bagi mencapai
matlamatnya melalui pendekatan berikut:-
v
Penyertaan aktif semua murid.
v
Kearah kecemerlangan.
v
Aktiviti sepanjang tahun.
v
Murid berbuat, guru membimbing.
v
Perkhemahan untuk semua.
1.1. Penyertaan aktif
semua murid.
v Setiap murid
hendaklah melibatkan diri secara aktif
satu aktiviti sukan /permainan, satu
aktiviti unit
berunifom dan satu aktiviti kelab/persatuan.
1.2. Kearah
kecemerlangan.
v
Setiap murid yang mempunyai bakat dan potensi
dikumpulkan dan diberi latihan lebih
khusus untuk
membentuk pasukan elit sekolah.
1.3. Aktiviti
sepanjang tahun.
v Aktiviti
perlulah dirancang dan dilaksanakan sepanjang tahun serta mempunyai
kesinambungan antara satu sama lain.
1.4. Murid berbuat,
guru membimbing.
v Guru hanya bertindak
sebagai penunjukcara untuk membolehkan murid menguasai kemahiran dan teknik
yang betul. Guru diperlengkapkan dengan pengetahuan dan ilmu yang berkaitan
melalui latihan, kursus, perkongsian ilmu dan pembacaan.
1.5. Perkhemahan
untuk semua.
v
Setiap murid diwajibkan mengikuti aktiviti
perkhemahan sekurang-kurangnya sekali sepanjang persekolahan sekolah rendah
bagi membolehkannya menyertai aktiviti berkumpulan yang membina daya tahan,
daya juang dan daya saing serta pengalaman berkhemah dan merasai serta mempelajari
ilmu perkhemahan.
2. MATLAMAT
Perlaksanaan ko kurikulum
di sekolah bertujuan untuk mengembangkan potensi dan minat individu kearah
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani
dan emosi sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara
3. OBJEKTIF
3.1. Untuk
menseimbangkan di antara emosi, jasmani, intelek dan rohani murid.
3.2. Membantu
mengembangkan potensi dan minat murid ke tahap optima.
3.3. membimbing murid
mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
3.4. Menggalakkan
murid berinteraksi untuk mengujudkan keharmonian.
3.5. Menjadikan
aktiviti ko kurikulum sebagai pelengkap kurikulum.
3.6. Mewujudkan
hubungan dua hala antara masyarakat
dengan sekolah.
3.7. Melahirkan murid
yang berbuat sendiri dan memajukan diri sepanjang hayat.
4. Bagi
memastikan objektif dan matlamat tersebut di atas berjalan lancar, pihak
pengurusan kokurikulum sekolah menggariskan beberapa perancangan program yang
difikirkan sesuai dan penting. Dalam merealisasikan program tersebut, sudah
barang tentulah ianya memerlukan sokongan, penglibatan serta komitmen yang
tinggi dari pelbagai pihak (sekolah, pentadbir, guru, murid, ibubapa dan
masyarakat).
PERKARA
4.1
PERLAKSANAAN
KOKURIKULUM MINGGUAN
4.1.1 Hari
Pedaftaran Kokurikulum
Penglibatan : Semua murid tahap 2 (tahun 4,5 dan6)
Tarikh :
16.01.2019 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi hingga
1.00 tengah hari.
- Borang pemilihan unit kokurikulum akan diedarkan kepada
semua murid tahap 2 pada hari
berkenaan.
- Murid tahap 2 (4,5,dan 6) akan membuat pendaftaran bagi
unit beruniform, kelab persatuan dan
sukan permainan.
- Pendaftaran akan dibuat secara “kaunter”.
- Murid akan mendaftarkan diri di unit-unit yang mereka
pilih.
- Namun begitu setiap unit ada had bilangan yang
ditetapkan. Oleh itu sistem “siapa cepat dia
dapat” diguna pakai.
- Guru dikaunter pendaftaran dikehendaki menulis nama
murid dalam borang pendaftaran unit
dan seterusnya menanda tangani
borang pemilihan unit kokurikulum yang dibawa oleh murid.
- Hari pendaftaran ini akan berjalan SEHARI sahaja. Berikut merupakan jadual waktu pemilihan:
Tahun
|
Masa
|
4
|
8.30 pagi - 9.30 pagi
|
5
|
11.00 pagi – 12.00 tengah hari
|
6
|
12.00 tengah hari – 1.00 tengah hari
|
4.1.2 Aktiviti Badan Beruniform/ Kelab Persatuan/
Sukan Permainan (Tahap 2)
- Dijalankan pada hari Rabu (selang
seminggu)
- Bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 6.00
petang.
- Agihan masa adalah seperti ketetapan
berikut:
* Badan Beruniform – 2.00 hingga 4.00 ( 2 jam )
* Kelab Persatuan –
4.00 hingga 5.00 ( 1 jam )
* Sukan Permainan – 5.00 hingga 6.00 ( 1 jam )
- Penglibatan :
a.
Ketua Penasihat/Pemimpin
b.
Setiausaha
c.
Semua guru penasihat
d.
Semua murid tahap II
- Sumber dana: peruntukan kerajaan (jika melibatkan
perbelanjaan)
4.1.3 Aktiviti Badan Beruniform (Tahap 1) – Murid
tahun 3 sahaja.
- Dijalankan pada hari Rabu (selang seminggu
)
- Bermula jam 12.15 tengahari dan berakhir
jam 1.15 tengah hari ( 1 jam )
- Ketetapan unit adalah seperti berikut :
* Pengakap Kanak-Kanak – Murid lelaki
* Pandu Puteri Tunas –
Murid perempuan
- Penglibatan :
a.
Ketua Penasihat/Pemimpin
b.
Setiausaha
c.
Semua guru penasihat
d.
Semua murid tahun 3.
- Sumber dana: peruntukan kerajaan (jika melibatkan
perbelanjaan)
4.2
KURSUS
KEPIMPINAN KOKURIKULUM
a. Ketua
Penyelaras : Pen Setiausaha
Kokurikulum (Pn Nurul Hidayah bt Ayob)
b. Penyelaras : Penyelaras Kelab dan Persatuan
c. Jawatankuasa : Semua Ketua Penasihat Badan
Berunifom
Semua
Ketua Penasihat Kelab Persatuan
Semua Ketua Penasihat Sukan Permainan
d. Tarikh :
09.02.2019 (Sabtu)
e. Tempat :
Sekolah/Kem Latihan
f. Penyertaan :
Murid berjawatan dalam kokurikulum
Kos Pengurusan:
i. Makan
dan kemudahan kursus selama 1 hari RM 30.00 seorang
ii. Pengangkutan
(jika perlu)
RM 30.00 seorang
Jumlah RM 60.00 seorang
iii. Sumber
dana :
*Sumbangan peserta RM 30.00
seorang
*Selebihnya menggunakan
peruntukan kerajaan (BTP Koko)
*peruntukan kerajaan bergantung kepada
jumlah kewangan yang berbaki
4.3
PERKHEMAHAN
PERDANA KOKURIKULUM
a. Ketua
Penyelaras : Setiausaha Kokurikulum
(En. Mohd Ariff bin Ismail)
b. Penyelaras : Penyelaras Badan Beruniform
c. Kem Komanden : Ketua Penasihat BSMM
d. Jawatankuasa : Semua Ketua Penasihat Badan Berunifom
Guru-guru
yang berpengalaman
Guru-guru
sukarelawan
e. Tarikh :
26 hingga 28 Julai 2019 (Jumaat – Ahad)
f. Tempat :
cadangan: Sekolah /Janda Baik /, Hulu Langat /, Kalumpang
g. Penyertaan :
Anggaran 100 hingga 200 orang murid
(bergantung kepada
lokasi perkhemahan)
Kos Pengurusan:
i. Makan
dan penginapan selama 3 hari 2 malam – RM
80.00 - RM 100.00 seorang
ii. Pengangkutan
RM 40.00
seorang
Jumlah RM 120.00 - RM 140.00 seorang
Sumber dana : Sumbangan peserta RM 80.00 –
100.00 seorang (bergantung kepada kos)
Selebihnya menggunakan peruntukan
kerajaan (BKK dan BTP Koko)
*peruntukan
kerajaan bergantung kepada jumlah kewangan yang berbaki
4.4 SUKAN TAHUNAN/ SUKANTARA
a. Ketua Penyelaras : Setiausaha Sukan (En. Muhamad Sofi b Harun)
b. Jawatankuasa : Semua Ketua Rumah Sukan
c. Tarikh :
28.04.2019 (Ahad)
d. Tempat : Padang SKKU
4.5
SUKANEKA TAHAP 1
a. Ketua Penyelaras : Setiausaha Sukan (En.Muhamad Sofi b Harun)
b. Pen. Penyelaras : Pen. SU Sukan Pagi (En. Abdul Hafiz b Mamat)
Pen. SU Sukan Petang (En Muhammad Syauqi b Zamry )
c. Jawatankuasa : Semua Guru Kelas Tahap 1
d. Tarikh :
26.04.2019 (Jumaat)
e. Tempat : Padang SKKU
4.6 KEJOHANAN
ROAD RUN
a. Ketua Penyelaras : Setiausaha Sukan (En.Muhamad Sofi b Harun)
b.
Pen. Penyelaras : Pen. SU Sukan Pagi
(En. Abdul Hafiz b Mamat)
c. Jawatankuasa : Semua Ketua Rumah Sukan
d. Tarikh :
22.02.2019 (Jumaat)
e.
Lokasi : Sekitar
Taman Kajang Utama
4.7 PROGRAM
CUNGKIL BAKAT SUKAN DAN PERMAINAN
a. Ketua Penyelaras : Ketua Jurulatih Pasukan Elit (En. Muhamad Sofi b Harun)
b. Pen. Penyelaras : Penyelaras Sukan dan Permainan
c. Jawatankuasa : Semua Ketua Sukan dan Permainan
Semua Jurulatih Sukan dan Permainan Elit
d. Tarikh :
12 - 14.11.2019 ( Selasa hingga Khamis )
e. Tempat :
Padang dan Gelanggang SKKU
f. Jenis
permainan dan sistem : Diselaraskan oleh Ketua Penyelaras
* Kos
penganjuran
Bagi item 4.4 -4.7
dianggarkan antara RM 13,000.00 ke RM 15,000.00 termasuk hadiah, makan/minum
murid, sewaan (khemah/PA system/ peralatan/pengankutan), pengurusan persiapan,
pengurusan kejohanan, peralatan, dan perbelanjaan runcit.
Sumber
dana
1. Melalui PIBG: RM 5.00
setiap murid x bil orang murid = RM
_________________
2. Selebihnya dari
Peruntukan Kerajaan
4.8 INSENTIF
Memberi saguhati berupa
sumbangan kewangan(pocket money) kepada murid yang terpilih ke pertandingan
peringkat Negeri,Kebangsaan dan Antarabangsa..
i.
RM 50.00 bagi murid yang mewakili Daerah ke
Peringkat Negeri
ii.
RM 100.00 bagi murid yang mewakili Negeri ke
Peringkat Kebangsaan
iii.
RM 200.00 bagi murid yang mewakili Negara ke
Peringkat Antarabangsa
iv.
Untuk Berpasukan seperti Nasyid/Kawat Kaki/Coral
Speaking : Sumbangan adalah secara pukal (bincangkan)
Sumber dana : PIBG
4.9 LAWATAN
a. Ketua Penyelaras : Penyelaras Kelab Persatuan
b. Jawatankuasa : Unit yang menjalankan program lawatan
c. Jenis Lawatan : Lawatan Sambil Belajar
d. Destinasi Lawatan : ( bergantung kepada kesesuaian dan tujuan)
e. Tarikh :
Tarikh yang difikirkan sesuai
Kos Pengurusan : Bergantung pada destinasi dan bilangan hari.
Sumber Dana :
Tanggungan peserta sepenuhnya.
*Setiap
lawatan perlu dimaklum dan mendapat pengesahan daripada GPK Kokurikulum
4.10 LADAP KO KURIKULUM
a.
Ketua Penyelaras :
SU LADAP
b.
Pen. Penyelaras :
SU Kokurikulum
c.
Jawatankuasa :
Pen. SU Kokurikulum
SU Sukan
Pen. SU Sukan
Semua Penyelaras
d.
Tempat :
Mana-mana lokasi yang dirasakan sesuai
e.
Tarikh :
(Rujuk pada tarikh yang disediakan oleh SU Latihan Personel)
Kos Pengurusan : Makan/Penginapan/Jurulatih- sehari
# RM 30.00
Sumber Dana : Tanggungan peserta
4.11 HARI
ANUGERAH KOKURIKULUM
Pengiktirafan
kepada murid (individu/pasukan) dan guru yang menaikkan nama sekolah dalam
bidang kokurikulum, ko akademik dan sukan di peringkat zon, daerah, negeri,
kebangsaan dan antarabangsa.
a.
Ketua Penyelaras :
SU Kokurikulum
b.
Pen. Penyelaras :
SU Sukan
c.
Jawatankuasa :
Semua Penyelaras Kelab/Unifom/Permainan
: Semua Jurulatih sukan dan
permainan elit
: Semua Jurulatih Ko
akademik
d.
Tarikh : 11.11.2019 ( Isnin )
4.12 KARNIVAL
KOKURIKULUM
(UJIAN
KEPANDAIAN DAN KAWAD KAKI/GERAIJUALAN/PERSEMBAHAN/PROMOSI)
a. Ketua
Penyelaras : Setiausaha Kokurikulum
b. Penyelaras : Penolong Setiausaha
Kokurikulum
c. Penolong
Penyelaras : Penyelaras Unit Berunifom
Penyelaras Persatuan
Penyelaras Kelab Sukan dan Permainan
d. Jawatankuasa : Ketua Penasihat Unit Berunifom
: Semua
Guru Penasihat Unit Berunifom
e. Tarikh :
30 .10. 2019 ( Rabu )
e. Tempat :
SK Kajang Utama
f. Penyertaan :
Semua murid SEKATA
g. Sumber dana : Peruntukan Kerajaan dan Inisiatif
Persatuan
5. Penutup
Semua cadangan program di atas, memerlukan sokongan dan
komitmen semua pihak dari segi masa, tenaga, idea, pandangan dan sokongan
moral. Diharapkan agar dengan terlaksananya perancangan yang dirancang, akan
merancakkan lagi penglibatan murid dan guru dalam aktiviti kokurikulum.
Diharapkan juga agar ianya dapat
mengubah presepsi hambar murid, guru dan ibubapa terhadap aktiviti kokurikulum. Memberikan kesedaran
bahawa kokurikulum dan kurikulum adalah seiring dan saling melengkapi. Sekian
terima kasih.
PERANCANGAN
TIDAK MENJANJIKAN KEJAYAAN
TETAPI
TANPA
PERANCANGAN TIDAK AKAN ADA KEJAYAAN
KEJAYAAN PERLU
DIRANCANG
KITA MERANCANG
KEGAGALAN JIKA KITA GAGAL MERANCANG
Disediakan oleh,
……………………..
Disahkan oleh,
……………………..
1.1
Tugas
dan Tanggungjawab
1.1.1
Setiausaha
Kokurikulum
a) Memanggil mesyuarat dan meminta
Penolong Kanan Kokurikulum mempengerusikan mesyuarat dengan semua guru
penasihat persatuan, kelab, sukan, permainan dan unit beruniform pada awal
tahun untuk merangka dan menggubal jadual perjumpaan.
b) Mengada dan menyusun program aktiviti
tahunan gerak kerja kokurikulum bagi menentukan bahawa rancangan itu berjalan
lancar.
c) Meneliti semua program aktiviti yang
dirancangkan itu dapat dilaksanakan secara praktikal dan baik.
d) Mengumpulkan laporan aktiviti tahunan
bagi tiap-tiap gerak kerja kokurikulum dan menyerahkannya kepada Penolong Kanan
Kokurikulum.
e) Menyedia dan mengedarkan Buku Rekod
Kegiatan Kokurikulum kepada guru-guru penasihat untuk diisi dan disahkan.
f)
Memungut
buku-buku yang telah lengkap diisi pada akhir tiap-tiap penggal untuk disemak
dan diserahkan kepada guru-guru kelas sebagai rujukan.
g) Menyediakan laporan kemajuan untuk
dimasukkan ke dalam sijil berhenti sekolah pada akhir tahun.
h) Menyelaraskan penggunaan dewan dan
padang sekolah untuk kegunaan semua yang ada di sekolah.
i)
Bertindak
sebagai penyelaras lawatan atau rombongan yang dianjurkan oleh pihak sekolah
dari masa ke semasa.
1.1.2
Setiausaha
Sukan
Setiausaha
sukan adalah salah satu tugas yang amat penting dalam menjayakan kegiatan sukan
di mana-mana sekolah jua. Pada amnya, setiausaha sukan bertanggungjawab dalam
melaksanakan segala program sukan sekolah, membimbing latihan, menyelaras
olahraga, permainan, sukan antara kelas, rumah, sekolah dan sebagainya. Ia
bertindak sebagai penasihat dan bertanggungjawab dalam pengelolaan, pengurusan,
perancangan, kewangan, penglibatan pelajar, membuat penilaian di samping
menjadi sebagai penggerak untuk memperkembangkan minat mereka dalam bidang
sukan dan permainan. Tugas-tugas setiausaha sukan yang lain adalah seperti
berikut :
a) Menyelaras semua permainan antara
sekolah dengan Majils Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia .
b) Menyelaras semua sukan dan sukan antara
pasukan yang ada di peringkat sekolah.
c) Menyelaras semua kegiatan sukan dan
permainan antara rumah-rumah yang ada di sekolah.
d) Berhubung dengan pengerusi majlis sukan
untuk mengadakan mesyuarat dengan guru-guru sukan dan permainan, rumah dan
jawatankuasa pelajar.
e) Menyediakan anggaran perbelanjaan sukan
dan permainan tahunan dan membuat pesanan terhadap peralatan yang diperlukan
oleh sekolah.
f)
Menyediakan
jadual latihan untuk semua jenis sukan dan permainan dengan guru bertugas dan
menetapkan hari, masa dan tempat latihan.
g) Menyelaraskan semua acara sukan dan
permainan sebelum dan sehingga hari sukan dan permainan.
h) Mengurus dan menyediakan gelanggang,
padang dan tempat-tempat pertandingan dan memastikan semuanya berada dalam
keadaan baik dan mengikut peraturan sebelum hari perlawanan.
i)
Menyemak
dan menyelaraskan urusan permohonan wang pendahuluan untuk membeli pakaian
pemain-pemain pasukan sekolah dan peralatan persendirian para peserta sukan dan
permainan.
j)
Mendapatkan
pengadil bagi pertandingan peringkat majlis sukan sekolah-sekolah dengan
kerjasama guru majlis sukan.
k) Membahagikan para pelajar mengikut pasukan
rumah masing-masing di sekolahnya.
l)
Menyimpan
senarai daftar pelajar dengan lengkap dan kemas kini melalui guru-guru rumah.
m) Membantu dan membahagikan tugas sukan
dan permainan di kalangan guru-guru di sekolahnya.
n) Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan
dan memesan segala peralatan sukan dan permainan sekolah.
o) Menyimpan stok alatan sukan dan
permainan yang diperlukan oleh sekolah dan memastikan stok itu berada dalam
keadaan yang baik dan memuaskan.
p) Mengawas dengan rapi penggunaan dan
keselematan alatan sukan dan permainan sekolah seluruhnya.
q) Menguruskan pengangkutan para pemain
sekolah yang akan mengambil bahagian dalam sukan dan permainan di luar sekolah.
r)
Menguruskan
surat-surat kebenaran ibu bapa atau penjaga bagi pelajar-pelajar yang akan
mengambil bahagian mewakili sekolah.
s)
Menjaga
dan menentukan kesihatan pelajar yang mewakili sukan dan permainan sekolah
sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
t)
Menyediakan
laporan lengkap sukan dan permainan bagi pelajar untuk tujuan menyediakan surat
akuan dan sijil berhenti sekolah.
u) Menyusun program yang teratur untuk
perancangan sukan dan permainan sekolah sepanjang tahun.
v) Menentukan pelaksanaan perancangan
sukan dan permainan yang telah disusun itu dilakukan sepenuhnya.
w) Mengambil langkah-langkah tegas untuk
meninggikan mutu dan prestasi sukan dan permainan sekolah.
1.1.3
Guru
Permainan
a) Memajukan pengetahuan dan kemahiran
pelajar dalam sukan dan permainan di bawah jagaannya dengan mengadakan latihan
mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh guru majlis sukan dan setiausaha
sukan.
b) Mengatur seberapa banyak perlawanan
persahabatan dengan pasukan-pasukan di sekolah-sekolah lain.
c) Membentuk pasukan sekolah mengikut
kumpulan umur untuk pertandingan majlis sukan sekolah-sekolah.
d) Mendapatkan pengadil dalam sesuatu
perlawanan persahabatan yang dianjurkan antara sekolah-sekolah.
e) Mengadakan perlawanan antara rumah dan
kelas dan menyampaikan keputusan perlawanan itu kepada setiausaha sukan ataupun
guru majlis sukan.
f)
Membentuk
sebuah jawatankuasa pelajar dan guru sukan dan permainan di peringkat sekolah.
g) Menempah dan mengaturkan pengangkutan
untuk pasukannya bagi perlawanan majlis sukan sekolah-sekolah termasuk juga
perlawanan persahabatan.
h) Mengiringi dan menjaga disiplin pelajar
dalam sesuatu permainan itu untuk menentukan kelancaran perjalanan sukan dan
permainan.
i)
Bertanggungjawab
terhadap kedatangan pemain-pemain mengikut masa dalam latihan dan perlawanan.
j)
Membahagikan
alatan dan pakaian sukan dan permainan kepad apemain dan mengumpulkannya semula
setelah selesai permainan.
k) Menjaga keselematan barangan dan alatan
sukan dan permainana dan sentiasa berada dalam keadaan sempurna.
l)
Mengawasi
disilpin dan kebajikan pelajar di tempat latihan dan perlawanan dan memberi
perangsang untuk membangkitkan semangat mereka.
m) Menghubungi dan menghantar ke hospital
atau ke rumah pemain sekiranya berlaku kecederaan dan kemalangan yang serius.
n) Melaporkan kepada setiausaha sukan dan
guru besar mengenai kepurusan pertandingan dan perlawanan sekiranya berlaku
sesuatu yang di luar dugaan.
o) Mencatat dan mengesahkan penglibatan
tiap-tiap pelajar dalam permainan berkenaan untuk dijadikan asas dalam
menyediakan Laporan Tahunan Penilaian Gerak Kerja Kokurikulum pelajar.
p) Menyerahkan laporan pelajar itu kepada
guru penyelaras sukan dan permainan pada penghujung tahun.
1.1.4
Guru
Rumah
a) Menyediakan senarai ahli-ahli rumah
masing-masing yang lengkap mengikut tahun.
b) Mengagihkan para pelajar dalam rumah
kepada beberapa acara sukan dan permainan untuk mereka mengambil bahagian.
c) Menyusun program latihan bagi semua
pelajar dalam rumahnya dan mengadakan latihan untuk mereka.
d) Bekerjasama dengan guru-guru lain untuk
menyediakan trek-trek di padang menjelang hari sukan dan permainan.
e) Menyediakan alat-alat sukan dan
permainan untuk para pelajar mengambil bahagian dalam sukan dan permainan.
f)
Menyediakan
rumah atau khemah untuk para pelajar berkumpul semasa mereka mengambil
bahagian.
g) Menyediakan makanan dan minuman ringan
untuk para pelajar yang mengambil bahagian dalam sukan dan permainan.
h) Mengaturkan barisan pelajar untuk
berkumpul semasa majlis pembukaan dan penutup hari sukan dan permainan.
i)
Meruntuhkan
rumah atau khemah setelah selesai majlis penutupan rasmi hari sukan dan
permainan.
j)
Memulangkan
semula alat-alat sukan dan permainan yang telah digunakan itu ke tempat
asalnya.
1.1.5
Guru
Penasihat Kelab dan Persatuan
a) Menggalakkan semua pelajar di
sekolahnya untuk menjadi ahli dalam sesebuah persatuan, kelab, sukan dan
permainan dan pasukan unit beruniform.
b) Menggubal peraturan, undang-undang dan
perlembagaan bagi semua persatuan, kelab, sukan dan permainan dan pasukan unit
beruniform.
c) Menubuhkan jawatankuasa pelajar bagi
persatuan, kelab, sukan dan permainan yang tida menjadi penasihatnya.
d) Menentukan ahli-ahli jawatankuasa yang
telah dipilih itu melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka mengikut
perlembagaan.
e) Merancang program aktiviti persatuan
yang bakal dijalankan bagi sesuatu tahun itu mengikut penggal dengan kerjasama
jawatankuasa pelajar.
f)
Menyerahkan
program kegiatan tahunan itu kepada guru penyelaras gerak kerja kokurikulum
pada tarikh yang telah ditetapkan.
g) Menentukan tiap-tiap aktiviti yang
telah dirancangkan itu dijalankan mengikut jadual dan berjalan dengan teratur
dan lancar.
h) Menghadiri tiap-tiap mesyuarat atau
perjumpaan dan kegiatan persatuan, kelab, sukan dan permainan yang berada di
bawah jagaannya.
i)
Menjaga
kewangan persatuan, wang runcit dan harta benda persatuan dan menentukan
semuanya digunakan untuk kebaikan ahli-ahli persatuan itu sendiri.
j)
Menyediakan
anggaran perbelanjaan dan pendapatan persatuan di bawah kelolaannya.
k) Mengiringi tiap-tiap rombongan yang
diaturkan oleh persatuannya dan jikalau tidak dapat bersama dia hendaklah
mencari wakil atau penggantinya.
l)
Membuat
laporan bagi tiap-tiap kegiatan persatuannya dengna menyatakan tentang tarikh,
masa, tempat, jenis kegiatan, kehadiran ahli dan guru dan program aktiviti yang
diadakan itu dari mula hingga ke akhir.
m) Menyerahkan program aktiviti tahunan
persatuan kepada penyelaras gerak kerja kokurikulum pada awal tiap-tiap
penggal.
n) Menyedia dan menyerahkan laporan
kejayaan aktiviti pada penghujung tiap-tiap semester.
o) Menghiaskan papan kenyataan persatuan
secara teratur dan mengelakkannya daripada disalahgunakan oleh mana-mana pihak.
p) Menentukan kegiatan tiap-tiap persatuan
itu dijalankan seminggu sekali pada hari dan masa yang telah ditetapkan dalam
program aktiviti tahunan.
q) Memastikan tiap-tiap pelajar memiliki
Buku Rekod Kegiatan Kokurikulum denga mencatatkan butiran yang kemas kini.
r)
Menyerahkan
Buku Rekod Kegiatan Kokurikulum pelajar kepada setiausaha kokurikulum pada
akhir tiap-tiap penggal untuk semakan
1.1.6
Guru
Penasihat Pasukan Unit Beruniform
a) Pada amnya, guru penasihat pasukan unit
beruniform bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pentadbiran pasukan itu di
bawah kelolaannya.
b) Menentukan bahawa peraturan,
undang-undang, latihan, perkembangan dan kemajuan pasukannya berjalan dengan
lancar.
c) Bertanggungjawab dalam menguruskan
pemilihan anggota pasukannya dari tahun 3 hingga 6.
d) Menentukan dasar pembahagian keahlian
antara psukan-pasukan pakaian seragam yang lain dengan kerjasama guru-guru
penasihat pasukan unit beruniform yang lain.
e) Mengadakan dan menganjurkan latihan
bagi pasukannya sekurang-kurangnya sekali seminggu yang ditetapkan oleh pihak
sekolah sebagai Hari Latihan Pasukan Unit Beruniform.
f)
Menyusun
program latihan tahunan yang melibatkan kegiatan pasukan dan ujian untuk
mendapatkan sijil-sijil yang dianugerahkan kepada ahli-ahli persatuan di bawah
jagaannya.
g) Menjadi jurulatih pasukannya dan
jikalau perlu boleh didapatkan jurulatih dari luar tetapi perlu mendapatkan
kebenaran daripada guru besar terlebih dahulu.
h) Bertanggungjawab dalam mementukan
keperluan dan peralatan yang dikehendaki oleh pasukannya dengan lengkap.
i)
Menyedia
dan mengadakan rekod stok untuk rujukan dan pemeriksaan dan menyelenggarakan
simpanannya.
j)
Bertanggungjawab
dalam menyimpan fail-fail, butiran dan maklumat mengenai pasukannya.
k) Menyerahkan rancangan kegiatan itu
kepada setiausaha kokurikulum oada permulaan penggal persekolahan.
l)
Menyerahkan
laporan kemajuan mengenai aktiviti pasukannya kepada setiausaha kokurikulum.
m) Memastikan tiap-tiap ahli memiliki Buku
Rekod Kegiatan Kokurikulum dan menyerahkannya kepada setiausaha kokurikulum
pada penghujung penggal untuk semakan.