Satu
kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian
pelajar
dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.
Ciri-ciri
:
·
portfolio berbentuk
dokumentasi, berstruktur yang memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian
yang berkualiti.
·
proses pembelajaran
melalui portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan
mendokumentasikan pemikiran secara kreatif dan kritis serta pemilihan maklumat
dari peringkat awal hingga akhir.
·
kaedah ini menggalakkan
pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama, bantuan dan sumbangan dari
semua pihak.
·
kandungan portfolio
terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik
portfolio yang bersifat reflektif yang dirangsangkan melalui soalan-soalan.
Jenis-jenis
portfolio yang boleh dibina :
·
portfolio kerja harian -
bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan untuk waktu yang diberikan.
·
portfolio hasil terbaik
- dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian. ini berbentuk sumatif.
·
portfolio dokumen -
hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka
masa tertentu untuk menyempurnakan portfolio kerja harian.
Kegunaan
portfolio :
·
membolehkan guru2
menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot untuk menghasilkan penilaian
holistik.
·
mengekalkan galakan
pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan kendiri, menentukan matlamat
dan merasa bangga dengan hasil pencapaian sendiri.
·
membolehkan guru
memantau pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan pelajar dari
segi kemahiran2, pengetahuan dan kefahaman.
Perancangan
sebelum membuat portfolio :
·
menentukan tujuan dan
seterusnya jenis portfolio.
·
isi kandungan portfolio.
·
pemilihan isi kandungan
bahan dan sumber portfolio.
·
penilaian portfolio dari
segi kaedah penilaian sama ada secara keseluruhan, kumpulan atau individu
termasuklah kriteria yang diguna pakai untuk menilai.