CIRI-CIRI DAN FORMAT PANTUN
1 Pembayang atau sampiran
Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun.
Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud.
Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada
baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.
2 Maksud atau isi
Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap
rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak
disampaikan dalam pantun tersebut(tema).
3 Perkataan
Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada
tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap
baris yang sama bilangannya.
4 Suku kata
Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata.
Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas
suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.
5 Rima atau bunyi
Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada
tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam
setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama
dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang
terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.
Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap
baris.Contoh pantun yang baik :
Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/
ti/dak/, |