Tatabahasa : Kata Ganti Nama Diri
Nota
1.
|
Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan kata nama
manusia.
|
2.
|
Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada dua golongan,
iaitu:
|
|
i.
|
Kata ganti nama diri
|
|
ii.
|
Kata ganti nama tunjuk
|
3.
|
Kata ganti nama diri terbahagi kepada:
|
|
i.
|
Kata ganti nama diri orang
|
|
ii.
|
Kata ganti nama diri tanya
|
4.
|
Kata ganti nama diri orang terbahagi kepada:
|
|
i.
|
Kata ganti nama diri pertama
|
|
ii.
|
Kata ganti nama diri kedua
|
|
iii.
|
Kata ganti nama diri ketiga
|
5.
|
Contoh:
Kata ganti nama diri pertama : aku, saya, hamba,
patik, beta, kami, kita, daku
Kata ganti nama diri kedua : awak, engkau,
anda, tuanku, kalian, kamu
Kata ganti nama diri ketiga : dia,
beliau, ia, baginda, mereka
|
6.
|
Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang digunkan untuk
menunjukkan manusia, haiwan, benda dan tempat.
|
|
Contoh: ini, itu
|
7.
|
Kata ganti nama diri tanya ialah kata yang merujuk benda
atau orang dalam bentuk tanya.
|
|
Contoh: apa, siapa, mana
|
Tip
Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Ganti Nama:
1. (a) Banduan itu dikawal
ketat oleh pihak penjara. Beliau terlibat
dalam
banyak kejadian jenayah. (salah)
(b). Banduan itu
dikawal ketat oleh pihak penjara. Dia terlibat
dalam
banyak kejadian jenayah. (betul)
Penjelasan :
Kata ganti nama diri perlu disesuaikan dengan kedudukan seseorang. Kata
ganti nama beliau digunakan untuk orang yang dihormati.
|
2. (a) “Kalian-kalian mesti
bekerjasama dari sekarang,” kata
Tuk Ali kepada anak-anak buahnya. (salah)
(b). “Kalian
mesti bekerjasama dari sekarang,” kata Tuk
Ali kepada
anak-anak buahnya. (betul)
Penjelasan :Kata ganti nama diri bentuk jamak tidak
perlu digandakan.
|
3. (a) Tompok sangat
manja. Ia suka menggesel-geselkan bulunya
pada
kaki saya. (salah)
(b) Tompok sangat manja. Tompok suka
menggesel-geselkan
bulunya pada kaki saya. (betul)
Penjelasan :
Kata ganti nama diri tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda.
|
dipetik dari
|