Fungsi alat dan
daerah artikulasi
Alat
artikulasi
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008: 93), alat artikulasi
ialah organ atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Terdapat
banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa, iaitu alat-alat yang
terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk
menghasilkan bunyi. Alat artikulasi terbahagi kepada dua, iaitu alat yang boleh
digerak- gerakkan dengan bebas dan boleh diletakkan pada beberapa kedudukan di
dalam mulut serta daerah pengeluaran.
Menurut Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar(2006: 30) dalam buku fonetik dan fonologi, alat artikulasi adalah alat yang digunakan bagi menghasilkan bunyi. Alat-alat ini adalah bibir atas dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. Alat artikulasi terbahagi kepada dua, iaitu yang pasif dan aktif. Alat artikulasi aktif adalah alat yang boleh digerakkan manakala yang pasif pula adalah sebaliknya.

Alat-alat
artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang mempunyai peranan untuk
berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat artikulasi dapat
dilihat seperti yang berikut :
ALAT-ALAT ARTIKULASI
1.
|
Bibir
atas
|
11.
|
Tengah
lidah
|
2.
|
Bibir
bawah
|
12.
|
Belakang
lidah
|
3.
|
Gigi
atas
|
13.
|
Akar
lidah
|
4.
|
Gigi
bawah
|
14.
|
Epiglotis
|
5.
|
Gusi
|
15.
|
Pita
suara
|
6.
|
Lelangit
keras
|
16.
|
Rongga
tekak
|
7.
|
Lelangit
lembut
|
17.
|
Rongga
Hidung
|
8.
|
Anak
tekak
|
18.
|
Rongga
mulut
|
9.
|
Hujung
lidah
|
19.
|
Rahang
|
10.
|
Hadapan
lidah
|
20.
|
Tenggorok
|
Anak tekak
Menurut buku Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 95), anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut. Menurut buku Frank Parker(1994: 114), anak tekak ialah daging yang tergantung dari lelangit lembut. Menurut Radiah Yussoff dan Nor’ Aini Ismail(2006: 23), anak tekak ialah sekeping otot yang terdapat di bahagian hujung lelangit lembut.

Lidah
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 95-96), lidah
terbahagi kepada lima bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan
lidah, belakang lidah dan daun lidah. Kedudukan bahagian belakang lidah ialah
bertentangan dengan lelangit lembut manakala kedudukan tengah lidah ialah
bertentangan dengan pertemuan lelangit keras dengan lelangit lembut. Hadapan
lidah terletak bertentangan dengan lelangit keras. Hujung lidah pula terletak
bahagian yang paling akhir lidah. Sementara itu, daun lidah berada di sepanjang
garisan yang menghadap gusi.
Pita suara
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 96), pita suara
terletak di dalam ruang tenggorok. Pita suara terdiri daripada dua keping
selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Menurut Dr. Abdullah Hassan(1983:
44),pita suara terdiri daripada dua pasang selaput nipis yang tumbuh di kiri
kanan bahagian dalam rengkung bertentangan dengan halkum.
Rongga
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar
Abdul Aziz, rongga terbahagi kepada tiga, iaitu rongga tekak, rongga mulut dan
rongga hidung. Rongga tekak bermula dari bahagian atas selaput pita suara
hinggalah ke bahagian anak tekak. Rongga mulut pula bermula dari ruang di
belakang lidah membawa ke bahagian dalam, sementara rongga hidung bermula dari
bahagian belakang anak tekak menghala ke hidung.
Bibir
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar
Abdul Aziz, bibir terletak di bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri
daripada otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan. Menurut Linguistik
Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, bibir ialah kumpulan
otot yang kenyal dan boleh diubah-ubah bentuknya dengan mengawal otot-otot pada
bibir.
Gigi
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar
Abdul Aziz, gigi terbahagi kepada dua,iaitu gigi atas dan gigi bawah. Menurut
Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, gigi
bermaksud lidah yang tidak bergerak.
Gusi
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar
Abdul Aziz, gusi terletak antara gigi dengan lelangit keras. Menurut laman web
http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002, gusi ialah bahagian yang cembung di
gigi menurun ke bahagian dalam rongga mulut.
Lelangit
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar
Abdul Aziz, lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit
keras dan lelangit lembut. Lelangit keras terletak di antara gusi dengan
lelangit lembut manakala lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu
selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Menurut Linguistik untuk bukan
ahli linguistik yang ditulis oleh Frank Parker dan diterjemahkan oleh Raja
Rahawani Raja Mamat, lelangit keras ialah tulang yang berbentuk cembung pada
bahagian atas mulut manakala lelangit lembut ialah bahagian belakang lelangit
keras.
Epiglotis
Menurut buku Linguistik Am yang ditulis oleh Prof
Emeritus Dr Abdullah Hassan, epiglotis ialah anak tekak yang terdiri daripada
sekolompok otot yang berbentuk bujur daun yang boleh bergerak ke depan atau ke
belakang bagi menutup rongga rengkung. Menurut buku yang ditulis oleh
Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar, epiglotis ialah tisu yang terletak di
belakang lidah dan di depan pintu masuk ke larinks.
Fungsi
daerah artikulasi
Alat artikulasi atau
alat atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunti bahasa. Terdapat banyak
alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa iaitu alat-alat yang
terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk
menghasilkan bunyi bahasa.Bunyi bahasa yang dihasilkan ialah
vokal, konsonan dan diftong. Setiap alat artikulasi mengeluarkan bunyi bahasa
mengikut daerah pengeluaran bunyi bahasa yang tertentu. Alat-alat artikulasi
utama terdiri lidah, gigi, bibir, gusi, lelangit, rongga hidung dan pita suara.
Lidah
Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting paling
aktif dan digelar tulang belakang kepada pertuturan manusia. Lidah terbahagi
kepada lima bahagian iaitu belakang lidah, tengah lidah, hadapan lidah, daun
lidah dan hujung lidah serta pembahagian ini membolehkan lidah menghasilkan
pelbagai bunyi.
·
Belakang lidah :
bahagian lidah yang paling belakang dan bertentangan dengan lelangit lembut
·
Tengah lidah atau
akar lidah :bahagian lidah yang bertentangan antara pertemuan langit
keras dan lelangit lembut
·
Hadapan lidah :
bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras
·
Daun/akar lidah :
bahagian lidah sepanjang garisan menghadap gusi
·
Hujung lidah :
bahagian lidah yang paling akhir dan bertemu dengan gigi
Sebagai contoh, vokal depan sempit [i] dalam perkataan
‘ikan’ memerlukan bahagian hujung lidah berada pada kedudukan paling tinggi
dalam rongga mulut. Selain
itu, bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah memainkan peranan
yang penting dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan,
tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian yang paling berperanan dan
boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan udara.
Hal ini membolehkan lidah dapat membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan
bunyi dengan adanya pembahagian-pembahagian ini.
Gigi
Selain lidah, Gigi juga berperanan penting dalam penghasilan bunyi bahasa meskipun peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang seterusnya menghasilkan bunyi.

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Selain itu, Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. . Kedua-dua bibir (atas dan bawah) dapat digerakkan, dihamparkan dan dibundarkan. Misalnya, untuk menghasilkan bunyi b, w dan v. Apabila membunyikan bunyi [ i ] misalnya keadaannya menjadi terhampar, manakala jika menyembunyikan bunyi [ u ] bibir menjadi bundar. Bibir juga berfungsi dalam membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut, untuk menyembunyikan bunyi [ m ] misalnya, udara disekat di bibir.

Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan. Gusi memainkan peranan dalam penghasilan bunyi-bunyi seperti bunyi [ t ], [ d ], [ l ] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Lelangit dapat dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu
lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan
lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan
gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup
atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan,
rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan
apabila diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar
melalui rongga hidung. Oleh
sebab
itu, alat artikulasi ini amat penting bagi menentukan sama ada bunyi yang
dikeluarkan itu bunyi sengau ataupun sebaliknya. Apabila lelangit lembut
diturunkan, bunyi yang keluar adalah sengauan manakala jika dinaikkan, bunyi
yang keluar bukanlah bunyi sengau.
Rongga Hidung
Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh
lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan
sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.
Pita suara
Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan
amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan
cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping
selaput nipis berkenaan. Sewaktu
pernafasan biasa, pita suara direnggangkan supaya arus udara boleh melalui
tanpa sekatan. Makna kata, dalam pernafasan biasa, glotis terbuka. Jikalau
glotis dirapatkan serapat-rapatnya dan tekanan udara dari paru-paru yang kuat
menyebabkan rapatan itu dilepaskan serta merta, terjadilah bunyi letupan pita
suara. Jika glotis dirapatkan tetapi tidak menutup keseluruhan ruang, maka
udara dari paru-paru dapat lalu. Sekiranya laluan udara itu menggetarkan pita,
bunyi yang dihasilkan disebut bunyi bersuara, misalnya [ a ]. Manakala jika pita suara tidak bergetar, bunyi yang
dihasilkan dikatakan bunyi yang tidak bersuara, misalnya [s].
Tulang
rahang
Tulang rahang juga terlibat
dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa dalam menentukan kedudukan gigi dan bibir.
Tulang rahang memainkan peranan utama kerana mulut akan terbuka luas jika
rahang dibuka dan tertutup jika rahang ditutup.
Anak tekak
Lokasi anak tekak terletak
di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut (anak
tekak bersambungan dengan lelangit lembut). Anak tekak berperanan sebagai alat
artikulasi bersama dengan lelangit lembut khususnya dalam menentukan sama ada
sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Di samping itu, anak tekak juga boleh digerak-gerakkan
sama ada dinaikkan atau diturunkan.
Rajah 14: Konsonan sengauan [ng].