1.1 Definisi Semantik
Semantik
ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata merupakan
unit ujaran yang bebas dan mempunuyai
makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan
dan keperibadian manusia..
Definisi
daripada segi istilah pula, semantic berasal daripada perkataan Yunani “semantikos” yang bermaksud penting atau
beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantic ialah
cabang linguistic yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996).
Selainb itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistic yang objek
penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer, 1994).
Menurut
kamus Dewan, semantrik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan
makna sesuatu kata.
Secara
umumnya senantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan.
Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang
menyatakann makna , hubungan antara makna dengan makna lain serta pengareuh
maknan terhadap masyarakat.
1.2 Konsep
Semantik
Kata semantik berasal daripada
kata adjektif bahasa Yunani “semantickos” yang bermaksud
‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa maksud ‘makna’ yang diertikan
sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan
makna sesuatu kata.
Menurut Ferdinand de Saussure,
semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky
berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur
permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja
merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut “semantik
sejarah” (M.Breal, 1893)
Kesimpulannya ialah semantik
dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti.
Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan
dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh
dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan
makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada
hubungan semantik.
Kata-kata dalam bahasa
Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat dikategorikan kepada
beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang mempunyai makna yang sama
dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal), antonim
(perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim (perkataan yang maknanya
sebahagian daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan yang mempunyai
bentuk dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang
mempunyai makna yang banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai
satu makna).
1.3 Pertaliannya dengan disiplin ilmu lain
Setiap bidang disiplin ilmu
mempunyai bahasa yang tersendiri. Bahasa dalam setiap bidang disiplin ilmu
mempunyai nilai semantik yang tersendiri. Oleh yang demikian sesuatu bidang
ilmu perlu diteliti maknanya supaya ia dapat dimanfaatkan.
1.3.1 Hubungan
Semantik dengan Falsafah
Falsafah ialah pengetahuan yang
menelaah sesuatu yang istimewa. Falsafah adalah istimewa kerana falsafah tidak
dapat dihuraikan dengan ilmu pengetahuan biasa sebaliknya falsafah memerlukan
ilmu pengetahuan tentang hukum dan kaedah berfikir yang logika. Oleh yang
demikian logika dalam disiplin ilmu falsafah memerlukan cara berfikir yang
tepat untuk mencapai ketepatan makna dalam ilmu falsafah tersebut. Falsafah
yang tidak mempunyai makna menjadi tidak bererti. Contohnya falsafah ‘Biar saya
mentertawakan diri saya sebelum orang lain mentertawakan diri saya’ membawa
semantik “kesedaran kendiri atau muhasabah diri” perlu difahami pendengar
mahupun penutur falsafah tersebut supaya ia bermakna apabila diujarkan.
1.3.2 Hubungan
Semantik dengan Psikologi
Psikologi ialah ilmu jiwa yang
mengkaji hakikat dan gerak-geri jiwa. Hal ini bermakna tingkah laku manusia
mempunyai makna. Makna yang dimaksudkan adalah tentang kebermaknaan kata atau
ujaran dalam bahasa. Contohnya perkataan ‘Makan!’ berbeza berbanding
‘Makanlah..’ Deretan bunyi dan susunan huruf dalam perkataan tersebut
menghasilkan pemahaman makna yang berbeza oleh seseorang dalam situasi yang
berbeza. Situasi yang berbeza tersebut melambangkan paksaan dan permintaan
penuturnya. Hal ini bertepatan dengan pendapat ahli psikologi yang menyatakan
bahawa makna wujud berdasarkan rangsangan atau tindak balas.
1.3.3 Hubungan
Semantik dengan Antropologi dan Sosiologi.
Antropologi ialah bidang ilmu
yang mengkaji sekelompok masyarakat tertentu yang homogen yang mempunyai
pelbagai ciri khasnya. Sosiologi pula ialah bidang ilmu yang mengkaji kelompok
masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan ekonomi dan sosial yang
heterogen. Sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang semakin berkembang
menyebabkan makna bahasa dalam sesuatu masyarakat semakin berkembang. Contohnya
perkataan ‘taman’ daripada aspek antropologinya telah berkembang membentuk
perkataan ‘taman hati’, ‘taman buaya’, dan ‘taman rimba’ yang bukan lagi bermaksud
kebun yang ditanam dengan bunga-bungaan. Justeru makna yang difahami adalah
berdasarkan bentuk bahasa semasa pertuturan itu dituturkan. (Aminuddin 1985).
1.3.4 Hubungan
Semantik dengan Sastera
Bahasa dalam karya sastera
berbeza dengan bahasa yang terdapat dalam karya ilmiah. Bahasa dalam karya sastera
sama adatulisan ataupun pertuturan tidak semuanya diketahui umum. Justeru
terdapat pelbagai lapisan makna dalam sastera yang meliputi makna tersurat
(makna biasa/denotatif), makna tersirat (makna yang dapat di agak
pembaca/konotatif), makna kreatif (makna yang dapat difikirkan pengkritik) dan
makna peribadi. (makna yang dapat diketahui oleh pengarang sahaja). Contohnya
seperti ungkapan “Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
(Abdullah Hussain, 1982, hal. 95)” merupakan makna konotatif yang dapat
difikirkan yang membawa maksud orang yang baik itu biar di mana pun tempatnya
tetap akan baik juga.
1.3.5 Hubungan
Semantik dengan Sejarah
Sifat bahasa adalah sentiasa
berkembang. Perkembangan bahasa merupakan sejarah bahasa. Makna sesuatu
perkataan mungkin kekal sehingga kini, mungkin berubah, menyempit, meluas atau
menghilang. Contohnya perkataan ‘khalwat’ yang bermaksud “berseorangan untuk
mendekatkan diri kepada-Nya” telah disempitkan maksudnya kepada “berdua-duaan
dalam keadaan mencurigakan”. Perkataan ‘pondok’ yang bermaksud “tempat tinggal
yang usang” pula telah dikembangkan maknanya menjadi “tempat belajar”. Justeru
sejarah bahasa ini perlu direkodkan dalam kamus besar bagi mencatatkan perubahan
bahasa yang berlaku dalam setiap hari bagi tujuan penggunaan bahasa dan
pengkaji bahasa kelak.
1.3.6 Hubungan
Semantik dengan Komputer
Komputer dapat membantu
penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan dan lisan melalui proses penyemakan
makna ejaan, pembetulan imbuhan dan struktur ayat. Yang menjadi kekurangannya
adalah komputer tidak dapat menterjemah perkataan secara struktural kerana
keupayaannya yang terbatas dalam proses menterjemah. Para penterjemah yang
memiliki akal dan perasaan sahaja yang mampu memilih makna yang sesuai dalam
konteks struktural ayat. Walau bagaimanapun komputer telah membantu dalam
bidang penterjemahan terus dapat membantu penterjemah yang mempunyai akal
fikiran yang tinggi untuk memikirkan makna yang sesuai bagi sesuatu perkataan
berdasarkan konteks ayat. Justeru semantik dalam bidang ilmu pengkomputeran
perlu diterokai dan disebarluaskan supaya makna yang ditafsirkan bertepatan
dengan kehendak pengguna kelak.
1.3.7 Hubungan
Semantik dengan Linguistik
Linguistik ialah kajian tentang
bahasa secara saintifik. Bahasa Melayu jelas mempunyai makna yang sedia ada dan
penambahan makna melalui proses akronim, pengimbuhan, penggandaan, dan
pemajmukan. Contohnya makna kata ‘kebun’ berbeza daripada ‘pekebun’ dan
‘pengebun’, dalam proses pengimbuhan. Kata “kebun” bermaksud tanah yang
ditanami tumbuh-tumbuhan. Kata “pekebun” bermaksud “orang yang mengurus kebun”
sementara kata “pengebun” bermaksud “orang yang kerjayanya membuat kebun atau
bekerja di kebun.” Dalam proses penggandaan, kata ‘langit’ juga berbeza dengan
‘lelangit’ yang bermaksud keadaan bumi dan atas bahagian dalam mulut. Dalam
proses pemajmukan pula kata ‘buah’ dan ‘hati’ mempunyai makna yang berbeza
apabila membentuk kata majmuk ‘buah hati’. Buah ialah benda yang boleh dimakan sementara
hati merupakan organ menjadi makna kekasih apabila perkataan tersebut
digabungkan.
2.
Makna Leksikal
Makna leksikal bermaksud makna yang
terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya
dengan perkataan lain dalam ayat.
Contohnya, perkataan lari, selari,
berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki makna
leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+,
ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna
leksikal melainkan memiliki makna gramatis.
2.1 Kelompok kata
Makna dalam kelompok kata adalah
jalinan daripada makna satu perkataan dengan perkataan lain dalam kelompok kata
tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada ‘lima ekor lembu’.
2.2 Kata paduan
Kata paduan ialah dua perkataan atau
lebih yang pada mulanya memiliki makna masing-masing, tetapi maknanya telah
berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api, bunga api dsb.
2..3 Kata gabungan
Kata gabungan ialah dua atau lebih
perkataan yang mengandungi satu makna tetapi deretan perkataan tersebut
menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam bahasa Melayu. Misalnya
mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya.
- Makna
Ayat
Makna
ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna terselindung dan
makna tersirat.
3.1 Makna Tersurat (denotasi)
Makna
tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis
atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan.
Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok. Jika sesuatu ayat atau bahasa
tersebut biasa kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul.
Contohnya:
1. Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.
Perkataan para menunjukkan ramai.
Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai. Perkataan sekalian bermaksud ramai.
Ayat yang sebetulnya ialah Para pelajar yang dihormati.
3.2 Makna Terselindung
Makna
terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana
perkataannya tidak dihadirkan.
Misalnya dalam ayat
Adik ke kedai Pak Ali.
Kata pergi tidak dihadirkan,
tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah ‘pergi’.
Walaupun sesuatu perkataan ini
tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Atau dengan
kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat
dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar
atau pembaca,
Contoh lain adalah seperti
berikut:
Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami.
Makna
yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang memerikan pekerjaan
Cikgu Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah kami. Oleh yang demikian,
struktur dalam ayat ini ialah Cikgu Ahmad ialah guru Bahasa Melayu di sekolah
kami.
3.3 Makna Tersirat (konotasi)
Makna
tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau diujarkan,
misalnya dalam kiasan “umpama jari di tangan,
ada bercincin ada tidak”.
Bahasa
seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan
menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu
disebut sebagai peribahasa.
Peribahasa
ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa dibahagikan kepada
beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk
perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk
simpulan bahasa.
3.3.1
Kiasan
Membuat perbandingan perilaku manusia
dengan alam alam sekitaran dengan cara yang lembut dan tidak sekitaran dengan
cara yang lembut dan tidak tepat pukulannya.
Contoh:
Tangkai
jering
Panjang
tangan.
Mulut
tempayan.
3.3.2
Simpulan Bahasa
Kata-kata yang dikiaskan atau
dibandingkan dengan dengan benda lain dan bentuknya terdiri daripada benda lain
dan bentuknya terdiri daripada dua tiga patah perkataan:
Contoh:
Abu
Nawas.
Kaki
Kaki bangku bangku.
Kaki
ayam.
3.3.3 Perbilangan
Perbilangan
merupakan susunan kalimat yang bertujuan menjadi pegangan kepada anggota
masyarakat sehingga menjadi adat atau peraturan. Berasal daripada adat resam. Berfungsi sebagai pedoman
pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan dalam kehidupan bermasyarakat dan
bentuknya berkerat-kerat
atau berpatah-patah:
Contoh:
Berakit-rakit
ke hulu, berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit sakit dahulu bersenang dahulu bersenang-senang senang
kemudian.
Hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Ada
padi semua kerja jadi,
, ada beras semua kerja deras.
Perbilangan ini
membawa maksud menyelesaikan sesuatu perkara dengan sempurna tanpa merugikan
mana-mana pihak.
3.3.4
Perumpamaan
Hasil daripada
analogi dua perkara dan biasanya
menggunakan menggunakan kata perbandingan seperti bagai kata
perbandingan seperti, bagai, bak, umpama, laksana dan sebagainya.
Contoh:
Seperti kaca terhempas ke batu.
Bagai
tikus jatuh ke beras.
Seperti
bumi dengan langit.
3.3.5 Bentuk Bidalan
Bidalan adalah susunan bahasa
yang menarik dan mudah 'melekat di mulut orang ramai'. Ia merupakan bahasa
kiasan yang digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam, tepat, mengandungi
perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat.
Contoh bidalan:
.Kalau kail
panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga- Kalau tidak mahir
dalam sesuatu
bidang itu, akibatnya buruk.
3.3.6 Bentuk
Pepatah
Pepatah seakan-akan
sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan
berkerat-kerat atau berpatah-patah.
Contoh:
diam
ubi berisi, diam besi berkarat
bermaksud orang
yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam tetapi
bodoh.
3.3.7
Tamsil dan Ibarat
Memberikan
penjelasan tentang perkara yang hendak
hendak dibandingkan Tamsil biasanya bersajak dibandingkan. Tamsil biasanya
bersajak sedangkan ibarat tidak.
Contoh:
Keras-keras
kerak nasi, kena air lembut juga.
Ibarat
telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya.
3.3.8 Lidah Pendeta
Kata-kata
hikmat atau kata-kata pujangga yang
mengandungi mengandungi pengajaran atau falsafah hidup pengajaran atau
falsafah hidup.
Contoh:
Bertangguh itu pencuri masa.
Bersatu teguh, bercerai runtuh.
3.3.9 Pemeo
Pemeo ialah perkataan yang popular
disebut bertujuan memberi semangat atau menyindir. Sebagai contoh:
Lebih baik
mati daripada dijajah
Pemeo
ini bertujuan untuk mengukuhkan keahlian sesuatu organisasi atau memperkuat
sesuatu perjuangan.
3.3.10 Cogan Kata atau Motto
Cogan
kata atau motto ialah kata semboyan atau
sesuatu organisasi samada kerajaan atau
swasta. Contohnya:
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Cogankata
ini merupakan semboyan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Dato Seri Najib
Tun Abdul Razak.
dipetik dari sumber :http://www.scribd.com/doc/75830576/Semantik