KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Peperiksaan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2012
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN
KEPUJIAN (SEKOLAH RENDAH)
|
PENYELIDIKAN TINDAKAN 1- KAEDAH NO. KOD :
TARIKH:
ANGKA GILIRAN:
MASA :
2 jam 30 minit
PUSAT :
ARAHAN KEPADA CALON
1. Kertas ini mengandungi tiga bahagian:
Bahagian A : 20 soalan objektif
Bahagian B : 4 soalan struktur
Bahagian C : 3 soalan esei
2. Jawab semua soalan Bahagian A dan B dan dua soalan dalam Bahagian C
3. Jawab soalan:
Bahagian A pada kertas saranan jawapan yang disediakan. Bahagian
B pada ruang yang disediakan dalam kertas soalan.
Bahagian C pada kertas jawapan yang disediakan.
4. Semua kertas jawapan hendaklah diikat bersama-sama halaman depan ini dan diserahkan kepada pengawas apabila masa peperiksaan.tamat
Kertas jawapan yang tidak
dihantar bersama setelah tamat masa peperiksaan tidak akan diperiksa
5. Kertas soalan ini
akan dikutip apabila masa peperiksaan tamat
6. Masa tambahan 10 minit diberikan untuk calon membaca soalan sebelum
menjawab
UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA
BAHAGIAN
|
NO. SOALAN /MARKAH
|
JUMLAH
|
|||||||
A
(20 markah)
|
1-20
|
|
|||||||
B
(40 markah)
|
1a
|
1b
|
2a
|
2b
|
3a
|
3b
|
4a
|
4b
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
||
C
(40 markah)
|
1
|
2
|
3
|
|
|
||||
|
|
|
|
||||||
|
JUMLAH KESELURUHAN
|
|
KERTAS INI MENGANDUNGI 18 HALAMAN BERCETAK DAN 1 HELAI KERTAS SARANAN
JAWAPAN
BAHAGIAN A
( 20 markah )
Jawab semua soalan dalam bahagian ini
1. Jenis kajian tiindakan mengikut Creswell (2008)
adalah berasaskan
(A) dasar (B)
amalan (C) matlamat
(D) keperluan
2. Penyelidikan tindakan berbeza dengan penyelidikan jenis lain kerana
(A) data dianalisis untuk menjawab persoalan kajian
(B) data dikumpul
oleh
guru dengan menggunakan kaedah sesuai
(C) laporan penyelidikan tindakan dijadikan bahan rujukan untuk guru lain
(D) penyelidikan dijalankan oleh guru sendiri untuk
memperbaiki amalan dalam bilik
darjah
3. Apabila seorang penyelidik membuat
suatu rumusan kajian berasaskan data dan hipotesis, penyelidik
itu melakukan
(A) Peramalan
(B) Interpolasi
linear
(C) Statistik
perihalan
(D) Statistik inferensi
4. Semasa menentukan masalah kajian tindakan, antara prinsip yang perlu diikuti
ialah
I. masalah dinyatakan dalam
bentuk persoalan dan boleh diuji
secara
empiris
II. kaedah yang digunakan haruslah menghasilkan maklumat yang sah dan boleh dipercayai
III. kaedah pengumpulan data tidak memerlukan masa yang terlalu
lama
IV. kajian yang dijalankan tidak mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran
V. menumpukan perhubungan sekurang-kurangnya 2 keadaan atau pembolehubah
(A) I dan II sahaja
(B) III dan V sahaja
(C)
II, III dan IV sahaja
(D)
I, IV dan V sahaja
5. Semasa
menjalankan kajian tindakan, refleksi dilakukan bertujuan untuk.
I. memahami
kewujudan sesuatu
masalah
II. menyelesaikan masalah kajian secara takulan
III. memperihalkan permasalahan kajian secara lanjut
IV.
mengetahui tahap keseriusan masalah yang hendak dikaji
V. memahami
pelaku yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
(A) I dan II sahaja
(B) III dan V sahaja
(C)
II, III dan IV sahaja
(D)
I, IV dan V sahaja
Untuk soalan 6- 8
Seorang penyelidik
ingin mendapatkan data pelajar-pelajar disebuah sekolah berasaskan
tujuh pembolehubah
berikut
Bil.
|
pembolehubah
|
Bil.
|
Pembolehubah
|
I
|
Jantina
|
V
|
Keturunan
|
II
|
Umur
|
VI
|
Sangat tidak
bersetuju,tidak
setuju,tidak pasti,setuju, sangat setuju
|
III
|
Lokasi tempat tinggal
|
VII
|
Markah ujian
|
IV
|
Pendapatan keluarga
|
6. Pembolehubah
jenis nisbah
ialah
(A) II dan
IV (B) II dan
VII (C) II,IV
dan
VI
(D) II,IV
dan
VII
7. Pembolehubah
VI adalah
pembolehubah
jenis
(A) ordinal
(B) nominal
(C) nisbah/ratio
(D) interval/sela
8. Pembolehubah
yang manakah
nilai sifarnya tidak
mutlak
(A) II sahaja (B)
IV sahaja
(C) VI sahaja
(D) VII sahaja
9. Penyelidik yang kritis biasanya prihatin kepada aspek berikut.
(A) Tidak menggunakan statistik
(B) Apa yang penyelidik ambil peluang
(C)
Bagaimana penyelidikan itu didapati
(C)
Mengamalkan kaedah penyelidikan yang beretika
10. Manakah antara berikut penyelidikan berbentuk eksperimen?
(A) Kajian ciri-ciri kejayaan kepemimpinan Guru
Besar Sekolah
Rendah
(B) Kajian untuk menentukan adakah Ibubapa memberikan lebih nilai
sosial
(C). Kajian untuk
mencari adakah penggunaan peta konsep dapat
meningkatkan pencapaian
(D) Kajian perbandingan tahap kolesterol antara orang yang makan sayur-
sayuran dan orang yang makan daging
11. Kajian Kulitatif biasanya berasaskan kepada andaian
(A) fakta
dan perasaan tidak
boleh dipisahkan
(B) fakta dan perasaan boleh dipisahkan, dan dunia dibina oleh pelbagai realiti.
(C) dunia dibina oleh pelbagai realiti, sosial dipengaruhi perbezaan
individu
yang sama situasi.
(D) fakta
dan perasaan boleh dipisahkan dan dunia dibina oleh fakta
yang boleh
diperolehi
12. satu catatan ringkas mengenai
satu
peristiwa atau tingkahlaku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Ini merujuk kepada:
(A) Potfolio
(B) Anetdot
(C) Senarai
semak
(D) Rekod berterusan
13. Hasil kajian boleh
disebarkan kepada penggunaan umum secara paling
berkesan ialah
(A) seminar
(B) hebahan
(C)
edaran pamplet
(D)
penerbitan jurnal
14. Data-data kajian boleh dipungut dengan berbagai
cara, kaedah pungutan
data
yang paling sesuai bagi
kajian kuantitatif ialah
(A) temubual (B)
soal
selidik (C) temuramah. (D) pemerhatian
15. Kaedah pengumpulan data di
bawah adalah sesuai untuk kajian tindakan.
i. Tinjauan
ii. Soal
selidik
iii. Laporan jurnal
iv.
Borang catatan temubual
v. Laporan daripada beberapa pihak
(A) I dan II sahaja
(B) II dan V sahaja
(C)
II, III dan IV sahaja
(D)
I, IV dan V sahaja
16. Kesahan sesuatu peramal
boleh ditentukan melalui
(A) Kaedah Bahagi
Dua (B) Kaedah Penentuan
(C) Kesahan Kandungan (D) Kesahan Uji Semula
17. Seseorang yang menjalankan kajian tindakan perlulah mematuhi
etika dalam
kajian tindakan. Antara di
bawah yang manakah BUKAN etika kajian tindakan.
(A) Mengelakkan sebarang kemudaratan kepada subjek
(B) Menghormati kerahsiaan maklumat dan identiti subjek
(C)
Penyertaan subjek adalah atas kesediaan sendiri
dan
tidak dipaksa
(D) Kajian direka dan dijalankan untuk mencapai matlamat ditetapkan penyelidik.
18. Antara berikut yang manakah bukan kriteria dalam menentukan fokus
kajian.
(A) kesahan
(B) kerelevanan
(C)
keserasian
(D)
kebolehurusan
19. Terdapat beberapa model
yang boleh kita ikuti dalam menjalankan Kajian
Tindakan, model manakah yang menekankan kepada pendekatan spiral.
(A) Model
Kurt
Lewin
(B) Model Jean Mcniff (C) Model John Elliott
(D)
Model Stephen Kemmis
20. Susunkan langkah-langkah penyelidikan tindakan di bawah mengikut Model
Kurt Lewin.
i. Pencarian fakta
ii. Perancangan pelan tindakan iii.
Mengenal pasti idea
iv. Penilaian tindakan yang diambil v. Pelaksanaan tindakan
(A) i , ii, iii,
iv dan v sahaja
(B) iii,
I,
ii, v dan iv sahaja
(C) i, iii, ii, v dan iv sahaja
(D) iii,
ii, i, v dan iv sahaja
BAHAGIAN B
( 40 markah )
Jawab semua soalan dalam bahagian ini
1. Penyelidikan
Tindakan boleh dikenalpasti berdasarkan beberapa ciri tertentu.
Nyatakan lima ciri
Penyelidkan Tindakan.
(a)
|
|
(b)
|
|
(c)
|
|
(d)
|
|
(e)
|
|
|
5 x 2 = 10 [10 markah]
|
2. Penyelidikan
Tindakan perlulah dijalankan mengikut proses yang biasa dijalankan bagi
menentukan kejayaan penyelidikan tersebut. Nyatakan empat
peringkat proses Penyelidikan Tindakan mengikut urutan.
(a)
(b)
(c)
(d)
4 x 2.5 = 10 [10 markah]
3. Penyelidikan kualitatif kini semakin digemari dalam memahami proses
pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik
darjah. Nyatakan empat jenis cara pengumpulan data kajian kualitatif yang biasa dijalankan
(a)
|
|
(b)
|
|
(c)
|
|
(d)
|
|
|
4 x 2.5 =
10 [10 markah]
|
4. Berdasarkan Model
Stephen Kemmis, rancangkan secara
ringkas lima langkah kajian mengikut susunan satu kajian mengenai isu pendidikan pra
sekolah.
(a)
(b)
(c)
(d)
5 x 2 = 10 [10 markah]
BAHAGIAN C
( 40 markah )
Jawab dua soalan dalam
bahagian ini
1. Refleksi
daripada satu isu atau masalah yang dihadapi sepanjang 12 minggu
praktikum di sekolah, tulis satu ringkasan proposal
kajian tindakan berasaskan kepada
· Pernyataan masalah
· Matlamat dan objektif
· Soalan kajian atau hipotesis
· metodologi
(20 markah)
2. Berikut adalah output analisis
ujian T bagi sebuah kajian tindakan yang telah dijalankan disebuah sekolah
Paired Samples Statistics
|
Mean
|
N
|
Std. Deviation
|
Std. Error Mean
|
Pair 1
pra
pos
|
18.5000
|
30
|
23.12448
|
4.22193
|
42.1000
|
30
|
25.92210
|
4.73271
|
Paired Samples Correlations
|
N
|
Correlation
|
Sig.
|
Pair 1
pra &
pos
|
30
|
.845
|
.000
|
Paired Samples Test
|
|
Paired Differences
|
|||||||
|
Mean
|
Std.
Deviation
|
Std. Error
Mean
|
95% Confidence Interval of the Difference
|
t
|
df
|
Sig. (2-
tailed)
|
||
|
Lower
|
Upper
|
|||||||
Pair 1 pra - pos
|
-
23.60000
|
13.92740
|
2.54278
|
-28.80058
|
-18.39942
|
-9.281
|
29
|
.000
|
Berikan tafsiran anda mengenai
hasil
kajian tersebut
(20 markah)
3.
Cikgu Atilah mengajar Pra
Sekolah di
Sekolah Kebangsaan Kompleks
Gong
Badak, Kuala Terengganu. Ketika mengajar huruf-huruf kepada pelajar, Cikgu Atilah menggunakan Kad Perkataan sebagai alat bantu mengajar. Daripada pemerhatian, Cikgu Atilah mendapati minat pelajar- pelajar terhadap Kad Perkataan di kalangan murid adalah berbeza-beza.
Timbul persoalan kepada Cikgu Atilah, adakah saiz, warna dan bentuk huruf yang digunakan pada Kad Perkataan mempengaruhi minat pelajar.
Bagi
menjawab persoalan tersebut, Cikgu Atilah ingin menjalankan satu
Kajian bagi menjawab persoalan tersebut.
(a) Berasaskan kepada suatu model Kajian tindakan yang sesuai,
tunjukan satu carta proses yang perlu bagi
Cikgu Atilah menjalankan Kajian
Tindakan.
(10 markah)
(b) Huraikan setiap langkah dalam proses Kajian Tindakan yang perlu
dijalankan oleh Cikgu Atilah..
(10 markah)
Kementerian pelajaran ©
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Peperiksaan Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
2011
PROGRAM IJAZAH
SARJANA MUDA
PERGURUAN ( SEKOLAH
RENDAH )
NO.KOD : 3113
TARIKH :
PERATURAN MEMBERI
MARKAH
BAHAGIAN A
30 markah
Jawab semua soalan.
1.
|
B
|
11.
|
D
|
2.
|
D
|
12.
|
B
|
3.
|
D
|
13.
|
D
|
4.
|
D
|
14.
|
B
|
5.
|
C
|
15.
|
C
|
6.
|
D
|
16.
|
D
|
7.
|
D
|
17.
|
D
|
8.
|
C
|
18.
|
A
|
9.
|
C
|
19.
|
D
|
10.
|
C
|
20.
|
B
|
20 x 1 markah = 20 markah
BAHAGIAN B
Jawab semua soalan.
1. Ciri-ciri Penyelidikan Tindakan
a. menggalakkan penglibatan/penyertaan bagi mereka yang ingin memperbaiki
mutu kerja/amalan mereka.
b. memerlukan usahasama (collaborative effort) di
antara pihak-pihak yang terlibat. c.
merupakan proses pembelajaran yang teratur.
d. membentuk komuniti
yang bersifat kritis terhadap persekitaran dan diri sendiri.
e.
menggalakkan fikiran yang terbuka.
f. membantu perkembangan teori dan amalan secara serentak.
g. mewujudkan satu kumpulan manusia yang kritis
dan
bekerjasama dalam proses
penyelidikan.
h. berkembang melalui lingkaran renungan kendiri (self-reflective spiral) - satu
lingkaran yang mengandungi tinjauan, perancangan, tindakan dan pemerhatian serta renungan.
i. melibatkan penyelidik
menyimpan catatan atau rekod peribadi
(personal
journal)
j. dimulakan secara
kecil-kecilan -
mungkin seorang sahaja sebagai
permulaan, kemudian melibatkan kumpulan kecil dan seterusnya kumpulan yang lebih besar.
1 fakta = 2 markah
5 fakta = 10 markah
2. Empat peringkat proses
penyelidikan tindakan
(a) Merancang
(b) Bertindak
(c)
Memerhati
(d) merefleksi
1 fakta = 2.5 markah
4 fakta = 10 markah
3. Empat jenis cara pengumpulan data kajian kualitatif
(i) temubual (transkrip, catatan))
(ii) pemerhatian (nota lapangan)
(iii) analisis dokumen (Minit mesyuarat,sukatan,laporan)
(iv) Artifak (E-mel,memo,nota,borang,respons,gambar,video,foto)
Jawapan-jawapan lain yang munasabah
1 fakta = 2.5 markah
4 fakta = 10 markah
4. Model
kajian tindakan ( stephen kemmis)
1. Tajuk kajian
2. Latar belakang kajian
3. Fokus/ isu/ perkara yang membangkitkan/ ingin melihat
4. Rancangan/ Rancangan tindakan/ Pelan
5. Pelaksanaan rancangan/ tindakan/ eksperimen
6. Refleksi
Pendekatan spiral tersebut melibatkan beberapa langkah seperti;
1). Mengenal pasti idea
2). Pencarian fakta
3). Perancangan pelan tindakan
4). Pelaksanaan tindakan
5). Penilaian tindakan yang diambil
6). Ulangkaji pelan tindakan berdasarkan apa yang dipelajari dari langkah 5
7).
Mengambil langkah tindakan seterusnya
Jawapan-jawapan lain yang munasabah
1 fakta =
2 markah
5 fakta = 10 markah
1. Ringkasan proposal
BAHAGIAN C
( 40 MARKAH )
Pernyataan Masalah
Kajian yang dirancang ini
adalah untuk membantu
murid-murid pra sekolah yang tidak
dapat mengenal
huruf..
Tindakan yang dirancang untuk
dijalankan ialah
dengan menggunakan kaedah permainan yang telah dikenal pasti sesuai dengan tahap pemikiran murid-murid yang telah dikenal pasti bermasalah ini. Masalah yang
dihadapi
oleh
murid-murid ini perlu diatasi dengan segera kerana jika dibiarkan
berterusan mungkin murid-murid akan menghadapi masalah untuk meneruskan
pelajaran yang seterusnya kerana kemahiran mengenal huruf ini adalah antara
kemahiran asas
yang perlu dikuasai
oleh
murid-murid pra sekolah
Matlamat dan objektif kajian
Umum -Mempertingkatkan kemahiran mengenal huruf bagi murid-murid pra
sekolah
Khusus –
Membantu murid mengenal huruf dengan
lebih cepat menggunakan kaedah permainan roda impian
Mengenalpasti jenis huruf konsonan dan vokal
Soalan kajian
dan hipotesis
Adakah murid dapat mengenalpasti
huruf
dengan baik ?
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan penguasaan huruf antara pelajar lelaki dan perempuan
Metodologi
Rekabentuk
Pengkaji menggunakan reka bentuk ujian pra-pasca
menggunakan
dua bentuk kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan yang telah diseimbangkan.
Kajian
dimulakan
dengan
kedua-kedua kumpulan kawalan dan rawatan
diberikan ujian
pra. Selepas itu kumpulan kawalan digunakan kaedah pengajaran tradisional sementara kumpulan rawatan digunakan kaedah permainan roda impian.
Selepas itu kedua-
kedua kumpulan kawalan dan rawatan
diberikan ujian pasca yang sama untuk
menguji peningkatan penguasaan kemahiran menyebut huruf
Populasi dan
sampel kajian
Kajian ini melibatkan
26 orang
murid pra sekolah Al muttaqin. Pengkaji memilih murid-murid pra sekolah ini kerana
fokus kajian pengkaji ialah kelemahan dalam
kemahiran mengenalpasti huruf dan menyebut. Pengkaji memilih murid kelas ini
untuk dijadikan sampel
kerana penyelidik
mengajar kelas ini semasa praktikum . 26
orang sampel ini
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan
rawatan secara seimbang mengikut tahap
pencapaian responden
berdasarkan
keputusan
ujian
yang lepas bagi tunjang
komunikasi.
Kumpulan rawatan seramai 13 orang akan diberikan rawatan menggunakan permainan roda impian sementara kumpulan kawalan akan diajar dengan menggunakan pengajaran konvesional.
Instrumen
Data-data yang diperlukan dalam kajian ini
dikumpul dengan menggunakan beberapa instrumen-instrumen yang tertentu seperti
instrumen soal selidik,
pemerhatian dan ujian pra-pasca. Instrumen yang digunakan telah
disahkan untuk memastikan data-data yang dikumpul mempunyai
kesahan dan kebolehpercayaan
yang tinggi.
Jawapan-jawapan lain yang munasabah
(20 markah)
2. Daripada Jadual , statistik asas menunjukkan min pencapaian pelajar pada ujian pra ialah
18.5 manakala min pencapaian pelajar pada ujian pos ialah 42.1. Perbezaan min antara
ujian pos dan ujian pra ialah 23.6 (rujuk Jadual )Korelasi antara ujian pra dan ujian pos ialah
0.845 dan statistik korelasi adalah signifikan (p < 0.05). Korelasi yang positif dan dengan
koefisien yang tinggi (r=0.690) ini menunjukkan pelajar yang memperoleh markah yang tinggi pada ujian pra bercenderung untuk memperoleh markah yang tinggi pada ujian pos dan sebaliknya. Berdasarkan Jadual statistik ujian t adalah signifikan (t=-9.281; df=29;
p<0 span="" style="letter-spacing: .05pt;">.0>05). Ini bermakna
rawatan atau program inovatif yang dijalankan
oleh guru telah
mengakibatkan pencapaian pelajar yang lebih baik. Dengan perkataan lain, inovasi
melalui kajian tindakan yang dijalankan oleh guru secara signifikannya berjaya
menghasilkan pencapaian yang lebih
baik.
Jawapan-jawapan lain yang munasabah yang menghuraikan data-data
(20 markah)
3. (a) Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di
bilik
darjah yang dilaksanakan oleh cikgu
Atilah, proses ini melibatkan langkah-langkah yang berikut:
1. Melakukan proses
refleksi terhadap amalan pengajaran
dan
pembelajaran.
2. Mengenal
pasti fokus kajian.
3. Mengenal
pasti
objektif kajian.
4. Menentukan kumpulan sasaran.
5. Merancang dan melaksanakan tindakan bagi
mengatasi permasalahan.
(b) mana-mana huraian langkah-langkah dari model
kajian yang dipilih dari (a)
. Jawapan-jawapan lain yang munasabah
(20 markah
sumber :https://www.scribd.com