Sabtu, 23 Disember 2017

PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN
Pengenalan
Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Aspek yang diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.
Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan instrumen seperti senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod profil dan lain-lain.
Dapatan dari proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masing-masing.

Jenis Pemerhatian 
Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/di perhati , iaitu:-
  • Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan(judgement)
  • Memerhati apa yang telah dirancang secara “open ended”
  • Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang

Strategi Pelaksanaan
Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan strategi dan cara serta kriteria tertentu. Antaranya ialah :
  • dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang
  • menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran
  • dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif pemerhatian
  • tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan
  • jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan

Fungsi

  1. Penilaian melalui pemerhatian :
  • digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran
  • dibuat oleh pelajar (individu /kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran
  • dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek
  1. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/pelajar merancang tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya seperti :
  • menjalankan aktiviti pemulihan/pengukuhan
  • meningkatkan motivasi pelajar
  • mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan minat dan keupayaan serta prestasi pelajar.

  1. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi terhadap keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudah cara, pendidik dan mentor.


  1. Pemerhatian yang terancang membantu guru :
    • Mengetahui sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran dan apakah yang mendorong/menolak minat tersebut
    • Mengesan sama ada strategi pengajaran guru memberi kesan yang positif
    • Mengesan kemampuan atau tahap pemikiran pelajar
    • Mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar
    • Menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan
    • Mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran , rakan sebaya dan terhadap diri sendiri,

BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK)

  BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK) Sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat, yang nengaitkan dua bidang yan...

klik