PENILAIAN
MELALUI PEMERHATIAN
Pengenalan
Penilaian melalui
pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan,
bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Aspek yang diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif,
afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan
persekitaran.
Proses penilaian ini
boleh dilaksanakan dengan menggunakan instrumen seperti senarai semak, skala
kadar, rekod anekdot, rekod profil dan lain-lain.
Dapatan dari proses ini
boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi
masing-masing.
Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/di perhati ,
iaitu:-
- Memerhati sesuatu tanpa membuat
tafsiran (interpretation) dan tanggapan(judgement)
- Memerhati apa yang telah
dirancang secara “open ended”
- Memerhati untuk jangka pendek
dan jangka panjang
Pemerhatian boleh
dilaksanakan dengan menggunakan strategi dan cara serta kriteria tertentu.
Antaranya ialah :
- dilaksanakan secara berterusan
mengikut keperluan yang dirancang
- menggunakan instrumen seperti
senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif,
afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran
- dilaksanakan secara global atau
analitik mengikut objektif pemerhatian
- tindakan susulan terhadap hasil
pemerhatian dijalankan
- jangka masa pemerhatian
hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan
- Penilaian melalui pemerhatian :
- digunakan oleh guru untuk mengikuti
perkembangan individu/kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran
- dibuat oleh pelajar (individu
/kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam
sesuatu pembelajaran
- dilaksanakan oleh pelajar untuk
menjalankan sesuatu tugasan seperti projek
- Penilaian melalui pemerhatian
membolehkan guru/pelajar merancang tindak susul yang sesuai dengan
proses pembelajaran seterusnya seperti :
- menjalankan aktiviti
pemulihan/pengukuhan
- meningkatkan motivasi pelajar
- mengatur aktiviti pengayaan dan
penyuburan diri yang sesuai dengan minat dan keupayaan
serta prestasi pelajar.
- Penilaian melalui pemerhatian
membolehkan guru membuat refleksi terhadap keberkesanan peranannya sebagai
penyampai maklumat, pemudah cara, pendidik dan mentor.
- Pemerhatian yang terancang
membantu guru :
- Mengetahui sejauh manakah
minat pelajar terhadap pelajaran dan apakah yang mendorong/menolak minat
tersebut
- Mengesan sama ada
strategi pengajaran guru memberi kesan yang positif
- Mengesan kemampuan atau
tahap pemikiran pelajar
- Mengesan tahap penguasaan
bahasa pelajar
- Menyimpan rekod yang
sistematik untuk rujukan dan perancangan
- Mendapatkan petunjuk untuk
mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran , rakan sebaya dan terhadap
diri sendiri,